jom follow....

Saturday, 8 March 2014

Lelaki Kalau Dah Risau....

Kasih seorang lelaki terhadap keluarga tak pernah surut. Begitu juga perasaan risaunya, ia tak pernah berakhir. Kerisauan itu bermula apabila doktor mengesahkan isteri hamil. Menghadapi isteri yang sedang mengandung sentiasa membuatkan aku dalam debaran.

Ada orang kata, bila perempuan mengandung diorang akan menjadi sungguh cerewet. Kata orang-orang itu lagi ada suami yang terpaksa tidur dibilik lain sebab isteri tiba-tiba rasa badan suami berbau busuk hingga sang isteri berasa loya sangat-sangat walaupun suami dah calit minyak wangi hampir setengah botol!

Dalam 3 bulan awal, wife aku beritahu yang dia tak boleh nak masuk dapur sebab tak tahan dengan bau masakan. Tak tahan bau masakan itu takde hal. Pagi petang, siang malam dia muntah-muntah pun aku tak kisah, itu memang lumrah.

Apa yang paling merisaukan ialah kalau-kalau dia mengidam dan meminta sesuatu yang diluar kemampuan aku. Jangan main-main dengan permintaan perempuan mengandung yang mengidam. Kadang-kadang selera orang mengidam ni pelik-pelik sikit. Manalah tahu kot-kot dia teringin nak makan sup ekor harimau bintang ke, ikan paus panggang separuh ke, takpun tiba-tiba dia mintak kijang putih masak kicap. Permintaan itu kadang kala kedengaran agak melampau!

Mujur wife aku tak mengidam yang bukan-bukan lagi pelik. Apa yang dia teringin sangat nak makan masa mengandung sulung ialah buah salak, ketupat palas cicah rendang tok, ikan terubuk bakar dan cheezy wedges KFC.

Ada suatu malam tu dia kata teringin sangat nak makan ikan terubuk bakar. Esoknya, satu hari suntuk aku pusing seluruh kawasan Selangor dan Kuala Lumpur dengan msi mencari ikan terubuk bakar. Hari tu pulak entah kenapa diorang tak jual ikan terubuk bakar. Minyak kereta dah dekat tiga kali isi, sirip ikan terubuk pulak langsung tak kelihatan. Wife aku sedih, muram, duduk dalam kereta diam tak berkata sepatah pun. Dia pandang ke luar dengan airmata berlinang. Aku susah hati, risau...

Orang-orang tua cakap kalau orang mengidam tak dapat makan apa yang diorang nak, nanti baby yang lahir sampai besar akan meleleh je air liurnya...

Last-last bila hari dah lepas waktu Zohor, baru le dapat apa yang dicari, dalam kawasan Keramat berhadapan dengan pasar. Aku beli dua ekor, akhirnya aku jugak yang terpaksa menghabiskan ikan terubuk yang dua ekor tu. Wife aku cuma makan tak lebih dari sepuluh cubit, kemudian dia kata...

"Banyak bonar tulang 'ey, kalau camni la ghaso 'ey baik boli ikan talapia 'yo...!"

Hampir sehari suntuk dan minyak kereta dengan tiga kali isi sampai dah nak kontang, bila dah dapat boleh pulak dia cakap macam tu?

Walau bagaimanapun,bagi aku debaran paling besar seorang bakal bapa adalah saat-saat akhir ketika masuk ke bilik bersalin dan kemudian doktor pakar berkata,

"Papa jangan risau, okay.. Sekejap lagi mama akan lahirkan bayi papa dengan selamat.. Semuanya akan beres dalam beberapa minit lagi.."

Aku tunggu dia selama hampir empat jam dalam labour room. Hinggalah dia melahirkan bayi yang comel. Tangisan pertama Harith seiring dengan airmata aku yang mengalir tanpa sedar. Bila doktor kata, bayi yang lahir adalah lelaki, tiada kata-kata terungkap, hanya senyuman yang terukir. Aku jadi abah!

Meskipun dah beberapa tahun berlalu, rasa berdebar, risau sebagai lelaki, suami dan abah tak pernah berakhir.

Baru-baru ni wife aku ditugaskan mengajar disebuah sekolah kawasan selatan tanahair. Debaran berjauhan dengan isteri dan anakanda Harith makin hari makin menebal. Rumah ni sunyi tanpa gelak tawa isteri tersayang. Rumah ni sepi tanpa tangisan dan ketawa riang ria anakanda Harith.

Saban malam wife aku called dan bercerita tentang perkembangan anakanda Harith...

"Abi, hari ni Harith asyik meragam je, setiap kali dia dengar bunyi kereta. Dia akan meluru ke tingkap. Lepas tu, Harith cakap kat diri dia sendiri.. Abah dah datang, tapi tu bukan abah.. abah pegi work jauh.. Jangan sedih.. Abah hantar paklong.. Esok abah teman Harith eh. Kita lukis... Harith rindu abah...."

Ayat yang terakhir tu buat airmata aku bergenang. Aku beritahu wife aku, apa yang anakanda Harith cakap tu semua adalah pesanan akhir sebelum aku berangkat ke Kuala Lumpur tempoh hari.

Apa-apa pun kerinduan tu akan terubat bila bermulanya cuti sekolah. Cuti sekolah nanti, semua akan berkumpul bersama macam selalu.

p/s : semasa entry ni ditulis pesawat MH 370 masih lagi belum ditemui. Kita doakan sama-sama supaya semua krew dan penumpang dalam keadaan selamat...