jom follow....

Wednesday, 30 April 2014

Cerita pasal program amal...

Buku program untuk majlis pada hari tu.

Ada kempen kesedaran penyakit demam denggi oleh Klinik Kesihatan Gelang Patah dan KPJ.
Minggu lepas aku join satu majlis amal bersama dengan orang-orang asli anjuran dan kelolaan student-student yang buat master kat UTM Skudai. Adapun antara yang terlibat sama dalam majlis tu ialah warga pendidik dari Sekolah Agama Kampung Simpang Arang dan Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas. Senang cerita, sebenarnya aku menempel je dalam majlis ni sebab aku saja nak ikut wife aku masuk kampung orang asli. Lagipun aku saja je nak shoot pakai kumira DSLR. Lama dah tak beraksi bersama gajet hebat ni!

Masa tengah drive nak masuk kampung orang asli tu, otak aku yang bergeliga macam batu cincin ni terus berputar memikirkan camne sebenarnya kehidupan orang-orang asli ni. Betul ke hidup diorang ni primitif sangat macam orang asli kat Afrika? Adakah mereka masih lagi memburu menggunakan tombak? Pakaian mereka? Yang lelaki pakai cawat dari bulu kambing ke? yang perempuan pulak pakai macam mana? betul ke orang asli ni cannibal? Ah, sudah..... Daging aku dah la banyak, abis la aku.....!!

Antara anak orang asli yang hadir.
Bila sampai dalam kawasan kampung orang asli. Aku rasa macam nak terkejut sebab orang-orang asli kat situ semua tinggal dalam rumah batu, sama macam rumah-rumah tanah lot kat kampung aku. Mulut aku melopong, kemudian wife aku cakap...

"Tu melopong tengok anak dara orang asli ke apa?"

"Aiii, cemburu ke? Hehe... Tak lah..! Abi terkejut tengok rumah diorang, semua rumah besar-besar.... Ingatkan diorang duduk atas pokok..", Aku terus perhati kri kanan kawasan kampung orang asli tu.

Aku ingatkan orang-orang asli ni masih lagi tinggal atas pokok takpun diorang buat rumah lantai buluh beratapkan nipah... Aku silap..!!

Bila tengokkan pada kehidupan sosial diorang pulak, diorang memang peramah, suka senyum, suka gelak, suka bersembang dan antara diorang ada yang boleh memandu perodua alza! Aku kolot rupanya, masih berfikir ditakuk lama. Dulu, orang asli mungkin hanya tahu menunggang lembu tapi sekarang zaman millenium... Orang asli pun dah bertransformasi agaknya!

Tetamu dihiburkan dengan tarian sewang oleh anak-anak orang asli.

Sabar menunggu tetamu.

Persembahan nasyid oleh anak-anak orang asli.
Sementara wife aku bekerja menjayakan majlis amal tu, mata aku terus melilau mencari kalau ada orang-orang asli yang pakai cawat. Orang asli kat situ semuanya dah tak pakai cawat lagi. Semua pakai t-shirt, gaun labuh, kemeja petak-petak dan berseluar yankee. Orang asli kat situ memang orang asli millenium. Tapi, aku masih tak puas hati.....

Aku pergi kat satu group budak-budak, aku cakap aku nak tangkap gambar diorang. Diorang suka sangat kalau bab-bab tangkap gambar ni. Lepas tu, aku tanya sorang anak orang asli ni....

"Dik, adik suka sekolah tak?", ,Aku tanya sambil tangkap gambar.

"Suka'!! Saya suka' sekolah! Ada ramai kawan!", Jawab anak orang asli tu.

"Adik, selalu kat rumah makan apa?",Aku tanya separuh berbisik sebab takut orang dengar.

"Bang, semalam mak saya masak ular!!", Budak tu jawab separuh kuat.

Aku pandang kiri kanan, orang-orang asli dewasa yang ada kat situ semua pandang aku semacam... Ah, sudah..! Jadi mangsa cannibal jugak aku ni karang!

Kemudian, datang sorang lelaki orang asli dari kalangan diorang. Aku dah standby nak bukak silat, kot-kot kalau tiba-tiba dia nak kokak leher aku kalau betul diorang ni cannibal. Dia tepuk bahu aku, dia kata...

"Incik, bukan semua orang asli makan ular, makan babi hutan...",Kemudian dia senyap lepas tu dia senyum menampakkan gigi berkarat coklat hitam. Aku mula cuak...

"Kami pun tak makan orang jua'.. Kami makan macam yang incik makan...", Dia senyum lagi. Aku cuma telan air liur sambil standby nak hayun kamera DSLR kalau brader orang asli tu bertindak diluar batasan manusia normal! Lepas tu, aku terus blah dari situ buat-buat macam sibuk ambik gambar majlis.

Ada cabutan nombor bertuah tapi nombor aku tak naik!

Ini orang manyak suka sebab dapat hadiah...
Mereka menanti cabutan nombor bertuah..
Aku puji student-student UTM yang buat majlis amal bagi projek pengajian Master diorang ni. Diorang berjaya membuka mata orang-orang asli kat Kampung Simpang Arang tu mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, pelajaran, belajar ke luar negara. Kebanyakan orang asli tak pentingkan pelajaran anak-anak sebab bagi diorang pelajaran is nothing! Mentaliti diorang, tanpa pelajaran diorang tetap jugak boleh hidup.. Malam-malam boleh karaoke sampai pagi, boleh joget-joget... Teringat pulak kat tragedi banjir lumpur kat Pos Dipang, Tapah.....Diorang ada rumah, ada tanah berekar-ekar, tiap bulan kerajaan bagi duit, astro pun diorang dapat free! Semua belanja diorang ditanggung! Untung betul jadi orang asli....

Aku rasa dah macam aku ni artis pulak bila diorang melambai-lambai...
Perpustakaan yang diusahakan oleh student-student UTM.
Ini la hasilnya....
Oleh yang demikian, buat kita yang bukan dari kalangan orang asli ni hantarlah anak-anak kita ke sekolah. Bagi anak-anak kita semangat supaya belajar rajin-rajin. Bagi diorang ilmu dunia dan akhirat secukupnya buat bekalan untuk kita dan mereka pada masa depan kelak...


~Gambar saja-saja~
Misi Mencari Ramli...

Diorang ni lagi terer main bola sepak.. kenapa takde wakil scout FAM yang masuk kampung orang asli dalam mencari bakat baru? 

Geng lepak bawah tayar!

Thursday, 24 April 2014

Orang cakap-cakap pasal kamera...

Hakikat zaman teknologi sekarang ni, banyak syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk gajet produksi syarikat masing-masing. Kadang-kadang pengguna sampai pening kepala nak pilih gajet yang mana satu. Walaupun ia berjenama tetapi semua application yang ada, semua hampir serupa.

Bab-bab gajet ni terus terang cakap aku memang tak ambik port langsung. Apa yang ada, itu je la yang aku pakai. Budak tadika pun boleh kenal dengan pantas yang mana satu tablet, yang mana satu android, i-pad, itu la ini la, macam-macam! Seperti mana yang aku bagitau tadi, aku tak ambik peduli pun dengan gajet-gajet canggih yang boleh 'merabakkan poket seluar' aku... Even, sampai sekarang pun aku masih lagi menggunakan telefon NOKIA E5 walaupun 'gigi' telefon aku dah 'rongak' beberapa batang!

Sebenarnya minat aku lebih tertumpu kepada kumira.... Ya, kumira DSLR! (maaf aku dah terikut gaya percakapan anak aku memanggil kamera itu sebagai kumira...)

Ramai dikalangan kita memiliki kamera. Kamera kompak, kamera henfon, kamera mainan, kamera berinternet, kamera DSLR dan macam-macam kamera lagi la.. Ada orang beli kamera DSLR sebab tengok orang ambik gambar cantik-cantik, ada orang miliki DSLR sebab memang hobi dia tangkap gambar. Ada orang pulak buat DSLR tu sebagai sumber pendapatan secara fulltime mahupun partime. Ada macam-macam sebab, yang pasti semuanya untuk kepuasan diri masing-masing. Walau macam manapun, kemampuan dan hak membeli kumira itu adalah pilihan masing-masing.

Orang kita sekarang, suka sangat tangkap gambar. Dengan wujudnya pelbagai laman sosial, masyarakat kita suka benor deme merakam dan berkongsi setiap gambar kat dalam laman sosial seperti Instagram, Tweeter, Facebook, Google+ dan macam-macam lagi. Sebenarnya kadang-kadang aku hairan kenapa semua orang suka sangat share gambar kat dalam laman sosial? Kalau gambar yang cantik-cantik tu takpe la.. Ini kadang-kadang, gambar tak senonoh tengah korek hidung, tengah basuh jamban, gambar seluar dalam baru.. Ayoyoyooo...Tapi tu le hakikatnya, bahawa kecanggihan teknologi acapkali disalahguna sesetengah individu.

Satu perkara yang aku cukup perasan sekarang ni, dah tak ramai orang pegi kedai gambar untuk 'cuci gambar' yang diorang tangkap. teringat zaman 90-an dulu, bila kamera dah 'pusing' mak cepat-cepat suruh pegi kedai gambar. Suruh apek tu 'cuci gambar'. Dulu kamera pakai kodak, sekarang mana ada dah kamera pakai kodak.

Hari ni, orang lebih suka melihat gambar di skrin laman sosial. Percayalah, antara menatap gambar di skrin dengan menatap gambar yang sudah 'dicuci' ada banyak perbezaannya. Tengok gambar yang dah 'dicuci' rasanya lagi puas daripada tengok dalam skrin laptop disamping mengundang rasa sentimental terkenang saat gambar itu dirakamkan.......

Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Port Dickson, Negeri Sembilan.

Station LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Pray for MH370, KLiA

Who is Orang Utan's fiancee? ~ At National Zoo, Kuala Lumpur~
Kata-kata pujangga ada mengatakan kalau cintakan ilmu maka belajarlah tapi kalau cintakan pemandangan indah maka bergambarlah...! Hihihiiiii....

Tuesday, 15 April 2014

Jangan Biarkan Ia Terus Mengembang!

Kadang-kadang aku tertanya, kenapa susah sangat nak mengawal berat badan? Ada orang selalu je berjogging, main konda-kondi, main badminton, main ping-pong, main futsal, main layang-layang tapi berat badan mereka tak jugak turun-turun! Kenapa?

Ada manusia yang mengaku bijak pandai telah sepakat mengatakan kalau setakat bersenam tapi tak jaga pemakanan memang le susah berat badan nak turun. Ada satu kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan 1.7 juta rakyat malaysia mengalami masalah obesiti (kajian ni aku refer pada akhbar Harian Metro keluaran 23/3/2011) dan terdapat lebih daripada 3.8 juta rakyat Malaysia yang lain pulak mengalami masalah berat badan berlebihan.

Orang malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah bersedekah dan suka makan. Sebab tu asal ada saja majlis, mesti ada makan-makan. Tak kira majlis apa, majlis cukur jambul, majlis bertunang, majlis perpisahan even majlis kematian pun turut ada disediakan makan-makan. Sebab tu orang kita kadang-kadang ada yang sampai terlebih makan. Hal terlebih makan ni telah menarik perhatian ramai orang termasuk Menteri Kesihatan. Beliau bimbang dengan masalah berat badan berlebihan dikalangan orang kita yang suka makan. Jadi, beliau mahu kakitangan kementeriannya mengambil langkah positif supaya menjadi contoh kepada orang lain dalam usaha memerangi masalah berat badan berlebihan yang melanda negara.

Pada pendapat aku, bukan staf kementerian kesihatan je yang kena  turunkan berat badan tapi setiap orang dikalangan kita. Setiap orang tu bermaksud kita semua, tak kiralah pekerja swasta, yang kerja kilang, yang kerja sendiri, staf kerajaan, student IPT, surirumah mahupun mereka yang tak bekerja. Semua pun kena main peranan buat perkara yang sama iaitu menurunkan berat badan.

Percaya tak kalau aku kata, sekarang ni obesiti adalah salah satu antara masalah negara? Lebih kurang 16.8 juta rakyat malaysia adalah mereka yang obesiti. Dan 75% daripada kalangan rakyat Malaysia tidak bersenam. Apa yang aku nak highlight kan kat sini ialah perkara yang perlu diambil perhatikan secara serius adalah berat badan berlebihan mengancam kesihatan.

Bila bercakap mengenai masalah berat badan berlebihan, semua orang terus memikirkan tentang penyakit kencing manis, darah tinggi, masalah komplikasi jantung dan sebagainya. Tapi, tahukah anda bahawa wanita adalah ahli masyarakat yang paling concern mengenai masalah berat badan. Sebab tu kaum wanita sentiasa menjaga pemakanan.

Kalau badan dah mengembang, silap haribulan kasut yang cantik macam ni pun tak muat nak pakai...

Rata-rata kaum Adam mengatakan kaum Hawa ni mudah menjadi gemuk. Iye ke? Orang selalu kata, perempuan kalau lepas bersalin dua atau tiga orang anak maka daging dan otot-otot mereka akan cepat mengembang. Ibarat macam belon yang kita tiup. Ataupun perumpamaan yang lebih tragis ibarat seperti roti kering yang direndam dalam air.Seluar dalam yang dulunya saiz L boleh pulak tiba-tiba tak muat, dah terpaksa pulak beli seluar dalam saiz XL. Untung kalau saiz XL tu dapat bertahan lama, kalau nasib tak berapa baik, saiz XL tu cuma dapat bertahan dalam beberapa minggu, cepat sangat jadi sendat. Kemudian, terpaksa pulak cari saiz XXL. Ini hakikatnya, jangan salahkan seluar dalam, ini bukan kes seluar dalam yang mengecut selepas dibasuh beberapa kali. Ini sebenarnya berkaitan rapat dengan masalah punggung cepat mengembang!

Orang lelaki pun sama, kalau terus-menerus tak bersenam, makan tak kawal, diet tak jaga, lemak dalam badan terus berkumpul. Makin diperam makin cepat perut mengembang maju ke hadapan

Orang yang nak kuruskan badan ni sebenarnya kena tempuh banyak dugaan. Dekat Kula Lumpur ni masyarakatnya makan tak berhenti. Sebab tu ada banyak restoran 24 jam. Dari pagi sampai tengah malam, restoran makan 24 jam ni tetap mendapat sambutan. Kalau malam-malam dipasangnya channel sukan bola sepak Barclays Premier League lagi la penuh kedai tu jadinya. Orang kita suka tengok bola, tapi jarang yang suka bersenam kat padang main bola..

Oleh yang demikian, jom le kita sama-sama menguruskan badan untuk kesihatan yang unggul. Apa jua dugaan makanan, ia harus ditempuhi dengan sabar. jangan biarkan seluar dalam saiz XL dan XXL terus kehabisan stok dipusat membeli belah dengan membiarkan punggung kita terus mengembang!

Thursday, 10 April 2014

Lelaki Romantik, Perempuan Suka..

Ada survey dikalangan rakyat Malaysia membuat kesimpulan bahawa lelaki melayu ni tak romantik. Betul ke? Sebenarnya kalau orang yang buat survey tu tanya aku, terus terang aku cakap aku tak tahu pun lelaki melayu ni romantik ke tidak, walaupun aku ni lelaki. Tak tahu nak jawab macam mana, lelaki melayu dikatakan tak romantik.. Survey ni betul-betul ke sebuah kajian..? Atau ia hanya satu andaian takpun satu tuduhan tak berasas daripada pihak-pihak tertentu?

Setahu aku belum ada lagi kajian saintifik yang dibuat mengenai tahap romantiknya lelaki melayu. Dan, aku rasa elok sangat kalau ada pelajar kat universiti atau mana-mana pusat pengajian tinggi dalam negara kita buat sendiri kajian akademik lagi saintifik bagi menentukan tahap romantik lelaki kat Malaysia ni.

Perempuan memang suka dengan lelaki yang romantik. Tapi, lelaki yang tak romantik pun punya perasaan. Aku pernah dengar cerita pasal cinta lelaki tak romantik yang kena tolak mentah-mentah. Akhirnya disebabkan lelaki tu cetek iman, dan akal dia bermaharajakan nafsu, lelaki tu guna ubat guna-guna minyak dagu mayat. Dia kata, calitkan sikit minyak dagu, lepas tu konfem tidur malam gadis tu tak lena kerana  teringatkan si pencalit... Nauzubillah!

Ada jugak yang kata, kalau tepuk bantal sebelum tidur sambil menyeru nama orang yang disukai boleh membuatkan orang yang diseru tu jadi gila bayang pada si penepuk bantal. Ada yang guna ilmu pengasih angin menderu, ilmu burung serindit miang dan macam-macam lagi istilah jampi pengasih ni. Ilmu-ilmu pengasih ni, kita dah biasa dengar sejak dari dulu lagi. Even, Hang Tuah pun guna jampi nak bawak lari Tun Teja dari negeri Pahang. Adakah ini bukti bahawa lelaki melayu memang tak romantik sampai terpaksa menggunakan ilmu jampi serapah bagi memenangi hati kaum Hawa? Aku tak pernah guna bomoh nak pikat perempuan apatah lagi cari dagu mayat untuk buat minyak pengasih bagi menawan hati gadis yang aku berkenan.

Untuk pikat perempuan, orang lelaki mesti mempunyai tahap konfiden yang tinggi dan tak berbelah bahagi! Untuk pengetahuan korang, aku selalu konfiden bahawa muka aku tampan macam Tom Cruise. Dan, diatas tahap konfiden itu aku selalu berani mendekati gadis-gadis. Bila tengok diri sendiri kat depan cermin, aku mengaku aku nampak diri aku sendiri tampan macam Tom Cruise, hakikatnya gadis-gadis tak melihat pun aku macam tu. Mana mungkin Tom Cruise punya hidung kembang dan kulit hitam macam aku...?

But, frankly speaking, aku bukanlah tergolong dalam kategori lelaki romantik yang bisa mencairkan jiwa gadis-gadis diluar sana. Sejak mula berkenalan, kemudian bercinta seterusnya menjadi suami dan kini dah jadi abah namun sifat romantik tu takde dalam diri aku.

Wife aku saksinya dan dia boleh mengesahkan semua kenyataan yang aku buat diatas. Waktu bercinta, aku tak pandai bermadah pujangga macam sang arjuna. Tak reti nak cakap bertapis-tapis ni. Semuanya main cakap lepas... Jadi, mungkin kerana aku bermulut celupar sebab tu ramai makwe aku dulu tak kekal lama.

Dulu, waktu bercinta dengan partner aku yang sekarang ni, aku selalu ingat tarikh-tarikh penting contohnya besday dia, tarikh hari kitorang bertunang, boleh dikatakan setiap bulan kitorang sambut. Tapi sejak lepas dah kahwin ni wife aku selalu merungut sebab aku macam endah tak endah je dengan tarikh-tarikh yang dianggap istimewa. Bagi orang rumah aku, tarikh besday, anniversary perkahwinan, hari bertunang, hari raya semuanya adalah hari-hari istimewa yang dicatatkannya dalam diary planner.

Aku bukan tak peduli, orang lelaki ni kadang-kadang diorang terlupa. Kat pejabat ada banyak kerja bertimbun. Nak buat report, nak semak VO, nak semak drawing, nak buat kerja 5S dan macam-macam kerja lagi.. Kalau orang lelaki terlupa, itu bukan sengaja.....

Dia mengharapkan setiap kali besday atau anniversary perkahwinan kami, aku menghadiahkan dia sejambak bunga mawar merah beserta kad ucapan romantis.

Hari tu aku balik ke rumah macam biasa, dengan menggalas beg kosong sambil berjalan macam model pentas.

"Abi melenggang je..? Tak bawak balik apa-apa ke?", Soalan biasa yang dia akan tanya pada hari istimewa.

"Abi tak tahu ke hari ni hari apa?", Dia terus bertanya soalan macam inspektor polis dalam drama Gerak Khas.

Dengan selamba lagi muka tak bersalah, aku jawab..

"Hari ni hari selasa, esok rabu, tulat khamis.. Awat?"

Kemudian dia akan terus buat muncung ikan todak, merajuk sepanjang malam. Masa ni la hero nak pujuk. Hero mintak maaf..

"Sorry, abi betul-betul lupa hari ni anniversary kita. Sayg nak apa? Balik kerja esok abi belikan eh..."

"Tak payahlah! Dah terlambat!!"

Aku admit, memang jarang aku belikan hadiah yang best-best pada hari istimewa macam yang dia catatkan dalam diary planner. Tapi, aku selalu belikan aje apa yang dia nak, tak kira hari, tak kira musim. Kasih sayang lelaki ini tak kira musim, ia bukan datang pada hari-hari tertentu seperti mana yang ada dalam diary planner.

Aku tak pernah tunggu time besday atau hari anniversary untuk memberikan dia sesuatu yang berharga untuk dia. Walau kemana saja aku pergi, kemana saja aku outstation, kalau aku nampak something yang dia suka, mesti aku belikan.

Aku bukanlah jenis lelaki yang pandai memujuk kalau dia merajuk. Apatah lagi nak ungkapkan ayat-ayat jiwang untuk memujuk bagi hati dia sejuk. Tapi mungkin sebab kata-kata aku yang bersahaja macam rajalawak membuatkan dia rasa nak tergelak dan terhibur, jadi rajuk dia tak lama.. Bak kata P.Ramlee dalam filem 3 Abdul, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri...

Walau macam manapun, aku tak boleh diletakkan dalam senarai sekaligus dijadikan bukti mengatakan lelaki melayu tak romantik. Sebab aku bukan 100%  melayu asli, aku lelaki hybrid dari Siam!