jom follow....

Tuesday, 27 January 2015

Mari Bercakap Dengan Gundam!

Mungkinkah ada 'pelaris' yang diletakkan ke dalam kotak ini hingga membuatkan ramai orang membelinya walaupun harga beratus-ratus ringgit?
Sambil meniarap atas katil, aku pandang sebuah kotak yang terletak didepan mata. Aku tak pernah sangka pun bahawa hari yang pelik itu akan tiba. Aku pegang dan aku belek dari bucu ke bucu. Ada gambar robot memegang pedang laser bercahaya merah. Pelik betul! Pelik dengan diri aku sendiri...

Ah, suatu masa dulu robot ni lah yang aku kutuk! Pada suatu masa dulu jugak sahabat sekelas yang meminati robot inilah yang aku perlekeh sampai dia merajuk.. Tapi, pada hari ni dan saat ini aku sedang memandang kotak robot ini dengan penuh rasa takjub sambil malu pada diri sendiri sebab aku dah melanggar perjanjian yang aku pernah buat dengan diri aku sendiri dulu iaitu aku takkan menonton anime GUNDAM apatah lagi membeli robot mecha GUNDAM!

Aku masih lagi dalam posisi meniarap dengan mata memerhati kotak robot mecha GUNDAM dengan penuh perasaan pelik. Aku hairan dan macam-macam persoalan berlegar-legar dalam fikiran. Terfikir sebenarnya apa yang best sangat pasal robot GUNDAM ni? Kenapa ada yang sanggup berhabis duit membeli walaupun harganya beratus-ratus ringgit untuk satu kotak sekecil ini? Apakah hobi kumpul robot mecha GUNDAM ni diiktiraf oleh PBB dan UNESCO? Ahhhhh..!!! Aku makin pening dengan ideologi aku sendiri...!

Hobi baru yang mengempiskan wallet!
Macam mana aku boleh terjebak dalam kancah GUNDAM ni? Ini semua berlaku kira-kira pada dua bulan yang lepas, apabila aku terlayan siri anime mecha GUNDAM 00. Pada mulanya, nak saja-saja tengok je. Tapi, bila dah layan sampai 3 episod, aku rasa macam best pulak siri anime ni!

3 hari kemudian, aku tergoogle pulak jualan gudang mainan Bandai kat gudang Litt Takk SDN BHD di kawasan perindustrian Cheras. Mula-mula datang situ nak beli mainan power rangers untuk anakanda Harith je. Sekali tu bila datang, ada pulak robot mecha GUNDAM berkotak-kotak!!

"Kalau sekali dah terjebak ke dalam kancah mecha GUNDAM, susah dah nak kembali ke pangkal jalan...", Kata seorang brader yang bersembang dengan aku semasa berada dijualan gudang Litt Tak SDN BHD tatkala kami sibuk memilih model mecha GUNDAM yang dihajati.

Biarpun kotak robot mecha GUNDAM ni dah lama aku beli, tapi sampai sekarang aku masih belum buka lagi balutan plastiknya. Bukan sebab dalam kotak ni ada saka sampai aku takut nak buka. Tapi, sebenarnya aku tak reti macam mana nak pasang benda ni...! Arrrgghhh..!!!!

"Sabar ye Harith... Nanti abah buka plastik dia, lepas tu kita pasang sama-sama ye..."

Monday, 12 January 2015

Emosi Seorang Guru...

Good morning everyone.....

This morning my wife bangun awal. Bila ditanya kenapa bangun awal sangat?

"Semangat baru!", Balas my wife dengan muka yang manis. Aiii, sejak mengandung kali yang kelima ni wajah isteri tersayang makin manis dan berseri. Makin seksi pulak bila tengok dia lama-lama, rasa macam nak tarik je tangan dia baring semula atas tilam.

"Oii, apa sengih sorang-sorang tu?", Aku tersentak bila disergah oleh orang rumah.

"Heh.. Heh.. Heh.. Takde apa-apa.. Saja je nak tengok muka awak lama-lama, mana la tahu ini kali terakhir saya dapat tatap wajah awak yang berseri masa mengandung ni...", Dia malu-malu.

Dalam dia tengah malu-malu tu, baru aku teringat yang pagi ni dia nak selesaikan semua kerja disekolah sebelum berpindah ke sekolah baru. Tiba-tiba my wife duduk dekat penjuru katil. Dia termenung memandang lantai. Dia kata,

" Awak, saya sedih la nak pindah dari Johor ni.. Sedih pulak nak tinggalkan anak-anak murid orang asli kat sini...", Mata my wife mula berkaca.

Aiseh, orang lain pagi-pagi bikin taik mata tapi my wife pagi-pagi sudah bikin air mata.

"Sedih memang sedih. Dalam setiap pertemuan akan ada perpisahan. Kita kena redha la.. Lagipun, awak bukan saja-saja mintak tukar sekolah... Awak kan sakit, tak sihat.. Kena jumpa doktor selalu. Lagipun, saya jauh kat Kuala Lumpur. Kalau apa-apa jadi kat awak dengan anak-anak, saya mesti susah hati. Nak travel pun jauh.....", Aku cuba memujuk agar air matanya tidak mengalir deras.

Frankly speaking, my wife sekarang memang betul-betul sayang dengan Sekolah kebangsaan Ladang Pendas yang terletak di Gelang Patah ni. Bukan dia saja, aku dengan Harith pun dah mula selesa dengan suasana harmoni yang terletak berdekatan dengan jeti Kampung Pendas.

Rumah yang kami diami semasa di Gelang Patah.
Walaupun hati berat nak tinggalkan Sekolah kebangsaan ladang Pendas, tapi apa boleh buat because life must goes on.. Guru besar pun okay, kawan-kawan cikgu pun bagus, Kawan-kawan staf sekolah pun tak lokek membantu kalau mintak tolong. Haji Fadhil, Encik Ali, Kak Eita, Ifan, Kak Mai, cikgu-cikgu dan Guru Besar (GB), terima kasih banyak-banyak sebab membantu kami bermula kami sampai kat pekan Gelang Patah hingga ke hari terakhir kami kat sini.

Apa-apa pun, bila dah pindah ni maka akan bermula semula cabaran baharu buat kami suami isteri... Sigh!