jom follow....

Friday, 26 December 2014

Kembara Umrah #7 : Tak Nampak Kaabah Depan Mata!



"Uiii, banyok sungguh la oghe maghi sini...", Tokwe berseloroh terkejut.

"Hoh laa, memey la.... Ini antara bandar tertua didunia ni, Tokwe...", Aku pun berseloroh juga, maklum la diri tengah jakun tengok MasjidilHaram.

kami meletakkan kasut diluar perkarangan pintu masuk masjid. Ada beberapa orang polis berjaga di perkarangan luar MasjidilHaram. Ketika meletakkan kasut/selipar, dua orang wanita tua memerhatikan kami. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bersuara dalam bahasa yang kami sendiri tak faham dengan disusuli bahasa isyarat.

Dari segi pemahaman bahasa isyarat tu, mereka menyuruh kami bawa bersama kasut/selipar masuk ke dalam masjid.  Katanya, disini orang selalu hilang kasut/selipar. Setelah berbincang sesama kami, kami ambil keputusan untuk membiarkan saja kasut/selipar diluar perkarangan masjid. Lagipun bila difikir-fikir semula siapalah yang hendak mengambil kasut/selipar kami yang dah koyak rabak tu. Tambahan pula disini kan MasjidilHaram, takkanlah ada orang nak mencuri kasut seperti di Malaysia? Makcik-makcik tu kelakar betul, ada ke diorang kata kat sini ada orang nak curi kasut..? Aku gelak dalam hati...!

Dua orang wanita tadi menggeleng-gelengkan kepala. Kami sedekahkan senyuman paling manis dan meminta izin untuk pergi.

Bila dah masuk ke dalam Al-haram, kami perhatikan ramai sangat manusia dari serata pelusuk dunia. Ada orang arab, orang amerika, orang dari afrika, orang dari asia dan macam-macam lagi. Subhanallah, ramainya saudara seagama kita kat sini.

Aku masih melopong melihat situasi dan keadaan sekitar masjidilharam. tiba-tiba, kawan-kawan semua keluarkan kamera dan telefon pintar masing-masing untuk mengambil gambar sekitar masjidilharam dan Kaabah.

"Subhanallah, cantiknya Kaabah!", Kata diorang serentak dengan tiba-tiba.

"Kaabah? Mana?Aku tak nampak pun...!", Aku mula menggelabah.

"Biar betul tak nampak, mamat ni..? Besar Kaabah tu, takkan tak nampak?", Diorang pelik.

Kerani pakistan Mr. Nassir datang dari belakang, kemudian dia tepuk bahu. Dia tarik tangan aku pergi ke satu kawasan lapang dekat dengan tangga yang diatasnya ada lampu hijau. Disitu, baru aku nampak Kaabah tersergam teguh berdiri.

Nassir kata tadi aku tak nampak sebab aku berdiri kat belakang tiang besar. Tiang tu menghalang pandangan aku daripada nampak Kaabah.

Semua orang tersenyum. Semua dah bersedia nak memulakan ibadah tawaf....


Thursday, 18 December 2014

Monolog Nenek Si Bongkok Tiga

Hingga kini aku masih takut dengan pokok pisang....
Malam tadi sebelum tidur, Harith menyanyi sebuah lagu. Lagu tu ialah lagu nenek-nenek si bongkok tiga. Aku pun sama-sama menyanyi dengan Harith. Wife aku senyum je. Demikian, sebelum tidur malam tu, wife aku mengutarakan beberapa soalan.

"Bukan main seronok tadi nyanyi dengan Harith ek?"

"Aii, biasa le.. Kitorang kan best friend. lagipun, kalau nak berkawan dengan anak kena masuk dalam dunia dia. Kita kena ubah watak dewasa kita jadi macam kanak-kanak jugak..", Aku bercakap macam pakar motivasi.

"Actually, abi tahu tak lagu nenek si bongkok tiga tu sebenarnya ada maksud tersirat?", Pertanyaan wife aku membungkam satu misteri.

"Maksud tersirat apa pulak sayg niiii...?", Kening aku mula bertaut persis The Rock sambil buat-buat macam berani.

Aku mula terbayang bait-bait lagu nenek-nenek si bongkok tiga...

Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu dimana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja.

Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa yang kena dia yang jadi.....

"Cuba perhatikan elok-elok lirik lagu tu.. Lagu tu sebenarnya macam lagu seorang nenek nak wasiatkan saka kat cucu dia tau....!", Kata wife aku bersungguh.

Aku telan air liur bila dengar cerita wife aku tu. Mulut aku melopong. Mula terasa seram. Kemudian, wife aku huraikan satu-persatu lirik lagu nenek si bongkok tiga tu pada tengah-tengah malam begini...

" ~ Nenek-nenek si bongkok tiga bermaksud orang tua yang yang dah uzur..
~ Siang mengantuk malam berjaga, maksudnya orang yang buat kerja malam-malam dengan bantuan jin atau saka peliharaan... ~ Mencari cucu dimana ada, pulak maksudnya orang tua ni mencari cucu dia yang sesuai bagi mewariskan sakanya.. ~ Maksud nenek ku kahwin dengan anak raja pulak, err yang tu sayg tak ingat.. Hihi....!", Wife aku gelak mengekek kecil.

Macam seram pulak bila dengar wife aku ketawa mengekek macam tu pada waktu tengah malam begini.

Kemudian, dia sambung lagi...

" ~ Bait cucu-cucu tak dapat lari pulak bermaksud walau siapa pun cucu nenek tu, dia takkan terlepas. Sebab nenek tu dah aim kepada siapa yang dia nak wariskan saka. ~ Ayat nenek tua banyak sakti pulak maksudnya nenek tu ada banyak sihir yang boleh digunakan dengan bantuan saka yang dia bela. ~ Bait lirik sekarang nenek nak cari ganti pulak maksudnya nenek sedang mencari ganti orang untuk membela dan mewariskan sakanya. ~ Siapa yang kena dia yang jadi tu maksudnya siapa yang jadi pilihan nenek maka dialah yang akan menjadi pewaris saka tu...", Kata wife aku sambil minum air kosong.

Aku telan air liur lagi. Macam seram je la cerita dia ni. Tengah-tengah malam macam ni, dia boleh pulak cerita pasal saka. Kalau sebelum ni aku pernah nampak hantu takde kepala dalam Volkswagon kuning, Pontianak, Tun Mamat kat tepi highway waktu tengah malam. Cerita pasal saka ni betul-betul buat aku susah nak lena malam tu.
Walau apa pun cerita pasal lagu nenek-nenek si bongkok tiga ni, gunakan kebijaksanaan anda untuk menilai...Dengan meminjam ayat DJ KC dalam siaran Misteri Jam 12,

"Jangan terlampau taksub dengan cerita ni, anggapkan ia sebagai satu hiburan sahaja....."

Monday, 15 December 2014

Kembara Umrah #6 : "Jaga Semayang Kamu, Yeop."

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Sebelum berkelana kerja kat Arab saudi dulu, aku sempat balik kampung. Lepas berjemaah sembahyang Isyak, aku lepak dengan Tok Imam Tua masjid kampung aku kat Padang Rengas. Aku cerita dengan dia yang aku nak pergi kerja kat Arab lepas tu kalau ada rezeki nak buat umrah dengan haji sekali time kerja tu nanti.

"Kamu, kalau dah kroje kat tempat orang tu, jaga semayang! Kat sana tak sama macam kat sini. Suasana tempat deme tu lain...", Tok Imam memberikan sepatah dua kata buat pembuka bicara.

"Okay, Tok....", Kata aku sambil kepala melangut tengok cicak besar macam cicak tokek kat atas siling  masjid.

"Woiii, oghang tengah bercakap dengan kamu! Yang kamu menung tengok cicak tu pasey apa?!", Tok Imam tiba-tiba sergah

Aiseh, Tok Imam dah hangin pulak dah. Ingatkan bila tua-tua ni kurang le garang dia tu. Mujur masa dia tengah cakap tadi aku tak main Facebook kat telefon, kalau tak naya je  kena campak telefon tu keluar ikut tingkap masjid. Mungkin dia tak puas hati sebab aku tak bagi perhatian pada apa yang dia pesan.

"Sorry la Tok, mana pernah keme nengok cicak sebesor itu.. Kat Kolumpo takde cicak beso-beso macam ni.... Hihi!", Satu sengihan manis terukir dibibir aku buat penambat hati Tok Imam Tua.

"Udah le tu,yeop... Tadi kamu kabor nanti nak pergi umrah nanti kan masa kroje disana? Sebelum tu, Tok nak tanya kamu... Kamu faham ke umrah tu apa?", Pertanyaan Tok Imam membuatkan aku ketawa kuat dalam masjid.

"Hahahaha...!!! Tokkk.. Tokkk.... Apa punya soalan la Tok ni.. Umrah tu pergi ke Makkah la,Tok...!", Aku jawab sambil sambung ketawa dengan tangan menepuk-nepuk karpet masjid.

Tok Imam senyum dengan kepala menggeleng. Aku berhenti ketawa. Aku pandang lubang hidung Tok Imam yang kembang-kempis menampakkan beberapa helai bulu hidung beruban terkeluar.

"Aiii.... Salah ke jawapan saya, Tok?"

"Jawapan kamu idok le salah, tapi koghang tepat...", Tok Imam memberikan senyuman misteri.

"Habis tu apa, Tok?", Aku mula confuse dengan senyuman misteri Tok Imam Tua.

"Umrah tu maksudnya mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam MasjidilHaram kat Makkah di Arab Saudi..."

"Lohhh... Tok, betoi la jawapan keme tadi, Tok...", Aku mencelah.

"Jawapan kamu kata tadi cuma pergi Makkah.. Kamu tak kata pun berkunjung ke Baitullah Al-Haram...", Tok Imam cakap lagi.

Bila difikir-fikir balik, rasanya jawapan yang tok Imam Tua bagi tu adalah satu definisi tepat dan menepati maksud. Baru aku faham sebenarnya maksud umrah.

"Anoy, hang nak pi makan-makan dulu tak?", Suara Khairul mematikan lamunan aku yang sedang berdiri dihadapan pintu masuk MasjidilHaram.

"Eh, tak la kot.. lepas settle umrah dengan semayang Jumaat kejap lagi la kot...", Aku tersengih sambil membetulkan kain ihram kat bahu.

"Kalau macam tu, jom kita masuk masjid, lepas tu kita buat umrah...", Omar memberikan cadangan.

Macam tak percaya sekarang ni kaki dah melangkah masuk ke MasjidilHaram....

Tuesday, 9 December 2014

Kembara Umrah #5 : Mencari Tempat Letak Kereta Di Bandar Makkah

Jalanraya di Makkah yang sesak dan bingit dengan bunyi hon kenderaan. Membunyikan hon di Arab Saudi adalah amalan biasa ketika jalanraya sedang sesak ataupun disimpang lampu isyarat yang masih merah..!
Bila tayar kereta menjejakkan bunganya di bumi Kota Makkah, secara automatik hati ni yang tadinya berdebar terus jadi tenang sangat-sangat. Udara di Makkah tidaklah sesegar di kampung kerana di Makkah tidak ada banyak pokok yang menghijau seperti apa yang terdapat di Hutan Royal Belum. Keadaan Kota Makkah kini sedang berubah wajah. Banyak kren dan jentera sedang melakukan kerja pengubahsuaian MasjidilHaram.

Kami sampai Makkah masa itu pada jam 5.45 pagi. Bandar Makkah memang terkenal dengan kesibukan dan kesesakannya. Ada banyak kereta, lori barang, trak pick-up, bas ekspres dan pejalan kaki yang melintas sesuka hati.

"Adnan, you may park your car here...!", Kerani Pakistan memberikan arahan.

Aku tengok keliling. Ini kat depan pasar, sebelah depan sikit tu ada stesen bas. Biar betul mamat Pakistan ni suruh letak kereta kat sini? Ditepi jalan utama ni?

"Are you really sure, we can park here, Nassir?", Aku mula was-was.

"Everytime performing umrah, I park my car here.. Don't worry brother. It safe here. Many people around here. Nobody will take our car.. Just go and park there...", Nassir bercakap dalam bahasa inggeris dengan telo pakistan dengan penuh rasa yakin.

Melihatkan wajah serius Nassir yang penuh keyakinan dengan kening bertaut, kami pun meletakkan kereta kami dihadapan lot-lot kedai atau pasar yang berhampiran dengan masjidilHaram. Semasa keluar dari kereta, semua mata yang lalu lalang dikawasan itu memandang kami dengan perasaan hairan. Aku mula rasa tak sedap hati dengan cara orang yang lalu lalang memandang. Ah, dalam hati aku cakap,

"Tawakkal je la dengan Allah SWT. Dia lagi Maha Mengetahui apa yang kita tak tahu."

5.50 AM ~ Sekitar kawasan luar MasjidilHaram.


Berjalan kaki ke MasjidilHaram dari tempat parking tu cuma 5-6 minit lebih kurang. Ramai betul orang keluar masuk MasjidilHaram. Tak putus-putus manusia solat dalam masjid ni. Subhanallah! Kalaulah masjid kat Malaysia macam ni kan seronok..?

Tempat menyimpan barang/beg diluar kawasan Masjid Al-haram

Serius cakap, selama aku tinggal kat Arab Saudi cuma dekat Kota Makkah dan sekitar Madinah saja aku dapat tengok awan bergulung macam ni. Kat tempat lain, bila dongak ke atas, yang ada hanya langit membiru sahaja dan tiada awan.
Langkah kaki kami makin laju menuju ke tempat yang menjadi matlamat setiap umat Islam bila berada di bumi Makkah ini....

~ end of part 5 ~

To be continued...

Monday, 8 December 2014

3 Kurniaan Allah SWT Kepada Ibu Mengandung

Isteri saya suka sangat tengok rama-rama semasa beliau mengandung anak sulung kami....
Aku saja nak share dengan kawan-kawan semua, lebih-lebih lagi yang terdiri daripada kaum Hawa. Artikel ataupun entry kali ni juga bukanlah untuk kaum 'Hawa Jadian'. Jadi, kalau rasa diri anda ialah spesies kaum 'Hawa Jadian' anda masih boleh membaca tapi lepas tu kembalilah menjadi lelaki sejati. :)

Entry kali ni nak share pasal kurniaan Allah SWT kepada ibu-ibu yang mengandung. Ada 3 kurniaan Allah SWT kepada ibu mengandung, iaitu :

PERTAMA :

Wanita hamil yang solat 2 rakaat adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil kerana janin turut bersama ibunya solat, mendengar bacaan dan sujud bersama.

KEDUA

Allah SWT mencatatkan pahala bagi wanita yang mulai sakit hendak bersalin seperti orang yang berjihad di jalan Allah SWT.

KETIGA

Allah SWT mengurniakan satu pahala haji pada setiap kesakitan urat wanita yang bersalin serta pahala 70 tahun solat dan puasa.

Entry ni mungkin macam pendek tapi kalau kita panjangkan dengan share kepada orang lain, maka semua wanita dan ibu-ibu yang mengandung diluar sana akan dapat tahu apa yang terkandung dalam kurniaan Allah SWT sepanjang 9 bulan 10 hari bayi didalam rahim mereka. Selain tu, kita pun dapat pahala sama.. :)

Sumber : Majalah SOLUSI

Wednesday, 3 December 2014

Cerita Disebalik Hari Jadi..

Apa yang seronok sangat dengan "Happy Birthday"?
Sebelum tidur malam tadi, isteri aku menyuarakan satu soalan berbentuk perhatian. Soalan beliau berbunyi begini,

"Awak tahu tak bulan April dengan Mei ni hari apa?"

"Bulan Mei dengan April ada banyak hari, hari apa yang awak nak saya tahu?", Soalan berbalas dengan soalan.

"Ish, awak ni... Bulan April ni kan birthday kita berdua! Bulan Mei tu pulak kan ke birthday Harith...! Takkan tu pun tak ingat?", Dia memandang dengan kening bertaut serta mulut sedikit memuncung.

Aku masih terkebil-kebil dengan senyuman manis terukir dibibir sambil menepuk Harith supaya dia tidur.

Sebenarnya sepanjang hidup, aku jarang nak ingat pasal hari jadi. Masa kecil-kecil dulu, kehidupan aku satu family tidaklah sesenang orang lain untuk mengingat apatah lagi nak meraikan tarikh yang dianggap istimewa bagi kebanyakan orang.

Masa kecil dulu yakni zaman sebelum akil baligh, kawan-kawan sepermainan pun tak kisah pasal hari jadi.  Walaupun tanpa hari jadi, kehidupan zaman kanak-kanak kami tetap gemilang dan seronok dengan permainan seperti main getah zero point, bermain guli, bermain teng-teng, main konda-kondi, bermain roundest dan menangkap ikan didalam longkang!

Aku cuma tahu tarikh lahir semasa kawan-kawan perempuan minta tuliskan biodata dalam buku mereka. Masa tu bertukar-tukar biodata amat popular dikalangan mereka yang membesar dalam tahun 90-an. Disebabkan nak tahu tarikh lahir demi buku biodata budak perempuan yang konon-konon hot masa tu, habis aku selongkar fail-fail dalam beg hitam ayah untuk mencari tarikh lahir dalam sijil beranak. Bukan tak mahu tanya pada emak, sebenarnya segan sebab nanti emak mesti tanya banyak. Malu la kalau aku kata cari sijil beranak semata-mata nak tahu tarikh lahir sebab nak tulis dalam buku biodata budak perempuan!

Selepas daripada tu, aku tak pernah ambil kisah pun pasal hari lahir. Pernah sekali emak adakan majlis happy birthday, jemput kawan-kawan datang ke rumah, tiup lilin dan dapat hadiah keretapi hitam. Itu antara memori yang tersimpan hingga hari ni.

Rasanya lelaki lain pun ada yang tak kisah sangat pasal hari lahir. Tarikh yang pada orang perempuan dianggap keramat tapi pada lelaki tidak ada apa istimewanya.. Aku tak kisah sangat dengan tarikh-tarikh yang dianggap istimewa. Isteri aku dengan emak aku mempunyai minat yang sama iaitu mengingati tarikh. semua tarikh mereka akan ingat. Dan, mereka memang kamceng....

Pada hari lahir aku tahun lepas, isteri aku tak masak makanan istimewa seperti mana kebiasaannya. Dia cuma masak sawi rebus, ikan pekasam goreng dengan telur dadar. Bila buka tudung saji, aku senyum je. Sikit pun tak rasa kecil hati.
Aku tahu dia prihatin dan ambil berat soal kesihatan sebab masa tu aku baru lepas susah nak bernafas. Bila berjumpa dengan doktor, doktor beritahu takde apa-apa cuma perlu banyak berehat.

Waktu nak tidur malam tu, sambil menepuk Harith, dia berbicara beberapa baris ayat penyata. Kata dia,

"Saya mintak maaf sebab tak masakkan lauk-lauk favourite awak siang tadi sempena birthday awak hari ni. Saya bukan tak nak masak tapi lauk yang awak suka makan tu semua ada minyak dengan kolestrol..! Awak tahu kan saya sayang awak? Kalau awak mati dulu siapa yang nak jaga saya dengan anak-anak nanti....?"

Aku terkedu sekejap, rasa tersentuh hati pulak bila dia sebut kalau aku mati dulu nanti siapa nak jaga dia dengan anak-anak kelak.
Apa-apa pun, sebenarnya jauh dilubuk hati ini, aku pun berkata,

"Sayg, sebenarnya Abi pun sayang sangat-sangat kat Sayg.. Dari pertemuan kita yang pertama dulu hingga ke hari ni, kasih sayang ni tak pernah kurang walau sedikit pun, sumpah!"

Tapi, aku tak meluahkannya dengan perkataan. Dah 5 tahun hidup bersama, dia tahu aku macam mana...!

Monday, 1 December 2014

Kembara Umrah #4 : "Umrah good, anta fisabilillah...!"

Dari bandar Sabya, Jizan.. Perjalanan dah hampir ke 'terminal' Makkah.
Kembara diteruskan lagi. Perjalanan dari Yalamlam ke Kota Makkah adalah dalam 89 KM. Sepanjang perjalanan didalam kereta, kami bertahmid melaung kebesaran Illahi. Dan, semasa dalam bermusafir tu aku tak henti-henti berdoa supaya raya tahun tu aku dapat balik beraya di Malaysia. Mana syok beraya di perantauan bertemankan padang pasir. Kat Malaysia, tunang tersayang (kini isteri) sedang menanti...

Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. kebetulan, masa tu waktu Subuh dah masuk. Kami mengambil keputusan untuk solat jemaah di masjid/madrasah yang ada. Untuk pengetahuan anda, setiap 500 meter sepanjang jalan akan ada satu madrasah. Jadi, tak susah nak cari tempat untuk solat jemaah kat tanah arab ni.

Selesai solat Subuh, datang dua orang lelaki arab yang merupakan jemaah kat madrasah tu menyapa. Dia kata,

"Umrah good, anta fisabilillah...!", Mereka bersalam dengan kami kemudian mereka pergi.

Aku senyum je.

Dalam dada ni, terkandung 1001 rasa. Gembira sebab Allah SWT pilih jadi tetamu Dia, seronok dan tak sabar nak menatap Kaabah kat depan mata. Teringat suatu masa dulu, masa dengar tazkirah kat masjid. Ustaz kata,

"Beruntunglah mereka yang tawaf di Kaabah. Kaabah diakhirat nanti takkan bergerak seinci walau dipaksa malaikat selagi orang yang pernah tawaf mengelilinginya masih berada didalam neraka. Kemudian, Kaabah akan membawa bersama-sama orang yang pernah mengelilinginya masuk ke dalam syurga dan lepaslah dia dari azab api neraka..." 

Lebih kurang macam tu la apa yang masih terngiang-ngiang kat telinga aku tentang apa yang ustaz tu bagitahu semasa dalam tazkirah. Hati ni mula rasa gemuruh nak masuk Kota Makkah. Kawan-kawan yang lain pun semua muka nervous.. Ya Rabbi, terimalah segala ibadah kami semua..

~ End of part 4 ~

To be continued...

Thursday, 20 November 2014

Kembara Umrah #3 : Miqat Dan Ihram Di Yalamlam

Bergambar dalam kereta Omar masa kat stesen minyak.

Pengembaraan ke tanah suci terus meredah jalan raya yang dikelilingi padang pasir. Sayup-sayup nampak cahaya dari rumah orang. Kerani Pakistan beritahu tadi yang perjalanan ni akan mengambil masa lagi beberapa jam membelah angin malam diatas jalan raya. Kami semua terikat dengan tempat duduk yang menyakitkan urat belikat.

Kereta yang dipandu Omar meninggalkan kereta aku jauh ke belakang. Aku bukan tak nak bawak laju-laju tapi teringat akan amaran polis trafik arab tadi terus rasa kecut perut. Lagipun ini tempat orang, tanahair orang, jadi kita sebagai orang luar kena la hormat dengan undang-undang dan peraturan ditempat orang.

Tiba-tiba telefon berbunyi,

"Anoy, kita berhenti kat Yalamlam. Miqat kat situ...", Suara Omar dalam telefon memecah keheningan dengkuran kawan-kawan kat tempat duduk belakang.

"Hah, miqat? Ok.. Ok.. Ye..Ye..!"

Sejujurnya, itu kali kedua aku dengar perkataan miqat. Kali pertama ialah semasa sesi pembelajaran dalam tingkatan lima subjek agama Islam ketika Ustaz Mansoroddin (kini arwah) mengajar tajuk haji dan umrah.

Masjid Miqat Yalamlam.
Miqat ialah satu tempat yang dikhususkan untuk berniat umrah. Allah SWT mensyariatkan beberapa tempat tertentu bagi memagari Kota Suci Makkah. Miqat umpama seperti pos kawalan yang dijaga oleh para malaikat. Ia menjadi sempadan antara tanah halal dan tanah haram. Di akhir zaman, Dajjal takkan dapat memasuki Kota Makkah bagi menjalankan tipu daya dan fitnahnya untuk menyesatkan manusia.

Apabila sampai di Yalamlam, kami disambut dengan suara-suara orang arab yang menjual kain ihram. Kain ihram yang dijual adalah free size. Harganya pula lebih kurang 25 riyal. 25 riyal bersamaan dengan RM 25. Kalau kat Malaysia aku tak pasti berapa harga kain ihram yang dijual.

Tempat jualan kain ihram di Yalamlam.

Ada lebih 3 buah kedai kat sini. Semuanya jual barangan untuk berihram.
Apabila berniat hendak mengerjakan umrah, para tetamu Allah akan masuk dalam keadaan berihram. Ia adalah pakaian khusus untuk ibadah umrah atau haji.

Ihram lelaki terdiri daripada 2 helai kain kapas yang tidak bercantum/berjahit. Biasanya 2 setengah meter panjang dan 1 meter lebar setiap helai. Sehelai untuk menutup aurat di anatara pusat hingga ke buku lali. Sehelai lagi untuk dibuat selendang menutup kedua belah bahu dan seluruh bahagian dada serta perut. Kain ihram disunatkan berwarna putih.

Ihram untuk wanita pula terdiri daripada pakaian yang menutup seluruh anggota tubuh selain daripada muka dan kedua belah tapak tangan, sama seperti pakaian untuk bersolat. Seperti lelaki, ihram wanita juga disunatkan berwarna putih.

Sesi bergambar sebelum memakai ihram. Amacam, ranggi tak kitorang? Hihi..
Ini kali pertama aku pakai ihram. Diorang kata,

"Kau pakai kain ihram ni, lilit-lilit je.. Macam kau pakai tuala.. Lepas tu kau ikat la macam pakai sampin, gulung-gulung je..."

Seperti mana yang diorang cakap, aku pun lilit-lilit. Lilit punya lilit, gulung punya gulung terasa macam pakai sari pulak, kata aku kat dalam hati sambil ketawa perlahan-lahan. Mana taknya, ini pengalaman baru seumur hidup. Pakai ihram, mana boleh pakai seluar dalam sebab tu terasa berangin je luar dalam. Untuk mengetatkan lagi lilitan, aku pakai tali pinggang khas untuk ihram.
Alhamdulillah, lepas mandi dan pakai ihram, kami semua buat solat sunat di Masjid Yalamlam.

Gambar kenangan selepas memakai kain ihram dihadapan Masjid Yalamlam. Saya berdiri no. 2 dari kiri gambar.
Selesai solat sunat, kami semua berkumpul diluar perkarangan masjid dan mendengar taklimat daripada Kerani Pakistan dalam bahasa inggeris, Dalam taklimat tu, antara perkara yang diingatkan ialah tidak membunuh binatang, banyakkan bertahmid, tidak boleh mencabut bulu, tidak boleh memotong kuku, mencabut atau memotong pokok yang ditanam di tanah haram, melakukan muqadimah persetubuhan, bersetubuh dan memakai bau-bauan.

Pantang larang ketika berihram merupakan satu tuntutan wajib umrah yang sangat berat. Ia boleh kelihatan terlalu sukar serta amat mencabar jatidiri dan perilaku menagih sifat sabar yang gigih.
Bukan mudah menggapai nikmat dan rahmat tuhan. Semua pantang larang ini bakal menjadi gelanggang dan pentas dalam ujian yang bakal ditempuhi.

Mungkinkah krediabiliti hamba ini bakal teruji.....?

~ End of part 3 ~

To be continued...

Tuesday, 18 November 2014

Kembara Umrah #2 : Niat Kerana Allah Taala

Al-Quran itu..
Jam dah pukul 1.00 pagi. Sepanjang perjalanan, gelap-gelita. Agaknya unta-unta liar kat padang pasir ni sudah pasti sedang enak beradu dicelah-celah kaktus yang tumbuh melata diatas pasir yang tandus ni. Minyak kereta tinggal lagi satu takuk. Mujur ada stesen minyak yang masih buka walaupun dah jauh malam. Boleh refresh sekali..

Kawan-kawan kat belakang yang menjadi penumpang, tidur bukan main sedap lagi. Amboi diorang ni...... Saat tu dalam fikiran aku mula timbul rasa menyesal sebab buat lesen antarabangsa. Sambil mula rasa nak menyesal, aku belek-belek dalam dashboard kereta tu sambil tunggu kawan-kawan yang lain refresh kat tandas stesen minyak tu. Dalam dashboard tu kosong.. Takde apa-apa kat dalam.

"Anoy, stesen minyak ni takde toilet la.. Pak arab tu kata kalau nak kencing, pegi kat madrasah seberang jalan tu..", Kata Ikhsan sambil pegang tin pepsi.

"Takpe la.. Korang pergi dulu, aku pergi kemudian...", Sambil masukkan muncung nozzle dalam tangki minyak kereta superb laju, aku perhatikan diorang melintas jalan.

Ingatkan tengah malam takde kereta, rupa-rupanya banyak jugak kat sini. Agaknya diorang ni pun tengah dalam perjalanan nak pergi umrah kot sama macam kitorang. Sambil isi minyak, aku perhatikan pak arab tuan punya stesen minyak tu, dia duduk atas kerusi malas dengan tangan memegang tasbih. Mulut dia tak henti berzikir. Lepas isi minyak, aku park kereta kat hujung stesen bagi menghormati kenderaan lain yang datang singgah nak isi minyak.

Disebabkan kawan-kawan lama sangat refresh kat toilet madrasah, aku pun hisap rokok yang entah siapa punya yang ada kat dalam kereta tu. Teringat pesan seorang sahabat kat site yang kaki merokok. Dia kata,

"Anta tahu tak kenapa harga rokok kat arab ni murah?"

"Entah, ana tak tahu... Ana maafi ma'lum, ya sheikh...", Aku jawab ringkas.

"Sebab kerajaan diorang nak orang-orang arab ni mati cepat.. Hahahaha..!!", Dia ketawa besar.

Dari ketawa dia tu, aku tahulah dia cuba membuat lawak bagi meredakan situasi tekanan kerja yang dia tengah hadapi masa tu. Pada pendapat aku secara peribadi, rasanya kalau kitorang semua tak dapat absorb tekanan kerja yang ada pada masa tu agaknya dah lama kami semua mati serentak sebab sakit jantung!
Aku pun tersenyum sorang-sorang dalam kepulan asap yang menjadi makanan jin.

"Noy, kau pergilah pulak... Aku standby kat kereta..", Ikhsan menyapa sambil teguk air pepsi sejuk.

Uiii, mamat ni biar betul? Tengah-tengah malam sejuk dingin cenggini minum pepsi sejuk-sejuk? Lepas hisap rokok, aku ke toilet. Shishi lebih kurang kemudian ambik wudhuk dengan harapan badan terus segar sementara nak sampai kat bumi Makkah nanti. Minyak pun dah full tank!

Sebelum bergerak, aku buka semula dashboard kereta untuk simpan wallet. Apa yang paling mengejutkan, dashboard yang tadinya kosong tiba-tiba terisi dengan senaskhah Al-Quran. Aku tanya kawan-kawan,

"Ada tak sapa-sapa yang tinggalkan Al-Quran dalam dashboard ni?"

Diorang semua kata takde. Aku jadi hairan. Sepanjang perjalanan aku dok pikir pasal kejadian ni. Conclusion, aku anggap ni sebagai dugaan kedua yang berupa rahmat dari Allah SWT. Terus aku istiqfar banyak-banyak sebab masa mula-mula tadi rasa macam menyesal terpaksa memandu jauh ke Makkah sambil kawan-kawan tidur lena kat belakang.

Bermula pada saat tu, aku ikhlaskan hati bawak kawan-kawan ke tanah suci Makkah. Semuanya kerana Allah taala.. Lillahi taala...

~End of part 2~

To be continued....

Monday, 17 November 2014

Kembara Umrah #1 : Ditahan polis Arab

Jujur cakap, umrah pada hari ini sudah dianggap sebagai satu trend atau budaya popular dikalangan ummah. Makkah dan Madinah menjadi destinasi pilihan buat mereka yang ingin berhijrah. Ternyata ia satu perkembangan positif yang amat ketara.

Ibadah umrah ini jika benar-benar difahami, dihayati dan diamalkan pasti dapat menjernihkan hati serta membersihkan fikrah manusia. Apa yang diperintahkan mempunyai natijah yang saksama. Pasti ada hikmah-hikmah yang tersembunyi...

Teringat pada pengalaman pertama kali mengerjakan umrah semasa berkelana mencari rezeki di bumi Anbia'. Cukup gembira bila lelaki Jerman merangkap bos kami, Mr Klausse memberikan cuti ekstra satu hari atas sebab tekanan kerja di tapak projek.

Keadaan di tapak projek Pencawang Masuk Utama Al-Kudmi 380/132 kV, Jizan, Arab Saudi.
Jadi, kami orang-orang Malaysia yang bekerja di Al-Kudmi telah membuat keputusan untuk mengerjakan umrah dan melantik kerani dari Pakistan sebagai ketua rombongan (sebab dia kata dia dah pergi umrah beberapa kali dari bumi Jizan dengan menaiki kereta) ~ Kami pun percayakan beliau bulat-bulat....

Inilah dia ketua rombongan kami, Mr Nassir.
Dengan semangat berkobar-kobar, pada jam 9.00 malam kami bertolak dari rumah dengan konvoi 2 buah kenderaan yang superb laju. Perjalanan adalah lebih kurang 730 KM.

Sepanjang perjalanan, aku merupakan driver yang dilantik sebab aku ada lesen antarabangsa. Memang aku pecut tak ingat. Nak jadi cerita, dugaan pertama mengerjakan umrah ni ialah kereta yang aku pandu kena tahan dengan polis trafik Arab Saudi sebab bawak laju sampai 160 km/h. Cuak betul masa tu. Dari belakang polis tu kejar siap dengan bunyi siren macam dalam filem Hollywood. Bila dah berhenti tepi jalan, polis tu mintak lesen dengan pasport. Mujur dalam lesen dengan pasport tu ada tertera nama Malaysia. Kemudian polis tu tanya...

"Anta Malizi?"

"Aiwa, Saddiq.. Ana Malizi.. Ya Saddiq, ana maafi ma'lum kalam arabic.. Ana go umrah..Makkah..Makkah...!", Terpaksa guna bahasa Inggeris rojak sebab penduduk tempatan kat Arab Saudi rata-rata tak pandai berbahasa Inggeris.

Kereta superb laju yang menjadi perhatian polis trafik Arab Saudi...
"Malizi good... Mahathir good..!", Kata polis trafik tu sambil tunjuk isyarat bagus dengan menaikkan ibu jari kanan beliau. Pengaruh Tun Mahathir sangat kuat di negara arab kerana keberanian Tun membidas kuasa-kuasa besar yang memporak-perandakan negara-negara Islam.

"Na'am..! Na'am...! Mahathir good, arab people also good.. Pretty and beautiful..", Aku cuba pancing polis tu dengan memuji kecantikan wanita arab yang aku nampak masa mula-mula menjejakkan kaki ke Carrefour di bandar Al-Khobbar lepas sampai dari lapangan terbang Dammam setelah lapan jam perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Kap, alif, ro', fa,wau, ro' = Carrefour

"Aiwa... Mahathir good. But, you no good.. Anta drive fast.. 160 km/h no! 110 km/h only", Polis trafik tu bagi amaran.

"Aiwa, Saddiq, ana say sorry.. Ana maafi ma'lum my car going fast...", Saat cuak tu bahasa arab dan bahasa Inggeris aku jadi kacau-bilau. Kawan-kawan kat belakang diam je, Semua tengah cuak. Aku lagi cuak, kang tak pasal-pasal je kena sumbat masuk dalam jel macam cerita Ahmad Albab.

Lepas slow talk selama 15 minit, polis trafik tu lepaskan kami dengan amaran lisan. Dia kata, lepas ni kalau dia detect kereta yang aku bawak tu lebih dari 110 km/h, dia akan tangkap kami semua sumbat dalam penjara!

Lalu, pengembaraan menunaikan ibadah umrah ini diteruskan.....

~ End of part 1 ~

To be continued....


Thursday, 13 November 2014

Abah Mana Tak Risau Bila Anaknya Sakit..

Kawasan jeti Kampung Pendas. Sini ada banyak bot sebab tu Harith suka sangat-sangat!

Selama seminggu aku terpaksa ambik cuti rehat untuk menjaga anakanda Harith kat rumah Johor. Umminya dah tak larat nak jaga sorang sebab dia pun nak jaga baby dalam perut yang kuat menendang tu lagi.. Kesian betul isteri aku.. Demam Harith wife aku kata teruk sangat-sangat, sampai dia meracau, tak lena tidur. Umminya dah dua malam tak tidur sebab nak stabilkan suhu panas badan Harith.Tampal Bye-bye fever pun tak jalan. Aku risau menggelabah ayam semasa wife aku kata Harith meracau tengah-tengah malam sebab tak tahan sakit time aku still kat Kuala Lumpur minggu lepas. Budak kalau demam panas sangat, boleh effect kat otak...

Ya, setengah orang cakap,

"Demam tu biasalah, budak nak besar.. Nak beralih bulan la tu...."

Memang la budak demam tu biasa. Tapi, kalau dah panas sangat-sangat sampai meracau tu bukan biasa lagi dah, bro. Setengah orang jugak cuma tahu membebel, suruh buat itu ini tapi tak reti nak jaga apatah lagi nak suap makan ubat. Bila baby tu mengelak makan ubat mereka akan berkata,

"Biarlah dia tak nak makan ubat, jangan dipaksa..."

Itu telahan salah bagi sesetengah orang. Kalau anak tu tak nak makan ubat, jangan ikut cakap orang yang larang kita paksa anak makan ubat. Suap jugak ubat dalam mulut anak. Kalau terjadi anak tu mati sebab demam panas, orang luar akan salahkan ibubapa, undang-undang akan salahkan ibubapa sebab kecuaian tak bagi anak makan ubat semasa sakit.

Selama Harith demam teruk + meracau + batuk berkahak + cirit-birit + selesema, badan dia lembik terus. Langsung tak bermaya. Langsung tak lalu makan/minum. Orang yang HANYA melihat saja keadaan Harith masa tu memang cuma akan kata,

"Demam biasa je tu..."

"Budak ni manja sangat!"

Hati ibubapa mana yang tak risau, sedih bila melihat anaknya sakit, perubahan yang sangat-sangat drastikdari seorang yang lincah terus jadi tak bermaya lembik terbaring atas tilam. Dugaan ni mungkin tak sehebat pengalaman kawan-kawan yang anak mereka terpaksa menjalani pembedahan jantung berlubang pada usia kecil. Tiba-tiba terbayang keadaan anak sahabat Brader Zimbo. Tetiba terbayang anak Kak Shikin. Anak mereka antara yang terpaksa melalui pembedahan pada usia kecil. Alhamdulillah, sekarang anak-anak ni dah selamat dan membesar dengan sejahtera..



Anakanda saya sedang membeli siput sedut dengan opahnya.
Harith suka tengok orang punggah ikan atas bot.

Kat sungai perak hari tu abah tak bagi naik bot sebab ayor besor, tapi hari ni Harith naik bot jugak sebab abah bagi, lagipun bot ni tak jalan.. Abah sebenornya takut dengan ayor... Get well soon, harith..

Untuk mengembalikan mood sihat Harith, aku bawak dia pergi ke tempat yang dia suka, enjoy dan seronok serta berpotensi dapat menurunkan suhu panas badan dia. Antara tempat yang menjadi kesukaan Harith ialah Jeti Kampung Pendas (Tempat nelayan menurunkan ikan) dan Stesen Keretapi Kempas Baru ~ terima kasih buat brader Tokwe yang memperkenalkan aku stesen keretapi ni masa mula-mula aku sampai kat Gelang Patah ~.

Alhamdulillah, lepas bawak dia ke tempat yang dia suka tu demam dia terus turun mendadak. Syukur sangat-sangat ke hadrat Illahi.

Isu demam panas ni mungkin isu biasa bagi sesetengah orang. Tapi, percaya dan beringatlah bahawa demam panas yang teruk ke atas kanak-kanak boleh menjejaskan fungsi otak anak-anak malah ada yang membawa maut!

p/s : kalau anak anda demam, cuba bawak dia ke tempat yang paling dia suka... Ini sebenarnya ubat cara psikologi kanak-kanak selain makan ubat yang dinasihatkan doktor.

Wednesday, 12 November 2014

To KPM With Rayuan...

Aku ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kat Putrajaya minggu lepas. Bukan sebab nak mengulang kertas soalan SPM, tapi sebab nak buat rayuan pertukaran isteri tercinta yang mana permohonan online pertukarannya dalam eG-tukar tak diluluskan pihak kementerian.

Masa melangkah masuk ke Aras 3, Blok E2 tu, rata-rata yang datang semua muka tak berapa nak jernih. Maksud aku semuanya berwajah muram, susah hati. Suasana senyap, semua takde mood nak bersembang.

Yang membuat rayuan masa tu, tak ramai. Ada 3 kaunter rayuan yang menempatkan seorang pegawai KPM bagi setiap kaunter.

Berjumpa empat mata dengan pegawai KPM tu sebenarnya bukanlah dalam suasana yang romantis walaupun pegawai KPM tu cantik macam Lisa Surihani. Tapi, suasananya macam orang sedang berkabung. Dihujung kaunter sana, terdengar suara perayu yang agak sedih merayu mohon pertukaran diluluskan. Aku cuba amik mood sedih dalam suasana tu tapi tak menjadi..
Dalam pertemuan tu, aku cuma kata...

"Puan, saya harap sangat rayuan ni dipertimbangkan dengan sewajarnya sebab isteri saya memang betul-betul sakit kronik..."

"Saya akan bawa semua rayuan yang dihantar ni ke pihak atasan. Tapi, dalam masa 30 hari dari tarikh hari ni kalau takde surat sampai ke rumah, encik kena mohon semula pertukaran dalam eG-tukar ye...",kata pegawai KPM yang cantik tu.

Jadi, apa yang dapat dirumuskan kat sini ialah bertawakal.Permohonan dah dihantar, surat rayuan dah dibuat, sekarang cuma tunggu keputusan. Kita berusaha, sekarang tiba waktunya kita bertawakal setelah semua usaha dah dilakukan. Sesungguhnya Allah SWT suka kepada hamba-Nya yang sentiasa bertawakal.

p/s : harap sangat orang rumah dapat bertukar ke Selangor.

Tuesday, 11 November 2014

Taip-taip Bila Marah..

Manusia selalu beranggapan apabila keperluan tak dipenuhi, apabila kehendak tak dituruti, apabila perasaan dikhianati mereka akan terus berasa kecewa, kecil hati lalu perasaan itu akan membuak-buak menjadi punca kemarahan.

Marah takkan menyelesaikan masalah. Dengan marah ia akan membuatkan kita rasa makin tak selesa dengan diri sendiri dan keadaan sekeliling. Semuanya berkait rapat antara satu dengan lain.

Hari ni aku rasa marah, marah sebab benda-benda kecil yang mana bila dikumpul-kumpul ianya menjadi perkara besar yang menjana turbin kemarahan dalam diri. Bila marah, selalunya manusia akan berfikir menggunakan nafsu, logik akal bila marah akan ditolak ketepi bulat-bulat.

Aku bukanlah jenis yang senang marah, juga bukan jenis yang susah nak sejuk bila dah marah. Aku tak kisah kalau orang kutuk belakang, mengumpat macam-macam kat belakang. Dulu, orang mengumpat guna mulut. Zaman sekarang ni, orang mengumpat guna jari. Mengumpat dengan jari ni maksud aku mengumpat menggunakan teknologi chatting contohnya Wassapp. Dulu, mengumpat paling kuat pun dua tiga orang dalam satu kumpulan. Zaman sekarang, kalau mengumpat boleh capai sampai tiga puluh orang dalam satu group. Hebat betul teknologi mengumpat zaman sekarang ni.

Buat mereka yang kaki mengumpat ni, ingat-ingat le kalau tak nak makan daging busuk bernanah kat akhirat nanti, tolonglah berhenti mengumpat. Kalau rasa tak puas hati, cakap depan-depan. Tak payah tarik muka lapan belas bila berhadapan. Ingat, memutuskan silaturrahim sesama muslim, segala amalan yang dia lakukan akan terapung dilangit. Catatan amalannya akan terapung hinggalah dia menyambung kembali ikatan ukhwah sesama muslim yang dia putuskan tu. Jadi, pahala ibadah solat, sedekah, puasa yang dilakukan tak sampai disisi Allah SWT.

Aku sebenarnya tengah hangin. Bukan dengan orang yang tengah mengumpat tapi aku hangin dengan lipas yang suka sangat makan lukisan yang aku lukis berhari-hari untuk disiapkan. Kecewa betul. Lipas tu dengan kawan-kawan dia mesti tengah mengumpat aku kata lukisan aku tu tak cantik walaupun dia dah kenyang merosakkan lukisan tu sehingga menjadi seperti cebisan kain perca.

Kalau aku tahu lipas mana yang punya kerja dok makan lukisan aku tu sampai hancur, siap dia aku spray sampai mati mandatori, lepas tu aku cincang-cincang badan dia dengan pisau seramik sampai hancur...! Haha...
Astaqfirullah....

P/s : Kalau marah,cepat-cepat ambil wudhuk..

Friday, 7 November 2014

Bila Tok Kadi bertanya...


Biasanya doa qunut, rukun iman, rukun nikah, rukun islam dan niat mandi wajib akan selalu dihafal oleh bakal pengantin lelaki apabila menjelang hari pernikahan. Dan seperti biasa juga, ada tok kadi akan menyoal dan membuat sedikit sesi 'interview' bakal pengantin dengan perkara-perkara ini sebelum akad nikah dimulakan.

Bagi sesetengah bakal pengantin, berdepan dengan jurunikah dan menjawab soalan-soalan ini adalah sama debarannya seperti hendak menduduki peperiksaan SPM. Debaran makin kencang bila melihat wajah tok kadi yang serius dan berserban duduk dihadapan para tetamu dan keluarga pengantin perempuan. Rasa macam nak terkencing dalam seluar dibuatnya!

Dalam keadaan berdebar macam tu, lelaki yang hebat macam mana pun pasti akan menggelabah. Apabila menggelabah, perkara yang betul pun boleh jadi silap. Apa yang telah difahami, dihafal berminggu-minggu boleh jadi terlupa dengan tiba-tiba pada saat genting tu.

Perkara ni berlaku kepada seorang sahabat yang dah aku anggap macam diri aku sendiri. Betapa akrabnya kami.. Pada masa itu, dia merupakan seorang juruteknik disebuah syarikat swasta yang membuat kerja-kerja voltan tinggi di sebuah negara arab. Beberapa minggu sebelum akad nikah, sahabat ini bertanya dan mintak tips.

"Nan, masa nikah dulu tok kadi tanya apa?"

Aku pun bagi la tahu kat dia beberapa soalan target yang selalu tok kadi tanya sebelum akad nikah dan beberapa tips serta skema jawapan seperti mana yang dituntut oleh tok kadi.

Bila tiba hari pernikahan, orang ramai duduk mengelilingi bakal pengantin. Ada photographer, ada cameraman, ada mak andam dan macam-macam lagi. Walaupun sahabat ni dah hafal semua 'soalan bocor' namun dia masih gabra.

Bila tok kadi bertanya,

"Pengantin, tahu tak berapa rukun islam?"

"Rukun islam ada lima, ustaz...", Jawab sahabat tadi.

"Cuba sebutkan satu-satu....", Sambil tok kadi menghulurkan mikrofon kepada sahabat, dahi sahabat tadi terus berpeluh-peluh.

"Pertama, kepercayaan kepada tuhan. Kedua, kepercayaan kepada raja dan negara...bla bla bla..", Serta-merta tok kadi tepuk dahi.

Para tetamu pulak ada yang tercengang-cengang. Tak kurang antara mereka yang ketawa berdekah-dekah bagaikan menonton Maharajalawak Mega melihat reaksi pengantin yang gabra berhadapan dengan tok kadi.
Untuk pengetahuan korang, sahabat kita ni sebenarnya tahu semua rukun islam, tapi disaat berada dalam gelabah yang teramat sangat, dia tersilap menyebut 5 fakta rukun negara.

Mujur lepas minum segelas air oren kenduri, dia kurang sikit rasa gemuruh dan berjaya melafazkan akad nikah dengan lancar walaupun terpaksa mengulanginya sebanyak dua kali.

Ingatan tulus ikhlas buat bakal pengantin, jika anda jenis cepat gabra atau menggelabah minumlah segelas air oren. Mudah-mudahan anda akan kurang menggelabah bila berhadapan dengan tok kadi.. Hihihi...


Thursday, 25 September 2014

Penyakit Gila Buku..

Aku ni sebenarnya tergolong dalam kalangan orang-orang yang suka buku. memang dari kecil emak dah asuh supaya suka kepada buku. Oleh kerana aku obses dengan buku, aku pun riki-riki kat mana ada karnival jualan buku dengan diskaun hebat!

Google punya google akhirnya terjumpa juga! Sebuah kumpulan penerbitan buku popular ada buat karnival jualan buku di bangunan pejabat mereka dekat Shah Alam, Selangor. Awesome!

Hari minggu jualan tu, kitorang satu family + adik ipar aku ke karnival jualan buku tu dengan semangat nak memborong buku dengan diskaun hebat. Tetapi, oleh sebab kerana aku dah dekat 5 tahun tak menjejakkan kaki Shah Alam, maka kitorang pun tersesat. Banyak sangat roundabout kat Shah Alam. Masuk seksyen sana keluar seksyen sini, kemudian masuk sekysen situ keluar pun seksyen situ juga. Akhirnya kami tanya kat bangla pam minyak. Bila tanya, bangla tu pun tak tahu mana jalan nak pergi tempat karnival jualan buku tu.. Hampeh!

Selepas 7 kali tawaf keluar masuk roundabout barulah jumpa bangunan syarikat penerbitan yang kaler-kaler purple gitu! Isu sesat dah selesai, sekarang ni isu cari parking pula yang timbul. Aku ingat aku sorang je yang tahu pasal karnival ni. Rupa-rupanya ramai orang pun tahu juga, no wonder lah parking pun penuh! Terpaksalah parking kereta kat tempat yang jauh dari bangunan karnival. Jauh pun dalam 300 meter dari tempat karnival jualan buku tu rasanya.

Yang bagusnya syarikat penerbitan ni ada sediakan shuttle car dari tempat parking yang jauh-jauh ke tempat karnival jualan buku tu, takdelah berpeluh sangat ketiak teman nak berjalan kaki 300 meter. Bagus kan?

Bila sampai saja di pusat jualan karnival tu, mata aku jadi buntang. Buntang bukan sebab tengok awek-awek berpakaian seksi menjolok mata macam Kareena Kapoor. Mata aku buntang sebab kat situ ada banyak sangat buku. Wife aku pun ternganga bila tengok buku punya banyak macam tu. Dia kata,

"Sini lagi best daripada pesta buku kat PWTC..."

Anakanda Harith dah tak duduk diam dalam stroller. Dia dok kabat nak keluar dari stroller. Seronok sangat la tu tengok orang ramai. kat situ bukan setakat buku tapi ada pertunjukan kereta, fesyen muslimah dan macam-macam lagilah.

Aku beritahu kat wife aku,

"Carilah buku banyak mana pun, I belanja!"

Dengan pantas, dia tinggalkan anakanda Harith dengan aku kemudian dia cari buku, novel dan majalah yang dia nak. Haaaiiiiiiiii... Orang perempuan kalau bab cari novel, laju je......

Sambil tengok buku, mata perhati keliling. Ternampak pulak kenalan lama novelis Ramlee Awang Murshid tengah sign autograf disuatu sudut. Berderet peminat beratur nak sign autograf dia. Teringat pulak aku tentang pelawaan dia supaya kami datang ke rumah tapi tak pernah kami pergi. Bukan menyombong tapi tu la kadang-kadang tu ada banyak komitmen lain. Sibuk benar dia sign autograf kat peminat-peminat.
Aku cuma angkat tangan melambai-lambai ke kiri ke kanan dan say,

"Hi..."

Lepas hampir 3 jam kat situ, kitorang pun balik.

Memang best, memang berbaloi. Sampai kat rumah, wife dengan anakanda harith terus baca, belek buku yang diorang pilih. Aku? Aku tak baca pun. Aku cuma kata aku suka buku, aku tak kata pun aku suka baca buku..

Jadi, wife aku tanya...

"Abis tu beli buku banyak-banyak tu nak buat apa kalau tak baca?"

Dengan ringkas tapi padat aku jawab,

"Saja je la beli, sebab saya suka buku tapi saya tak suka baca buku.. Jadi, awak baca la semua buku yang saya beli ni tau..."

Lepas aku cakap macam tu wife aku terus hangin satu badan, dia membebel sepanjang hari. Membazir katanya beli buku tapi malas baca!

Moral : Jangan membazir!

(Cabaran 4 bulan ~ 60 entry) #1

Thursday, 18 September 2014

Penghargaan buat seorang isteri..

Selagi nafas kita berhembus, selagi itu kita belajar. Kalau ada orang tanya aku,

"Apa pengajaran buat diri yang terbaru?"

Aku akan jawab,

"Saya masih lagi belajar mengenal diri saya sendiri dan dan cuba untuk tidak mementingkan diri sendiri serta masih belajar untuk menghormati hak orang lain.."

Teringat akan sepotong doa yang diajar oleh Nabi...



"Wahai tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri, dengan rahmat-Mu aku menagih bantuan. Engkau perbaikilah untuk ku segala urusan ku. Dan janganlah sekali-kali Engkau serahkan diri ku kepada diri ku walaupun sekelip mata.." (Riwayat Ibn Majah & Al-Nasa'i)

Sepanjang minggu cuti sekolah, tiada perkara yang paling menggembirakan apabila kami sekeluarga dapat berkumpul kembali bersama. Setiap hari kalau tak ke pejabat, sepanjang masa yang ada diluangkan bersama dengan isteri dan anakanda Harith. Harith sekarang dah pandai mengaji. Pantang nampak abahnya mengaji, dia pun nak turut sama mengaji. Alhamdulillah, dah ada beberapa surah lazim yang dia boleh baca dengan lancar.

Isteri aku pula sekarang ni tengah pening, loya-loya. Bau nasi tak boleh. Bau goreng-goreng tak boleh. Bau ketiak apatah lagi. Apa yang dimakan semua akan terhambur keluar.. UWEKK! UWEKK..!! Muntah..!!

Makin dia loya dan muntah-muntah, makin tebal rasa cinta dalam diri ni terhadap dia. Aku bukan nak jiwang-jiwang sangat sebenarnya. Tapi, bila melihat pengorbanan dia sanggup bersusah payah tahan sakit pening, loya sana-sini, ada sekali dia tak larat sangat sampai pitam kat sekolah tempat dia mengajar.. Secara jujurnya, aku rasa sangat terharu. Dan untuk pengetahuan, ini merupakan kandungan keempat buat kami.

Masa pergi membuat pemeriksaan rutin kandungan, doktor memberitahu yang uri kandungan jatuh. Ianya satu ujian buat kami dan rahmat besar buat kami suami isteri.

Pada awalnya ujian ini dirasakan sangat berat berdasarkan pengamatan dan pembacaan dalam penulisan blog dari mereka yang pernah mengalaminya. Kesannya tak boleh bersalin normal dan mesti melalui pembedahan. Walau bagaimanapun, ia dapat diatasi berdasarkan pelan kontigensi yang dirancang dengan berurut serta bertawakal. Runsing, bimbang, kalut dan libung libu hanya Allah SWT sahajalah yang tahu.

Hinggalah kemuncaknya keyakinan kami mula bertukar. Kami yakin bahawa sehebat mana pun perancangan dan sekuat mana kecekalan, ia tidak akan ke mana tanpa kehendak Allah Al-Rahim.

Thursday, 4 September 2014

Harapan Rakyat Selangor..

Pray for MH 370 & MH 17
Selepas selesai hal pengurusan jenazah mangsa nahas MH17, kisah siapa bakal Menteri Besar Selangor kembali menjadi topik perbincangan geng kedai kopi semasa sarapan pagi. Kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor terus menghiasi dada kaca televisyen. Cerita hal siapa bakal menerajui Selangor negeri paling kaya terus bermain dibibir rakyat Malaysia.

Ada orang memandang Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara Menteri Besar yang berjaya dalam sejarah pentadbiran negeri Selangor seperti Menteri Besar sebelum beliau dalam menerajui kepimpinan kerajaan negeri. Dan hal itu diakui oleh beberapa orang kenalan aku yang duduk semeja ketika makan megi goreng sambil menikmati wifi percuma di kedai mamak. Justeru itu, aku percaya fakta ini turut diakui oleh ramai orang tak kira mereka menyokong parti Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat.

Sebagai rakyat yang tinggal dibumi negeri Selangor, kami sebagai rakyat berharap agar pihak-pihak yang terlibat dapat menyelesaikan isu Menteri Besar ni cepat-cepat. Setiap hari rakyat disajikan dengan isu siapa bakal Menteri Besar Selangor melalui berita ataupun buah mulut orang. Lama-lama rakyat akan bosan dengan permainan politik ini.

Sekiranya masalah ini masih tak dapat diselesaikan, pada pendapat aku satu-satunya cara penyelesaian yang lebih munasabah ialah kembali kepada kuasa rakyat. Pilihanraya yang baru perlu diadakan...

Mungkin ini akan menelan belanja yang besar, tapi rasanya ia tentu lebih baik dan adil daripada membiarkan kemelut terus berterusan...

Monday, 14 July 2014

Anak Itu Anugerah...

Kids at work ~ LegoLand, Johor Bahru

Pada waktu dulu bila tiba musim cuti sekolah, orang kita berlumba-lumba buat kenduri kahwin. Setiap kali cuti penggal sekolah undangan makan nasi minyak datang bertalu-talu. Kadang-kadang, undangan berlangsung untuk satu hari ada sampai empat ke lima bijik rumah serentak!

Sekarang, kahwin dah tak ikut musim. Cuti sekolah ke, cuti umum ke, awal tahun atau hujung tahun, musim kemarau mahupun musim hujan, orang tetap kahwin. Aku ada seorang kawan, dia pilih tarikh perkahwinan pada musim hujan. Dia kata, nak buat surprise bersanding atas sampan dalam tengah banjir. Dan dia bertuah kerana betul-betul dapat bersanding atas sampan pada musim banjir. Cuba bayangkan macam mana suasana majlis merenjis diatas sampan. Sebuah sampan untuk pengantin dan sebuah lagi sampan untuk tetamu merenjis. Tetamu akan bergilir-gilir menaiki sampan untuk merenjis ditengah-tengah air banjir. Merenjis sambil sampan bergerak....

Selepas enam bulan mendirikan rumahtangga, kawan-kawan rapat mula mengendeng bertanyakan soalan cepumas. Soalan itu berbunyi,

"Bila nak menimang cahaya mata?"

Atau dalam bahasa kasarnya,

"Engkorang laki bini ni bila nak dapat anak?"

Pertanyaan ni mungkin nampak macam bergurau atau soalan usik-usik buat pengantin pasangan suami isteri. Tapi ingat, tatkala usia perkahwinan sudah menjangkau usia setahun, soalan atau pertanyaan yang sebegitu tak lagi dianggap gurauan oleh mereka yang bergelar suami isteri. Malah, ia mungkin dianggap sebagai satu sindiran dan (kadangkala) sensitif buat pasangan suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga tapi masih belum dikurniakan cahaya mata dalam kehidupan mereka.

Ujian ini memang sesuatu yang pedih lagi menyedihkan bagi pasangan suami isteri. Sudah 2 tahun berkahwin tapi masih tiada apa-apa tanda untuk menimang cahaya mata. Lalu, dalam sedar atau tidak orang akan mula membuat andaian, bahawa mesti ada yang tak kena diantara pasangan tersebut. Salah seorang pasti bermasalah. Mulut orang akan mula berbisik cakap belakang tentang siapa punca masalah. Mungkin isteri tak subur atau mungkin benih suami yang tak menjadi.

Aku faham perasaan tu, betapa tertekannya perasaan mereka tak kira suami mahupun isteri, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan. Kadang-kadang, ada segelintir pasangan suami isteri yang tak mahu bercampur dengan masyarakat kerana mengelak dari ditanya soalan yang pernah ditanyakan berulangkali,

"Takkan nak duduk berdua je, bila nak dapat baby?"

Dalam lembaran entry ni, aku cuma nak ingatkan kawan-kawan, para pembaca dan sahabat-sahabat sekalian supaya jangan bertanyakan soalan itu kepada pasangan yang masih belum mendapat cahaya mata setelah berkahwin dua tahun atau lebih.

Tapi, disebabkan perangai orang kita ni yang memang suka 'ambik berat', asal jumpa pasti soalan itu yang terpacul dari mulut walaupun dia tahu soalan itu bakal menyinggung perasaan pasangan suami isteri. Cuba-cubalah bawak berhenti dengan sikap yang suka menyinggung perasaan orang lain. Kasihan la sikit, simpatilah kepada pasangan yang belum punya cahaya mata ni...!

Buat pasangan yang dah berusaha sungguh-sungguh tapi masih belum berhasil, teruskan berusaha. Jumpalah dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan rawatan. Jangan sesekali ambik ubat yang diiklankan dalam akhbar, nanti lain pulak jadinya...

Sesungguhnya, kehadiran cahaya mata memang dinantikan oleh setiap pasangan yang berkahwin. Anak itu anugerah. Anak itu rezeki kurniaan tuhan. Kalau sudah berusaha tapi masih belum dikurniakan anak, redhalah..... Percayalah, ada hikmahnya disebalik setiap kejadian.....

Tuesday, 24 June 2014

Tragedi Malam World Cup!

Kopi pahit dah ready! Cikedis dah standby! Jersi bola dah pakai! Inilah agaknya yang dikatakan demam World Cup yang diorang dok heboh perkatakan sekarang ni. Malam ni aku dah plan nak tengok game antara Brazil vS Mexico. Pukul 3.00 pagi! Lepas tahajjud nanti terus nak layan bola pesta samba. Tapi, sekarang baru pukul 9.00 malam....

Sempena menantikan detik bersejarah Brazil vS Mexico, aku baca buku novel yang wife aku beli masa kat Pesta Buku Antarabangsa bulan lepas. Hairan, apa entah yang best sangat baca buku kontot yang tebal-tebal ni... Kadang-kadang aku bising jugak, kenapa dia suka sangat baca novel. Dia jawab,

" Minat orang perempuan dengan orang lelaki tak sama. Awak suka pergi mancing, tangkap ikan puyu kat bendang ada saya bising-bising? "

DUSHH! Terkena aku kat situ.. Moralnya, jangan persoalkan hobi orang dan jangan persoal kenapa dia suka dengan benda yang dia suka walaupun benda tu kita nampak remeh dan tak suka. Okay, lepas tu aku cuba mendalami minat wife aku : membaca novel. Aku baca tak sampai 20 minit dah start mengantuk! Ini tak boleh jadi, kang kalau terus baca novel ni mesti aku tertidur punya... Nasib baik ada kopi pahit... Sluurrppppp...!!

Mata kembali segar....

Bila bukak TV pulak, diorang tayang cerita yang entah hapa-hapa entah. Aku tak faham la kenapa stesen tv kat Malaysia ni asyik tayang cerita yang sama berulang-ulang? Kalau dulu masa kat arab, siaran tv ada macam-macam! Beratus-ratus channel boleh pilih nak tengok. Bezanya kat Malaysia ni nombor channel sampai beratus tapi channel tak sampai pun lapan ratus! Kepala terteleng ke 75 darjah ke arah barat laut. Tengok jam kat dinding baru pukul 12.00 tengah malam....

Sabar, Nan... sabaarrrr......

Bila menunggu ni sebenarnya banyak benda kita boleh buat. Boleh baca Quran, boleh makan megi, boleh main internet. Walau macamanapun, terpulang pada kita untuk memilih apa aktiviti yang kita nak buat. Kebetulan masa tu aku teringat yang kereta aku dah 3 minggu tak basuh since jemput wife and anakanda Harith dari Johor. Apa lagi, bagaikan bangla carwash aku sental kereta kesayangan sampai berkilat!
Entah kenapa tengah-tengah malam tu terasa macam bersemangat pulak sental kereta dengan memakai jersi Brazil sambil bernyanyi lagu La Vida Loca nyanyian Ricky Martin.. Mungkinkah ini tanda-tanda awal Brazil nak menang?

Masa tengah lap cermin depan, aku perasan macam ada kain pulak kat atas pokok kedondong depan rumah. Aku tak amik port sebab aku pikir tu mesti kerja anak Uncle Yuen yang sidai kain kat atas pokok. Anak dia tu pelik sikit sebab suka main kejar-kejar dengan anjing. Tapi yang lagi pelik, hari tu aku tengok dia duduk bersila depan rumah lepas tu borak-borak dengan anjing sambil ketawa. Seram jugak mamat ni boleh berborak dengan anjing.. Walaupun dia suka dengan anjing dia, tapi aku tak suka. Aku tak suka sebab anjing dia suka kencing kat spotrim tayar kereta aku. Habis berkarat spotrim tu!

Walau macamanapun, aku tahu anjing anak Uncle Yuen ni pun tak suka aku sebab bila aku lalu je depan dia, dia akan buat muka garang sambil kuis-kuis kaki macam nak kejar. Faktor utama dia tak suka aku sebab aku pernah baling batu kat kepala dia masa dia nak kencing kat spotrim tayar kereta kesayangan aku. Kelam-kabut dia lari macam cacing tak cukup tanah.. Haa, baru padan muka dia. Amboi, senang-senang je dia nak shishi kat spotrim orang!

Aku perasan kain kat pokok kedondong tu makin lama makin panjang pulak ke bawah. Aku mula tak sedap hati. Aku tengok jam kat dalam kereta dah pukul 12:45 minit malam.

"Takkan anak Uncle Yuen panjat pokok kedondong tu main tarik kain pulak kot...?" Aku cakap sorang-sorang.

Untuk memadamkan rasa cuak yang mula bersinar dalam hati, aku nyanyi lagu Lemon Tree nyanyian Fool's Garden sambil terus mengelap kereta.

GEDEBUKKK..!! Bunyi benda jatuh kat atas porch kereta. Aku pandang atas kat porch kemudian mata aku melirik ke pintu pagar. Dekat pintu pagar ada perempuan, rambut kerinting panjang tergantung terbalik macam kelawar. Kaki kat atas kepala kat bawah. Disebabkan terperanjat, aku terus capai baldi yang penuh air sabun dan lemparkan kat benda tergantung terbalik tu. Sial, benda tu ketawa mengekek.. Dia kata,

"Eeeeehheeeeheeeeee....... Mulut berbuih, bangggggg....Hihihiiiiiiiiiiiiiiii....!!!!"

Dengan pantas aku lari masuk rumah, tutup pintu terus masuk dalam bilik. Dalam bilik, aku berselubung dalam selimut. Seram nak mampos! Aku tutup mata. Habis semua surah aku baca hatta alif ba ta dan ABC sekalipun aku tibai.. Entah pukul berapa aku terlelap pun aku tak tahu..

Malam tu Brazil entah kemana, Mexico pun entah kemana.Apa yang aku tahu pukul 5.00 pagi alarm aku berbunyi. Terjingkit-jingkit aku pergi tengok kat porch depan, baldi masih lagi tergolek dan lantai masih basah dengan air sabun.

Sejak malam tu, aku dah tak berjaga lagi malam-malam nak tengok bola. Tengok pokok kedondong kat depan rumah bila waktu malam pun terasa macam seram je. Bagi yang berjaga malam tengok World Cup 2014 tu hati-hati, selamat menonton dan menyokong pasukan kegemaran anda. Aku? Takpelah, aku baca result kat surat khabar je esok pagi...

Tuesday, 6 May 2014

Cikgu Dulu, Murid Sekarang...

Kalau tak kerana cikgu, tak mungkin aku sampai ke tahap ni. Aku ingat lagi hari pertama masuk tadika seterusnya melangkah kaki ke alam darjah satu kat Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Tembak (1). Sekolah tu dikelilingi oleh encik-encik askar dan brader-brader polis. Bukan sebab kawasan tu tengah darurat tapi sebab kawasan sekolah tu adalah tempat dimana kem askar dan pusat latihan polis didirikan.

Masa kat sekolah, aku tak menangis macam budak-budak lain. Cuma pernah sekali terkincit dalam seluar sebab takut nak bagitau cikgu yang aku dah tak tahan nak terberak sangat-sangat. Terima kasih cikgu sebab tolong basuh.. Hihihiii... Lagi satu hal, dulu aku cukup gerun nak melintas depan bilik Cikgu Dollah, cikgu disiplin yang berkepala bulat dengan 'pulau' ditengah. Orangnya garang.

Masa terus berlalu, sekarang dah lebih satu dekad.. Tapi jasa-jasa dan pengorbanan para guru yang mencurahkan ilmu tak pernah aku lupa. Antara cikgu-cikgu yang mengajar sepanjang enam tahun tu ialah cikgu Norhayati, cikgu Lim~cikgu muzik, cikgu Shafie, cikgu Kamarol, cikgu Aliyah, cikgu Fauziah, cikgu Dollah dengan ustazah Khasnilam. Selama enam tahun aku kat sekolah tu, macam-macam perkara yang cikgu ajar. Bermula dengan A,B,C kemudian mengenal nombor 1,2,3 seterusnya ustazah ajar tulis jawi dan pendidikan islam. Kat sekolah tu jugak cikgu ajar macamana nak buat kawan dan berkawan, bermain sukan dan menerapkan disiplin. Besar sungguh jasa cikgu.

Enam tahun tu jugak sarat dengan kenangan, aku selalu kena berdiri atas bangku dengan menjunjung buku kat atas kepala sebab tak siapkan kerja sekolah, selalu kena tulis nama kat papan hitam sebab bising dalam kelas, main tutup oren, pernah kena public canning kat tempat perhimpunan sebab tak hafal sifir dua, kena rotan sampai berbirat. Masa dulu-dulu cikgu boleh rotan murid. Biarpun pedih tapak tangan, mana berani aku nak mengadu dengan emak ayah. Kalau mengadu, nanti silap-silap haribulan emak tambah lagi sedas rotan kat bontot pulak!

Murid dulu lain, murid sekarang lain. Murid sekarang kalau cikgu tegur sikit, murid terus report kat mak ayah. Esoknya mak ayah datang sekolah serang cikgu bawak parang. Ada yang ugut nak saman cikgu, ada yang tulis surat kat menteri dan wakil rakyat. Yang paling teruk, ada ibubapa sampai sanggup hantar santau kat cikgu hanya semata-mata kerana tak puas hati cikgu tegur kesalahan anak. Kes hantar santau kat cikgu ni bukan main-main. Perkara benar ni berlaku di negeri selatan tanahair...
Mungkin sebab 'kuasa' cikgu yang makin terhad ini membuatkan murid-murid kita jadi semakin manja seterusnya menjadi kurang ajar dan tak berdisiplin sampai ada yang berani ajak cikgu bertumbuk didalam kelas!

Tamat fasa satu persekolahan, kemudian masuk pulak fasa dua iaitu persekolahan menengah. Sekolah menengah ni terletak dekat dengan sekolah rendah tu. Zaman sekolah menengah tahun 1997 - 2000 aku selalu sakit ~ gastrik. Asal pagi je muntah hijau sampai cikgu naik risau. Jadi, dalam seminggu cuma empat hari je aku belajar kat sekolah. Lagi balance satu hari tu memang aku ke sekolah tapi lepas tu cikgu hantar balik sebab takut sakit aku melarat. Sebenarnya, sakit tu datang sekali-sekala je.. Yang lain-lain tu aku berlakon je bagi nampak real 'teruk'. Teacher Awanis le yang selalu hantar aku balik naik kete kancil merah dia masa tu. Thank you, teacher..!

Tahun 2000 - 2001, aku masuk sekolah teknikal berasrama kat Taiping. Kat sana aku tinggal kat asrama. Bila dah tinggal kat asrama, masa banyak terluang dengan cikgu yang menjadi warden asrama. Antara cikgu  warden masa tu ialah cikgu Khairuddin, cikgu Kamarulzaman, Cikgu Rosni, Ustad Kalut, cikgu Zaki dan cikgu Bad. Sekali-sekala ustaz Mansoruddin (kini dah meninggal dunia~semoga Allah SWT merahmati roh ustaz) akan datang ke surau asrama solat jemaah sama-sama. Zaman tu, cikgu faveret aku ialah cikgu Rahim merangkap cikgu yang mengajar subjek elektrik.

Kalau dah nama pun warden asrama, antara diorang memang ada yang garang. Warden asrama adalah antara perkara yang menakutkan semasa tinggal kat asrama selain gangguan hantu jepun kat court bola tampar! Serius, tengok hantu jepun berkawad lagi takut daripada nampak warden round keliling asrama!!

Dalam ramai-ramai cikgu, mungkin yang tercatit antara nama yang aku ingat sampai sekarang. Ada ramai lagi cikgu-cikgu yang mengajar tapi tak disebutkan namanya kat sini, mungkin ada diantara cikgu-cikgu kita yang dah kembali menemui Sang Pencipta. Mereka semua berjasa besar dalam kehidupan kita hari ni. Jasa mereka dikenang sampai ke mati.

Walau macamanapun, proses pembelajaran tak pernah berhenti. Dari kecik sampai sekarang, hidup aku terus dikelilingi oleh cikgu. Mana taknya, abang ipar aku cikgu, biras aku cikgu, wife aku pun cikgu. Buat anak-anak hari ni, hormatilah cikgu. Ingat, kalau tak kerana jasa cikgu tak mungkin kita berada diatas apa yang kita dapat pada hari ni...

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Wednesday, 30 April 2014

Cerita pasal program amal...

Buku program untuk majlis pada hari tu.

Ada kempen kesedaran penyakit demam denggi oleh Klinik Kesihatan Gelang Patah dan KPJ.
Minggu lepas aku join satu majlis amal bersama dengan orang-orang asli anjuran dan kelolaan student-student yang buat master kat UTM Skudai. Adapun antara yang terlibat sama dalam majlis tu ialah warga pendidik dari Sekolah Agama Kampung Simpang Arang dan Sekolah Kebangsaan Ladang Pendas. Senang cerita, sebenarnya aku menempel je dalam majlis ni sebab aku saja nak ikut wife aku masuk kampung orang asli. Lagipun aku saja je nak shoot pakai kumira DSLR. Lama dah tak beraksi bersama gajet hebat ni!

Masa tengah drive nak masuk kampung orang asli tu, otak aku yang bergeliga macam batu cincin ni terus berputar memikirkan camne sebenarnya kehidupan orang-orang asli ni. Betul ke hidup diorang ni primitif sangat macam orang asli kat Afrika? Adakah mereka masih lagi memburu menggunakan tombak? Pakaian mereka? Yang lelaki pakai cawat dari bulu kambing ke? yang perempuan pulak pakai macam mana? betul ke orang asli ni cannibal? Ah, sudah..... Daging aku dah la banyak, abis la aku.....!!

Antara anak orang asli yang hadir.
Bila sampai dalam kawasan kampung orang asli. Aku rasa macam nak terkejut sebab orang-orang asli kat situ semua tinggal dalam rumah batu, sama macam rumah-rumah tanah lot kat kampung aku. Mulut aku melopong, kemudian wife aku cakap...

"Tu melopong tengok anak dara orang asli ke apa?"

"Aiii, cemburu ke? Hehe... Tak lah..! Abi terkejut tengok rumah diorang, semua rumah besar-besar.... Ingatkan diorang duduk atas pokok..", Aku terus perhati kri kanan kawasan kampung orang asli tu.

Aku ingatkan orang-orang asli ni masih lagi tinggal atas pokok takpun diorang buat rumah lantai buluh beratapkan nipah... Aku silap..!!

Bila tengokkan pada kehidupan sosial diorang pulak, diorang memang peramah, suka senyum, suka gelak, suka bersembang dan antara diorang ada yang boleh memandu perodua alza! Aku kolot rupanya, masih berfikir ditakuk lama. Dulu, orang asli mungkin hanya tahu menunggang lembu tapi sekarang zaman millenium... Orang asli pun dah bertransformasi agaknya!

Tetamu dihiburkan dengan tarian sewang oleh anak-anak orang asli.

Sabar menunggu tetamu.

Persembahan nasyid oleh anak-anak orang asli.
Sementara wife aku bekerja menjayakan majlis amal tu, mata aku terus melilau mencari kalau ada orang-orang asli yang pakai cawat. Orang asli kat situ semuanya dah tak pakai cawat lagi. Semua pakai t-shirt, gaun labuh, kemeja petak-petak dan berseluar yankee. Orang asli kat situ memang orang asli millenium. Tapi, aku masih tak puas hati.....

Aku pergi kat satu group budak-budak, aku cakap aku nak tangkap gambar diorang. Diorang suka sangat kalau bab-bab tangkap gambar ni. Lepas tu, aku tanya sorang anak orang asli ni....

"Dik, adik suka sekolah tak?", ,Aku tanya sambil tangkap gambar.

"Suka'!! Saya suka' sekolah! Ada ramai kawan!", Jawab anak orang asli tu.

"Adik, selalu kat rumah makan apa?",Aku tanya separuh berbisik sebab takut orang dengar.

"Bang, semalam mak saya masak ular!!", Budak tu jawab separuh kuat.

Aku pandang kiri kanan, orang-orang asli dewasa yang ada kat situ semua pandang aku semacam... Ah, sudah..! Jadi mangsa cannibal jugak aku ni karang!

Kemudian, datang sorang lelaki orang asli dari kalangan diorang. Aku dah standby nak bukak silat, kot-kot kalau tiba-tiba dia nak kokak leher aku kalau betul diorang ni cannibal. Dia tepuk bahu aku, dia kata...

"Incik, bukan semua orang asli makan ular, makan babi hutan...",Kemudian dia senyap lepas tu dia senyum menampakkan gigi berkarat coklat hitam. Aku mula cuak...

"Kami pun tak makan orang jua'.. Kami makan macam yang incik makan...", Dia senyum lagi. Aku cuma telan air liur sambil standby nak hayun kamera DSLR kalau brader orang asli tu bertindak diluar batasan manusia normal! Lepas tu, aku terus blah dari situ buat-buat macam sibuk ambik gambar majlis.

Ada cabutan nombor bertuah tapi nombor aku tak naik!

Ini orang manyak suka sebab dapat hadiah...
Mereka menanti cabutan nombor bertuah..
Aku puji student-student UTM yang buat majlis amal bagi projek pengajian Master diorang ni. Diorang berjaya membuka mata orang-orang asli kat Kampung Simpang Arang tu mengenai kepentingan ilmu pengetahuan, pelajaran, belajar ke luar negara. Kebanyakan orang asli tak pentingkan pelajaran anak-anak sebab bagi diorang pelajaran is nothing! Mentaliti diorang, tanpa pelajaran diorang tetap jugak boleh hidup.. Malam-malam boleh karaoke sampai pagi, boleh joget-joget... Teringat pulak kat tragedi banjir lumpur kat Pos Dipang, Tapah.....Diorang ada rumah, ada tanah berekar-ekar, tiap bulan kerajaan bagi duit, astro pun diorang dapat free! Semua belanja diorang ditanggung! Untung betul jadi orang asli....

Aku rasa dah macam aku ni artis pulak bila diorang melambai-lambai...
Perpustakaan yang diusahakan oleh student-student UTM.
Ini la hasilnya....
Oleh yang demikian, buat kita yang bukan dari kalangan orang asli ni hantarlah anak-anak kita ke sekolah. Bagi anak-anak kita semangat supaya belajar rajin-rajin. Bagi diorang ilmu dunia dan akhirat secukupnya buat bekalan untuk kita dan mereka pada masa depan kelak...


~Gambar saja-saja~
Misi Mencari Ramli...

Diorang ni lagi terer main bola sepak.. kenapa takde wakil scout FAM yang masuk kampung orang asli dalam mencari bakat baru? 

Geng lepak bawah tayar!

Thursday, 24 April 2014

Orang cakap-cakap pasal kamera...

Hakikat zaman teknologi sekarang ni, banyak syarikat berlumba-lumba mengeluarkan produk gajet produksi syarikat masing-masing. Kadang-kadang pengguna sampai pening kepala nak pilih gajet yang mana satu. Walaupun ia berjenama tetapi semua application yang ada, semua hampir serupa.

Bab-bab gajet ni terus terang cakap aku memang tak ambik port langsung. Apa yang ada, itu je la yang aku pakai. Budak tadika pun boleh kenal dengan pantas yang mana satu tablet, yang mana satu android, i-pad, itu la ini la, macam-macam! Seperti mana yang aku bagitau tadi, aku tak ambik peduli pun dengan gajet-gajet canggih yang boleh 'merabakkan poket seluar' aku... Even, sampai sekarang pun aku masih lagi menggunakan telefon NOKIA E5 walaupun 'gigi' telefon aku dah 'rongak' beberapa batang!

Sebenarnya minat aku lebih tertumpu kepada kumira.... Ya, kumira DSLR! (maaf aku dah terikut gaya percakapan anak aku memanggil kamera itu sebagai kumira...)

Ramai dikalangan kita memiliki kamera. Kamera kompak, kamera henfon, kamera mainan, kamera berinternet, kamera DSLR dan macam-macam kamera lagi la.. Ada orang beli kamera DSLR sebab tengok orang ambik gambar cantik-cantik, ada orang miliki DSLR sebab memang hobi dia tangkap gambar. Ada orang pulak buat DSLR tu sebagai sumber pendapatan secara fulltime mahupun partime. Ada macam-macam sebab, yang pasti semuanya untuk kepuasan diri masing-masing. Walau macam manapun, kemampuan dan hak membeli kumira itu adalah pilihan masing-masing.

Orang kita sekarang, suka sangat tangkap gambar. Dengan wujudnya pelbagai laman sosial, masyarakat kita suka benor deme merakam dan berkongsi setiap gambar kat dalam laman sosial seperti Instagram, Tweeter, Facebook, Google+ dan macam-macam lagi. Sebenarnya kadang-kadang aku hairan kenapa semua orang suka sangat share gambar kat dalam laman sosial? Kalau gambar yang cantik-cantik tu takpe la.. Ini kadang-kadang, gambar tak senonoh tengah korek hidung, tengah basuh jamban, gambar seluar dalam baru.. Ayoyoyooo...Tapi tu le hakikatnya, bahawa kecanggihan teknologi acapkali disalahguna sesetengah individu.

Satu perkara yang aku cukup perasan sekarang ni, dah tak ramai orang pegi kedai gambar untuk 'cuci gambar' yang diorang tangkap. teringat zaman 90-an dulu, bila kamera dah 'pusing' mak cepat-cepat suruh pegi kedai gambar. Suruh apek tu 'cuci gambar'. Dulu kamera pakai kodak, sekarang mana ada dah kamera pakai kodak.

Hari ni, orang lebih suka melihat gambar di skrin laman sosial. Percayalah, antara menatap gambar di skrin dengan menatap gambar yang sudah 'dicuci' ada banyak perbezaannya. Tengok gambar yang dah 'dicuci' rasanya lagi puas daripada tengok dalam skrin laptop disamping mengundang rasa sentimental terkenang saat gambar itu dirakamkan.......

Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Port Dickson, Negeri Sembilan.

Station LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Pray for MH370, KLiA

Who is Orang Utan's fiancee? ~ At National Zoo, Kuala Lumpur~
Kata-kata pujangga ada mengatakan kalau cintakan ilmu maka belajarlah tapi kalau cintakan pemandangan indah maka bergambarlah...! Hihihiiiii....