jom follow....

Friday, 8 November 2013

Tragedi Ulat Sampah!

Pagi...

Aku bangun pagi awal hari tu. Aku tengok jam, humang aih baru pukul 3 pagi? Sejuk sebab hujan lebat kat luar. Dengan perasaan malas tapi bertanggungjawab, aku basuh baju yang ada kat dalam mesin basuh. Korang mesti ingat aku mereng kan sebab basuh baju pukul 3 pagi, tapi sebenarnya ini tanggungjawab, lagipun wife aku tengah tak larat sebab ada baby dalam perut...

Angin kuat betul masa tu. Dia punya sejuk macam kat Cameron Highland. Aku tengok wife dengan anakanda Harith tido sedap betul.. Nyenyak tido tapi mengerekot macam udang harimau. Mana taknya pasang kipas sampai nombor lima! Maunya tak mengerekot, dah la hujan lebat plak time tu.. Hish!

Bila dah siap-siap sidai baju, buat susu anakanda Harith segala bagai, aku pun terus ke opis.. Ah, lega betul bila dah buat semua keje rumah, boleh la wife aku rehat sambil menjaga baby dalam perut.... Yiiihhaaaa!!! Tahun depan nak timang baby lagi..!!

Tengah hari sampai ke malam...

Wife aku called, ada emergency katanya kat rumah.. Aku pun balik dengan kelam-kabut lepas mintak izin dengan boss.... Sekali bila sampai umah, wife aku kata..

"Abi, rumah kita terima rezeki ulat jatuh dari bumbung.....", Muka aku berkerut.

Ulat sampah ~ makan bangkai ~ gambar ihsan google


............................................................................................................................................................

Tengah hari tu aku sibuk. Sibuk membersihkan ulat yang jatuh daripada atas siling rumah. Konfem ada bangkai kat atas siling rumah. Lepas tu, ulat dia jatuh-jatuh kat hall rumah aku. Jatuh tak serentak pulak tu.. Sekor-sekor dia jatuh... Lama-lama jadi banyak ekor...

Wife aku geli nak kuis-kuis ulat tu. Jadi, mangsanya aku le.. Aku le yang tertonggeng-tonggeng kutip sekor-sekor ulat yang jatuh. Dari tengah hari sampai ke malam, keje aku ialah kutip ulat yang jatuh supaya ia tak masuk ke dalam bilik. Anak aku pulak bukan reti takut, ada ke dia kata...

"Abah, Harith nak main ulat macam abah boleh?"

Dia tak tahu aku ni tertonggeng-tonggeng cari ulat sebab ummi dia geli, ada ke anakanda kata abah dia dok main ulat? Ohhh, anakanda Harith abah bukan main-main ulat.. Abah tengah 'mengemas'...

Tengah dok mengutip ulat sampah tu, sekali selak karpet... Humang aih, penuh! Ada la dalam satu batalion ulat tengah buat demo serang hendap nak masuk dalam celah-celah dinding. Aku pun tak bagi can, sebagai Menteri Pertahanan dalam rumah... Dengan pantas aku keluarkan arahan kat wife supaya ambik bath tub anakanda Harith yang dah tak pakai tu. Aku letak kat suatu sudut pastu aku kaut semua batalion ulat tu masuk dalam bath tub. Dia punya bau toksah tanya la harum ke wangi...

Lepas dah kaut letak dalam bath tub, timbul niat dalam hati aku yang sedikit jahat ni nak seksa ulat-ulat ni sampai mampos! Aku ambik garam, serbuk kunyit dengan cuka. Aku tabur dalam bath tub. Bila diorang dah mengulit-ngulit dengan sebati, kendian aku taburkan ulat-ulat tu kat atas jalan tar depan rumah.

Aku amik bunga api Harith yang belen-belen tu, kendian aku bakar and cucuh kat ulat-ulat tu.

KkKRTIS!KRTIISS!!KRTISSSS!! (Bunyi ulat-ulat tu kena panggang.)

Sedap pulak bau ulat tu bila kena bakar. Puas hati aku!

Walau apa pun, kot kalau la kan benda ni jadi kat korang. Korang tak yah la geli sangat dengan ulat-ulat sampah yang pemakan bangkai ni. Diorang pun makhluk tuhan jugak cuma diorang ni tak reti cakap macam kita. Walaupun diorang ni menguit-nguit time nak bergerak itu bukan bermaksud diorang lumpuh, tapi memang cara diorang jalan macam tu... Bila kita pegang je ulat-ulat ni diorang akan dok diam kendian berlakon cam ulat mati.. Korang jangan mudah tertipu dengan lakonan dan rupa paras ulat-ulat ni yang cute! kalau korang lebih kejam daripada aku, korang boleh pijak je kasi penyek! HAHAHAHAAAA....

Itu je la yang aku nak kasi tau kat korang kali ni.. Usah biarkan diri anda diselubungi ulat....!

23 comments:

  1. Replies
    1. tengok pun dah geli, apatah lagi yang tertonggeng-tonggeng kutip satu persatu ulat ni,haa... huhuu

      Delete
  2. Nan...dah dah ko jgn seksa binatang kecik-kecik ni lg nan. Diorang bukan suka-suka datang rumah ko nak buat dajal ke apa, dah memang Allah jadikan diorang ni pemakan bangkai. Aku rasa kalau ko pijak lagi kurang terseksa nate-nate ni, daripada kau gaul diorang dengan garam kunyit tu pastu bakar pulak tu..sadis sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh..heh... bila geram membatasi perasaan dendam, ini le hasilnya... :) tapi, walau macamanapun aku dah berubah atas nasihat ko.. terima kasih sebab mengingatkan aku.. :)

      Delete
  3. Replies
    1. Mudah-mudahan yang kelakar itu menjadi pedoman untuk anda menghadapi ulat dalam situasi yang sama tapi dalam keadaan berbeza.. yosshhhhh!! :)

      Delete
  4. Rumah td ada ulat tp buang je la x bakar pun tp btl ah ulat tu cute sgt bila jln haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaaaaa.. tak try pegang ke ulat tu?huhuuuu

      Delete
  5. uma sy ponnnnn...sedang dilanda anak2 ulat sampah yang jatuh dari ceiling uma... satu per satu... cmne nk hapuskan ek??... uma encik ada lgi x?... dh pgl org tgkkn bumbung naik atas.. xde pape bangkai pon... pelikkk...datang dari mana... apa punce... bagaimana nk hapuskan nya ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulat ni tak boleh nak dihapuskan kalau tak dapat dari mana puncanya.. kalau ada ulat, dah tentu ada bangkai kat atas siling rumah puan tu.. jadi, kena check betul2 lepas tu buang bangkai tikus yg ada kat atas siling. hati2 woo, kalau masuk dalam telinga jenuh nak jumpa doktor wat surgery plak.. :)

      Delete
  6. aku klu jumpe ulat smpah besenye terus bawak ke syurga die...TONG SAMPAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ulat ni dari atas siling rumah, jatuh banyak-banyak ekor plak tu.. jenuh teman nak ngutip satu-satu, yob.. :)

      Delete
  7. N now bnda tu jd kat sy..beza nye..bangkai tu ats siling dlm blik tidur..rasa mcm xnak trun dr katil sbb geli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kita sama-sama dah merasa pengalaman dihujani dek ulat yang kiut-miut ni dari atas siling.. hihiiii

      Delete
  8. saya tersangatlah fobia dgn ulat sampah ni...sampai nangis2 kalau jumpa dlm rumah...sedihnya tambah lagi bila fikir mati nanti ulat jugak makan kita :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap makhluk yang Allah SWT jadikan dalam dunia ni, semuanya ada fungsi dan tugas masing-masing untuk melicinkan perjalanan alam.. :) Lawan rasa fobia tu ye Anis Azahar, you can do it.. :)

      Delete
  9. assalam..berapa lama nk tunggu ulat tu mati??sbb sekarang ulat jatuh dalam bilik dari dah la saya penggeli..dtk pasal2 tadah ade air atas katil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. kalau kita nak tunggu ulat tu mati memang lambat le.. sebab kalau ikutkan pengalaman saya, ulat tu akan sentiasa bergerak mencari lubang(celah dinding) atau berlindung kat tempat2 yang sejuk contohnya bawah tikar getah, bawah karpet. Jadi, kalau boleh panjat atas siling kemudian buangkan bangkai yang mati kat atas siling rumah tu.. :) Jadi, rajin-rajin la periksa semua tempat2 yang saya sebutkan tadi tau.. huhu!

      Delete
    2. atas katil ada air? mungkin tu cecair lembapan dari badan ulat la kot.. saya pun tak sure tapi better awak periksa..ulat ni dia ada cecair kat badan dia supaya badan dia terus lembab. jadi, kalau ada bau dalam bilik tu sebenarnya bau cecair dari badan ulat ni yang makan bangkai..

      Delete
    3. Tension nya tengah2 malam dok kutip ulat ni.. Cerita awak ni sebijik mcm saya kena.. Sakit jiwa nya saya tinggal kt apartment.. Tingkat ats skli.. Tingkat 17.. Nk panjat dlm bumbung tengok pon rasa seram bontot dah ha.. Skrg tgh cari solution mcm mn nk basmi ulat2 tu slain angkot bangkai yg tinggi nun jauh disana... Mintak tolong sgt2..

      Delete
    4. Ada try call apartment services tak? Cuba pindah bilik lain dulu, tak pun tido kat ruang tamu ke..? Ni rumah sewa dengan kawan2 ke rumah family..? Nak tanya dulu baru bleh buat suggestion untuk tolong apa yang boleh..

      Delete