jom follow....

Tuesday, 10 February 2015

Obses Nak Cantik..

Ini kucing.. Kucing ni takde kena-mengena dengan cerita.. Aku cuma nak cakap bahawa kucing ni comel tapi dah mati kena langgar dengan basikal budak balik dari sekolah..Uuwaaaaaaaaa!!!!
Aku cukup hangin kalau kena menunggu orang perempuan bermekap. Bagi orang perempuan, mekap itu sebagai bahan untuk menaikkan seri wajah. bagi mereka juga, mekap muka adalah satu kerja rumit yang disukai. Bila nak bermekap mesti ada bedak asas, pelembab, celak, gincu, penyegar muka dan krim bagi mengekalkan wajah yang cantik.

Selain bermekap, orang perempuan juga ada yang makan jamu, tonik herba, susu kambing, minyak kelapa dara, kacip fatimah, manjakani dan sebagainya... Semuanya demi menjaga, mengekal dan menaikkan seri wajah. Tak cukup dengan itu, ada yang cucuk botox, makan tablet supplement ikan haruan, mandi lulur kat spa, melakukan senaman yoga. Semuanya untuk kekal cantik dan sihat. Memang bagus!

Orang perempuan merupakan manusia yang paling prihatin dengan kecantikan. Hakikat sebenarnya, kebanyakan daripada mereka takut tua! Mana taknya, yang muda terus menghias diri supaya tak nampak tua, yang tua pula bersusah payah berusaha untuk terus nampak seperti orang muda!

Aku selalu bertanya kepada isteri, kenapa orang perempuan selalu obses dengan kecantikan? Dan, dia kata...

"Memang la.. Jaga kecantikan pun bukan untuk orang lain tapi untuk suami dan kepuasan diri sendiri. Lagipun berhias untuk suami tu kan dapat pahala.."

Cara dan kaedah bagaimana orang perempuan menjaga tubuh badan untuk awet muda ni dah banyak kita tengok dan baca. Ada yang buat tarian poco-poco, ada yang pergi fitness concept, ada yang berjogging keliling tasik, ada yang main futsal dan yang paling ekstrem ada yang taksub nak kurus sehingga sanggup makan biskut kering cicah air hujan! Semua gara-gara sebab nak cantik.

Ada yang sanggup tak makan nasi selama berbulan-bulan. Ada yang sanggup makan buah-buahan je sebab makanan lain kata mereka boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Buah pun bukan sebarang buah. Buah yang mengandungi gula yang agak tinggi dan lebih kalori akan ditolak ketepi kerana dikhuatiri akan menjejaskan fungsi diet mereka.

Bagi kaum Hawa, penjagaan tubuh badan dan penjagaan wajah adalah sebuah cerita panjang. Sebab tu, orang perempuan boleh menghadap cermin selama hampir 1 jam untuk menyolek. Ada satu fakta tambahan, aku baru tahu rupa-rupanya produk menjaga kecantikan ni mahal harganya. Aku mengaku , aku memang kolot bab-bab seri kecantikan ni. Tapi, buat perempuan yang berwang, mereka sanggup 'melabur' RM beribu-ribu ringgit hanya untuk menjaga pinggang, punggung dan wajah!





Monday, 9 February 2015

Kembara Umrah #8 : Ittiba'

Buat pertama kali hamba yang kerdil ini menatap Baitullah didepan mata.. Subhanallah!
Kami kini berada dihadapan sebuah binaan berkelambu hitam yang menyebabkan setiap jemaah yang memandangnya akan terpegun sejenak. Inilah Baitullah Al-Haram. Inilah kiblat seluruh umat Islam seluruh dunia. Inilah binaan yang Allah S.W.T janjikan 120 rahmat sehari semalam. Ada dikalangan kawan-kawan mula mengalirkan air mata tatkala melihat Kaabah didepan mata.

Nassir memberikan isyarat untuk mula menunaikan rukun umrah yang kedua iaitu bertawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah. Nassir mengarahkan bucu bahagian atas ihram sebelah kanan dimasukkan dibawah ketiak kanan. Seterusnya dicampakkan ke atas bahu sebelah kiri. Lalu bahu kanan kami terdedah.

Masa ni baru lepas kena warning dengan polis arab sebab tangkap gambar..Hihihiiii..!
Aku tak faham, kenapa kenapa pakai ihram macam ni?Aku pun tanya Nassir apa sebabnya kena pakai ihram macam tu. Nassir tak pandai berbahasa Malaysia jadi aku translate kan apa yang dia cerita dari bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Kata Nassir,

"Amalan ini dinamakan Ittiba'. Semasa Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat masuk ke kawasan Baitullah untuk tawaf. Musyrikin Makkah berkumpul beramai-ramai dekat kaki Bukit Safa. Mereka nak tengok cara orang Islam melakukan tawaf. Mereka datang untuk mengejek, mempersenda dan mentertawakan perlakuan tawaf kaum Muslimin."

Kalau nak tangkap gambar kat tanah suci pastikan polis arab tiada berdekatan dengan anda. Kalau tidak, gajet anda akan dirampas dan ia tidak akan dikembalikan! Kalau tak percaya, cubalah... Heh!

Sesungguhnya, hati ini benar-benar terpaut dengan tempat yang barakah ini.
"Apabila kaum Musyrikin melihat orang Islam yang kepenatan serta kurus kering sebab tak cukup makan dan rehat selepas 7 hari 7 malam meredah padang pasir kemudian disuruh berjalan mengelilingi Baitullah."

"All of the musyrikin people are laughing and shouted, Muhammad is crazy! Crazy! Those muslimin are stupid!", Cerita Nassir penuh semangat.

"Begitulah Musyrikin Makkah mengejek sambil bersorak."

"Kemudian, Saidina Umar R.A meminta izin daripada Rasulullah S.A.W untuk 'mengajar' mereka yang menghina. Tapi, Rasulullah S.A.W melarang. Dalam masa yang sama, tiba-tiba Allah menurunkan wahyu kepada baginda. Rasullah S.A.W kemudiannya mengarahkan umat Islam yang melakuan tawaf ketika itu untuk berittiba'. Lalu terserlahlah otot-otot bahu kanan para sahabat yang menyebabkan kaum musyrikin Makkah terasa malu."

"Beside that, I heard this story from my old friend. Anyway, you can google it....", Terang Nassir panjang lebar.

Kumpulan kami berdiri betul-betul setentang dengan penjuru Hajarul Aswad dan lampu hijau yang tak padam-padam. Niat tawaf dalam hati......

Bergambar kenangan dihadapan Baitullah Al-Haram sebelum polis arab nampak! 










Friday, 6 February 2015

Bila Dua Beranak Balik Kampung..

Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
Seronok betul bila dapat balik kampung di Padang Rengas sekali-sekala. Walaupun, dapat balik sekejap tapi puas le dapat hirup udara segar dan 'bermain'  dengan haruan dekat bendang. Balik kampung hari tu berdua je dengan anakanda Harith. Wife tak dapat nak ikut sebab beliau tengah sarat mengandung. Risau juga dalam perjalanan jauh tu nanti tiba-tiba nak bersalin pulak...
Jadi, sebagai langkah selamat biar ummi dengan baby tinggal saja di rumah, okay!

Kalau dah balik kampung, tentulah banyak aktiviti yang aku dah susun untuk kami berdua anak-beranak. Aktiviti pertama selepas kereta power menjejakkan bunga tayarnya di Kuala Kangsar ialah bergegas ke kedai mainan yang menjual mainan dengan harga borong dekat kawasan Talang dekat dengan Bandar Diraja Kuala Kangsar.

 Hanya di Kuala Kangsar saja jet pejuang dibenarkan parking dekat sebelah pasar!
Ya, kami berdua berkongsi minat yang sama iaitu mainan! Mujur kedai tu menjual mainan agak murah dari harga pasaran, jadi boleh la beli banyak-banyak.. Hahahaha..!

Antara aktiviti lain ialah ronda-ronda naik motor keliling kampung. Masa naik motor tu kalau ada apa-apa perkara yang membangkitkan nostalgia zaman kecil-kecil dulu, aku akan cerita dengan Harith. Contohnya, masa lalu kat tepi sungai, aku ceritakan pengalaman aku menembak ikan tengas dalam sungai sampai tak sedar termasuk dalam kawasan kampung bunian lepas dok ralit selam ikan. . Tapi, kadang-kadang anakanda Harith tak faham cerita

Selalu terjadi, bila lepas habis bercerita Harith pasti akan bertanya,

"Abah, kenapa Predator dalam laptop abah tak gosok gigi macam Harith?"

Dan, antara soalan favourite yang selalu Harith akan tanya ialah,

"Abah, kenapa Ninja Turtles ada shell tapi shell dia tak boleh jadi enjin diesel macam enjin keretapi kat stesen Kempas tu?"

Walaupun soalan Harith kadang-kadang lari dari tajuk cerita tapi aku 'layan' kan aje.. :)

Orang kampung panggil tempat ni bendang. Tapi, orang bandar panggil tempat ini sawah padi..
Aktiviti seterusnya ialah jalan-jalan menyelusuri bendang. Aku selalu bawa keluarga aku ke kawasan bendang di Lubuk Merbau sebab kat situ pemandangannya cantik sangat. Petak sawah padi berlatar belakangkan gunung yang menghijau. Lagipun dekat situ ada tali air, ada burung bangau, ada ikan puyu, ada ikan haruan dan pemandangan yang sejuk mata memandang.. Cuma, aktiviti kat bendang ni aku belum sempat ajar Harith dengan ummi dia aktiviti gagau ikan dalam lumpur...
Bak kata orang perak, "Ini le yang deme namakan tali ayor!"

Ada lagi beberapa aktiviti lain yang menarik (bagi aku le) antaranya, siram kucing yang dah lama tak mandi dengan air paip, mandi berkemban di halaman rumah, jalan-jalan kat Stesen Keretapi Kuala Kangsar, ushar-ushar jualan kat pasar malam dan sebagainya.

Tapi, ada satu aktiviti ni memang aku semat dalam jiwa dan hati anak-anak iaitu solat jemaah kat masjid dan sentiasa ziarah pusara ahli keluarga. Kalau dulu, mak ayah selalu bawak ziarah pusara ahli keluarga yang dah meninggal. Kata emak,

"Nanti kalau along dah ada anak, biasakan takpun semat dalam hati mereka untuk selalu ziarah pusara, sedekah banyak-banyak al-fatihah buat semua ahli keluarga dan semua muslimin, muslimat.. Ingat, doa anak-anak soleh doa yang cepat sampai kepada kita yang dah mati nanti....."

Biar miskin di dunia, jangan kita miskin di akhirat..

Lepas ziarah kubur pagi tu, Harith bertanya..

"Abah, kenapa Allah bagi kita semua mati lepas tu orang tanam kita dalam tanah?"

Aku tersenyum mendengarkan soalan kanak-kanak yang berusia 3 tahun 9 bulan ni. Macam mana dia boleh berfikir sampai tahap itu dalam usia dia yang macam ni. Subhanallah..!

"Harith nak tahu sebab apa Allah bagi kita mati? Sebab Allah sayang dengan kita la..", Aku jawab sambil gosok-gosok kepala Harith.

"Kenapa Allah sayang dengan kita Allah bagi kita mati? Kenapa kalau Allah sayang dengan kita Allah tak bagi kita hidup?", Harith tanya lagi.

"Kalau kita tak mati, nanti kita jadi tua sangat. Nanti kita tak larat nak sembahyang, nanti kita cepat penat. Nanti kita jadi dah tak kuat, muka kita nanti jadi kedut-kedut, tangan kita nanti gigil nak pegang mainan. Sebab tu Allah bagi kita mati sebab mati itupun salah satu nikmat alam yang Allah dah janji dengan kita.."


Antara aktiviti lain kami dua beranak ialah jadi kumpulan pengakap hutan!

Aktiviti pengakap hutan ialah memanggang ikan..keh! keh! keh!
Harith angguk tapi aku tahu dia masih tak faham.

"Macam ni sayang abah.. Bila kita mati nanti, kita masuk dalam syurga macam yang abah selalu cerita dengan Harith malam-malam tu.... Ingat tak?"

Harith mengangguk. Kali ni dengan senyuman manis. Tahulah aku maksudnya dia dah faham.