jom follow....

Wednesday, 28 August 2013

Aku Bukan Mat Buli...

Zaman sekolah dulu, aku takde la nakal sangat. Tapi, kawan-kawan aku kata aku ni nakal. Ada yang kata aku ni jahat. nakal dengan jahat membawa maksudnya yang berbeza. Bagi aku, zaman tu zaman baru 'nak naik'. Boleh jugak dikatakan sebagai zaman meneroka alam remaja. Zaman bangga bila dapat tunjuk terrer.

Aku mula belajar kenal dengan rokok secara aktif masa aku tingkatan lima kat sekolah asrama. Biasak laa bila dah bergaul dengan 'masyarakat perokok' kat asrama, memang mudah terjebak dengan rokok. Dengan rokok jugak, aku belajar menjadi usahawan IKS kat asrama. Aku jadi tokan rokok, jual kat kawan-kawan. Duit ni aku rolling buat beli tambang tiket bas balik ke Kuala Lumpur time cuti hujung minggu asrama.

Time boring-boring selalunya aku lepak kat bilik prep sorang-sorang. Aktiviti yang biasa aku buat kat bilik prep sesorang ialah melukis kartun takpun baca komik pedang setiawan yang aku pinjam dengan member satu dorm dengan aku. Tapi, ada jugak aku panjat pagar sekolah malam-malam keluar town.. Konon-konon adventure. Masa lompat pagar tu, aku terpaksa lalu atas tebing sungai yang agak tinggi dan kat kawsan tu jugak la ada banyak taik lembu fresh yang aku gelarkan sebagai 'periuk api'. Berapa kali aku terpijak 'periuk api' semasa on the way 'outing' di malam hari tu tak dapat nak dibilang dengan jari.

Time malas-malas pulak, aku dapat buli budak junior. Aku suruh diorang ambik nasi, basuh baju ke.. Tapi, aku tak buli budak dorm aku sebab aku ni ketua dorm diorang. Takkan la ketua dorm nak bagi contoh yang tak baik kat anak-anak buah, kan? Contoh tak baik wajar dipraktikkan pada budak junior dorm lain.. Hehehe...!!

Kalau ikutkan time tu, aku ada kawan-kawan sekelas yang semuanya kaki 'pedajai' orang. Nama geng kitorang, geng budak ETK. ETK tu pulak merujuk kepada nama kursus yang kitorang ambik time tu. ETK tu singkatan kepada Elektrik. Time tu kawan-kawan yang hebat banyak idea pedajai orang adalah Panjang, ude, Wan Kecik, Muiz, nippon, Sami, Fairuz, Azmir, Tazul, ebend, Tharuvin, Anoy dan ada lagi beberapa nama yang aku dah tak ingat.

Jika diikutkan rentetan sejarah SMT Taiping tahun 2000/2001 kelas Pengurusan Perniagaan (PPN) dengan kelas ETK memang tak sebulu. Lagipun kelas PPN ni ramai budak pompuan, budak pompuan kan ada yang poyo-poyo sama cam budak laki.
Satu hari budak pompuan kelas PPN ni hantar surat layang berantai kat kitorang. Maka kitorang pun membalas surat layang berantai tu balik. Tapi, kitorang tak balas dengan surat.. Kitorang balas dengan 'hadiah'.. 'Hadiah' yang berisi 4 ekor katak pisang yang kitorang beli kat kedai pancing.
   'Kejayaan' kitorang memperdajalkan budak-budak 5PPN menjadi buah mulut kat asrama ASPURA ngan ASPURI, tak ketinggalan cerita pasal katak tu jadi bahan gossip kat bilik guru. Heh!

Sebenarnya aku tak tahu apa yang best sangat jadik budak nakal time tu.. Seronok bila dapat buat perkara-perkara mencabar, terasa diri seperti hero.
Tapi, nakal-nakal aku.. Aku tak suka belasah orang tanpa sebab. Aku tak suka mencuri harta benda kengkawan. Cuma dulu, aku selalu berusaha 'mencuri' hati sorang budak pompuan tu. Bukan senang nak 'mencuri hati' woo.... Tapi betul lah kata pujangga, tak baik mencuri meskipun hati seorang perempuan..

Masa kat asrama dulu, ramai budak ASPURA ngan ASPURI yang sibuk nak buat jadi adik angkat la, abang angkat la, kakak angkat la sampai yang ajak jadi couple pun ye jugak. Adat le tu kalau dok kat asrama, perkara camni memang tak boleh nak elak.
Dulu, aku pun teringin nak ber adik angkat dan kakak angkat segala bagai ni. Tapi, masa tu muka macam aku ni sape la yang sudi? Lagipun aku bukannya famous + familiar sangat pun dikalangan budak-budak ASPURI. Aku tak reti la nak buat ayat-ayat power dalam surat yang aku lebih suka gelarkan sebagai 'kertas berlipat'. Diharapkan orang yang pernah dapat 'kertas berlipat' daripada aku dulu tu sihat sejahtera la hendaknya disamping family.

Sekarang ni bila nak pegi ke Bagan Serai, aku suka lalu ikut jalan depan Sekolah Menengah Teknik Taiping. sebab kat situlah tempat aku jadi budak nakal. Aku selalu bercerita dengan wife aku pasal kenangan masa dok kat asrama.

belajar dan tinggal kat asrama ni banyak mengajar kita berdikari. mengajar kita bersosial dengan kengkawan dan yang paling penting sekali ia menerapkan disiplin yang tinggi kepada budak-budak hostel. Buat adik-adik yang baca entry ni, jangan le jadik budak nakal dan jangan menyusahkan warden. Yang merokok tu, janganlah terus merosakkan diri dengan rokok. Hargailah nikmat kesihatan dan belajarlah rajin-rajin supaya menjadi makhluk yang berguna kepada agama, bangsa dan negara!

*bilik prep = bilik persediaan / bilik study


Tuesday, 20 August 2013

Biar betul asal-usul nasi lemak macam tu?



Khutbah jumaat masa semayang jumaat tadi aku rasa takse satu pun yang masuk dalam otak aku seterusnya menyelusup ke dalam hati.. Yang aku perasan masa khutbah jumaat tadi ialah masa time orang lain start menadah tangan untuk berdoa bila masuk khutbah yang kedua. Fikiran aku menerawang jauh, teringatkan cerita seorang lelaki tua yang aku jumpa masa makan pagi tadi.

"Nak, boleh pakcik duduk kat sini?", Tanya seorang pakcik yang aku tak kenal minta kebenaran nak duduk semeja dengan aku kat kedai makan tu sebab meja semua penuh dengan manusia yang lapar makan pagi macam aku dan pakcik tu.

"Sila..Sila..", Aku mempersilakan pakcik tu duduk sambil aku terus melahap nasi lemak lauk sambal sotong yang memang faveret aku sejak zaman lepas sunat dulu-dulu.

"Macam sedap je nasi lemak tu, kan?", Pakcik tu mula masuk jarum dengan memuji nasi lemak yang aku tengah makan.

Dengan mulut yang penuh dengan nasi, aku cakap..

"Haah la fakfik.. fasi femak fat shini mefang sefap.... ", cepat-cepat aku minum air sebab tercekik masa bercakap. Potong stim la pakcik ni. Aku tengah makan, dia nak ajak bersembang pulak.

"Emmm, tapi anak tahu tak macam mana asal-usul nasi lemak ni?", Pakcik tu mula bagi soalan cepumas sambil dia bukak mulut dengan tertib nak makan nasi lemak jugak.

"Err, tak tau pulak saya pasal asal-usul nasi lemak ni... bukan ke nasi lemak ni Chef Wan yang masak dulu ke?", Aku tanya pakcik tu balik dengan pertanyaan hentam kromo.

"Huh, mengarutlah.. cerita dia macam ni........", Aku mula melopong sambil dengar pakcik tu bercerita.

"Pada zaman kesultanan melayu melaka, tinggallah seorang perempuan tua yang bernama Mak Kuntum dengan anaknya, Seri. Suami mak kuntum yang juga bapa kepada Seri dah lama meninggal dunia akibat terkorban dalam pertempuran menetang lanun di selat melaka.

Adapun mak kuntum ni kerjanya adalah mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi Mak Kuntum akan keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah seri seorang diri kat rumah menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun hari cuti umum.

hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari timbul rasa jemu dalam sanubari seri kerana hari-hari memasak nasi dengan cara yang sama. begitu juga dengan lauk, kalau tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan semua masakan itu.

Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula seri mencampurkan sedikit lengkuas ke dalam nasi yang sedang dimasak. oleh kerana masih tidak berpuas hati, Seri mencampurkan pula sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut.

"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila balik nanti. Tentu emak akan puji aku nanti", begitulah kata Seri di dalam hati.

Pada waktu tengah hari, Mak Kuntum pun pulanglah ke rumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. terperanjatlah Mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hayatnya.

"Apa yang kau masak ni, Seri?"

"Nasi le! mak!", Jawab Seri. Berulang kali mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali itu juga, Seri menjawab,

"Nasi le, mak!"

Semenjak hari tu lekatlah nasi tersebut dengan nama nasi lemak. Macam tu lah ceritanya sejarah nasi lemak tu...", Aku terus melopong, ternganga sambil tengok pakcik tu hirup teh halia.

"Betul ke cerita pakcik ni? Saya macam konfius je...", Aku tergaru-garu kepala yang tak gatal. Konfius memikirkan sejarah nasi lemak.

"Iye, itu la sejarahnya asal-usul terciptanya resipi nasi lemak... Anak dah bayar ke semua ni?", Pakcik tu tanya lagi.

"Belum.. Belum, saya tak bayar lagi....", Aku menggaru-garu misai gatal yang baru nak tumbuh sambil berfikir yang pakcik ni mesti buat trick nak suruh aku bayar nasi lemak dia.

Kalau nak suruh belanja cakap je la, tak payah la buat trick cerita pasal asal-usul nasi lemak la bagai. Aku terus memerhatikan gelagat pakcik ni. Aku tengok dia panggil tokey kedai suruh kira, aku redha je la.. Konfem la aku yang kena bayar ni semua. Aku ambik wallet dalam poket seluar belakang, dok kira-kira berapa ringgit lagi yang tinggal kalau aku kena belanja pakcik ni.

"Semua sekali semilan ringgit..", Kata tokey kedai tu. Aku hulurkan duit kertas kaler merah nak bagi kat tokey kedai tapi pakcik tu tepis. Dia kata,

"Takpe, pakcik belanja.. Lagipun pagi ni anak teman pakcik makan. Kalau nak harapkan makan kat rumah, anak-anak pakcik semua duduk jauh. Isteri pakcik pulak selalu takde masa nak masakkan sarapan untuk pakcik. Terima kasih sebab layan pakcik bersembang... ", Pakcik tu senyum.

"Nah, ini kad pakcik.. kalau ada masalah, kalau susah-susah ada masalah call je pakcik. Insyaallah, yang mana pakcik boleh tolong, pakcik tolong.. Assalamualaikum..", Aku simpan balik wallet aku. Kendian aku tengok kad yang pakcik tu bagi.

Dato' Ibrahim Murshid Bin Tan Sri Abu Bakar. Itu nama yang tertera dalam kad tu. Aku ambik no telefon henfon dia kendian aku terus call, saja je nak test kot-kot kalau dia klepet aku. Tapi, yang jawab telefon tu memang dia, pakcik yang belanja aku makan tadi.

Teringat kata-kata pakcik tu tadi sebelum dia beredar,

"Kalau nak harapkan makan kat rumah, anak-anak pakcik semua duduk jauh. Isteri pakcik pulak selalu takde masa nak masakkan sarapan untuk pakcik"

Kesian dengan pakcik tu, hidup kaya tapi kurang kasih sayang anak-anak dengan isteri. Kita yang masih ada isteri, suami, anak-anak, mak ayah sayangilah mereka. Janganlah disia-siakan kehadiran mereka dalam hidup kita. Tuhan merahmati setiap hamba-Nya yang berkasih sayang sesama makhluk.

Tapi, satu perkara yang bermain dalam kepala hotak aku sampai sekarang ialah pasal cerita asal-usul nasi lemak tu..? Pakcik tu serius ke?

Monday, 12 August 2013

Kehidupan baru di bumi Al-Anbia..

Dari kiri tokwe, firdaus, 'Mr. Bean', Ijat, Aku & Zimbo - Kat Dammam International Airport, Saudi Arabia.

Terasa segar tatkala hirupan air pepsi mengalir ke dalam kerongkong. Ia menyegarkan dan melegakan mata yang berpinar dek kerana keletihan duduk tak bergerak-gerak sepanjang perjalanan dalam kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Qatar ni.

Disini, di deretan tempat ruang menunggu dalam ruang balai berlepas yang tertulis Doha International Airport, aku termanggu bersama dengan dua orang lagi sahabat yang sama-sama bakal memberikan khidmat membuat pengujian ke atas pencawang masuk utama milik kerajaan Arab Saudi.

Dalam tangan aku ada sebotol air pepsi (yang dieja dalam bahasa arab dengan ba, ya, ba, sin, ya = BIBSI ). Ali Thavan datang dekat aku dengan Zimbo bersama dua pasang 'shawarma' yang berbentuk seperti sandwic berintikan daging. Terasa lapar pulak perut bila tengok Ali Thavan dengan 'shawarma' tu.
Air pepsi kat Arab

Lapangan terbang Doha ni salah satu lapangan terbang yang tersibuk di dunia. Dari awal tadi, aku dah diberitahu yang kami akan berhenti transit di Doha Airport sebelum menaiki kapal terbang Saudi Airlines ke Dammam, Arab Saudi seterusnya esok terbang lagi sekali ke Jizan nun dihujung selatan Arab Saudi. Sekarang ni kat Qatar tengah musim dingin. Tak aku sangka, dapat jugak aku menjejakkan kaki di bumi Qatar ni. Selama ni aku dengar negara ini hebat dengan pembangunan pesat, bandarnya yang menarik dan orangnya yang kaya-raya. Tapi sayangnya, aku tak dibenarkan keluar dari lapangan terbang ini kerana status aku hanyalah transit.

Sedang aku melihat Ali Thavan meratah 'shawarma' dengan enaknya, tiba-tiba Zimbo menepuk bahu aku dari belakang..

"Noy, betul ke tindakan kita pegi Arab ni?", Zimbo bertanya lalu melontarkan pandangan jauh ke arah mat saleh dan mek arab yang lalu-lalang.

"Entah la, Zimbo. Kita pikir positif je la..", Aku terus buat-buat perhati keliling airport. Timbul pulak rasa menyesal datang bekerja kat Arab ni.

Kalau nak diikutkan kata-kata member aku yang dah menjejakkan kaki kat bumi arab ni, diorang kata best! Diorang cakap kat Arab ada unta, ada padang pasir, boleh buat umrah ngan ziarah Madinah. kemudian diorang kata kalau nak renew passport pegi la ke Bahrain sebab kat sana boleh menonton tarian gelek. Yang mana tukang geleknya memang perempuan arab sejati.

Ali Thavan yang dari tadi duduk kat sebelah aku mula bertanya,

"Anoy, kalau kerja dekat Arab ni, I tak payah kena sunat kan? Sebab i kan non-muslim.."

Nak menyembur air pepsi dalam mulut aku yang aku dah kumam selama 10 minit tu.

"Woii, mana ada la.. Cuma nanti masa kitorang buat umrah you kena stay kat rumah la sebab Mekah dengan Madinah tu haram bagi non-muslim. Ada cerita non-muslim termasuk dalam kawasan Mekah tu tiba-tiba hidung dia bleeding dengan banyak. After that, dia recognize yang dia dah termasuk dalam kawasan sempadan Tanah Haram so cepat-cepat dia keluar ke sempadan.. You tak payah sunat la Ali ooii.....", Kata aku kat Ali Thavan dengan panjang lebar sambil menahan ketawa yang berbaki sambil Ali Thavan mengangguk tanda faham.

Tengah siap-siap nak ke airport berangkat ke Jizan.

"Eh, you tak lapar ke?", Ali Thavan tanya lagi.

"Lapar jugak, tapi aku tak lalu la makan 'shawarma' ni. nak kena carik nasi jugak ni...", kata aku yang mula kelaparan.

"Nah, you makan ini...", Ali menhulurkan gula-gula berwarna-warni.

"Dey, mana you dapat ni?", Aku tanya kehairanan.

"Ini tadi masa dalam flight, saya mintak banyak-banyak sama itu pramugari. You makan la kasi ada tenaga sikit. Kita jauh lagi mau terbang ni...", Ali memberikan semangat supaya aku tahan rasa nak makan nasi.

Aku ternganga mendengar ucapan Ali Thavan. Aku terangguk-angguk sambil menghirup air pepsi. Seketika nanti kami akan meneruskan perjalanan ke Arab Saudi.

Dapat jugak merasa makan nasi arab 'pure'... -Ali Thavan, own & tokwe

Sejak itu, bermulalah kehidupan baru aku di bumi Al-Anbia... Errgghhh!! Lututku lemah kerana teruja...




Friday, 2 August 2013

Apa Nak Buat Kalau Kereta Rosak Kat Highway?


Menungganglah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang...

Tak sampai lagi seminggu dah nak raya. hari ni last day budak-budak ke sekolah. Walaupun last day, aku sure sangat hari ni sekolah akan lengang sebab mak abah budak-budak sekolah semua tengah sibuk kemaruk nak balik kampung beraya dengan sedara-mara kat kampung yang permai, indah lagi syahdu.  Mesti ramai yang balik kampung hari ni memandangkan esok dah start cuti hujung minggu. Demi nak mengelakkan jammed tahap mega kat highway, aku konfem malam ni ramai orang akan start balik kampung.

Sebelum balik ke kampung tu, bagi korang yang nak travel jauh-jauh tu wat la 'medical check up' sikit kat kenderaan yang akan korang bawak tu. Bukan apa, cuma korang pastikan la kereta/motor korang dalam keadaan baik memandangkan highway konfem akan sesak teruk dengan pertambahan bilangan kenderaan yang menuju ke utara, selatan ngan pantai timur. Aku cakap pasal aku penah kena. Kete aku buat hal pulak kat highway area Sungkai. Dah la malam pulak tu. Mujur time tu aku sorang, belum kawen lagi.

Nak jadi hal, masa tu la pulak radiator kete aku bocor. Mula-mula tu aku tak perasan, bila kete dah tersengguk-sengguk ditambah pulak dengan asap yang keluar berkepul-kepul dari bonet depan, aku mula cuak. Terpaksa aku berhenti kan kete kat tepi jalan, tunggu orang datang tolong. Nak jadi lagi hal, datang sorang mamat naik kete iswara kaler putih ada line kuning kat sisi kete dia. Dia benti, kendian dia tanya,

"Kenapa ni? Kete rosak ke?"

Hangin betul aku. Dia dah nampak kete aku berasap macam awan lagi dia mau tanya kete aku rosak ke tak. Kan ke bangang soalan tu? Kemudian, aku jawab la balik kat brader tu..

"Haah le kete rosak, kan ke ada asap macam awan tu.. Tak nampak ke?", Brader tu sengih.

Dia punya sengih tu buat aku lagi bengang. Aku terus belek-belek enjin kete, buat-buat macam aku ni pomen le tahu semua benda. Aku cari-cari kat mana tempat radiator yang bocor tu. Tapi, aku tak tahu kat mana yang bocor. Aku mula putus asa. Dalam hati aku cakap, malam ni konfem aku kena tidur kat tepi highway ni.

"Ni radiator bocor ni.. Head pun dah bengkok dah ni sebab tu dah tak boleh jalan dah...", Tiba-tiba brader tu bersuara sambil belek-belek radiator kete aku. kemudian dia sambung lagi,

"Saya ada kawan kat exit Sungkai tu, dia ada kedai pomen kete. Nak saya bawak kan ke pegi kedai dia?"

Aku mula berfikir pasal offer daripada brader tu. Nak terima ke tidak? kalau aku tak terima nanti kete aku akan tersadai je kat sini. Kalau aku terima offer dia mesti aku dah boleh sampai kampung dalam masa beberapa jam daripada sekarang lepas kawan dia repair. Jadi, lepas ditolak tambah segala kemungkinan, aku pun terima offer brader tu. Brader tu ambik tali panjang, pastu dia lilit tali tu kat bahagian depan kat bawah kete aku. Cis, dia nak tarik kete aku pakai tali rupanya.

Lepas terima offer, brader tu bawak aku ke kedai member dia. Bila sampai tu, aku ingat dia nak buat terus. Last-last dia kata,

"Sorry la bang, kedai ni takde spare-part la.. Kalau nak buat pun mungkin kena ambik masa seminggu baru siap.."

Aku terkedu. Habis tu aku nak balik kampung acaner kalau takde kete? Sape nak hantar aku balik kampung time-time macam ni..? Dengan sape aku nak mintak tolong..? Aku mula bermonolog dengan diri aku sendiri.

"Aku tak kisah kalau kete ni siap dalam masa seminggu, tapi ko hantar la aku balik kampung dulu. kalau tak nanti aku nak balik macam mane..?Kedai ko ni dah la takde bas lalu-lalang kat sini. Takkan aku nak menapak jalan kaki pegi ke highway tahan bas kat situ...", Aku mula membentak.

"Tapi bang, kedai ni takde orang plak nanti....", Dia jawab tapi cepat-cepat potong ayat dia.

"Takde.. takde.. ko hantar aku balik kampung aku sekarang..! Kalau tak nanti aku telefon polis kata ko culik aku dengan kete aku..! Ko nak hantar ke tidak?", Aku memberikan dia kata dua, sebab masa tu fikiran aku berserabut memikirkan kampung halaman yang meriah dengan bunyi meriam buluh.

"Okay la bang, saya hantar.....", Budak tu jawab terpaksa.

Lega hati aku. Jadi, sepanjang perjalanan tu aku diam je. Aku buat kete dia macam kete aku sendiri. Aku tune signal radio, pasang volume radio kete dia kuat-kuat. berdentum-dentam bunyi speaker kat belakang. Dah macam dalam disko plak dah kete tu. Mamat tu diam je, dia jeling je dengan aku. Tapi aku buat tak tau. Buat macam kete tu sedara aku yang punya.

Bila sampai kampung, mak aku tanya...

"Mana kete kamu?"

Dengan sengih, aku cakap kat mak....

"Kete masuk 'hospital' la mak, lagi seminggu dia keluar 'hospital' tapi tak tau la berapa ribu dia punya kos 'medical' tu...", Mak aku tercengang tak paham..

Lepas seminggu tu kete aku siap. Dan jumlah repairnya pun mencecah ribuan ringgit jugak la.. Start aritu aku belajar something. Beringatlah, sebelum jalan jauh-jauh please make sure your vehicle in good condition. Jangan main lanyak je. Kalau dah kena, menyesal pun dah tak guna lagi... Pandulah dengan cermat, balik raya nanti kena jimat..

Dengan ingatan tulus ikhlas, daripada aku yang dah terkena kete rosak kat highway..

Selamat Hari Raya Aidilfitri and Best Of Luck...



Thursday, 1 August 2013

Kenapa aku malas membaca?

Orang tua-tua kata membaca tu jambatan ilmu. Membaca jugak boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita. Dengan membaca jugak kita boleh memperkayakan lagi sumber maklumat yang kita dapat melalui medium-medium tertentu. Dalam zaman yang serba canggih dengan teknologi berbilang variasi ni, kita boleh membaca kat mana-mana tanpa dari sumber yang terhad. Boleh membaca melalui buku, boleh membaca melalui laman facebook, nak baca sokkabar sekarang pun guna online je.. Ni yang korang tengah baca entry ni pun kira membaca jugak nih!Keh.. keh...

Sebelum aku kahwin dulu, aku jenis yang malas membaca. Tapi, aku suka baca schematic drawing. Senang, cuma ada garisan ngan simbol-simbol je. Tak payah susah-susah nak paham macam baca novel. Tapi, sejak lepas aku kahwin, wife aku meluaskan pengaruh suka membaca dia kepada aku. Aku jadi serba salah, sebab aku bukan jenis yang suka membaca. Eleh, mungkin dia nak berlagak la tu sebab dia suka membaca.

Setiap hari ada je buku-buku baru yang dia baca. Aku jadi semakin hairan, macam mana dia boleh baca buku tiap-tiap hari? Tak bosan ke membaca? Tak penat ke mata nak tengok setiap perkataan pada setiap helaian muka surat depan dan belakang? Ini tak boleh jadi!

Suatu hari tu, aku beli komik banyak-banyak. Minat membaca aku lebih ke arah penceritaan secara visual kartun. dengan bangga aku tunjukkan kat wife aku,

" Sayg, tengok ni... Abi beli semua ni sebab abi nak membaca macam sayg.. nak tunjuk kan anak kita yang abi pun suka membaca.. ", Dengan bangga aku menepuk-nepuk komik yang aku beli.

" Kalau setakat baca komik takde faedahnya abi ooi.... Cari la buku yang berkarisma sikit untuk tambah ilmu .. Ini dok baca buku komik tu apa yang dapat..? ", Wife aku menempelak minat baru aku.

Aku geram. Dalam masa yang sama aku cari idea nak membalas hujah wife aku yang mengatakan membaca komik takde faedah.

" Ada banyak la faedah dia.. sayg tau tak dengan membaca komik kita boleh memupuk minat anak kita untuk belajar sains.... ", Aku mula membuka hujah balas.

" Aik, ye ke..? Macam mana? ", Wife aku mula hairan dengan hujah aku.

" Penah tengok citer spiderman, Hulk, Ironman, batman..? ", Aku tanya wife aku lagi.

"Penah laa....", wife aku jawab pendek sambil menggaru dagu.

" Camana diorang boleh dapat kuasa..? Semua berdasarkan ujikaji sains dicampur pulak dengan semangat inovatif untuk merungkai rahsia sains kan..? So, dengan komik ni kita boleh ajar anak kita mengenali sains dengan cara yang lebih menarik.......", Aku mula berhujah tapi rasanya hujah aku dah terkeluar daripada tajuk.

"Dah.. Dah.. Sudah.... Spiderman ke, Batman ke, walhal Suparman sekalipun, tak payah nak terapkan minta membaca komik abi yang tak berfaedah tu kat anak kita ye.... Jangan ajar dia membazir beli komik... ", Wife aku kembali berhujah.

Aku ambik buku komik yang aku beli tu. Aku perhati lama-lama. Daripada aku mula nak berjinak-jinak jadi ulat buku terus rasa meluat tengok buku. Cuma tengok muka buku je yang aku belum rasa nak meluat lagi. Sejak hari tu, aku dah tak baca lagi dah buku-buku, segala bagai komik pun aku dah tak beli. Even sekarang ni, kalau disuruh baca surat khabar pun aku dah tak mahu baca dah. Sekarang ni sape yang salah bila aku dah minat lagi nak membaca..?