jom follow....

Monday, 24 February 2014

Gementar Rasanya Hati..

Gementar rasanya hati
Bila gol Chelsea bolos lagi
Gementar rasanya hati
Bila termakan makanan basi

Gementar rasanya hati
Bila melihat mayat dibawah lori
Gementar rasanya hati
Bila terlihat hantu pocong tegak berdiri                          

Gementar rasanya hati
Bila nak sign surat saman yang polis bagi
Gementar rasanya hati
Bila kali pertama bertentang mata dengan orang yang dicintai

Gementar rasanya hati
Bila bersalam dengan tok kadi
Gementar rasanya hati
Bila saat nak menyambut kelahiran bayi

Dan
Paling gementar rasanya hati
Bila malaikat maut datang menjemput pergi...



Friday, 21 February 2014

Cosplay Versi Orang-Orang TUA...

Kalau sebelum ni aku ada tepek entry pasal cosplay versi kanak-kanak, kali ni aku nak terbitkan entry cosplay versi orang-orang tua pulak. Aku percaya bila korang scroll sampai bawah nanti pasti korang akan tersenyum lebar!!


Pendekar Penyu aka Teacher Roshi - Dragon Ball Z

Pendekar Penyu aka Teacher Roshi - Dragon Ball Z

Cell - Dragon Ball Z

Alien featuring Predator

Female Predator

Kankuro - Naruto Shippuden

Kakashi - Naruto Shippuden

Your Friendly Neighbourhood - Spiderman!

Carnage 

Toy Soldier!

Chun Li versi Lelaki kiut!

Believe it or not! This is an Iron Man!!

Kreadit  :  This all picture taken from google.

Saturday, 15 February 2014

Hal Menteri Dan Penjawat Awam...

Kata orang cinta makin indah kalau sang pencinta tinggal berjauhan. Kata orang cinta makin bersemi kalau jumpa sekali-sekala. Kata orang lagi, cinta makin bersulam kalau jumpa hanya dihujung minggu. Tapi, itu semua kata orang. Orang yang bagi perumpamaan ni pernah ke duduk berjauhan dengan suami/isteri dan anak-anak? Suka-suka hati bagi perumpamaan pasal cinta jarak jauh! Chitt poodah!!

Wife aku dapat arahan penempatan seperti kawan-kawan dia yang lain untuk pergi bertugas mendidik anak bangsa. Aku happy tapi tak berapa nak seronok sebab tempat mengajar dia jauh. jauh ke selatan tanahair. Wife aku mula sedih tak lalu makan....

Jumaat tu wife aku kata nak ke rumah kawan baiknya di Putrajaya. Saja datang ziarah dan tengok kucing-kucing comel beliau. Masa aku solat jumaat, diorang sempat ushar sekolah yang diorang dikehendaki bertugas masing-masing dalam internet. Wife aku dapat sekolah Kebangsaan Ladang Pendas, Gelang Patah. Wife aku bagitau lagi sekolah tu adalah majoriti murid-muridnya anak orang asli. Aku dah tepuk dahi, terbayang betapa jauh nak sampai ke sekolah tu..

Apa-apa pun sebagai suami, aku redha walaupun bakal berjauhan dengan isteri + anakanda Harith...

Ini le salah satu perkara yang tak best bila bergelar penjawat awam. Posting merata Malaysia, ada sepupu aku anak dia baru 7 bulan tapi maknya ditugaskan mengajar kat Sarawak. Lagi kesian kat dia, anak dah la kecik lagi. Mental nak kena prepare kaw-kaw. Hmmmm, kesiannya la aii..

Harap-harap ada la menteri yang cerdik pandai lagi punya otak bergeliga ambik port pasal hal macam ni. Bagi pak menteri mungkin benda ni hal kecik, tapi bagi mereka yang terpaksa harungi benda ni rasa macam satu bebanan. Cubalah bayangkan kalau rata-rata semua penjawat awam yang dah berkeluarga terpaksa berjauhan dengan suami/isteri dan anak-anak, tidakkah kosentrasi mereka dalam pekerjaan akan terjejas? Kosentrasi terjejas, duit gaji lagi la terjejas teruk kalau asik dok ulang-alik. Mana mungkin penjawat awam yang terlibat dapat perform 100% kepada sekolah atau jabatan kalau selalu rindukan keluarga.

Ada ke individu lain yang nak amik port pasal hal kecik yang serius ni? Harap-harap ada la.....

Friday, 14 February 2014

Jadi Bomba Dapat Burger FREE?

Masa tengah on the way naik kereta ke rumah atok Harith kat Serdang semalam, aku nampak satu kebakaran hutan yang agak besar (jugak le) kat atas bukit area belakang rumah atok Harith tu. Peh, excited gile kitorang anak-beranak bila tengok kebakaran besar cenggitu. Jadi, dengan plan penuh rapi aku cakap dengan wife aku...

"Amacam malam ni kita tengok kebakaran hutan yang indah sambil makan 'highway burger'?"

Cadangan aku diterima bulat-bulat oleh wife serta anakanda harith dengan perasaan teruja. Jadi, aku pun mengeluarkan ayat penyata berbentuk arahan kepada wife aku untuk membeli air sedap-sedap dan aku pulak membeli burger sedap kat gerai highway burger.

Masa aku dengan anakanda Harith sampai kat kedai burger, semua orang kat kedai burger pandang aku termasuklah brader masak burger, brader bungkus burger dan beberapa orang mat indon yang tengah makan jamu kat gerai sebelah!

Kebetulan dari kedai burger tu boleh nampak clear akan kebakaran hutan yang sedang berlaku dengan mencanaknya!

"Bang, burger ayam tiga eh..!" Aku order sambil ushar-ushar kebakaran hutan yang boleh nampak clear tu.

Brader burger dan orang sekliling masih lagi pandang aku dengan muka hairan. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku raba-raba zip seluar, syukur ia tertutup rapat! Aku periksa celah kangkang seluar, tapi takde apa yang terkeluar! Hairan betul dengan diorang ni, pandang pelik je. Kenapa? Diorang tak pernah tengok lelaki kacak macam aku pakai seluar katok paras lutut ke?

Sambil goreng burger, brader tu cakap..

"Abang datang sorang je ke? Mana lori?"

"Eh, saya datang dengan orang rumah saya tadi. Anak ada dalam kereta tu haa..."

"Oh, ye ke? Abang nak makan dulu la ni ye?" Tanya brader burger dengan senyuman misteri.

"Haah, nak makan dulu la... Tadi tak makan lagi..." Aku jawab sambnil ushar-ushar api yang makin marak kat atas bukit.

Tiba-tiba brader tu tanya,

"Macamana abang nak padamkan api kat atas bukit tu? Kan tinggi tu?"

Padam api apa kejadah pulak brader ni.. Takkan beli burger dengan dia, lepas tu aku kena padam api kat atas bukit tu pulak? Aku pandang slek je kat brader burger tu..

"Saya bukan kerja padam api, bang. Saya keje dengan JKR. Saya bukan bomba. Kawan saya ada la yang kerja dengan bomba sorang..." Aku jawab dengan muka tak bersalah.

"Oohhh...!! Ingatkan abang ni bomba! Sebab saya tengok abang pakai t-shirt bomba tu haa..!!" Brader tu bagitahu sambil lenyek-lenyek makin nipis daging burger aku.

"Takkk!! Bukan... Ini t-shirt bomba masa zaman sekolah dulu ni, maklumlah dulu saya ni kadet bomba..." Terang aku panjang lebar sambil terus memerhati daging burger aku yang makin penyek dilenyek brader burger.

Masa aku sua duit nak bayar, brader burger tu cakap..

"Disebabkan saya ni pun dulu kadet bomba masa sekolah, jadi burger ni saya belanja je la, bang.. free of charges!"

"Aik, betul ni? Tak tipu? Tipu dosa tau....!" Aku bertanya macam budak sekolah darjah empat.

"Betul bang... ambik laa.." Brader burger sengih panjang sambil hulur burger tiga bijik!

Aku cakap terima kasih kemudian aku terus pecut kereta power ke tempat 'tayangan' api marak secara LIVE. Dalam hati, aku mula plan, esok-esok kalau nak makan burger lagi boleh la beli kat kedai tu. Tapi, kalau rasa nak dapat burger free, kena la pakai t-shirt bomba yang sama kan? Mana la tahu brader burger tu memang suka dengan manusia berbaju bomba, untung-untung dapat lagi burger free! Tak gitu?

Thursday, 13 February 2014

Child Cosplay.. Mamamiya!

Sejak dari kecik-kecik dulu cita-cita sebenar aku nak nak jadi Power Rangers tapi mak aku marah. Mak aku kata jadi Power Rangers takde masa depan. Mak aku cakap lagi, kalau jadi Power Rangers nanti kena selalu keluar out station ke angkasa lepas. Mak aku kata kalau sakit perut kat angkasa lepas nanti tak boleh nak buang air sesuka hati sebab najis tu terapung je memanjang, dan aku pun percaya!

Bila aku dah besar, aku buat research pasal keje jadi Power Rangers. Sayangnya, Power Rangers yang aku percaya masa kecik-kecik dulu adalah sebuah pekerjaan tetap hanyalah watak fiksyen yang direka khas untuk menggambarkan watak adiwira yang konon-konon boleh menyelamatkan dunia dari ancaman penjahat.

Disebabkan dalam kepala otak aku penuh dengan cerita kartun, jadi untuk entry kali ni aku nak menghidangkan buat korang watak-watak cosplay dari filem atau animasi yang pernah korang tonton dalam TV. Semua watak cosplay ni diperagakan oleh kanak-kanak yang comel lagi cute.. Jom kita ushar!

Cosplay 1:  Son Goku (Dragonball Z)

Cosplay 2 : Edward Scissorhands

Cosplay 3 : Robocop


Cosplay 4 : Thor

Cosplay 5 :The Joker

Cosplay 6 :Chun Li (Street Fighters)

cosplay 7 : Iron Man

Cosplay 8 : Voltron 

Cosplay 9 : The Avengers

Cosplay 10 : The Hulk

Cosplay 11 : Pokemon

Cosplay 12 : Sakura, Kiba and Lee (Naruto Shippuden)

Cosplay 13 : Son Gohan (Dragon Ball Z)


~ creadit : All this photo taken from Google image ~

Thursday, 6 February 2014

Blogger Juga Insan Biasa.....

Orang selalu tanya macamana dapat idea buat tulis-tulis dalam blog. Blogger lain aku tak tahu le. Tapi, kalau aku ~~ yang tiga muka surat berconteng kat bawah ni lah caranya aku garap idea apa nak tulis merapu dalam blog.





Memang nampak macam takde kena-mengena. Tapi bila dipikir-pikirkan balik, apa yang aku conteng ni semuanya ada kena-mengena dengan perjalanan hidup kita. Mungkin tak kena kat batang hidung kau, kau tak rasa. Tapi ada certain thing yang kena kat batang hidung orang lain, orang tu yang rasa.

Mula dengan conteng apa yang terlintas dalam kepala. Kemudian pilih yang paling best. Buat konsep lepas tu tulis elok-elok. Kalau aku buat lukis kartun pun, camni le jugak cara aku cari idea untuk melukis kartun sebelum hantar kat editor publisher. Selalu banyak je artwork aku yang kena reject sebab tak menepati citarasa fenomena manga sekarang ni. Berbanggalah dengan stroke ori kita sendiri daripada kita meniru-niru stroke manga. Stroke kita, identiti kita! Maaf, aku terlepas geram....

Cerita daripada kawan-kawan blogger lain banyak yang lagi best. Best baca blog orang, tapi orang rasa best ke baca blog aku?Ekekekeke... Sebenarnya itupun salah satu pertanyaan yang selalu aku dok pikir bila dok meneran dalam jamban sorang-sorang.. Pikir sorang-sorang tapi takde jawapan.......

"Lama tak, nak tulis cerita dalam blog ni?"

Ini pun salah satu soalan rutin yang orang selalu tanya. Err, sebenarnya aku saja-saja je buat blog ni. Saja, sebab bila tengok orang ada blog ~ aku pun nak try jugak ada blog macam orang lain. Sampai sekarang sebenarnya, aku tertanya pada diri aku sendiri, apa sebenarnya tujuan aku create blog ni selain daripada merapu sepanjang penulisan...? Harap-harap ada benda baik yang aku tulis dan ada orang amalkan benda baik yang aku tulis tu.

Bila rasa nak merapu, aku tulis je la apa-apa yang aku rasa nak merapu tu. Ambik masa jugak kot... Even kawan aku aka Zel Hadauan yang keje dia buat lirik lagu tu pun ambik masa lebih setengah jam nak hasilkan lirik, inikan pulak aku manusia yang serius merapu dan tak pernah serius doploh pat jam.....

Bagi korang yang mungkin terbaca entry dalam blog ni secara tak sengaja, mintak maaf le sebab entry-entry yang ada ni mengganggu pancaindera penglihatan lalu menusuk ke dalam hati korang secara sengaja. Bagi mereka yang selalu follow up blog merapu ni, terima kasih banyak-banyak.

Buat yang membaca semua, sebenarnya ini pun salah satu entry yang agak merapu daripada aku buat korang. Yang sebenarnya aku tengah bosan sekarang ni. Rasa sunyi pulak rumah ni bila wife dengan anakanda Harith takde. Diorang pegi shopping complex The Mines kat Seri Kembangan.

Alahai, cepat le balik.........

Wednesday, 5 February 2014

Balik Kampung, Spenda Pun Hilang... (PART 1)

Raya cina lepas, kitorang satu family balik ke kampung kat Padang rengas, Perak. Kitorang memang suka balik kampung. kat kampung best... Ada pokok balak, ada ayor terjun, ada labu sayong, barang-barang murah, ikan murah, sayur murah, ulam-ulam murah hatta kalau gunting ranbut pun murah! Kalau kat KL mana nak dapat murah-murah? Sebab itu kitorang suka balik kampung.....

Bila balik kampung ni, aktiviti pun bercambah le banyak. Iye, betuull...! Kalau tak percaya, tanyalah mereka yang tinggal di kampung. Serius, bila balik kampung aku suka masuk hutan getah cari pucuk paku, petik terung belanda untuk dibuat makan-makan. Wife dengan anak aku pulak suka mandi sungai. Air sungai kat sini adalah port yang paling best!

Disamping airnya yang sejuk sedingin salju, kawasan air sungai ni jugak masih terpelihara daripada pencemaran. Kat sungai ni jugak ada banyak bijih timah tapi takde orang pernah nak ambik port. Cuma aku yang je beria nak jadi kaya sebab jumpa bijih timah kat sungai area kampung aku ni!

Mana best kalau balik kampung tak pergi dusun buah, ye tak? Ini jugak merupakan salah satu sebab kenapa wife aku suka balik kampung kat Padang Rengas ni. Aku? Aku bukan tak suka buah, cuma dah jemu makan buah-buahan tempatan ni.. Aku lagi suka makan buah kiwi takpun strawberry! Bukan demand, tapi selera dah berubah. Ini le namanya transformasi buah-buahan!

Kat kampung ni, senang nak dapat ulam-ulam. Asalkan rajin memetik, konfem setiap bulan tak payah keluar duit beli sayur. Kat sini bukan setakat kangkung, ada jugak sayur pegaga, daun silum,  daun misai kucing, daun lemuni, pucuk paku, pucuk ubi, petai, jering, geduak dan sebagainya. Carilah sebanyak mana pun, rezeki ni tak pernah kurang. Semua benda pun senang dapat. Sebab tu kami suka balik kampung.

Walaupun banyak perkara yang aku suka pasal balik kampung kat Padang Rengas, tapi ada jugak benda yang aku tak suka. Bila balik kampung, aku paling tak suka bila mana spenda aku kerap kali 'hilang'! kalau hilang sehelai dua boleh tahan lagi, masuk kali ni dah lapan belas helai yang hilang! Masa sidai ada, tapi bila nak lipat je takde... Heran! Jadi, aku membuat spekulasi, mungkin kat rumah opah ada hantu spenda...!!

Tuesday, 4 February 2014

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit..

Melayari bahtera perkahwinan adakalanya macam pasang surut air laut...

Orang selalu tanya,

"Best ke kahwin?"

Aku cakap,

"Memang le best.. Makan minum semua ada orang sediakan, lauk ada orang tolong masakkan, rumah pun kemas je selalu..."

Itu ayat biasa. Ada banyak lagi perkara-perkara yang best bila dah kahwin ni. Takkan semua nak bagitau kat sini. Kalau nak rasa best ke tak kahwin ni, himpun duit banyak-banyak kemudian kahwin... Nanti korang tau la macam mana bestnya kahwin.. Ekekeke...!!

Biasa jugak kita dengar ayat macam ni tatkala ditanya bila orang tu nak kahwin,

"Saya ni bukan apa, bab kahwin ni sensitif. Saya tak puas lagi hidup bujang. Lagipun saya boleh je kahwin tapi nikah kemudian la..."

Ayat macam orang kat atas tu selalu digunapakai oleh mereka yang tak mahu terikat dengan komitmen disamping terus-menerus nak enjoy. Come on la, umur dah lanjut sampai bila terus nak berstatus single dalam Facebook?

Dalam usia perkahwinan yang makin meningkat, sebagai suami isteri memang adat la kalau berkelahi. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Untuk pengetahuan, aku ni kadang-kadang pelupa. Atas alasan, "aiseymen, terlupa pulak..." kadang-kadang juga boleh menjadi punca utama kenapa lidah kami suami isteri selalu tergigit!

Kalau nak kata wife aku tak pernah terlupa memang bohong la. Ada satu hari tu dia kelam-kabut nak pergi ke sekolah. Pagi nak pergi kerja semua orang kelam kabut. Bukan kami suami isteri saja yang kelam kabut, anakanda Harith pun turut sama kelam kabut pilih mainan apa yang hendak dibawa pergi ke rumah uwan. Harith, uwannya yang jaga sementara kami suami isteri pergi kerja. Uwannya kata kalau ada Harith tak la sunyi sangat rumah, sebab tu Harith dok kejap kat umah uwan.

"Abi, ada nampak tak spek mata sayg?", Wife aku tanya.

Dengan muka berkerut, mulut muncung macam ikan todak. Aku cakap,

"Mana la abi tau.. Abi bukannya pakai spek pun. Mata ni tak pernah rabun lagi tau."

"Abis tu sape yang ambik? Semalam sayg letak kat atas almari ni..." My wife mula membebel sambil mencari merata.

Itu la masalahnya dengan orang perempuan. Adakalanya mereka tidak meletakkan barang-barang peribadi di suatu tempat khas. Dah tahu spek mata tu nak pakai hari-hari, apa la salahnya sediakan satu tempat yang khusus untuk meletakkan spek mata sahaja. Ini tak, asalkan sempat je terus nak letak. Lepas tu lupa. Bila ada barang-barang dia yang hilang, aku selalu menjadi sasaran.

Pagi tu, rumah yang terletak di Bandar Baru Bangi tu jadi macam reban ayam. Siapa ataupun apa saja yang ada kat dalam rumah, dia akan tanya. Tak kisah la Harith ke, penyapu ke, bet ping pong abis semua dia akan tanya. Last-last dia ajak aku bergotong-royong bersama cari spek mata. Dah tentu bila diajak mencari membuatkan aku hilang tumpuan. Kalau tengah trim misai, boleh tercabut semua misai yang ada. Kalau tengah buang air dalam bilik air, terus potong stim nak meneran. Last-last jumpa spek mata tu kat dalam rak buku tempat dia simpan novel-novel. Geram betul bila masa yang patut digunakan untuk meneran terbuang begitu saja! Dah banyak kali aku bagitau dengan wife aku, kalau benda penting tu letakkan pada suatu tempat yang senang nak cari, senang kita nampak. Ini bila kita cakap, dia buat tak tahu je, buat dek je. Lagi sakit hati bila dia jawab,

"Alah, kalau bini orang lain tu, suami diorang tolong je cari harta kesayangan isteri sampai jumpa...."

Mujur la aku ni tergolong dalam kategori paling sabar kat dunia. Jadi, setiap malam selepas wife aku lelap, aku akan bangun mencari kat mana spek mata dia, wallet dia dan henfon dia. Semua tu aku letakkan kat satu tempat.

Biar senang nampak, senang nak capai. Kalau semua dah tersedia takde la masa untuk aku meneran dalam jamban terbuang begitu saja. Sebab kalau perasaan nak meneran tu datang semasa berada dalam LRT, itu lagi susah daripada mencari spek mata!

Moral : Jangan letak barang rata-rata kalau malas nak cari!