jom follow....

Wednesday, 31 July 2013

Kad Raya Cinta Untuk Hari Raya...

Hari ni baru masuk Ramadan yang ke-22. Kalau dulu, time-time camni dah berbakul kad raya yang aku dapat daripada kawan-kawan. Sekarang ni, kad raya pun dah dipandang sepi. Bila tengok kad raya macam dah takde nafsu lagi nak menulis kad raya. Dah ada medium yang lebih mudah... Internet..! Ya, sekarang ni ucapan hari raya dihantar melalui Facebook, SMS,  Messenger, WeChat dan berbagai lagi la medium perantaraan yang digunakan orang ramai untuk greeting apa-apa perkara. Tapi bagi manusia yang pernah membesar dalam tahun 90-an macam aku dan macam korang semua, mesti ada kenangan dengan kad raya, kan..?

Kata-kata tulisan tangan bulat-bulat condong ke kanan tu ringkas je :
"Ingatan tulus ikhlas buat awak. Best of luck..." Walaupun ucapannya ringkas dengan tiga dot, dot, dot, ia amat menusuk perasaan, dan aku masih boleh ingat lagi dan masih terus mengingatinya sampai ke hari ini.

Kad tu merupakan kad raya pertama yang aku dapat daripada seorang perempuan. Masa tu aku baru lepas tingkatan lima kat sebuah sekolah teknikal kat Perak, sedang melalui fasa cinta monyet dengan seorang perempuan dari kelas pengurusan perniagaan. kad tu sebesar tapak tangan, ada gambar ketupat, ada gambar rumah kampung, cantik.. Aku cium bau dia, wangi.....

Hari tu jugak aku pegi kedai alatulis. beli kertas tebal, pen pilot 0.3,  0.4,0.7 ngan marker pen. Malam tu, aku buat kad raya untuk si dia. Dalam kad tu, aku lukis kartun sendiri.. Dalam kad raya yang aku buat tu, aku tulis sesuatu yang lebih berani. kata-kata cinta luahan perasaan sempena Syawal. Dihujung ayat tu, aku lakarkan lambang hati dengan anak panah menembusinya.. Fuhhh....

Aku beli setem tiga posen lalu aku poskan kad raya yang aku bikin sendiri tu pada yang berhak menerima nun di utara tanahair. Lepas dah pos tu aku mula terfikir kalau yang bukak kad raya tu nanti tiba-tiba bukan dia, kena pulak ayah atau abang dia yang bukak lalu baca ayat-ayat bunga aku kat dalam kad raya tu... Ah, sudah...... Kalau kakak-kakak dia yang baca okey la...

Nama pun cinta monyet. Betapa syahdu dan berbunganya pun, semuanya tak menjadi kenyataan. Peristiwa cinta monyet tu terjadi 11 tahun dulu. masa tu kad raya aidilfitri cukup besar ertinya. Baik daripada kekasih, teman biasa atau sanak saudara, semua kad yang diterima daripada pengirim akan disimpan dan digantung elok-elok kat depan pintu. Ia akan menjadi cerita kat asrama atau kat surau time solat tarawih :

" Hang mesti tak percaya, dia balas kad raya aku.. masuk ni dah lapan belas kad raya aku dapat, hang dapat berapa..? "

Awal 90-an majalah kartun banyak diterbitkan dalam negara kita ni. kad raya pun ikut perkembangan semasa dengan menjadikan kartun sebagai medium perantaraan dalam madah kad raya. Ada kad raya kartun yang lawak, ada yang perli-perli laki bini berebut nak balik raya, ada kad raya kartun yang menggambarkan orang terlantar kat hospital dengan tangan berbalut sebab main meriam buluh dan ada jugak kad raya romantis penuh dengan madah-madah macam kad raya edisi Blues Untuk Aku lukisan Aie. Zaman tu cerita-cerita pasal Blues ni memang cukup ' HOT '...

Antara ucapan yang menghiasi kad raya yang aku dapat pada masa tu : "Pen merah, pen biru, you marah, i love you". bagi yang desperate nak si penerima balas balik kad raya yang diorang hantar pulak diorang akan tulis pantun dua kerat macam ni... " pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas...! ". Semua tu relevan sebagai kenangan kad raya yang popular masa tahun 90-an dulu.

Hari ni tradisi hantar kad raya semakin dilupakan. Orang dah tak minat lagi nak jual kad-kad raya ni, sebab jual kad raya bukan bisnes yang lumayan macam jual mercun. Orang lebih berminat dan tertarik lagi untuk beli kuih samprit, maruku ngan kerepek-kerepek untuk juadah hari raya.

Orang tak tertarik nak beli kad raya sebab harga kad sekarang ni mahal dari harga kad dulu-dulu. Sekarang ni, harga yang paling cikai pun RM singgit sekeping. Ada jugak yang jual dengan harga sepuloh ringgit sekeping tapi jenis yang besar punye la.. Bagi kebanyakan orang, daripada beli kad raya yang mahal-mahal tu lebih baik beli nasi lemak daun pisang sebungkus. Harga setem pun sekarang mahal, kalau nak hantar berpuluh-puluh keping kad, berapa banyak setem pulak kita nak kena beli?

Lagi satu alasan paling munasabah kenapa kad raya dah tak popular dan tak menarik untuk digunakan lagi oleh orang-orang sekarang ni ialah orang zaman ICT ni lebih suka hantar ucapan melalui media internet. taiplah apa yang nak dikatakan, siap boleh attach gambar lagi tu. kemudian, ucapan ni boleh dihantar kepada  seramai mana kawan yang kita ada. Tak payah beli kad raya, tak payah beli setem. Hanya dengan satu klik, ucapan Aidilfitri kita boleh sampai ke destinasi biarpun jauh ke Amerika Selatan sekalipun. Bukan sekali pulak tu, boleh hantar berulang-ulang kali dengan ucapan yang berbeza dan tak perlu keluar duit untuk membeli setem yang berharga nam posen. Semuanya dihujung jari anda....

Kecanggihan teknologi siber memudahkan ucapan selamat dan mungkin menamatkan era gemilang kad raya. Tapi, bagi aku secara peribadi, menghantar kad raya tu perlu dikekalkan. Betapa canggih pun teknologi ICT, sekeping kad raya yang dihantar oleh posmen tetap lebih bererti buat si penerima...

Tuesday, 30 July 2013

Adni...

Adni..
Berita hadir tentang dirimu
Umpama cahaya menyinari
Hadir dirimu
Menguntum senyuman dibibir ummi

Wahai Adni permata hati
Saat dirimu pergi
Ummi dan abah tiada kudrat menghalang
Telah tertulis dalam qada' dan qadar
Telah sampai waktu untuk dirimu pergi

Suatu hari nanti
Pasti kita akan bertemu lagi
Di alam yang kekal abadi....


Ummi + abah & Abang Harith sayang Adni..

Al-fatihah buat anakanda Adni....

Sunday, 14 July 2013

"Penulis novel tu memang kawan I laa..."

Percayakah anda bahawa perkara pertama yang dipelajari oleh seorang blogger ialah memegang mouse... 

Sebelum adanya Facebook, dulu aku aktif kat akaun Friendster. Friendster ni dulu memang top la jugak, apa-apa hal pun mesti orang cakap pasal Friendster. Tapi entah kat mana silapnya laman sosial yang tengah hot macam friendster ni mula goyah, zaman kegemilangan Friendster dapat bertahan sekejap je. Bertahun jugak la laman Friendster ni bertahan, kemudian naik pulak social network 'jenama' MySpace. Laman sosial ni pun turut sama 'jatuh merudum' lepas wujudnya Facebook yang ada sampai sekarang ni. Ramai orang dalam Malaysia ni dan seluruh dunia amnya beralih kepada penggunaan laman sosial Facebook yang boleh dikatakan lebih 'friendly user'..

Sebenarnya jaringan laman sosial ni ada banyak pro dan kontranya. Kalau macam budak-budak muda, laman ni digunakan sebagai medium untuk mencari jodoh. Dan bagi orang-rang veteran pulak, laman ni digunakan untuk mencari kawan-kawan lama tapi mencari jodoh pun ye jugak diorang ni. Bagi yang meniaga, laman sosial digunakan bagi mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang diorang tawarkan. Tapi, ada jugak sebilangan manusia berakal waras tapi letak kat lutut yang menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk diorang menabur fitnah, kutuk orang sana-sini, menawarkan perkhidmatan urut body to body, macam-macam lagi la perkara negative yang boleh orang eksploitasi dengan kemudahan yang ada dalam laman sosial ni.

Aku? Aku dulu mula terjebak dalam kancah laman sosial ni sebab aku bosan. Dalam masa yang sama, masa tu ayah aku baru lepas operation jantung kat Institut Jantung Negara (IJN). Tak tahu nak bercerita dengan sape, aku tulis pra- blog aku kat dalam Friendster. Kebetulan ada sorang hamba Allah ni dia selalu contact aku kat dalam Friendster tu. Dia banyak bagi aku semangat masa aku tengah 'down' time ayah kat ICU. Dia jugak yang banyak bagi kata-kata positive untuk aku terus tabah mengharungi dugaan pada masa tu. Serius aku cakap, aku tak pernah kenal pun dengan dia sebelum ni. Mungkin dia selalu baca pra-blog aku kat Friendster selalu kot then dia add aku dalam list kengkawan dia.

Lepas ayah dah sihat dan boleh keluar daripada IJN, dia terus bagi semangat kat aku supaya jangan mengalah dengan ujian daripada tuhan. Hidup ni kena istiqamah, kena selalu berpegang teguh dengan akidah yang satu kata dia. Aku kenal dia dah 5 bulan time tu.

Masa beberapa hari lagi nak raya, dia bagitau aku yang dia suka baca novel karya Ramlee Awang Murshid yang terkenal sebagai penulis novel thriller no. 1 kat Malaysia ni. Kebetulan, Mr. Ramlee Awang Murshid tu merupakan kenalan aku sebab dulu aku pernah tinggal berjiran dengan dia kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Adik aku pulak keje kat tadika tempat Mr Ramlee hantar anak dia. No wonder la kitorang kenal bebenor.. Aku beritahu dengan kawan aku yang kat Friendster ni, dia kata dia tak percaya. Ada ke dia kata aku klepet dia..? Untuk membuktikan yang aku tak klepet dia, aku cakap..

"Okey, kalau you tak percaya dengan I.. Raya ketiga ni I bawak you pegi rumah dia. Kita beraya kat rumah dia..."

Then, she said.. "Okey, whatever..."

Hari yang ditunggu telah tiba, malam hari raya ketiga tu aku called dia aku bagitau yang aku nak datang ambik dia. Dia kata,

"Okey, you exit toll UPM nanti yu jalan terus je kendian sampai kat stesen komuter you, buat u-turn then jalan terus je sampai kat Minlon. Bila sampai Minlon, you naik atas bukit kendian belok kiri. Lepas belok kiri you call I.."

"Bapak jauh jalan nak pegi rumah dia ni...", Kata aku kat dalam hati.

Atas nasihat jalan yang dia bagitau, aku pun redah le. Dengan berbekalkan minyak kereta kancil ex850 yang full, aku terus mencari. Mujur aku cekap memandu, takde la sesat. Bila dah sampai kat rumah dia, aku call dia kata dia dah sampai. Dia jemput masuk rumah, aku cakap kat dia kalau kita berdua-duaan tak mau la masuk sebab nanti kang kena tangkap basah. Dia kata, takde tangkap basahnya sebab abang dia ada.

"Gulp!!", Abang dia ada rupanya. Aiseh, aku mula cuak. Spender aku mula basah dengan peluh sebab ni first time aku nak bawak anak dara orang keluar rumah malam-malam.

Abang dia macam garang tapi murah dengan senyuman, spender aku tak jadi nak basah dengan banyak sebab masa masuk dalam rumah tu dia jamu aku minum air sirap. Jadilah air sirap tu sebagai pembasah tekak dan membuatkan aku boleh berkata-kata dengan lancar semasa di 'interview' oleh abang dia. Tapi ada satu masalah lain pulak, aku terasa macam nak terkencing sangat sebab minum air sirap terlalu banyak. Atas dasar nak jaga tingkah laku yang sopan, aku tahan rasa nak terkucil tu!

Bila sampai kat rumah Mr. Ramlee Awang Murshid yang aku lebih selesa memanggil beliau dengan gelaran abang Ramlee, kawan Friendster aku ni mula tak senang duduk. Dia menggelabah. Dia mula libang-libu, kaget dan tak tentu arah. Aku cakap dengan dia,

"Tenang la, abang Ramlee bukannya makan orang.. Dia cuma penulis novel, penerbit dan pengacara kat RTM..keh keh keh", Aku ketawakan budak pompuan yang aku kenal kat Friendster ni.

Kedatangan kitorang disambut dengan meriah oleh abang Ramlee ngan family. Abang Ramlee banyak bercerita pasal novel terbaru. Aku banyak senyum daripada bercakap, sebab sebenarnya aku bawak fan Ramlee Awang Murshid datang beraya jadi lebih baik kalau fan dia yang bertanya apa yang dia nak tanya, kan?

Tapi, sayangnya... Member Friendster aku ni dari awal masuk tadi sampai time nak makan bihun asyik tercengang je. Mungkin dia rasa terkejut sebab yang ada kat sebelah dia sekarang ni ialah penulis novel thriller no. 1 kat Malaysia ni tengah berbual dengan dia. Aku rasa macam nak tergelak bila tengok dia tercengang cenggitu. Hampir sejam jugak la kitorang beraya kat rumah abang Ramlee. Sebelum balik tu, abang Ramlee hadiahkan kawan Friendster aku ni sebuah novel terbaru karya beliau. Siap ada autograph eksklusif daripada Ramlee Awang Murshid lagi tu! Seronok sangat kawan Friendster aku ni...

Masa bersalam dengan abang Ramlee, dia genggam tangan aku. Sambil tersenyum, dengan perlahan dia tanya,

"Kawan istimewa ke tu..?"

"Hish...Takde la bang..Tu kawan je tu..Aku kenal dia kat Friendster.. Aku cakap dengan dia yang aku kenal dengan abang Ramlee. Tapi dia tak percaya, tu yang aku bawak dia datang beraya kat rumah abang ni...", Jawab aku berseloroh. Abang Ramlee terus senyum. Memang betul pun, aku kawan-kawan je dengan budak pompuan ni. Lagipun, dia macam best je kawan dengan aku,kan..?

Masa dalam kereta, kawan friendster aku ni tersenyum je. Aku biarkan dia terus tersenyum dan menikmati kenangan terindah dia beraya di rumah Mr Ramlee Awang Murshid. Sebelum turun dari kereta, kawan Friendster aku ni cakap,

"Terima kasih sebab bawak I pegi beraya kat rumah abang Ramlee. I ingat you tipu I. Tak sangka yang you betul-betul kawan dengan dia....."

Aku cuma senyum je. Start hari tu, hubungan kitorang bertambah akrab hingga membuahkan bibit-bibit percintaan. Nak dijadikan hal, sebelum aku berangkat bekerja ke Arab Saudi, aku bertunang dengan kawan Friendster aku ni. Dan lepas balik daripada Arab Saudi, terus dilangsungkan perkahwinan aku dengan dia. Masa kenduri kahwin kitorang tu, abang Ramlee Awang Murshid ada datang. Tapi dia tak datang bawak novel la, dia datang sebagai tetamu. Dia kata kat kawan Friendster aku ni,

"Masa kamu datang rumah saya dulu, saya dah boleh agak.. kamu berdua mesti akan hidup bersama...."

Alhamdulillah, kawan Friendster aku yang dulu tu kini dah dah jadi isteri aku yang sah dan merupakan ummi kepada seorang anak kecil yang petah dan lincah lagi bijak. Siapa kata, jodoh dalam internet tak elok...? Kalau betul cara, kenal hati budi baik-baik, dia hormat dengan mak ayah kita.. Apa salahnya kita terima dia sebagai teman dalam hidup kita, mungkin dah tertulis dalam kalamullah, kalau dah jodoh tak kemana.... :)

Selamat Pengantin Baru......



Thursday, 11 July 2013

Kalaulah kamu ada..... - Lan Keli -



Dulu aku ada sorang kawan. Orang kampung panggil dia Lan Keli. Aku kenal dengan dia sebab dia kawan dengan Pak Anjang ngan Pak Lang aku. Kerap jugak dia datang umah opah, lepak-lepak dengan pak sedara aku dok main gitar kapok. Lepas dia dapat keje kat Perak Hanjoong Cement (sekarang dah tukar nama kepada YTL Cement), aku tengok dia makin bergaya dengan proton saga kaler merah. Cantik kete dia. Kalau aku nak balik KL dulu dia selalu hantar aku ke stesen ketapi Kuala Kangsar.

Suatu hari dia tanya aku...

"Nan, aku nengok orang-orang sekarang ni rajin deme buat blog, ye dak..?"

Aku yang tengah cari tiun gitar ni, buat donno je. tapi, sebab nak jaga hati Lan Keli, aku jawab jugak la soalan dia...

"Entah le, Lan.. Mane le teman tahu.. Awok pun bukannya ada blog..", Kata aku yang masih lagi mencari tiun bunyi gitar yang aku nak untuk lagu sejati nyanyian kumpulan Wings.

Time tu aku mana reti pasal blog-blog ni semua. Time tu aku baru habis sekolah. Yang ada dalam kepala otak aku time tu cuma nak lepak, bela rambut panjang pastu cari keje kat restoran McDonald. Dan, masa itu tak macam masa sekarang ni.. Dulu nak main internet kena pegi cyber cafe, bayar mahal plak tu. Sekarang ni lepak mana-mana je ada wi-fi, talipon pun bukan calang-calang.. semua orang pakai smartphone. Dulu? Time aku dulu pakai Nokia 3310 je, paling canggih pun talipon yang aku pakai Nokia Butterfly, tu pun dah nampak mahal dah tapi time tu la... Sekarang ni kalau pakai Nokia 3310 lagi konfem kena perlekeh dengan budak-budak sekolah!

"Nan, aku ingat aku nak tulih blog laa....", Lan Keli terus menyuarakan niat dia nak menulis blog.

"Apa pasey kamu ni, Lan..?", Kamu pandey ke main komputer?", Aku terus bertanya kat Lan Keli dengan muka berkerut sambil peluk gitar kapok.

"Aku ingat, aku nak tulis cerita pasey hidup aku. Bior deme yang serata dunia ni tahu apa perasaan yang terbuku dalam hati aku ni... Apa perasaannya jadi penulih blog ni ye, Nan?.", Kata Lan sambil memintal-mintal kepompong rama-rama kat pokok belimbing rumah opah aku.

Hairan, pelik... Lan tak pernah cakap macam ni. Selalunya dia orang yang paling hepi kalau jumpa dengan kawan-kawan. Senyum kat muka dia tak pernah lekang dari bibir. Dengan muka dia yang besar berpetak tu, rambut lurus. Badan tegap tinggi konfem ramai gadis kat luar sana yang akan terpikat dengan Lan Keli. Tapi, hari tu Lan keli tak macam Lan Keli yang aku kenal...

"Kalau kamu ndak nulih juge, aku sokong kamu Lan.. Tapi kamu jangan nulih cerita-cerita blue pulak!", Aku berseloroh sambil ketawa besar.

"Hishh!!! Kamu ni!", tegur Lan sambil bangun mengibas-ngibas seluar dia yang penuh dengan semut api.

"Lan, malam ni kamu jangan lupe pulak nganto aku ke stesen ketapi Kuale nuu....", Aku mengingatkan Lan sebelum dia melangkah masuk ke dalam kereta proton saga merah dia.

"Orait, bebeh...", Lan terus memecut proton saga merah dia membelah jalan raya. Aku? Aku masih lagi mencari tiun lagu sejati. Cari punya cari punya cari, haram tak dapat! Last-last aku fed up, aku hempuk gitar tu kat pokok belimbing. Puas hati aku!

Malam tu pukul 11.30 malam, Lan datang ambik aku kat rumah opah. Tiket ketapi aku pukul 12 tengah malam. Maklum la naik ketapi mel. Mungkin zaman sekarang ni dah tukar nama dengan tren senandung malam kot, aku pun tak berapa pasti sebab dah lama sangat tak naik ketapi. Aku salam dengan Lan, aku tengok dia senyum macam selalu. Kemudian dia kata,

"Entah bila lagi dapat jumpe dengan kamu ni, Nan.. Kirim salam dengan mak dengan aboh kamu...", Kitorang terus berjabat tangan.

Landasan keretapi....

Lan tak tunggu pun sampai aku naik ketapi, dia tinggalkan aku bersama-sama dengan master stesen yang dari tadi dok pegang bendera hijau ngan merah. Pada hemat aku, mesti ketapi dah nak sampai.
Bila naik tren tu, seat aku patutnya kat sebelah tingkap. Tapi, orang lain plak dah ''chop'' seat aku. Disebabkan yang ''chop'' seat aku tu adalah seorang awek, maka aku mengalah. Mengalah kepada kaum yang lemah!

Dalam 2 bulan lepas tu, aku balik semula ke rumah opah kat Padang Rengas. Bila sampai je kat rumah opah,  paklang cakap,

"Nan, kamu kenal dengan Lan Keli, kan..?", Aku jadi sedikit terperanjat.

"Pasey ape tak kenal plak.. Kan member tu....", Aku jawab.

"Lan dah meninggal....", Aku terdiam, baru je 2 bulan lepas aku jumpa dengan dia. Dia hantar aku ke stesen ketapi.

"Meninggal kenapa?", Aku tanya paklang.

Paklang pun menceritakan kat aku atas sebab musabab kenapa Lan Keli meninggal mengejut macam tu. Aku menggeleng kepala. Tak sangka macam tu cara dia pergi. Lan Keli baik. Lan keli banyak tolong aku.
Sampai sekarang, kalau aku balik ke kampung. Bila lalu kat depan rumah dia, aku akan teringatkan arwah..
Biar la apa tanggapan diorang pasal arwah Lan Keli, walau apa pun dia tetap kawan aku. Dia tetap saudara seagama dengan aku.

Kalaulah arwah Lan Keli, masih ada tatkala ini.. Aku nak bagitau dengan arwah yang aku dah ada blog sendiri. Aku boleh taip apa saja yang aku nak kat sini. Aku boleh ceritakan kenangan lama, cerita macam-macam dengan semua orang. Penceritaan tanpa sempadan sebab semua orang boleh view. Semua orang nak membaca.

Lan, kalaulah kamu masih ada sekarang ni biar aku ajor kamu macam mana nak buat blog macam yang kamu ndak, macam yang kamu ceritakan dengan aku dulu.......



~ Bagi sesiapa yang baca entry ni, sedekahkanlah Al-Fatihah buat sahabat saya Lan Keli dengan seikhlas hati anda...~

Wednesday, 10 July 2013

Kisah Benar : Aku mahu Puasa...

Menu korang di bulan puasa ke ni?
Tujuan aku menulis diruangan penuh sensasi bukanlah untuk mencari publisiti murahan. Sekadar untuk dijadikan panduan kepada mereka yang buta huruf dan tidak buta hati. Aku amat berharap agar pengakuan yang datang dari hati yang kudus dan tulus ini sedikit sebanyak memberi pedoman dan pengajaran kepada mereka yang berkenaan.

Mungkin korang menganggap aku seorang yang jahil lagi zalim kerana tidak pernah berpuasa seperti korang. Walaupun aku tahu sesetengah dari korang yang curi-curi makan tetapi sekurang-kurangnya korang pernah merasai nikmat puasa. Aku?

Sayu hati ini mengenangkan betapa tidak pernah aku merasai semua nikmat yang pernah korang kecapi. Siapa yang harus dipersalahkan? Diri sendiri? Mungkin tidak. Sebenarnya sejak kecil aku tidak pernah dididik untuk berpuasa. Menyentuh tentang kehidupan sebelum ini, ingin aku berkongsi pengalaman dengan korang.

Aku dilahirkan tanpa dapat merasai nikmat kasih sayang ibu. Mak aku mati sebaik saja melahirkan aku. Mujurlah bapak aku bukan seperti bapak kambing. Dia tetap menyayangi aku walaupun terpak sa menempuh pelbagai suka duka dalam membesarkan aku. walaupun aku tidak mempunyai ibu tetapi kaum keluarga yang lain memberikan perhatian sepenuhnya menyebabkan aku tidak bersa tersisih.

Bapak aku baik hati, berbudi tinggi dan penyabar. malangnya bapak tidak pernah berpuasa. sebab itulah aku pun tidak didedahkan pengalaman berpuasa sejak kecil lagi. Aku tak tahu kenapa bapak tak pernah berpuasa macam korang. Nak tanya segan bercampur takut. Nak kata bapak ada ulser atau gastrik tak pernah pulak bapak mengadu sakit perut.

Ketika usia aku meningkat remaja, keinginan untuk belajar berpuasa membuak-buak. Tapi takut juga pada bapak. Aku takut bapak tak suka aku berpuasa. bagaimana aku nak menjawab sekiranya bapak bertanya kenapa aku tak makan? takkan aku nak jawab sakit perut sampai tak boleh makan langsung atau sekurang-kurangnya minum air sikit. Tak masuk akal pulak nanti. Aku tak boleh nak mengelak dari menjawab pertanyaan bapak sebab bapak sentiasa memerhati aku dengan penuh kasih sayang. nanti risau pulak orang tua tu.

Namun dorongan untuk berpuasa semakin kuat membuak-buak. Sering kali aku termenung memikirkan bagaimana hendak mencuri-curi puasa. kalau korang tentunya sering memikirkan bagaimana hendak curi-curi makan tetapi aku sebaliknya. Kan? kan? Janganlah malu untuk mengakuinya.

"Menung apa tu?", Tegur bapak membuatkan aku hampir terkentut.

terkejut sakan sebab aku sedang leka mengelamun. tak sangka pulak bapak menyedari perbuatan aku. Aku menjadi serba salah. apakah aku harus berterus-terang?

"Takde apa-pa, pak..", Aku cuba berbohong.

"Jangan nak berdalih...Ada masalah?", Desak bapak lagi.

"Betul, takde apa-apa..."

Aku masih belum berani nak berterus-terang. Semua yang terpendam di kalbu harus didiamkan untuk waktu yang lebih lama. mungkin suatu hari keberanian akan tiba untuk aku meluahkan segala yang selama ini bergolak di jiwa. waktu itu aku mengharapkan agar bapak sedar dan insaf serta meninggalkan segala kejahilan. Aku berharap aku dan bapak sama-sama menahan lapar dan dahaga disiang hari.

"Bapak kenal sangat perangai kamu. Kalau takde apa-apa takkan kamu termenung. Bermuram durja macam ditinggal kekasih. Adakah kamu sedang bercinta sekarang? Atau kamu sedang memikirkan Si Comel anak dara pak Dogok."

Aku tersipu-sipu. memikirkan anak dara Pak Dogok merangsang sesuatu yang aneh dalam diri ini. Ada naluri yang menggebu-gebu. draah remaja bagaikan menyesakkan nafas. Aku tak faham kenapa perasaan itu hadir. aku rasa macam nak kahwin. melihat aku yang tersipu-sipu, bapak tersenyum.

"Nanti bapak cakap dengan Pak Dogok. bapak tengok kamu ni memang dah sampai waktunya. Janganlah kamu menyimpan perasaan. Bapak akan menjadikan kamu lelaki sejati tak lama lagi. Kamu tahu ke macam mana kahwin?", soal bapak menduga aku.

"Tahu, pak..!", Pantas aku menjawab sehingga bapak ketawa terkekeh-kekeh. Malu aku. Nampak sangat aku dah tak boleh menahan nafsu. Kemaruk nak berbini. Bapak terus ketawa terkekeh dan melupakan pertanyaan tadi tentang kenapa aku termenung. Lega juga. Sekurang-kurangnya bapak tak risau lagi.

"Bapak faham, bapak pun pernah rasa macam yang kamu rasakan sekarang.. Bapak faham...", Aku tertunduk malu.

Soal kahwin perkara kedua. aku berazam sebelum kahwin, aku nak belajar berpuasa. Aku tak mahu anak-anak aku menagalami nasib yang sama. Aku harus mengajar anak dan isteri aku berpuasa. sebelum tu, aku sendiri harus berpuasa untuk dijadikan teladan bukannya batu sempadan.

Suatu pagi ketika kegelapan dan kedinginan masih menyelimuti alam, aku menggagahkan diri untuk membuka mata. Aku bangun untuk bersahur. terasa mata aku perit, pedih dan susah untuk dibuka. Perasaan mengantuk datang bertalu-talu sehingga hampir-hampir aku menyambung mimpi yang belum sempat tamat. namun keazaman dan cita-cita aku yang tinggi membuatkan aku melawan segala ujian. Mungkin ini ujian pertama untuk menguji kesungguhan aku untuk berpuasa. Inilah kali pertama aku bersahur.

Dalam diam dan senyap aku makan dan minum sedikit air dengan berhati-hati. takut-takut kalau bapak terbangun. kemudian aku menyambung tidur semula sambil memikirkan bagaimana hendak menjawab sekiranya bapak bertanya esok.

Siangnya aku terbangun ketika matahari sudah meninggi. Agak lain aku rasakan.Buat pertama kalinya aku merasakan perut aku tidak lapar sangat.. Tak macam selalu. Aku berasa bangga. bangga sungguh. hari tu aku berusaha mengelak daripada bertembung dengan bapak. Sekurang-kurangnya aktiviti aku yang tak makan dan tak minum tidak disedari oleh bapak. Namun bapak tetap bapak. Segala yang aku lakukan tidak lepas dari perhatiannya.

"Kenapa kamu tak makan?"

"Takde selera la, pak..."

Bapak diam. Aku lega buat sementara waktu. segalanya berjalan lancar setakat ini.Bapak tidak mengesyaki apa-apa. menjelang petang perut aku terasa lain macam. Lapar dan dahaga datang menyucuk-nyucuk. Badan lemah semacam membuatkan aku terpaksa baring saja. nak berdiri pun tak larat. Rasa nak demam pun ada. ketika itulah aku melihat bapak mulai risau.

"Makan sikit. bapak tengok kamu dah lemah benar. Tak pun minum air. Takkan tak selera sampai tak mahu minum air setitik pun.", Keluh bapak.

Desakan bapak tak dapat aku hindari lagi. Aku harus berterus-terang. Aku lemah bukan kerana tak ada selera makan tetapi aku sedang berpuasa sebagaimana korang semua. Mungkin sudah sampai waktunya aku meluahkan segala yang terpendam di hati. Kalau bapak nak marah, biar la dia marah...

"Saya bukan tak selera nak makan, pak."

"habis kenapa kamu tak makan?"

"Sebenarnya saya sedang berpuasa sebagaimana orang lain. Maafkan saya, pak. Saya menyembunyikan perkara ini dari bapak. Saya harap bapak tak marah. Saya selalu berharap dapat merasai nikmat berpuasa macam orang lain. Saya juga berdoa agar bapak berpuasa. Oleh itu, dapatlah kita berbuka puasa sama-sama nanti. Marilah kita berpuasa, bapak... Kenapa selama ni bapak tak pernah berpuasa..?", Kata aku panjang lebar.

Seperti yang aku duga, bapak marah. Muka bapak merah padam sambil merenung aku dengan pandangan tajam. Pandangan bapak laksana pancaran laser yang boleh membelah bumi. Kecut perut aku jadinya.

"Puasa kepala hotak kamu! Orang lain berpuasa sebab mereka tu manusia. Kau nak buat apa puasa!? Kamu tu LEMBU!!!! Tahu tak!", Terang bapak sambil melibas-libas lalat di badan.

Aku terkebil-kebil lalu bertanya,

"Lembu tak payah puasa ke,pak?!"


Moral :Jika anda bukan lembu maka berpuasalah...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK..

Kenangan Ramadan Dengan Kawan-kawan..

Dalam hidup ni aku ada banyak impian. Impian yang menggunung, biarpun segunung mana pun impian tapi takkan tercapai kalau kita hanya bermimpi. Nak gapai impian kena ada usaha, kena ada kesungguhan.. Dalam impian banyak mengajar kita tentang erti kesusahan. Kalau semua benda senang nak capai, itu bukan impian namanya. Itu err apa entah nak cakap.. Ah, malas la cakap pasal impian ni, kalau cakap kang memang banyak benda pulak yang aku nak kena taip.

Malam tadi aku join solat sunat tarawih kat masjid area rumah aku. Malam tadi punya ramai jemaah, humang aih macam semayang jumaat. Ramai gile! Aku macam biasa la, malam tadi sebenarnya aku dinner awal. Lepas maghrib tu aku dah ambik dinner dah. Bila lepas makan mula la mata ni layu je, aku layan anakanada main lebih kurang lepas tu sedar-sedar pipi aku kena tampar dek anakanda Harith suruh bangun semayang Isya'.. Bijak budak ni, dia dengar azan lepas tu suruh abah dia solat.. Untuk pengetahuan, anak aku time ni baru berumur 2 tahun dua bulan. Dalam tengah mengantuk tu, aku dengan malasnya nak bangun ambik wudhuk, malasnya nak solat.. Yang aku nampak time tu cuma tilam dengan bantal je!

"Abah.. mangun.. Solat...Jom doa..",  anakanda Harith terus mengajak dan dia dah pun bersedia duduk bersila atas tikar sejadah.

Aku lawan nafsu tidur. Aku ambik air semayang, aku tunaikan solat Isya' dengan Harith yang dari tadi dok menunggu abah solat sama-sama. Lepas solat jemaah dengan Harith, aku cepat-cepat bersiap nak pegi solat sunat terawih berjemaah kat masjid. Bila sampai kat masjid, perkarangan kaki lima masjid penuh dengan selipar berwarna-warni. Wahhhhh, ramainya orang....

Masa aku sampai, diorang baru start bagi penerangan pasal solat sunat tarawih. Aku ambik port duduk kat belakang, senang nak keluar ambik wudhuk kalau aku terkentut time solat. Bila dah duduk kat belakang ni, memang penuh dengan budak-budak je la. Diorang punya bising toksah cakap la, masa solat tu entah berapa kali aku tersasul baca Al-fatihah sebab bunyi bising suara diorang benar-benar mengganggu kekhusyukan aku untuk menunaikan ibadah pada malam pertama ramadan.

Masa lepas rakaat keempat tarawih, aku lepak jap. Maklum la masjid ni buat tarawih sampai doploh. Ada la can nak rehat-rehat. Aku buat lapan je, cukup lapan kang aku buat witir pastu aku angkat kaki le. Tapi kalau hidangan moreh sedap-sedap, aku bedal dulu pastu baru balik.

Aku cari port kat tiang paling hujung dalam masjid tu, duduk bersandar kat situ sambil perhati gelagat sorang-sorang budak yang ada kat situ. Ada yang main kejar-kejar, ada yang menangis sebab kena sorok selipar, ada yang jugak yang berdating dalam masjid.. Hish, kecik-kecik dah pandai berdating.. Aku dulu baya-baya diorang mana ada dating-dating ni, lagipun aku bukan mat jiwang nak cintan-cintun. Orang yang minat kat aku ada la, tapi aku wat dek je.. Maklum la ego..!

Aku perhati muka diorang sorang-sorang, teringat plak aku zaman aku kecik-kecik dulu masa bulan puasa. Sekali memori tu datang, aku tersenyum sorang-sorang.... Aku membesar kat kuarters UTM, maklum la ayah aku staff universiti. Untuk staff diorang diberikan kemudahan rumah kuarters. Kat sini jugak aku ada ramai kawan. Kawan-kawan aku semua best-best. Bila tiba waktu bulan ramadan, kitorang selalu beriktikaf kat dalam masjid, nak cari lailatulqadar kata kawan aku memberikan idea untuk dijadikan alasan kat mak ayah aku jika mereka bertanya.

Sebenarnya point kitorang tidur kat masjid bukan sebab nak beribadat sangat pun, korang bayangkanlah umur baru 7-8 tahun nak beribadat amendenya? Dalam kepala hotak kitorang semua time tu ialah nak main je. Malam tu kitorang ramai-ramai dalam sepuluh orang lebih kurang main gusti-gusti. Tak cukup main gusti-gusti, salah sorang kawan aku pasang kipas laju-laju kendian ambik lebai member sorang lagi lepas tu baling kat kipas..

"KETUNGGHH!!", Bunyi kipas tu melibas lebai member aku. Aih, macam seronok pulak buli member macam tu. Last-last sampai lunyai lebai dia kitorang kerjakan. Dia balik mengadu ngan mak bapak dia. sebelum mak bapak dia 'serang' kitorang, kitorang pun cepat-cepat lari cabut balik rumah. Bila mak tanya, kenapa tak tidur masjid? Aku cakap, kat masjid ada nenek kebayan! Mak aku geleng kepala, tapi aku tak ambik pusing sebab dalam kepala otak aku dok pikir apa pulak aktiviti untuk malam ramadan esoknya.

Bila pagi, tiba waktu subuh kitorang memang tak pernah miss solat jemaah fadhu subuh kat masjid. Mesti korang terkejutkan..? Sebab selalu lepas solat subuh kat masjid UTM tu ada sorang atuk. Atuk ni selalu sedekah singgit untuk setiap sorang budak-budak yang ada solat subuh jemaah kat situ. member aku Hishah dilantik sebagai ketua budak-budak kat kuarters tu sebab dia ada ciri-ciri pemimpin yang baik, tapi ada jugak member aku yang diam-diam kutuk belakang sebab tak puas hati kenapa atuk kaya tak lantik dia sebagai ketua bagi mengagihkan duit singgit kepada semua. Aku tak amik port semua tu, korang pikir la dari kecik lagi aku dah didedahkan dengan kuasa politik secara tak rasmi. Lupa plak aku nak bagitau, kitorang menggelarkan atuk ni atuk kaya sebab dia memang orang kaya. dah la kaya, baik hati.. Seronok tengok muka dia yang berseri tu, senyum tak lekang dari bibir dia. last aku dengar dari group anak-anak kuarters UTM kat dalam Facebook, diorang kata atuk kaya dah meninggal. Sedih plak rasa..

Lagi satu aktiviti kesukaan kitorang time orang tengah terawih ialah kitorang main polis sentri. Habis semua kawasan hostel brader-brader yang student dari Blok A sampai ke Blok E kitorang jadikan markas dan tempat persembunyian. Time tu orang yang paling suka menyorok lepas tu susah nak dapat ialah si Paed. Mana entah dia menyorok, kalau dia jadi geng pencurik memang letih la nak carik!

Lepas habis main polis sentri, bila dah dengar bilal sebut,

"Witir 2 rakaat..!"

Lekas-lekas kitorang basuh kaki kendian susun kuih untuk moreh buat para jemaah. Time tu best.. Basuh pinggan, susun kuih buat moreh dan bila sampai hujung bulan puasa ada dapat upah.. kekadang sampai beratus ringgit, masa tu bila dapat duit upah tu kira macam duit raya la bagi kitorang yang buat kerja kat masjid tu.. Syok.....

Sekarang ni masing-masing dah besar. Masing-masing dah ada life sendiri. Ada yang dah beranak-pinak. Ada yang kerja pakai kete besar. Ada yang jadi askar, ada yang jadi polis.. Senang cerita, semua dah berjaya ketemu sinar bahagia hidup masing-masing. Walau kat mana pun korang, kenangan kita semua tetap dalam ingatan. Moga hubungan persahabatan ni kekal sampai bila-bila....

~SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADAN AL-MUBARAK~

Tuesday, 9 July 2013

Kenapa Kereta Jenazah Digunakan Bawak Orang Tak Puasa?

Penah try naik van jenazah? Jom la try sekali...

Kenapa kereta jenazah digunakan untuk bawak orang tak puasa…

Kereta jenazah adalah simbolik sebagai kenderaan terakhir buat insan yang bergelar manusia. Kereta jenazah juga digunakan sebagai kenderaan hukuman buat manusia beragama Islam kat Malaysia ni. Antara hukuman orang tak berpuasa kat dunia ni yang dilaksanakan kat negara kita ni adalah ditangkap dan dibawa menaiki kereta jenazah.Korang tau tak kenapa? Kalau nak tau sila baca…

      Supaya yang ditangkap insaf dan mencontohi jenazah yang dah terbujur kaku serta tak boleh rasa nikmat dunia seperti makan dan minum.

      Nak bagi gambaran tubuh yang mati nanti akan dimamah ulat. Kalau dah tak puasa mungkin lebih lagi, mungkin dibaham bapak ulat.

            Bau kapur barus yang melekat dalam van akan terbawa-bawa hingga diorang tidak berselera makan buat beberapa hari sekaligus menyedarkan diorang akan kewajipan berpuasa.

      Nak bagi last chance sebab van tersebut takkan abwak diorang ke tanah perkuburan sebaliknya bawak diorang ke pejabat agama ataupun mahkamah syariah.

           Nak bagi peringatan supaya dioran tidak meninggalkan puasa dan ketika tiba waktu sahaja baru berbuka.. Bukan baru insaf bila malaikat dalam kubur sudah bertanya, “ Marobbuka…!!”

Monday, 8 July 2013

Baju Raya Farah..

Tinggal dua minggu lagi nak beraya, ramai orang dah buat persiapan awal untuk menyambut hari yang paling mulia ni. Ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit hanya untuk memeriahkan lagi suasana perayaan aidilfitri tahun ni. Aku, macam orang-orang bujang lain kat KL ni seperti biasa tengah pening kepala nak mencari duit untuk beraya. Dengar-dengar kata, takde bonus raya tahun ni. Kompeni aku tak boleh nak 'cover' budget untuk tahun ni. Sebagai pekerja biasa, aku dan kawan-kawan aku yang lain terpaksa le berkorban tanpa duit bonus.. Tak beraya lagi le jawabnya! Dah takde rezeki, ye tak?!

Keluarga aku kat kampung ada mengirimkan kad raya untuk aku, terpaksalah aku membalasnya, tapi harus diingat, bukan balas kosong tu!! Kena la sekali dengan ongkosnya, barulah heppi sikit diorang kat kampung tu. Takpelah berkorban untuk keluarga...nak buat camana, ye tak?
Aku tengok ramai jugak antara kawan-kawan ofis aku yang cuba cari duit lebih dengan meniaga di bulan puasa ni. Ada yang jual makanan, ada yang jual pakaian dan tak ketinggalan ada jugak yang menjual kepandaian dengan membuat kad raya lukisan sendiri untuk mencari duit raya. Aku ni masih terkontang-kanting mencari idea untuk mendapat duit lebih sedangkan orang lain dah nak cukup seribu dalam koleksi akaun masing-masing.

Aiseh, lupa plak nak cerita. Aku ni ada seorang awek.. Heh! heh! Awek aku ni kerja di pejabat kementerian kat Putrajaya tu. Nama dia Farah... Dia ni kerja sebagai kerani biasa je kat kementerian tu. Aku dah kawan dengan dia sejak tahun lepas lagi dan raya tahun ni adalah raya pertama yang akan diharung oleh kami berdua. Namun begitu, sejak Ramadan ni aku jarang sangat berjumpa dengan farah, bukannya apa cuma poket tengah sengkek... kang tak pasal-pasal je aku ngan dia kena gadai barang-barang peribadi kalau tak dapat bayar apa yang dibeli. Aku tahu dia menyesal kawan dengan aku... Tapi nak buat camana, dah suka sama suka, ye tak? Cuma aku harap dia sabar dengan aku.. Pasti akan ku buktikan!!!

Empat hari yang lepas, Farah ada call aku bertanyakan khabar. Katanya lagi, dia kalau boleh nak berjumpa dengan aku sebelum pulang berhari raya nanti... Nak ucap selamat hari raya katanya. Hmmmm... Aku cakap kat dia okey je laa.. Aku pun memang dah rindu sangat nak tengok muka dia yang cute tu!! Cuma aku sendiri nak kena faham la, perjumpaan aku dengan Farah nanti akan lebih bermakna jikalau aku membawa objek-objek yang berbentuk hadiah untuk dimiliki oleh Farah.. Baruah dia lebih tangkap sayang ngan aku!! Kalau nak berkesan lagi dia punya impact, aku kena bagi hadiah yang mahal-mahal sikit, sure dia kenang aku sampai bila-bila punya la!!

Pikir punya pikir, akhirnya aku bertekad nak menghadiahkan Farah sepasang baju raya buat dia pulang beraya nanti kat kampung. Mesti nama aku akan disebut-sebut semasa percutian hari raya beliau nanti. Baru la mak dia tangkap feeling dengan aku.. senang sikit aku nak cucuk jarum kalau nak pinang si Farah tu nanti.. Hmm!! Bagus idea tu!

Keesokan harinya aku pergi ke bank untuk memeriksa duit baki yang terdapat di dalam akaun aku. Amat terkejut buah pinggang aku apabila mendapati duit baki akaun aku cuma tinggal lapan puluh ringgit aje. Waduuuhh! Camana aku nak belikan baju raya untuk si Farah tu.. Silap haribulan tak beraya aku nanti. Tiba-tiba, tanpa salam kepalaku menjadi pening seperti baru diketuk dengan kayu hoki. Aku mula rasa mual dan tak sedap tekak mengenangkan duit aku yang sebanyak itu. Bagaimana aku bisa menggembirakan Farah... camana aku nak salutkan tubuh beliau dengan sepasang baju raya yang paling anggun.

Sekurang-kurangnya baju raya seperti itu memerlukan dua ratus.. Muka aku mula pucat tak cukup darah!! Aku berjalan mundar-mandir di hadapan bank yang seperti mentertawakan aku diatas kedaifan ekonomi aku tu. Aku hilang arah, aku tak tahu mana nak dituju. Dan tanpa aku sedari, aku tersadung akibat tersepak tumitku sendiri, lalu aku pun terhumban ke dalam longkang berhampiran yang penuh dengan air kari... Aku bingung!!

Walaupun aku terbaring kat dalam longkang tu, namun tiada seorang pun insan yang datang menolongku. Apa yang aku perasan cuma beberapa gelak ketawa kecil yang cukup bisa dari orang yang lalu lalang di tepi longkang tu. Kepala aku amat berat rasanya untuk bangun, bau hanyir kari di dalam longkang tersebut mula melekat di pakaianku. Akhirnya aku gagahkan juga tubuh badanku untuk bangun dan menghadapi dunia.

Jam ditangan baru menunjukkan pukul dua petang. Matahari agak tegak dikepala time tu! Aku berjalan macam orang gila sambil memanggil-manggil nama Farah!! Lagi lama aku melaung nama Farah, aku dah tak ingat siapa diri aku yang sebenarnya... Aku dah lupa ingatan!! Arrghhhh!!!

Bandar KL seperti tempat yang amat asing buat aku, aku seperti baru sampai kat sini walaupun aku tahu aku dah lama menetap kat kota metropolitan ni. Nama aku, rumah aku, awek aku malah kampung aku sendiri pun aku dah tak ingat. Mungkin sebab aku terjatuh tadi tu!! Aku dah tak tahu apa tujuan aku sebenarnya berada kat bank tu tadi. Semakin jauh aku berjalan, semakin pening kepala aku memikirkan apa yang telah berlaku terhadap diriku ini. Aku terus berjalan dan berjalan sehingga aku sampai ke sebuah tempat bernama Jalan Pekeliling. Aku duduk termenung kat sebuah perhentian bas sambil melihat orang lalu-lalang disitu. perut aku mula terasa lapar, mengapa aku lapar sangat, haa..?! Macam dah lama sangat aku tak makan, aku terus menghampiri tong sampah berdekatan untuk mencari sisa-sisa makanan yang boleh aku telan.

Tiba-tiba, tanpa aku sedari aku ternampak satu bungkusan beg plastik berdekatan dengan tong sampah berkenaan. Aku terus capai beg tu lalu aku dapati ada sepasang baju kurung yang cantik kainnya didalam beg plastik tersebut. Aku mula kehairanan dan merasa amat pelik! Aku terus melarikan diri bersama beg plastik yang berisikan baju kurung tadi. Lari punya lari punya lari, akhirnya aku tersadung lagi dan jatuhlah aku didalam longkang lain.

Apabila aku sedar, aku sudah berada disebuah hospital sambil kepalaku telah dirawat sepenuhnya. Eh! Aku dah ingat semula.. Aku dah normal kembali. Dan kelihatan seorang perempuan sedang duduk di sebelah katilku sambil merenungku.

"Bang..!! Cemana abang boleh kena camni?!!..."

Ohh, Farah rupanya. kata beliau lagi, pihak hospital telah menghubunginya kerana nombor telefonnya tersimpan dalam beg duit aku yang tak berduit tu..! Aku merasa lega kerana kembali pulih dan kelihatan tangan Farah sedang memegang beg plastik yang aku sendiri pun tak tahu dari mana datangnya.

" Bang...! Terima kasih bagi baju ni kat Farah!! I love you!!", Kata Farah dengan wajah manis. Aku balas senyuman Farah dengan seribu pertanyaan.

Jadi begitulah ceritanya, aku harap korang jangan percaya dengan cerita aku ni sebab aku sendiri pun langsung tak ambik pusing dengan cerita aku ni.. anyway, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN"


Sunday, 7 July 2013

"Sebenarnya Orang Bunian Tu Kawan Saya"

Pokok besar selalu dikaitkan dengan tempat tinggal makhluk halus.

Malam tadi kat Astro prima ada ditayangkan cerita 'Sumpah Orang minyak'. kitorang satu family melopong bila tengok P.Ramlee tersesat masuk ke kampung bunian kemudian ada scene P.Ramlee jadi orang minyak sebab buat perjanjian dengan setan selepas dia melanggar perjanjian dengan orang bunian iaitu ; jangan bunuh orang..

Best jugak layan cerita melayu dulu-dulu ni.. Cerita zaman sekarang tak habis-habis pasal gangster, mat rempit, lumba kereta sampai jemu dah nak tengok cerita melayu kat wayang. Baik tengok cerita tamil kat tv2 lagi bagus.

Sedang aku cakap sorang-sorang kat dalam hati,

" Abi, dulu masa kita cari warung Pak Menawer tu, abi ada cakap pasal abi pernah kawan dengan orang bunian, kan? ", Wife aku bertanya sekaligus membuka topik panas tatkala itu.

" Haah, kenapa? ", Aku tanya balik sambil cicah mempelam dengan kicap Tamin.

"Masa abi mula-mula kenal dia macam mana?" Wife aku kembali menyoal sambil potong mempelam.

Aku mula flashback perkara yang berlaku pada 13 tahun lepas. masa tu aku baru form four. Tahun pertama kat Sekolah Menengah Teknik Taiping. Pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku bergelar budak hostel time tu.

"Masa tu cuti sekolah, time cuti sekolah budak hostel kena balik rumah.. tak boleh stay kat hostel kecuali kalau cuti pendek sabtu ahad.. kalau cuti semester tak boleh la.. Sape nak masak sebab makcik kantin pun semua cuti time cuti sekolah...", Aku mula membuka bicara.

"Hmmm.. Tapi apa kena-mengena makcik kantin dengan orang bunian?", wife aku terus menyoal tak puas hati sebab mungkin bagi dia cerita aku mula lari daripada  tema topik yang dibualkan.

"Ye laa.. Sabar la, ni nak cerita la ni.. Tadi tu mukadimah, intro je baru. Ok, camni.. Masa cuti sekolah, selalu abi balik kampung kat rumah opah di Padang Rengas tu. bila balik rumah opah, banyak la aktiviti kampung yang abi buat...", Aku mula bercerita. Wife aku terus menguyah mempelam.

"Aktiviti macam mana yang abi buat?", Wife aku berminat nak tahu.

"Aktiviti budak kampung tu macam mandi sungai, tembak ikan, main meriam buluh time bulan pose, panjat pokok rambutan orang, lastik burung pastu macam-macam lagi laa..."

Aku sambung lagi cerita, aku cakap...

"Ada suatu hari tu, abi ikut paklang  pegi mandi sungai kat hutan sungai kongsor. Nama tempat tu sungai kongsor. Sebab apa panggil sungai Kongsor idok le abi tahu.. Tapi entah macam mana hari tu abi takde nafsu pulak nak mandi sungai. Kalau tidak tu meluap-luap je nafsu membara bila tengok air sungai dari celah-celah pokok getah...", Aku kuis-kuis kicap tamin yang berbaki dengan mempelam.

"Lepas tu?", Wife tanya dengan muka berkerut.

"Abi pusing-pusing la area tempat kitorang lepak tu. Jalan punya jalan, pusing punya pusing.. Tiba-tiba abi ternampak kesan tapak kaki. Besar giler tapak kaki tu! Bentuk macam tapak kaki kucing! Tapi takkan kaki kucing besar cenggini, kan? lepas tu terdetik dalam hati abi... Sah, ni tapak kaki harimau!"

Mata wife aku terbeliak bila dengar perkataan harimau. Tapi aku rilek je. Aku sambung lagi cerita....

"Time tu abi tak tunggu dah.. Abi cepat-cepat lari, kang kalau tak lari takut harimau tu buat perangkap lepas tu dia kokak pulak leher abi...", Aku bagitau wife aku sambil tunjuk silat cakar harimau kat tengah-tengah ruang tamu.

"Besar mana tapak kaki tu?", Wife aku terus bertanya.

"Besar camni, haa...!", Aku bukak tapak tangan aku luas-luas. Aku anggarkan lebih kurang la..

Lepas tu aku bagitau la wife aku yang aku lari cepat-cepat macam tak cukup tanah dok cari pak lang. nak jadi hal, masa tu paklang pulak takde. baju dengan seluar dia je yang ada bersidai kat atas batu hampar tu, tapi kelibat pak lang takde! Aku mula fikir macam-macam. adakah pak lang dah kena baham dek harimau? Aku mula menggelabah.. Kalau aku nak lari pun macam mana? Aku dah la lari selalu dapat nombor corot je,  dengan larian aku yang macam tu aku rasa tak mustahil harimau tu dapat kejar aku..

Baruh tempat mandi penoreh getah yang nak menyegarkan badan.

Aku cari kunci motor pak lang. Pun takde jugak. Mungkin pak lang letak kunci motor dia dalam poket seluar jeans dia yang kat atas batu tu. Batu tu pulak kat tengah-tengah sungai. Sungai ni dah la dalam.... Aku mana reti berenang!

"Apa jadi lepas tu?", wife aku tanya lagi sambil tekan remote astro untuk slowkan suara tv.

"Masa tu la orang bunian tu muncul. Dari atas tebing yang tinggi kat seberang sungai. Baju dia serba hijau kekuningan. Kitorang bercakap tapi macam cakap dalam hati... Pelik, kan? Cakap dalam hati tapi kitorang boleh dengar perbualan masing-masing...", Aku bercerita lagi.

"Masa tu dia bagi salam, dia cakap jangan takut sebab kehadiran dia bukan nak mengganggu tapi dia cuma nak berkawan. Dia kata, dia dah lama perhatikan abi. Tapi abi diam je la. Dia kata abi istimewa, istimewa tang mana tu tak tau laa.. Dia je yang tahu sorang..", Wife aku terdiam.

"Dia cakap lagi, kalau ada kesusahan seru nama dia. Dia akan datang membantu dengan izin Allah. Lepas tu dia lemparkan selendang dia yang kaler hijau tu tapi abi tak ambik. Abi biar and tengok je selendang tu jatuh dalam air sungai...", Aku terus bercerita.

"Lepas tu dia tak marah ke abi biar je selendang dia jatuh dalam sungai pastu basah?", Wife aku mula buat andaian.

"Tak lah.. Dia cuma sedih la sebab abi tak sambut pemberian dia.. Nak sambut camne? Dia pun lenkali baling la betul-betul kat abi.. Ni tak, baling kat tepi-tepi tebing sungai camne abi nak ambik..? Lagipun abi bukan tahu berenang..!", Aku beritahu wife aku lagi dan mengharapkan tiada lagi soalan berkisar tentang orang bunian ni.

"Tapi, sape nama dia?", Wife aku masih bertanya macam polis.

"Siti Khadijah..", Jawab aku pendek.

Wife aku cuma mengangguk sambil tarik selimut dan membetulkan tekstur tidur anakanda Harith yang dah lama lena. Aku tersenyum.

"Sayg, kalau abi kata sekarang ni dia ada dengan kita, dengar cerita abi, sayg percaya tak?", Aku terus melemparkan senyuman dalam pertanyaan.

"Hish, abi ni.. wat sayg seram je la..! Dah la nak tido.. Bukak lampu dapur biar terang sikit.. Seram je ni..!", Wife aku mula cuak.

Memang betul pun, start daripada awal aku bercerita tadi Siti Khadijah datang. Dia tak menzahirkan diri dia tapi bau harum wangi tu, aku kenal sangat. 13 tahun bau harum tu aku hidu. Cuma aku je yang rasa kehadiran dia.

Misteri alam menagih seribu satu pengertian. Pengertian bukan hanya sekadar pengamatan pancaindera. Kadangkala ianya diluar batas pemikiran manusia. cerita ni bukan cerita nak tunjuk hebat, cerita ni bukan nak tunjuk lagak, cerita ni bukan cerita takbur, cerita ni tentang satu pengalaman.. Pengalaman yang tak mungkin semua orang rasa, demikian cuma hati terdetik rasa nak bercerita...

Subhanallah!

Thursday, 4 July 2013

Cerita pasal kutub utara dengan PTPTN..

Mungkinkah kenderaan ini digunakan untuk membina kilang aiskrim di Kutub utara?
Hari tu aku balik dari kerja macam biasa dengan menaiki kenderaan paling sinonim dengan wargakota macam aku iaitu LRT. Walaupun kawan-kawan aku kata aku ni orang kaya sebab tiap kali balik keje ada drebar LRT datang ambik kat stesen, aku tetap merendah diri. Sebenarnya aku tahu, niat diorang sebenarnya nak kata aku ni kaki berjimat-cermat sebab langsung tak mau drive kete ke tempat kerja. Tapi, aku tak kisah pun diorang nak cakap apa asalkan aku tak mintak duit tambang naik LRT kat diorang.. Tih!Tih!Tih!

Masa naik LRT tu plak, aku duduk sebelah sorang brader tabligh. Kat sebelah brader tabligh tu plak ada lagi sorang brader jugak yang tabligh macam brader kat sebelah aku ni.Senang cerita, aku duduk kat sebelah dua orang brader tabligh la lebih kurang.

Masa duduk tu, brader tabligh tu ada jugak senyum-senyum kat aku tapi aku buat muka garang, senyum pun sikiiiiiiit je. Aku bukan kedekut senyum, tapi kang aku takut brader ni ceramahkan aku lama-lama plak. Sebab dulu aku pernah terkena.. Mula-mula senyum, pastu tanya khabar asal mana lebih kurang lepas tu start aku kena mendengar ceramah. Aku ingat lagi antara cerita yang brader tabligh yang mula-mula dulu bagi ceramah kat aku... Dia cerita macam ni......

" Pada suatu masa dahulu, ada seekor katak. Katak tu bukannya calang-calang katak. Katak tu kira hensem macam artis Bollywood sekarang ni. Dah la hensem, kaya-raya pulak tu. Kalau nak dibandingkan kekayaan katak tu dengan jutawan Tom Cruise, sebenarnya katak ni lagi kaya daripada Tom Cruise. Ladang durian dia pun sama luas dengan Australia. Kuda dia pun sama banyak macam rakyat Mongolia. Susah la nak cakap betapa kayanya katak ni. Tapi, katak ni bukanlah seekor playboy, kerana katak ni cuma ada seekor bini je. Bini katak ni pun lawa macam artis Bollywood jugak. Tapi, katak ni banyak gundik, gundik dia ni tak la banyak sangat cuma kurang lapan je nak sama dengan rakyat Kanada.

Sungguhpun katak ni hensem dan billionaire tapi kalau pasal duit memang dia cukup berkira. Kalau bini dia nak ke pasar diberinya cuma dua ringgit je. Dia ingat nyamuk berapa ringgit sekilo? Belanja sekolah anak-anak dia pun cuma bagi lima sen je, itupun kena kongsi lapan belas ekor. Giler kedekut katak sekor ni!

Katak ni jugak ada sebuah syarikat finance. Macam bank sekarang ni la.. Sapa-sapa pun boleh membuat pinjaman, tapi dikenakan faedah yang tinggi. Kalau pinjam lima sen, kena bayar lima puluh ringgit. Kalau pinjam lapan kontena kena bayar balik lapan puluh keretapi yang paling panjang.

Selalunya peminjam terpaksa bayar ikut time. Kalau dia kata hari ni pinjam kendian esok bayar maka katak ni akan menuntut hutang seperti yang dijanjikan tanpa kompromi. Kalau peminjam tak bayar ikut time, katak ni akan sepak diorang. Menurut penglipurlara lagi, penyepak katak ni jika terkena boleh menyebabkan muntah hingga tujuh keturunan.

Maka pada suatu hari datanglah seorang apek penjual aiskrim berjumpa Si Katak ni untuk membuat loan. Ada pun apek ni tersangat la miskinnya sehinggalah jari rem basikal dia pun ada lapan sahaja. maka setelah sain agreement, apek ni pun dapatlah loan sebanyak lapan ratus billion kerana apek ni bercadang hendak membina kilang ais krim.

Akhirnya berjayalah apek ni membina kilang aiskrim dan mengeluarkan produk bermacam jenis aiskrim bahkan air batu yang dua puluh sen pun dibuatnya.

Adapun si katak ni bila dilihatnya apek ni membuat bermacam-macam aiskrim, maka sukalah dia. habis suku-sakat dia diajaknya makan aiskrim free. Umpama harta bapak dia lagaknya dibuat kilang aiskrim apek ni. Sehinggakan terlupalah dia akan hutang apek yang ada.

Adapun  si apek ni tensenlah dia kerana katak dan suku-sakat dia asyik makan aiskrim free sehingga habislah aiskrimnya satu kilang. Adapun yang tinggal hanyalah air batu dua puluh sen sahaja. Oleh kerana apek ni bengang, maka tidaklah dia membuat aiskrim lagi, cuma air batu dua puluh sen sahaja yang dapat dibuatnya. Maka benganglah si katak ni kerana tak dapat makan aiskrim free lagi.

Maka teringatlah si katak ni akan hutang si apek. maka katak pun pergilah mencari apek untuk menuntut hutang. Adapun si apek ni bila mendapat tahu si katak mencarinya untuk menuntut hutang, maka larilah si apek ni. Kerana waktu itu musim hujan, takde orang nak beli air batu, sedangkan stor air batunya terlalu banyak.

Maka air batu yang banyak-banyak kat kat Kutub Utara tu adalah peninggalan si apek tu la. Dan, si katak yang selalu menyebut,

"Ong! Ong! Ong..!!"

Tu sebenarnya dia memanggil si apek ni untuk menuntut hutang kerana nama apek itu Mr. Ong Ket Kuat. Dan sebab katak memanggil Mr. Ong masa hari redup nak hujan tu kerana dia dah biasa suasana sejuk masa makan aiskrim free kat kilang aiskrim Mr. Ong. Begitulah kisahnya yang berhubung kait tentang katak, apek dan kutub utara... "

Aku sebenarnya takde la dengar detail sangat pasal cerita brader tu. Tapi, aku musykil jugak camne brader tabligh ni ada idea buat cerita pasal katak ni dalam kandungan ceramah dia kat aku. Dan, sebenarnya apa yang dia cuba nak sampaikan kat aku..? Nak kata aku ni macam apek jual aiskrim, tak jugak sebab kulit aku hitam manis. Nak kata muka aku macam katak pun tak jugak sebab muka aku macam Aaron Aziz!

Pada hemat pandangan aku, mungkin brader ni cuba nak cakap kat aku supaya terus menunaikan solat 5 waktu kot sebab api neraka boleh dipadamkan dengan berwuduk, dan segeralah membayar hutang PTPTN sebab kalau tak bayar hutang PTPTN nanti tak boleh ke negara China... Eh, ye ke?

Sampai sekarang, aku masih tercari-cari apa sebenarnya maksud brader tabligh tu...!