jom follow....

Tuesday, 30 April 2013

aku, elektrik dan cerita pasal 'anu'...

Kerja-kerja 'orang letrik'

Semalam hujan lebat bersama dentuman petir yang kuat. Macam biasa, bila dah berlaku hujan + petir mesti akan berlakunya blackout. Bila dah gelap macam tu, wife aku mulalah jadi penakut akan kegelapan. Anak aku pulak asyik peluk je aku tak lepas-lepas sebab terkejut dengan keadaan yang tiba-tiba gelap time dia tengah main. Dan macam biasa jugak, sebagai orang teknikal bahagian elektrik aku la yang akan 'bertugas' untuk meng'ON'kan litar elektrik dalam rumah.

Nak 'ON' kan senang je, pegi kat MCB yang ada kat dalam rumah tu lepas tu tolak je la MCB tu ke atas.. Hah, korang tak tahu eh..?Ishhh, takpe-takpe.. meh aku terangkan sikit pasal cara nak kesan litar elektrik yang rosak atau cara nak 'ON' kan MCB kalau berlakunya blackout kat dalam rumah..

Kes yang selalu berlaku adalah ELCB )peranti arus bocor ke bumi) atau MS (suis utama) yang ''Trip''. Selalunya setiap kali berlaku petir/kilat peranti tunggalnya akan ''trip'' tapi dapat diselesaikan dengan  mengubah kedudukan suis ke posisi 'ON' kembali. Tapi, camne kalau secara tiba-tiba proses tadi gagal dilaksanakan..? Ok, jangan risau.. cuba tengok betul-betul peranti perlindungan yang ada dalam DB ( kotak fius agihan) kat pintu utama masuk rumah kita ( lokasi berbeza setiap rumah ).


Ini adalah DB..
Cara-cara kerja pulak begini..sebelum tu nak bagitau sikit ni sebagai peringatan, apa-apa pun perkara utama yang mesti dititip beratkan dalam kerja-kerja berkaitan elektrik ni adalah KESELAMATAN...

a) Sila pastikan tangan anda atau jari-jemari anda yang comel mungil tu tak basah.

b) Perhatikan mana-mana peranti yang 'TRIP'( keadaan dimana suis peranti terpelantik ke posisi OFF. Kebiaasaannya ia akan berada di kedudukan ke bawah. 


c) Cuba tolak suis yang terpelantik tu ke atas. Haa, konfem menyala balik lampu dan segala peralatan elektrik kat rumah korang berfungsi macam biasa.

d) Jika yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku, anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.

e) 'ON' kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan body (earth) . 


Bila lampu dah menyala, kipas dah berputar macam gasing. Barulah orang rumah tersenyum gembira, anak kecil pulak bermain ceria. Aku pulak, telah menjalankan tugas sebagai 'orang letrik' dengan penuh dedikasi dan berhemah. Aku ingat lagi pesan cikgu Rahim, cikgu yang mengajar aku apa sebenarnya elektrik masa kat Sekolah Menengah Teknik Taiping dulu. Dia cakap,

'' Hang pa kena ingat, semua benda yang berkaitan dengan elektrik contohnya arus, voltan semua ni bukan benda main-main..sekali terenjat ada yang mati tak bangun-bangun.. Dan ada jugak kes yang terkena arus elektrik ni mangsa masih hidup tapi 'anu' pulak tak boleh 'bangun'..Jadi, ingat..elektrik ni bukan benda main-main..!! ''

Bila nak buat kerja-kerja berkaitan elektrik, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku ialah memastikan setiap aspek keselamatan kerja-kerja elektrik diberikan tumpuan kalau mahu 'ia' sentiasa 'bangun' bila diperlukan.. Haa, korang senyum-senyum la.. ingat aku main-main ke..? Memang benda ni sensored tapi aku kena bagitahu sebab benda ni ilmu. Senyum-senyum jugak tapi ingat ye elektrik bukan benda main-main..kendalikan dengan berhemah dan hati-hati..

P/s : Jimatkan penggunaan tenaga elektrik.

kreadit to :carigold.com tentang tatacara dan gambar DB.. :)




Monday, 29 April 2013

wish dari kawan-kawan untuk kawan....



29 April 2013..

Tarikh hari ni adalah hari yang begitu istimewa buat orang yang menyambut hari ulangtahun macam aku. Hari yang mengingatkan aku tentang betapa mestinya diri yang hina ini mengamalkan dan mempraktikkan lebih banyak perkara-perkara yang membenihkan pahala dan meninggalkan amalan-amalan yang boleh menimbunkan dosa.

Bila online dalam facebook kejap-kejap tadi, terhidang kat depan mata banyak wishes hepy besday daripada kengkawan.. Rasa terharu..Ada jugak kawan-kawan yang masih sayang kat aku.. hehe.. Ada kawan-kawan yang aku tak pernah sapa dalam facebook pun turut sama wish hepy besday..

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat isteri tersayang, sepupu-sepapat, mak ayah, kawan-kawan yang bekerja sebagai tester-tester kat pencawang TNB, geng-geng TNB, geng-geng sekapal yang pernah kerja sama-sama kat UTMKL/UTMJB, geng-geng JKR, kontraktor, tok mudim yang pernah sunatkan aku, kawan-kawan yang pangkatnya inspektor polis dan kawan-kawan yang kerja sebagai polis, geng penggali kubur kat Padang Rengas, kawan-kawan yang kerja sebagai cikgu, penulis novel : Ramlee Awang Mursyid, kawan-kawan yang kerja dengan majlis perbandaran seluruh Malaysia, kawan-kawan yang bergelar ahli politik, dan juga kawan-kawan yang sebuk berkempen untuk politik.. Terima kasih atas wish-wish tuan-tuan dan puan-puan.. moga dengan ini Allah SWT mengurniakan kita semua rezeki berganda dan semoga kita semua dimatikan dalam husnul khotimah..amin ya rabbal alamin..

Sempena besday ini jugak, aku mendapat berita gembira daripada isteri tersayang, bila isteri aku bagitahu yang Harith nak dapat adik..Ini le hadiah paling bermakna buat seorang abah.. Alhamdulillah, tahun ni bertambah lagi sorang ahli dalam keluarga aku.

 " Hepy besday abah Nan ", Ucap aku kepada diri sendiri di dalam hati dengan senyum lebar macam The Joker dalam movie Batman : The dark Knight..

the Joker


takut dan harap...



Terkadang mahmudah tidak kesampaian
hanya dengan tekunnya amalan
Tetapi harus ditempa oleh tusukan ujian
daripada kesakitan, kegagalan dan...
persengketaan

Seringkali dosa mazmumah
ditandai oleh retaknya ukhwah
Sejauh mana kasih sayang manusia
dibatasi oleh cinta pada yang Esa
teguh iman, kukuhlah percintaan

Isteriku...
Terkadang Allah menyempitkan...
supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
terkadang Dia melapangkan...
supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
terkadang Dia melepaskan kita daripada kedua-duanya
supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!



kreadit : Cinta kerana Allah.

Friday, 26 April 2013

Blues untuk seorang lelaki..



Tak ada sesiapa pun yang inginkan kemarahan dan kesedihan. Siapapun tak mampu untuk bersugul disepanjang perjalanan. Kita sedar, untuk menghasilkan keindahan itu perlukan sedikit kepayahan yang bukan sedikit untuk diikhtiarkan. Semua orang berpeluang dan punya ruang untuk membuat penentuan. Bahagia itu punya persepsi berbeza antara kita. Terpulanglah pada empunya badan nak corakkan bahagia yang macam mana..

Ada sepasang suami isteri kaya-raya yang pergi ke sebuah restoran mewah untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-20 tahun. Kerana ada urusan, mereka pergi ke restoran itu agak jauh malam. Keadaan sunyi sepi dan mereka merupakan satu-satunya pelanggan yang ada ditempat itu. Seorang pelayan menghampiri mereka dengan tergopoh-gapah.

"Maaf tuan, sebenarnya restoran ni dah nak tutup," terang pelayan itu.

"Tapi, kami baru je datang," Kata si suami sambil melilau-lilau mengajak isterinya menuju ke salah satu tempat duduk di hujung sana.

" Semua makanan dah habis, kecuali.........", Pelayan cuba menjelaskan keadaan sebenar di restoran itu.

" Takpe...takde masalah...", jawab si suami sambil membuka menu hidangan.

" Hmmm, boleh tak saya nak order makanan ni?, Tanya si suami sambil menunjuk pada salah satu menu yang ada di dalam buku menu hidangan.

Pelayan itu menggeleng. " Dah habis, tuan..."

" Yang ni pulak macam mana..?" Tanya si suami lagi sambil menunjukkan menu yang berlainan. Isterinya hanya diam sahaja memerhatikannya.

Pelayan itu kembali menggelengkan kepala.. " Sebenarnya tuan....."

" Emmmm, tak pelah. kalau yang ini pulak ada tak..?" Kata si suami sambil menunjukkan menu yang lain pulak.

" Maaf tuan, ini pun dah habis...", pelayan itu rasa bersalah bila terpaksa menggeleng kepala lagi.

" Aik, takde jugak? Hairan, kedai apa ni..?Menu semua takde...", Si suami mula bersikap agak kasar.

" Baiklah, kalau macam tu... apa lagi menu yang masih ada? ", Soal si suami kepada pelayan.

pelayan tu kini betul-betul rasa bersalah.

" Sebenarnya hanya tinggal satu menu sahaja, tuan...", jawab pelayan restoran itu.

" tinggal satu je?", Si suami mengerut dahinya.

" Apa menu yang ada tu..?", Soal si suami lagi.

" Nasi putih dengan ikan bilis goreng saja, tuan... dan ada sedikit kicap tuan.. ", kata pelayan itu kepada pasangan suami isteri ini.

" Apa? restoran sebesar semewah ini hanya ada itu saja makanan yang berbaki? ", Si suami terkejut dan suaranya agak sedikit meninggi.

Si suami sudah berdiri dan mengajak isterinya pergi dari situ, tetapi ditahan oleh si isteri. Si suami menatap wajah isterinya dengan perasaan hairan. dia menjadi lebih hairan lagi ketika isterinya memberi isyarat bahawa dia ingin memesan menu yang terakhir itu. Maka dengan penuh perasaan tak senang, si suami menuruti permintaan si isteri dan memesan nasi putih, ikan bilis goreng dengan kicap.

Ketika hidangan itu terhidang di atas meja dan pelayan sudah pergi meninggalkan mereka, si suami melihat hidangan di atas meja dan dia benar-benar rasa hilang seleranya pada waktu itu. Dia juga rasa bersalah kepada isterinya kerana kejadian itu. Mereka hendak menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 secara sederhana, tanpa pesta dan hingar-bingar. Tetapi kesederhanaan yang berlaku pada mereka saat ini adalah keterlaluan.

Dia memandang wajah isterinya dan melihat airmata isterinya mula mengalir. Dia jadi sedih dan matanya mulai bergenang dengan air mata. Dia memegang tangan isterinya dengan lembut.

" Maafkan abi.. Ini benar-benar diluar jangkaan.. macam mana kalau kita cari restoran yang lain sahaja..?," ucapnya perlahan.

Isterinya menggeleng. dia menatap wajah suaminya dan tersenyum.

" Abi, inilah hidangan terbaik untuk ulangtahun perkahwinan kita. Dua puluh tahun dulu, kita mulakan rumahtangga kita dalam keadaan susah dan penuh kesederhanaan. Pendapatan kita cukup-cukup untuk kita berdua. Kita iktikad dan kita memberikan sepenuh komitmen dengan bekerja keras, menabung dan berjimat-cermat." Si isteri memandang wajah si suami.

Kemudian si isteri menyambung lagi,

" Pada masa tu, kita hanya makan nasi putih berkuahkan kicap dan lauk kita cuma ikan bilis goreng supaya kita boleh berjimat. Selepas beberapa tahun, keadaan mula berubah dan Allah SWT memberikan kita rezeki yang lebih banyak buat kita, sehingga kita boleh menjadi seperti apa yang kita kecapi hari ni. Sekarang, kita dah kaya dan selama puluhan tahun terakhir ni tak pernah pun lagi kita makan nasi putih berkuahkan kicap dengan ikan bilis goreng... sampailah pelayan tu menghidangkannya di hadapan kita malam ni..."

Si suami tersentak dan menatap hidangan didepannya dengan penuh rasa takjub.

" Betul cakap sayg.. ini adalah hidangan terbaik buat kita. Dan ini adalah simbol kejayaan dan kerja keras kita ", ujar si suami mulai menitiskan airmata yang lama bergenang.

Kemudian, si suami menyambung lagi...

" Langkah kaki kita diarahkan ke tempat ini agar kita boleh menikmati hidangan yang luar biasa ini. supaya kita tak lupa dengan kesusahan yang dulu pernah kita lalui....", air mata si suami terus mengalir sambil tangannya memegang lembut jari-jemari isterinya.

Suami isteri itu kemudian saling berpandangan dengan penuh rasa terharu. Nasi putih, ikan bilis goreng dan kicap yang dihidangkan pada malam itu benar-benar menjadi hidangan paling lazat dan kenangan paling manis dalam hidup mereka....





Thursday, 18 April 2013

Berleter adalah hiburan bagi orang perempuan..

Pelamin buat pengantin yang bakal bergelar suami isteri.
Selain ibu, siapakah yang korang  fikir paling rapat dalam hidup korang? Ya, tentulah pasangan kita.. Isteri atau suami kita..

"Namun, saya selalu bermasalah dengan isteri saya", barangkali ada yang berbisik begini. Okeh, jom kita baca cerita kat bawah ni dulu...

Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Khalifah Saidina Umar Al-Khattab. Tujuannya untuk mengadu tentang perangai isterinya. Setelah sampai dan menunggu beberapa ketika dihadapan pintu rumah Khalifah Umar, didengarnya isteri Khalifah sedang marah-marah, tetapi khalifah tetap diam. Tidak sedikit pun Khalifah Umar menyahut.

Melihat keadaan itu, lelaki itu bergegas pergi dan berkata kepada dirinya,

" Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti ini, apalagi keadaanku..!"

Namun sebaik sahaja hendak melangkah, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya.

"Apakah tujuan kedatanganmu?"

"Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu tentang kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering  berleter kepadaku. Tetapi apabila aku sampai di sini, aku dengar isteri tuan juga sama seperti isteriku."

Khalifah Umar menjawab,

"Aku tabah dan sabar menghadapi hal ini kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapku. dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat rotiku, dialah yang mecuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.

Dan dialah yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakan mengenai diriku..!"

Lelaki itu menyahut,

" Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku..!"

Khalifah Umar kemudian menasihatinya,

"Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya ini hanya sebentar sahaja.."

Nah, wahai sang suami. lautan mana yang tidak bergelora? Bumi manakah yang tidak ditimpa hujan? Kata Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, " sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri."

Isunya buka soal tergigit lidah atau tidak. Isunya adalah si isteri tidak tahu apakah impian si suami dan si suami juga tidak pernah tahu apakah yang diimpikan oleh si isteri. Pasangan ini tidurnya sebantal, tetapi impiannya lain-lain.

Justeru, agar rezeki lebih mudah datangnya, impian suami dan isteri harus diselaraskan. Tugas suamilah untuk menyakinkan si isteri bahawa,

"Impian ini impian kita bersama..."



Kreadit to : Encik Fathuri Salehuddin.

Wednesday, 17 April 2013

Ilmu Wedding Photographer...



Jika anda bercadang untuk menjadi wedding photographer, kemahiran-kemahiran lain yang anda perlu ada selain ilmu fotografi adalah:

1) Adab dan Protokol (Majlis rasmi atau tidak, protokol dan adab perlu jaga tak kira macam mana sekalipun kerana mungkin pengantin OK tapi ayah pengantin terasa etc)

2) Komunikasi. Ramai wedding photog kat luar sana saya lihat tak reti nak berinteraksi dengan baik. Biak dengan pengantin, keluarga pengantin mahupun para tetamu. 

3) Jenaka. Pengantin yang stress adalah pengantin yg keras. Keras dalam gambar nampak lagi kayu. Sebelum anda kena hambat dengan kayu belajar buat pengantin tersenyum terutamanya ketika buat outdoor shooting. 

4) Last but not least, kemahiran menahan diri dari mengorat saudara mara atau adik pengantin. Kalau dah jodoh nak wat mcm mana kan... choyy... haha...

Selamat mencoba... ha ha

kreadit to : Kelab Fotografi Facebook Malaysia.

Friday, 12 April 2013

Bila spender terkena air kencing.......


Ceramah Ustaz Azhar Idrus pasal spender yang terkena air kencing. Walau sedikit mana pun najis terpalit pada kita, WAJIB untuk kita menyucikannya.. Kalau tak percaya, cuba dengar ceramah dakwah ustaz Azhar Idrus ni.. Lawak serius oleh Ustaz Azhar Idrus..


harap tuan-tuan dan puan-puan dapat ilmu yang bermanfaat daripada ceramah ini.. :)

Thursday, 11 April 2013

Kenapa aku benci bangla?

Sekarang ni sibuk orang dok bercakap pasal lambakan pekerja-pekerja asing dalam negara Malaysia yang kita cintai ni. Datangnya diorang ni dari berbagai negara. Ada yang datang dari Pakistan, Myanmar, Filipina, Indonesia, Vietnam, negara-negara Afrika, Bangladesh dan macam-macam lagi la. Banyak kalau nak sebut. Tu belum cakap pasal yang datang dari negara-negara arab lagi tu. diorang ni ada yang  masuk kerja secara sah dan ada jugak yang masuk kerja kat Malaysia ni secara haram. Maksud aku yang diorang ni masuk secara haram tu bukanlah diorang masuk ke Malaysia ni dengan menunggang babi atau dalam bahasa yang sopannya khinzir. Masuk secara haram tu bermaksud diorang ni masuk tanpa pengetahuan kerajaan Malaysia..Takde passport, takde permit, takde visa...

Adakah lelaki-lelaki arab ini juga telah masuk ke dalam negara Malaysia yang kita cintai ini?-sekadar gambar hiasan-
Aku pegi jalan-jalan kat Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) hari tu. Saja.. nak cari buku kat Pustaka Minerva. Permukaan jalan TAR tetap sama macam 14 tahun dulu. Cuma situasinya agak berbeza. mana taknya, lot-lot kedai kain, kedai tudung semua dipelopori oleh mat-mat pakistan ngan mat bangla. kalau 14 tahun dulu, kedai-kedai kain ni semua orang-orang Malaysia yang meniaga kat sini. Tapi, sekarang dah lain...Ini baru jalan TAR, member aku cakap kat Plaza Low Yatt pun mat-mat pakistan ngan mat bangla dah start rancak meniaga henfon, komputer ngan gajet-gajet digital yang lain kat situ. Situasi ni sama berlaku macam masa aku kat Arab Saudi suatu masa dulu. peniaga-peniaga, pekerja ramai yang datang dari Pakistan ngan Bangladesh.

Kacak aku hari tu pakai baju kemeja petak-petak kaler biru berseluar jeans biru lusuh. Peh, macam hindustan dah...!!

Pustaka Minerva : 14 tahun dulu, aku selalu beli buku kat kedai ni.
Lepas beli buku kat Pustaka Minerva, aku bergerak menuju ke stesen LRT Bandaraya. Tapi, hari tu aku agak hairan dengan diri aku sendiri. Selalunya, kalau nak pergi ke LRT Bandaraya tu aku akan menyelusuri jalan besar Jalan TAR tu sebab kat situ meriah dengan bunyi enjin bas RapiKL dan deruman ekzos motor-motor kapcai. Lagipun situ tak la sunyi sangat sebab ramai orang lalu-lalang. Heran pulak, kenapa entah hari tu aku lalu ikut 'jalan tikus'  kat belakang-belakang deretan kedai, padahal aku tahu yang tempat tu agak sunyi.....
Deruman enjin bas RapidKL memecah sunyi di Jalan TAR.

'Jalan Tikus' yang aku lalu nak ke Stesen LRT Bandaraya.

Untuk menyedapkan hati, aku bersiul-siul lagu " inilah barisan kita" (lagu patriotik yang tengah hot kat televisyen sekarang ni sejak serangan penceroboh kat Lahad Datu).

sambil bersiul, aku berjalan dengan agak pantas sambil melibas-libas beg plastik berisi buku ke kiri dan ke kanan. Takut jugak kena 'pow', naya je...duit dah la cukup-cukup tambang balik ( masa tu belum gaji lagi...)

Tiba-tiba aku dengar bunyi derapan kaki seperti orang tengah berlari. Diselangi dengan suara lantang berupa arahan,

"Woiii!!Jangan lari!!"

"Sini!! Sini...Sini kau..!! Woii...!!"

Aku berhenti sekejap. Mengamati dari mana arah datangnya suara misteri itu. Bunyi bising tu macam dari arah depan aku. Aku jalan perlahan-lahan, terjengkit-jengkit macam main teng-teng nak ushar sapa sebenarnya yang jerit macam marah-marah sangat tu....

"Dost!!Kasi lari dost!!Ada polis!!", munculnya mat dengan tiba-tiba dari celah-celah lorong.

"Hah, polis?!", aku terperanjat.

Mat bangla tu bukan sorang tapi bertiga. Berdesup diorang lari. Diorang tarik tangan aku suruh lari sama. Aku pun lari la.. Aneh, diorang pun pakai baju petak-petak jugak sama macam aku.

Hari yang tenang di Jalan TAR sebelum aku terperanjat dengan kemunculan 3 mat bangla.
Laju diorang lari meninggalkan aku kat belakang. Tapi, masa tengah berlari tu aku sempat berfikir kenapa pulak aku nak kena lari sama-sama dengan mat bangla ni semua..?apa kejadahnya aku lari dengan diorang..?  Aku bukan bangla tapi diorang tu yang bangla sebenarnya.... Aku berhenti berlari, dia punya mengah toksah cakap la..

Aku tertunduk, mencungap-cungap mencari oksigen. Hidung dan paru-paru aku bekerja keras menghirup udara dan melepaskan karbon dioksida dalam keadaan yang begitu pantas. Aku terkejut bila dengar suara keras betul-betul kat belakang aku,

"sarjan, saya dah dapat tangkap bangla yang lari tadi ni!!"

Tangan aku dikilas ke belakang. Badan aku ditolak keras ke dinding. Belakang kepala aku ditonyoh kuat. kemudian berkata lagi suara tadi,

"Oooh... hang lari bila aku nak tahan hang tadi noo..kuang ajaq!"

Tangan aku sakit, pipi plak melekat kat dinding.

"Bang..bang..!! Apa ni bang..?Saya bukan bangla..!!Abang salah faham ni, bang..!!", Aku cuba bagitahu brader yang tahan aku tu tentang keadaan sebenar.

Tapi, rayuan aku tak diendahkan. Aku terus diperlekeh sebab mungkin brader ni ingat aku satu geng dengan mat bangla yang lari tadi.

"Salah faham apa..?! hang la bangla yang kami dok ligan tadi! Baju pun sama. Hang toksah nak dok buat muka kesian la!", kata brader yang tengah kilas tangan aku tu.

Aku try curi-curi pandang nak tengok sapa yang dok kilas tangan aku ngan tonyoh muka aku kat dinding. Rupa-rupanya brader polis. Mungkin brader polis yang kejar mat-mat bangla tadi. Tapi, aku bukan bangla........

"Sarjan, jauh lagi ke..?", brader polis menghubungi member dia menggunakan walkie talkie.

"Dah nak sampai..dah nak sampai...huffhh..huffhh!!", Suara sarjan yang aku dengar macam tengah mengah berlari.

Tangan aku terus dikilas. Kemudian, kawan brader polis tu pun sampai. Kesian dia... dah berumur dah, mengah berlari.

"Bagi dia duduk mencangkung, Hairol..", Sarjan tadi bagi arahan.

Aku disuruh duduk mencangkung dan diarahkan mengeluarkan passport. Tapi, aku cakap....

"Saya mana ada passport, bang... saya bawak ic je..ic boleh, bang?"

"Hah, ic?Mana hang dapat ic ni?", Tanya brader polis yang kilas tangan aku tadi. Dia tak percaya aku ada ic.

"Ni ic saya la, bang... Saya pun rakyat Malaysia jugak. Ni tengok ni saya lahir kat Perak ni tau. Haa, ni tengok kad kerja saya. saya kerja kat Kementerian Kerja Raya, bang..", Sungguh-sungguh aku beritahu dengan brader polis tu.

"Habis tu tadi kenapa hang lari dengan depa?", Polis tu tanya lagi.

"Saya taknak lari, bang. Tapi, diorang yang tarik tangan saya.. Lagipun, masa tu saya tengah terperanjat..", Aku menuding jari menunjukkan ke arah mat-mat bangla tadi bersusah-payah melarikan diri.

"Hish, kenapa encik tak bagitau awal-awal tadi yang encik ni rakyat Malaysia?", Soal polis yang berpangkat sarjan. Pertanyaan dia agak tenang walaupun tadi beliau agak mengah mengawal pernafasan.

"Saya cuba bagitau tadi, tapi kawan encik ni garang sangat....", Aku beritahu Sarjan sambil aku mengusap-usap pergelangan tangan aku yang kena kilas tadi.

"Maafkan kami, encik..Kami cuma menjalankan tugas. Banyak sangat kes melibatkan pendatang ni. Kami nampak 3 orang bangla dalam keadaan mencurigakan tadi. Kami nak tahan tapi diorang lari. Tu yang kami dok kejar tu.. kena pulak encik pakai baju sama macam diorang, muka pulak ala-ala hindustan.. Kami ingat encik ni satu geng dengan bangla tadi, sebab tu kami tahan encik...", Encik polis memberikan sepatah dua kata menerangkan situasi sebenar kejadian.

"Takpelah, encik.. saya faham..lagipun ini bukan kali pertama saya ke tahan macam ni.. Sejak dari zaman saya belajar dulu lagi saya selalu kena tahan macam ni.. Polis selalu ingat saya ni mat bangla.. Apa nak buat, dah rezeki saya muka macam hindustan..", Aku bingkas bangun dan menepuk-tepuk kepala lutut selepas agak lama mencangkung. Lenguh.

Lepas tamat sesi sembang-sembang dengan brader-brader polis tu, aku mintak diri terus bergerak ke Stesen LRT Bandaraya. Aku percaya, polis hanya menjalankan tugas, berusaha keras untuk mengekalkan keamanan dalam negara.Kaki berjalan, otak aku berputar memikirkan kalau tadi aku tak lari dengan mat-mat bangla tu mesti aku tak kena tahan. Dan, kalau aku tak lalu ikut 'jalan tikus' tu tadi mesti aku tak terserempak dengan mat-mat bangla 3 ekor tu. Eeee, geram... aku benci Bangla!

Moral : Jangan dressing macam pendatang asing especially mat bangla!

P/s : Doakanlah agar pegawai-pegawai keselamatan kita yang sedang berjuang di Lahad Datu selamat.. sedekahkanlah Al-Fatihah buat mereka yang telah terkorban...Amin Ya Rabbal alamin...


Thursday, 4 April 2013

Aku, Lemang dan Penajis....


Pernah dengar lagu kumpulan Wings yang tajuknya Taman Rashidah Utama?Ini le tempatnya...

Ini sebenarnya cerita tentang percutian cuti-cuti malaysia aku dan family ke Negeri sembilan. Untuk pengetahuan kawan-kawan pembaca, wife aku ni orang Rembau. Jadi, bila dah berkahwin dengan orang negeri sembilan kena la belajar-belajar dialek Negeri Sembilan. Dulu masa baru-baru kawen memang merangkak-rangkak la nak belajar dialek bahasa negeri sembilan. sekarang ni takde hal la kalau nak berborak dalam dialek minang ni...

Masa mula-mula kawen dulu, kitorang memang dah planning untuk hari raya nak balik kampung sape dulu. Dan, macam biasalah sebagai lelaki kacak, bergaya dan gentleman dengan lembut aku berkata,

'it's ok, tahun ni kita balik raya kat kampung sayg dulu ye..raya tahun depan kita balik kampung abi kat perak tau..."

Bersinar-sinar mata isteri aku macam watak komik/kartun anime jepun bila aku cakap macam tu.

Secara tradisinya, orang-orang negeri sembilan (lobih-lobih laie kek ghombau ni) akan menyambut raya dengan memasak lemang (sendiri) dan rendang hitam sebagai juadah hari raya.

Aku, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku belajar masak lemang. Of course la semasa dalam sesi pertama pembelajaran, lemang yang aku masak rentung-rentung belaka! Ada la 3-4 batang lemang yang selamat daripada rentung ( tu pun adik ipar ngan abang ipar aku yang jaga api ).. :)

Operasi masak lemang.. (20 minit sebelum ada yang rentung)

So, malam raya tu bila bergema takbir raya.. aku lari masuk bilik air konon-konon nak mandi (lagi) padahal tak dapat nak tahan lelehan air mata daripada terus mengalir sebab pertama kali tak dapat raya dengan family kat kampung di Perak.

Lepas semayang sunat hari raya, tradisi ziarah pusara arwah uwan, atok dan sanak saudara kat tanah perkuburan islam kat kampung Chembong kemudian baru pergi kunjung-mengunjung ke rumah induk-induk dan rumah pak cik mak cik yang lain.

Masa nak pergi ke rumah induk tu, ada la signboard jalan tulis direction ke Tampin. Dan, ada jugak tertulis nama Mampong Mampat. Bongek, Chengkau. Dalam hati aku cakap,

"Apa punya nama kampung daa..heheh....lawak..lawak..."

First Impression buat 'orang luar' macam aku, memang aku gelak sakan. Tapi gelak dalam hati la.. kalau gelak kuat-kuat kang kecik plak hati isteri tersayang. Aku tahan ketawa! Serius!

Haa, ini le signboard nak ke Chengkau..hi hi

Bila sampai ke rumah Uwan, berlakulah perbualan ini...

Makcik : hah, sampai pun ko kek umah den ni haa..!! Meh la masuk. Apo lak yang torcogat macam  RoboCop yo kek luar nun..!

Mak Mertua aku : Tunggu oghang jomput 'an baghu lah buleh masuk 'ai...

Makcik : masuk yo lah.. Bukannyo ghumah sapo pun..masuk copek ni haa, kang ado lak yang pensan dahago air lak 'ai ni kang..

Mak Mertua aku : Haa, yo lah...

Kitorang semua pun masuk dan terus duduk kat meja makan.. Bau lemang ngan rendang terus menusuk hidung..Bestnya bau lemang...aku mula terliur....

Mak mertua aku : Lomang ni ekau buek senighi ko? Nampak sodap yo...

makcik : Ish, tak lah..abg ajis kau yang boli tu...!

mak mertua : Oowhh..boli....

Makcik : ghondang yo yang buek senighi...

aku dengan selamba, melahap dah lemang tu, cicah plak dengan rendang..pergghhh! sedap giler..!!

Mak mertua aku : kek mano boli lomang ni?

Makcik : alaaa, boli kek Penajis tu haa....

Bila dengar makcik tu kata beli kat Penajis, serta-merta aku tersedak dan rasa mual nak muntah sebab aku membayangkan lemang tu dibuat daripada tempat yang dikelilingi oleh najis. Dalam hati, aku cakap...

"Abis la hang kali ni, Nan... Hang dah makan lemang taik...!!"

Aku senggol wife aku dengan siku, aku tanya...

"Lemang ni dibuat daripada taik ke?", aku mula musykil dengan lemang ni..

"Hish, mengarut je!!Lemang tu macam biasa la santan, pulut. Mana datang taik pulak..?", Wife aku tanya dengan hangin.

"tu tadi, makcik cakap lemang penajis!", Aku bertanya dengan nada agak kuat bercampur hairan. Dan, aku rasa makcik tu dengar apa yang aku cakap.

"Hoi, Abi! Penajis tu nama tempat la..!!", wife aku sound.
Signboard ke Penajis.. 

"Eh, ye ke..?Hehehe...tak jadi la nak muntah", makcik tu menjeling je kat aku.. jeling ada makna tu...

Sebelum nak balik tu, makcik ada sound tapi cakap slow je. Dia kata....

'Kok kalau dah kawen dengan anak daro oghang nogori semilan, kono la bolaja serbo-serbi pasal adat, budayo, tompek ngan bahaso yo......", ayat dia pendek tapi pedih!

Moral of the story? Korang pandai-pandai la ambik iktibar yo..

(induk = merujuk kepada mak sedara (anak perempuan) yang sulung/ maklong)

Wednesday, 3 April 2013

Aku, menjala dan pokok ketapang...

Jalan ke Padang Rengas dari Lubuk Merbau.

Masa balik kampung kat Perak hari tu, orang tua aku ajak pergi menjala kat pantai area stesen janakuasa hidro elektrik kat Manjung. Aku cakap kat ayah yang aku mana reti menjala. Tapi, ayah kata...

"Tak tahu takpe..belajor la menjala masa kat sana nanti..."

Aku anggukkan aje la kepala ni, layan je la..menjala pun menjala la...pengalaman baru ni. Lagipun, ayah kata kat sana ada banyak udang besar-besar.

Pukul 5.45 pm, lepas solat asar.. aku dah tercegat kat depan pintu kayu rumah opah tunggu nak gerak ke pantai. Perjalanan nak ke sana agak jauh jugak le, dari Padang Rengas nak ke Pantai Remis tu mahu 2 jam kot..? Aku berdiri macam RoboCop tapi mana entah ayah ni..? Aku tak nampak pun kelibat ayah, janji pukul 5.45 pm nak gerak. Pikir positif, mungkin ayah tengah siap-siap kot.. Aku nampak Pak Andak tengah jahit jala. Aku tak ambik port sangat pasal jala-jala ni sebab aku lagi suka memancing pakai rod, kili, tali tangsi...Perrgghhhh..!!!

Doktor jala sedang menjahit jala - Pak Andak -


Tepat 18:00 pm.. aku, ayah, Pak andak dan sorang lagi member pak andak, Che Mat Cina bergerak ke destinasi. Dalam kereta, aku tak banyak cakap sangat sebab tak tahan dengan bau rokok keretek (gudang garam) yang diorang hisap. Untuk pengetahuan, aku dengan ayah tak merokok sebab kitorang sayangkan nikmat kesihatan yang ada sekarang.

Macam nak termuntah bau rokok keretek ni kalau dok hidu asap dia banyak sangat. Pelik, kenapalah diorang ni suka hisap rokok dengan tak bukak tingkap kereta ni. Naik lemas aku ngan ayah. Ayah sengih-sengih menampakkan gusi, gigi ada la 3-4 batang lagi, yang lain semua dah luruh..

Member pak andak ni namanya Che Mat Cina. fasih benor dia cakap melayu. nak kata dia ada pelat cina, langsung takde. Cuma rupa dia aje la yang macam cina. Mata sepet, uban lebat, pakai pagoda lusuh memang macam apek jual aiskrim. Tapi, jarang kalau tengok orang cina hisap rokok gudang garam, kan..?

Lebih kurang sejam setengah, kitorang sampai kat pantai. Bulan cerah malam tu. Terang dalam kelam. Orang lain menjala, tugas aku cuma pikul beg untuk isi ikan ngan udang dan diberikan torch light satu buat suluh jalan sepanjang ekspedisi menjala malam tu.

Sepanjang pantai tu diorang menjala. Banyak jugak la ikan + udang besar-besar yang dapat. Bila dah dapat banyak hasil, dah tentulah hasil-hasil tu diorang bagi aku. Sebab aku tukang bawak bekas untuk isi hasil-hasil laut ni. Serius berat giler!

Laut, ombak dan pantai..

Selepas 2 jam, aku mula bosan. Bosan sebab tak diberikan peranan utama dalam drama menjala ni. Baik aku duduk kat rumah boleh tengok tv, boleh baring-baring..huh! Aku hero, sepatutnya aku la yang menjala lagipun aku pun nak try menjala jugak. Tapi diorang tak bagi. Diorang cakap...

"Tak payah la Nan..ayor besor ni.. Kamu bukan pandai nyelam..." - Pak Andak -

"nak try ke?Tak usah la kot sebab kamu bukan pandai menebor jala. Karang sangkut kat kayu, nyalo keme..! - Che Mat Cina -

"Bawak je la ikan tu, jangan komplen..." - Ayah -

Sengaja aku jalan lambat-lambat biar diorang tunggu bila dapat ikan, sebab aku kan tukang bawak bekas isi ikan. Biar padan muka diorang, biar ikan tu terlepas balik masuk dalam laut..haha...
Masa berjalan tu, aku suluh merata. sat-sat suluh kat pasir tengok ketam, sat-sat suluh kat pokok-pokok dalam hutan tepi pantai tu. Aku suluh kat tengah laut tapi haram tak nampak hapa! Aku jadi lagi bosan.

Tengah dok menyuluh tu, dengan secara tak sengaja aku tersuluh pokok ketapang yang agak rendang betul-betul 50 meter kat depan aku. Aku suluh dari atas ke bawah, atas ke bawah berulang-ulang kali.

Aku suluh berulang-ulang kali tu sebab aku nampak 'figure' manusia tengah duduk bertenggek kat atas dahan disebalik rimbunan daun ketapang. 'Figure' tu duduk setentang menghadap aku. Aku suluh lagi sekali. Jelas 'figure' itu memakai pakaian berwarna putih, tak nampak kaki! Sah, aku dah kena dah...
self-potrait di kala menggelabah nampak hantu.

Bayu laut bertiup agak kuat, pakaian figure manusia tu terbuai-buai. Aku mula seram. Ayah, Pak andak ngan Che Mat Cina dah jauh!Aku kuatkan semangat, baca segala doa yang terlintas masa tu termasuk doa makan dan doa naik kenderaan, lalu aku pasang kuda-kuda lantas berlari pecut ke arah diorang. Tapi disebabkan bekas ikan tu berat, aku tak boleh nak capai high speed limit larian aku. Larian aku kadang-kadang macam ketam sebab sibuk nak pandang belakang tengok 'figure' manusia kat pokok ketapang tu.

Dalam otak aku masa tu dok ingat wife dengan anak aku je, kalaulah aku kena kokak dengan hantu tu, tak ke naya..?

Bila sampai kat diorang, aku cakap...

"Ish, moh le kita balik.. Macam nak hujan je tu..?"

Padahal malam tu elok je cuaca dengan bulan mengambang penuhnya, cuma aku tak sanggup nak tunggu lama lagi kat situ untuk diperhatikan oleh 'figure' manusia berbaju putih dari atas dahan pokok ketapang.

Antara habuan ikan-ikan malang yang tersangkut dalam jala...

Antara udang yang dapat masa menjala malam tu..

Moral : jangan main suluh-suluh atas pokok!

Tuesday, 2 April 2013

aku, penjawat awam dan budak training.

Fail kursus 
Aku ingat lagi, masa aku mula-mula lapor diri kat Jabatan Kerja Raya dulu.. aku pakai kemeja biru, seluar slack dengan beg galas kaler pink. Sebelum join masuk kerja dengan JKR, aku kerja dengan sebuah syarikat swasta kat Shah Alam. Dan sebelum ni jugak, mana pernah aku pakai baju kemeja, seluar slack la bagai macam sekarang ni. Dulu rileks je pergi kerja pakai t-shirt, jeans maklumlah kerja kat project site TNB, buat kerja-kerja testing and maintenance.

So, pada hari kedua aku datang kat opis JKR masa mula-mula masuk dulu, member kat meja sebelah aku, nama dia Erre. Dia tanya...

"Kamu pernah tengok lambang JKR?"

"Pernah, kat lampu isyarat. Signboard untuk buat aduan kalau traffic light rosak..", aku jawab confident.

"Kamu tak apa maksud disebalik lambang JKR tu?", erre tanya lagi.

Aku diam, fikir apa nak jawab.

"Aiseh, masa interview dengan SPA dulu diorang tak tanya pun..masuk sini kena tanya la plak.....", aku cakap dalam hati.

"Saya tak tahu la, encik. lagipun saya baru lagi..", jujur jawapan aku.

"Kalau dah kerja dengan kerajaan semua kena ambik tahu. Sebab dulu, pernah budak training tanya kat kitorang apa makna kaler kuning kat lambang JKR. Haa, masa tu masing-masing tak tahu nak jawab. Last-last refer dengan orang lama, baru la budak training tu dapat jawapan...Start hari tu, semua ada kesedaran untuk perbaiki diri sebagai penjawat awam...", kata Erre dengan panjang lebar.

Aku banyak menggangguk dari geleng sambil senyum-senyum manis.

"Nah, ini description tentang logo JKR. Baca dan ingat, bila orang tanya takde la tergagap kamu nak jawab...", Erre bagi aku kertas A4 tertera lambang JKR dan maknanya.

Jadi, aku fikir...rasanya masih ada jugak dikalangan korang yang orang awam mahupun penjawat awam(orang-orang JKR amnya) yang masih tak tahu apa makna yang tersirat disebalik logo JKR ni kan..? Jom, aku share ilmu ni dengan korang.....



Description

Secara umumnya, logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya.

Bermula dari bawah, garisan melengkung berwarna hitam memberi simbol kerja membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang dinamik.

Garisan berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan.

Garisan lurus berwarna hitam berbentuk arch melambangkan penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara.

Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja bangunan meliputi negeri dan wilayah persekutuan Malaysia.

Warna

Kuning melambangkan kedewasaan jenam JKR sebagai salah sebuah organisasi yang tertua diwujudkan dan mencerminkan imej matang dalam mencapai objektifnya.

Hitam melambangkan kekuatan/kesatuan yang berkualiti dari cawangan-cawangan didalam organisasi JKR yang diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan.

Kelabu melambangkan wujudnya nilai-nilai murni modal insan di dalam memberi perkhidmatan.

Haa, amacam..? ada tertambah sikit tak ilmu di dada bila baca entry cerita merapu kali ni..?Moga selepas kengkawan semua yang baca cerita pasal lambang JKR ni bertambahlah ilmu di dada dan ada la jawapan untuk dijawab kalau-kalau orang awam atau budak training yang tanya kat korang apa maksud warna dan logo JKR ni.

Share le buat kawan-kawan kita yang tak tahu, even penolong pengarah sendiri pun kalau ditanya apa makna dan kaler disebalik logo JKR ni tercirit diorang nak menjawab.. hi hi...

kreadit to : Aizatun

Monday, 1 April 2013

misteri misai abah..

anakanda kepada ayahanda dan bonda


Pujangga mengatakan anak adalah anugerah daripada tuhan. Anak adalah ibarat kain putih dan ibubapalah yang akan mencorakkannya, menjadikan anak itu elok ke tak elok berdasarkan bagaimana cara kita mendidik anak-anak.

Anak aku lahir pada bulan May 2011, sekarang anakanda dah berusia hampir 2 tahun. Bercakap pun bukan main petah tapi pelat lagi la..

Hari tu aku bawak wife and our prince ke pasaraya Mydin kat USJ Subang. Kat sana ada la beli barang-barang dapur untuk stok seminggu. Kalau dah pergi ke Mydin ni, wife aku memang takkan melepaskan peluang keemasan untuk membeli alat-alat tulis, maklumlah wife aku ni cikgu.. Alat-alat tulis dia banyak mengalahkan budak sekolah.
Untuk anakanda pulak, aku belikan dia buku yang bertajuk ' KENALI BADAN ANDA'.. Happy betul dia dapat buku (lagi). Kat rumah tu kalau tak berkemas, memang penuh dengan buku je la..

Bila sampai kat rumah, wife aku 'tuition' kan anakanda berdasarkan input-input yang ada dalam buku tu. Bagus buku tu, siap ada gambar sekali. Budak-budak cepat le belajar kalau ada input-input berserta dengan gambar macam buku ni.

Dalam buku tu ada gambar rambut, hidung, misai, telinga...wife aku cakap,

" Abi, bagus la buku ni. Harith pun cepat je belajar...."

Malam tu, lepas makan... aku baring kat ruang tamu sambil baca sokkabar. Tiba-tiba anakanda datang, duduk kat sebelah tempat aku baring. Dia tenung je muka aku.

" Abah, mitai....", anakanda kata muka aku ada misai, padahal aku baru bercukur pagi tadi.

" Abah mana ada misai, tengok ni licin je mulut abah...", Aku cakap sambil dok raba-raba mulut aku kot-kot ada misai yang ter'miss' masa shave tadi.

" Mitai..mitai...tu mitai...",Anakanda beria-ria kata aku ada misai.

" Takde..abah takde misai..", Aku mula pelik sambil fikir yang bukan-bukan.

Sebab orang-orang tua kata, budak kecik ni boleh nampak makhluk halus. Aku risau takut kalau ada setan conteng mulut aku letak misai tiruan je.

Aku kaget, meremang bulu roma aku. Cepat-cepat aku panggil wife aku,

" Sayg..!Sayg..!Sini cepat..!! "

"HIsh..! Aponyo..?gulai tongah monggologak kek ateh poriuk nu haa..!!", Wife aku speaking nogori semilan lak aii...Hangin dia sebab kacau dia tengah masak.

" Tak..Ni Harith ni macam nampak hantu kat muka Abi. Muka Abi mana ada misai, tapi dia asyik cakap ada misai je.. Abi rasa macam tak sedap hati la.. Meremang je ni..", Aku cakap kat wife aku sambil menggosok-gosok bulu roma kat tangan yang tak berapa nak ada.

" Bak sini sayg tengok muka abi tu..",Wife aku muncung je mulut, muncung bukan nak cium tau tapi muncung sebab terlalu kosentret check misai.

Lama dia tenung muka aku. berkerut-kerut muka wife aku tengok muka aku. Aku mula cuak. Tiba-tiba wife aku mula ketawa. Ketawa yang menyeramkan. Aku dah standby nak bukak langkah silat kot-kot kalau wife aku kena rasuk pulak. Orang kena rasuk ni jangan main-mian, kang di kokaknya leher aku, abis aku takde leher plak lepas ni.

Lepas ketawa panjang yang menyeramkan tiba-tiba pulak wife aku berhenti ketawa. Dia renung tajam kat aku. Aku mula mengecutkan badan dan menyembunyikan leher, takut kena kokak.

Wife aku renung aku lagi, kemudian dia cakap,

" Harith bukannya dia nampak hantu. Tapi, memang betul pun dia nampak misai.. 'misai' yang panjang keluar dari lubang hidung Abi tu..!! ", Aku meraba-raba hidung aku. Aiseh, memang ada 'misai' laa..

Kemudian, dia sambung lagi...

" Tu laa, lenkali jangan asyik cukur misai je. Bulu hidung tu trim la sekali"

Wife aku berlalu ke dapur dengan ketawa berdekah-dekah membiarkan aku sendirian mengulit-ngulit bulu hidung  panjang yang terjuih keluar dari lubang hidung.

Cis, terkena aku hari ni.... !!

Moral of the story : Jangan lupa trim bulu hidung anda!!