jom follow....

Monday, 30 March 2015

Kembara Umrah #10 :Kaabah, Syiah Dan Batu Rata.

Kesesakan lalu lintas : Antara Kuala Lumpur dengan bandar di negara Arab tiada bezanya...
Selesai 7 pusingan mengelilingi Baitullah, aku berhenti rehat berdekatan dengan tempat minum air zam-zam. Tekak dahaga tapi ragu-ragu samaada nak minum atau tidak air zam-zam yang tersedia tu. Alahai, dahaganya tekak.....

Aku ushar keliling, tiada sesiapa pula yang minum air zam-zam yang disediakan tu. Semasa dalam proses pengusharan tu, aku terperasan polis arab yang ada dikawasan MasjidilHaram pun sama mengushar pergerakan aku yang mungkin bagi dia nampak macam mencurigakan. Teringat pula aku kat polis arab yang tahan kat highway tengah malam tadi. Terus kecut perut..

"Aiseymen, takpelah.. Tak jadilah minum air kalau macam ni....", Aku cakap kat dalam hati sambil beredar jalan macam ketam.

Sebenarnya, air zam-zam yang disediakan dekat tepi tangga MasjidilHaram tu boleh saja diminum oleh sesiapa pun tetamu Allah SWT yang ada disitu. Minuman air zam-zam tu disediakan oleh pihak pengurusan MasjidlHaram buat jemaah menghilangkan penat dan dahaga.
Cuma pada masa tu, aku je takut-takut nak minum. Kalau korang ke tanah suci, ternampak signage 'ZAM ZAM' sila jangan ragu-ragu untuk minum. Jangan jadi takut tak bertempat macam aku.. Huhu!

Bila semua selesai tawaf, kami menunaikan solat sunat menghadap Makam Ibrahim. Huiyooo!!! Pertama kali dalam hidup menunaikan solat dihadapan Kaabah. Besar sungguh rahmat-Mu, Ya Rahman...

Masing-masing ambil tempat untuk solat sunat. Selesai solat sunat, tiba-tiba datang dua orang lelaki Parsi nak solat sebelah kiri saf. Aku tak hairan dengan lelaki Parsi tapi apa yang buat aku hairan ialah cara dia sujud..! Semasa hendak sujud, dia akan mengeluarkan sebiji batu berbentuk rata dan kemudian sujud meletakkan dahi diatas batu tersebut.

Aku termanggu sekejap. Terfikir, kenapa mamat Parsi tu sujud atas batu rata kecil? Dan, aku rasa aku macam pernah terbaca pasal orang yang sujud atas batu ni tapi boleh pulak masa tu aku tak ingat..! Lepas fikir punya fikir tiba-tiba Allah SWT bagi ilham....

"Whuuuiiii...!!! Syiah rupanya!", Kata aku separa menjerit.

Mungkin kerana terperanjat dengar aku menjerit,mamat Parsi tu terus pandang dengan membeliakkan biji mata.

Tanpa berlengah lagi, dengan pantas aku cari port lain. Terfikir jauh disudut hati, apa hebat sangat batu kecil tu sampai nak sujud kena letak dahi atas batu? Kenapa tak sujud atas batu bata merah yang buat rumah tu?Bukankah selesa dan lagi rata permukaannya...?

~to be continued~

Kebaikan Telefon Pintar?

Ada orang beli telefon pintar semata-mata sebab nak main game candycrush!
Hari ini, saat ini semua orang berlumba-lumba untuk memiliki gajet telefon pintar. Ia menjadi satu kecenderungan dalam kehidupan generasi pada hari ini. Bagi, masyarakat zaman kini, telefon pintar seolah-olah sudah melekat ditangan mereka dan resah apabila tiada ditangan masing-masing. Kadang-kala sampaikan waktu nak makan atau nak tidur pun, telefon pintar masih dalam genggaman.

Memang tak dinafikan semua maklumat yang kita kehendaki sentiasa berada dihujung jari. Hubungan yang dulunya suam-suam kuku dapat dieratkan melalui alam maya. Bukan itu saja, dengan telefon pintar juga kita dapat mengikuti masa serta gambar yang menarik dan alunan suara yang boleh sampai ke halwa telinga dengan segera.

Begitulah hebatnya penangan telefon pintar yang ada pada hari ini dan yang menjadi isu perbualan dalam kalangan generasi Y dan alpha dengan golongan generasi ini menjadi sasaran penjual telefon pintar. Aku tak hairan, bila keluar model baru daripada pelbagai jenama dan generasi ini sentiasa mengikuti perubahan dari semasa ke semasa dan akan tergoda untuk membeli model yang lebih canggih walaupun duit kering dalam poket.

Bagi mereka, dengan memiliki telefon pintar terkini, ia melambangkan gaya kehidupan yang tidak ketinggalan zaman serta hebat lagi bergaya. Atas sebab demikian, tak hairanlah kalau budak-budak sekolah pun menggunakan telefon yang lebih hebat daripada kita yang dah bekerja ni.
Dunia makin pantas, kalau kita lambat maka kita yang akan jadi insan yang terlewat khususnya berkaitan maklumat kerjaya dan sebagainya.

Bagi aku, seiring dengan kewujudan telefon pintar ni adakalanya menimbulkan kurang keprihatinan terhadap komunikasi secara langsung. Sebagai contoh, komunikasi antara suami isteri, ibubapa dengan anak-anak serta ahli keluarga yang lain.

Dalam suasana hari ini kita melihat ramai dikalangan masyarakat kita makan dikedai untuk tujuan merapatkan hubungan kekeluargaan. Namun, apa yang berlaku selama berada di meja makan ialah masing-masing sibuk dengan telefon pintar ditangan. Masa tengah makan pun mata asyik tertumpu ada telefon pintar dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Lantaran itu, objektif untuk bermesra sesama ahli keluarga tidak akan tercapai tanpa ada ramah mesra, guarauan dan gelak ketawa daripada ahli keluarga.

Tiada sesiapa pun diantara kita yang dapat nafikan tatkala berada dirumah mahupun perjumpaan adik-beradik, kenduri-kendara, kita boleh saksikan masing-masing asyik melayan telefon pintar tak kira daripada anak-anak kecil, yang muda hinggalah ke orang tua.

Impak negatif terhadap hubungan kasih sayang akan bertambah keruh apabila tiada ruang komunikasi daripada hati ke hati. Sebab apa? Sebab kadang-kadang apa yang ditaip tidak menggambarkan perasaan dan situasi sebenarnya.

Hari ini juga, kita sering mendengar keluhan isteri atau suami mengenai rasa tidak puas hati terhadap pasangan mereka yang asyik menghadap telefon pintar doplohpatjam hinggakan ada sebahagian daripada mereka timbul rasa curiga antara satu sama lain.

Begitu juga dengan keadaan ketika di bilik kuliah, seminar, forum dan mesyuarat. Walaupun penganjur meminta agar telefon dalam keadaan 'mode silent' tapi tumpuan masih tidak dapat diberikan kepada majlis kerana jari-jemari sibuk 'menggodek' telefon pintar.

Jari mulus makin ligat menari ketika bosan mendengar ucapan atau pembentangan panjang berjela. Tumpuan tidak lagi diberikan kepada majlis ilmu. Oleh sebab itu, peratus untuk memperoleh ilmu sudah semakin tipis malah dari sudut moral pembelajaran boleh dikategori sebagai tidak menghormati guru!

Bagi golongan bekerja, masa mereka dicuri untuk bersama-sama telefon pintar atau hanya sekadar menulis status tentang perkara remeh. Tumpuan ketika bekerja terus terganggu kerana bunyi deringan WhatsApp dan chatting facebook yang perlu untuk dijawab, sedangkan ia tak perlu disegerakan.

Aku percaya ramai dikalangan kita yang buat perkara ni. Even, boss tengah bagi penerangan kat depan dalam bilik mesyuarat pun kita masih dengan selamba godek-godek telefon semak Facebook ataupun membalas mesej WhatsApp.. Boss mungkin tak tegur kita secara langsung, tapi sebagai pekerja kita hormatlah dengan ketua kita dengan memberikan tumpuan tentang apa yang beliau bentangkan dihadapan..

p/s : Aku terpaksa beli telefon pintar sebab zaman sekarang ni apa-apa info semua diorang hantar via WhatsApp...... Kesian emel dah tak berguna lagi.....

Wednesday, 18 March 2015

Bercintalah Walaupun Ketiak Hangit!

Semua ni berlaku dengan izin Allah SWT di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi...
Sejak kelahiran anakanda puteri Awliya, aku jarang tengok televisyen sebenarnya. Masa banyak dihabiskan dengan melayan keletah Harith. Dia ajak main mainanlah, main askar-askarlah, main basikal, main lawan-lawanlah dan main pancing-pancing ikan. My wife memberikan sepenuh tumpuan pada baby Awliya. 

Nak jadi cerita, pada suatu hari kami anak-beranak terlayan siri cerita P.Ramlee kat TV yang bertajuk Anakku Sazali. Ada satu scene tu P.Ramlee dengan Zaiton ada sebut-sebut perkataan cinta. Harith menonton penuh rasa khusyuk, aku perati je dia...... 

Tiba-tiba, Harith tanya....

"Abah, kenapa orang dalam tv tu dia cakap cinta?"

Aku terdiam kejap. Berfikir apa jawapan yang sepatutnya untuk aku beritahu pada anakanda Harith. Sekali terlintas ilham dari tuhan...

"Cinta tu maksudnya perasaan sayang kita kat orang yang kita sayang. Perasaan betapa bermaknanya orang tu kat kita.. Haa, macam tu laa.....", Sebenarnya aku pun pening macam mana nak terangkan istilah cinta tu kat anakanda Harith.

"Kenapa kena sayang kat orang, abah? Kenapa kena bermakna, abah?", Harith tanya lagi.

Sekali lagi aku diam selama 1 minit bagi mencari jawapan. Aku tengok wife aku dah senyum-senyum sambil mengerling ekor mata memandang aku yang terkulat-kulat memikirkan jawapan. Chitt, ini worang banyak suka..! Muka ada sinyuuumm!

"Kita kena la sayang dengan orang lain. Bukan orang je, dengan kucing, arnab, ayam, ikan puyu, ikan keli, kura-kura pun semua kena sayang.. Lagipun Allah kan sayang dengan kita, sebab tu Allah bagi kita ada rasa cinta dengan sayang kat orang lain....", Jawapan panjang tu aku harap Harith faham la sikit-sikit. Tapi, aku tahu Harith mesti tak faham punya....

Mata Harith masih tertumpu kat televisyen. Suasana senyap sekejap. Baby Awliya merengek nak susu.

"Suatu hari nanti Harith tahu le apa maksud cinta tu.......", Aku terus pandai-pandai tambah cerita kat Harith.

Anakanda Harith diam sambil pandang puteri Awliya. Aku pulak terus hirup kopi panas sambil layan cerita Anakku Sazali.

"Abah... Abah cinta siapa, abah..?", Pertanyaan Harith membuatkan kopi yang aku minum tersembur keluar dari mulut dan terkena kain napkin puteri Awliya.

"Err.... Harith tanya abah cinta siapa..?", Harith mengangguk.

"Abah cinta ummi Harith la.. Cinta abah masa abah kat arab lagi tau..", Sengaja aku jeling sambil kenyit mata pada orang sebelah yang sedang memangku puteri Awliya. Muka dia ada sedikit merah sambil sengih-sengih malu....

Definisi cinta tu sebenarnya cukup subjektif. Pengertian cinta membawa seribu satu makna bagi setiap insan. Aku sebenarnya tak reti nak cerita panjang pasal-pasal cinta ni. Biarlah mereka yang lebih arif tentang cinta menjawab segala persoalan dan merungkai apa sebenarnya maksud CINTA..

Walau bagaimanapun, kebahagiaan sebenar rumahtangga ialah apabila suami dan isteri dapat memahami dan menerima kekurangan pasangan masing-masing. Percayalah, sekiranya ada persefahaman, ketiak yang  hangit itu pun akan berbau wangi. Cincin perkahwinan masih di jari manis.Inai merah masih ditangan. Belajarlah untuk memahami, ikhlas menerima dan terus mencintai pasangan anda. Ketiaknya hangit atau tidak,peluklah dia sehingga ke akhir hayat...!     

Monday, 16 March 2015

Terima kasih, pakcik...

Suatu masa dulu ketika bergelar Budak Aspura....
Teringat pada pesan seorang pakcik pengawal masa hari terakhir selepas peperiksaan SPM di sebuah sekolah berasrama dekat Taiping suatu masa dulu..

"Dalam hidup ni kita kena ada prinsip. Kalau kita tak dak prinsip, kita jadi buta arah.. Sesat haluan jalan, hilang arah tujuan...."

"Selagi boleh belajaq, pi sambung belajaq.. Sambung study hangpa. Nanti bila orang lain pakai kereta, hang pun nak beli kereta. Orang lain ada rumah, hang pun ikut nak beli rumah.. Hakikatnya masa tu kalau kita tak dak ilmu mana mungkin kita mampu ikut beli macam orang lain....."

"Kalau nak berjaya, kena la berusaha.. Belajaq sunguh-sungguh.. Jangan jadi macam pakcik, nak nyesai pun tak guna dah... Masa bukan boleh putar balik......"

Aku terpinga, aku ternganga. Apa sangatlah yang boleh aku faham dalam umur yang masih muda mentah tatkala baru nak mengenal dunia realiti ni. Walau macamana pun, dengan tutur katanya yang lembut dan teratur, ada juga sedikit input masuk dalam otak aku walaupun sarat dengan formula-formula elektrik untuk paper akhir hari tu.

Zaman kanak-kanak dulu, aku ingat jadi orang dewasa ni best. Nak buat apa pun ikut suka rasa. Tapi, hakikatnya kalau salah buat ikut suka rasa, jiwa merana badan binasa.

Sekarang, bila menghadap realiti sebenar dalam lanskap menjadi seorang lelaki dewasa, menjadi ayahanda kepada putera-puteri lalu membuatkan aku terfikir kesan pesanan pakcik pengawal tu dalam hidup aku..

Ternyata apa yang diberitahu oleh pakcik pengawal tu merupakan satu ceramah motivasi rupanya. Apa yang dia cakap sentiasa terngiang-ngiang kat cuping telinga. Pernah terfikir setiap kali selepas menunaikan solat, kemanalah agaknya pakcik pengawal tu sekarang ni.. Sihat ke dia, sakit ke dia..? Ternyata apa yang mampu aku buat, sedekahkan Al-Fatihah kepada pakcik pengawal tu tak kira walau dimana saja pun dia berada. Semoga dia sentiasa dirahmati limpah dan kurnia dari Allah SWT...

Terima kasih, pakcik.. Kata-kata pakcik mengubah hidup saya..

Wednesday, 4 March 2015

Kembara Umrah #9 : Peluang Kucup Hajarul Aswad?

Tower of Masjidil Haram..
"Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah taala.."

Sebenarnya masa kat Yalamlam tadi pun aku dah lafaz niat. Mungkin sebab teruja lalu mulut dan hati ni dari tadi tak henti-henti melafazkan niat umrah. Ada orang kata, niat yang sempurna tak semestinya panjang berjela. Cukup memadai dengan lintasan dari dalam hati yang ikhlas. Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tersirat kat dalam hati kita.

Sepanjang melakukan ibdah tawaf, kami semua melakukannya dengan penuh rasa tawadhuk dan rendah diri. Disebelah kiri pintu Kaabah ada sebuah binaan yang diberi nama Hajarul Aswad. Kawasan hadapan sekitar Hajarul Aswad memang agak 'sibuk' sebab semua orang berebut untuk mengucupnya.

Diceritakan melalui bahan bacaan yang aku baca, Hajarul Aswad akan menunggu setiap orang yang mengucupnya masuk ke dalam syurga bersama-sama.
...............................................................................................................................................................
Masuk pusingan yang ketujuh tawaf, aku perhatikan makin ramai manusia bergasak hendak mengucup Hajarul Aswad. Baik lelaki mahupun wanita semua nak ke tempat batu syurga itu diletakkan tak kira bagaimana cara sekalipun.

"Aduuuhhh...! Aduuhhhh...!! Pak..! Pak..!! Tolong, Pak..!!"

Terdengar suara perempuan menjerit meminta tolong dalam celah-celah orang ramai yang bertawaf. Aku dan jemaah yang ada mencari-cari dari mana datang bunyi suara.

"Pak..!!Pakk...!! Aduuhhh...!! Jangan..!!", Suara itu makin kuat.

Rupa-rupanya ada seorang jemaah wanita Indonesia terjatuh dan dihimpit mungkin telah dipijak oleh jemaah lain yang sedang melakukan ibadah tawaf dan yang ingin mendekati Hajarul Aswad.

"Yalla! Yalla! Yalla!!", Serta-merta polis arab yang berjaga dikawasan Kaabah datang membantu wanita Indonesia yang terjatuh tu.

Kasihan dia, kain ihramnya terkoyak. Tudung yang dipakainya hampir tercabut dari kepala lalu menampakkan gigi rambut.

"Pitam agaknya tadi tu, berebut nak cium Hajarul Aswad. Bahaya betul! Kita datang sini nak buat ibadah, ini ada pulak berebut nak cium hajarul Aswad sampai tercedera!", Tiba-tiba seorang jemaah dari Malaysia yang kebetulan melakukan tawaf mengomel sendirian selepas melihat kejadian wanita Indonesia itu tadi.

Aku diam je. Tengok semata-mata. Tak berani nak kata apa-apa perihal orang di tanah suci. Suka atau tidak tentang sesuatu pendam saja didalam hati. Istiqfar banyak-banyak, kena ingat selalu bahawa Allah Lagi Maha Mengetahui apa yang Dia rencanakan untuk diri kita.

Buat waktu ini, aku rasa amat sukar untuk 'dekat' dengan hajarul Aswad memandangkan semua jemaah sedang berebut untuk mengucupnya. Tapi, bila fikir-fikir semula..... Bila dah datang sejauh ini terasa rugi pula kalau tak kucup batu syurga tu..........

~ to be continued....~