jom follow....

Thursday, 28 November 2013

Berleter.....

Apabila perempuan mahu menjadi isteri yang menghibur dan menyeronokkan hati suami, salah satu perkara yang jangan dibuat ialah bercakap menggunakan gaya berleter. Gaya ini sangat membosankan suami yang mendengar.

Berleter ialah sejenis komunikasi monolog. Perkataan mono bermaksud "satu" dan log bermakna "bercakap". Jadi, orang yang bercakap dengan gaya monolog adalah orang yang mahu supaya dia sahaja satu orang yang bercakap, manakala orang lain dikehendaki mendengar sahaja dia bercakap. Isteri yang berleter melakukan semua ciri-ciri dalam monolog.

Fokus gaya monolog ialah diri orang yang bercakap. Dia hanya berminat untuk menyampaikan apa yang dia mahu sampaikan. Isteri yang berleter memang menjadikan dirinya fokus percakapannya.

Dia tidak berminat memberi peluang kepada suaminya bercakap dan menyampaikan apa yang si suami mahu sampaikan. Apabila suaminya bercakap, dia tidak berminat mendengarnya. Ini kerana dia tidak berminat untuk memahami fikiran dan perasaan suaminya.

Bagi isteri yang kuat berleter, apa yang paling penting ialah tujuan dia bercakap. Si suami tidak penting. Si suami penting selagi suaminya itu boleh digunakan olehnya untuk mencapai tujuannya bercakap.

Didalam monolog, tidak ada apa yang disebut sebagai timbal balik komunikasi. Yang ada hanyalah satu orang bercakap, manakala orang lain mendengar. Si isteri ada tujuan bercakap dan si suami hendaklah melakukan apa-apa yang perlu supaya tujuannya tercapai.

Aku bukak topik pasal berleter ni sebab aku rindukan leteran emak.. Aku rindukan leteran wife aku.. Aku rindu sangat nak dengar diorang berleter.. Sekarang ni emak baru lepas buat operation membuang fibroid dan tengah berehat tapi keadaan mak tak berapa nak kuat. Sekarang tengah berehat kat kampung. Hopefully, cepat la sihat hendaknya.

Wife aku pulak..........  Kami baru saja kehilangan baby yang wife aku mengandungkan. Ini kali kedua wife aku keguguran. Sedih.. Sedih.... Sekarang wife aku muram je, sedih bila tengok keadaan wife aku. Mujur ada anakanda Harith, penyeri dan penyeriuh suasana dalam rumah..

Hamba rindukan leteran permaisuri berdua macam dulu-dulu........ Cepat la sihat ye....

Wednesday, 20 November 2013

HUKUM ISLAM TERHADAP LELAKI YANG MENGIZINKAN ISTERINYA MEMBUKA AURAT

Seorang lelaki merupakan ketua, hakim dan pelindung bagi sebuah keluarga. Dia bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam keluarganya samaada baik ataupun buruk. Islam mewajibkan agar kelakuan suami bahkan semua anggota keluarga berada dalam batas yang ditentukan syariah.

Isteri pula menjadi orang yang kedua penting selepas suami dalam sebuah keluarga. Oleh itu, seorang isteri hendaklah berpegang teguh kepada ajaran Islam, amanah dengan agama, rumahnya dan anak-anaknya, menjaga kesucian diri dan harta benda jauh daripada segala yang boleh merosakkan kesuciannya. Seorang isteri juga wajib taat segala perintah suaminya selagi perkara itu termasuk dalam amar ma'ruf.

Suami yang membenarkan isterinya keluar dari rumah dengan pakaian yang melanggar syariat, membuka aurat atau pakaian yang ketat menampakkan susuk tubuh, maka dia adalah dayus dengan tidak syak lagi. Begitu juga bagi seorang ayah yang mengizinkan anak perempuannya ( yang sudah akil baligh ) untuk berbuat demikian. maka suami itu telah melakukan dosa yang besar dan dia bersama isteri dan anak perempuannya mendapat dosa yang sama berat atau mungkin lebih berat dari mereka.

Perkataan dayus bermaksud, sesiapa yang melihat kemungkaran atau kejahatan di dalam keluarganya dan dia membiarkannya tanpa melarangnya. dan telah disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW ~ 3 golongan yang tidak akan masuk syurga dan Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat : orang yang derhaka terhadap kedua ibubapanya, wanita yang menyerupai lelaki dan seorang lelaki yang dayus). Dan dalam riwayat lain, lelaki dayus yang membenarkan keluarganya melakukan perkara yang keji), diriwayatkan oleh Ahmad An Nasaei dan Al Hakim dari hadis Ibnu Umar r.a dan sanadnya sahih. Wallahu'alam.

Mahukah kita diseksa selepas kita mati?

Sumber : Majalah LANUN edisi ke-20



Friday, 15 November 2013

Ada misai baru la jantan...

poster majalah ujang dulu-dulu.....

Sesetengah orang kata misai ni lambang kejantanan sejati. Ada pulak yang mengatakan misai adalah lambang maskulin bagi lelaki yang bekerjaya. Ah, bagi aku tu semua poyo je. Korang percaya ke misai tu lambang kejantanan sejati? Mungkin sesetengah orang simpan misai sebab misai boleh menampakkan lelaki tu sebagai seorang dewasa. Aku tau ada lelaki yang suka simpan misai, macam abang-abang polis ngan askar tu. Tapi, bagi aku dengan wujudnya misai membuatkan aku rasa rimas. Serba tak kena jadinya...

Sebenarnya aku bukan lelaki yang suka simpan misai. Aku tak tau awat la yang aku rimas sangat dengan misai. Jadi tak selesa.. Cheh! Kalau bulu ketiak panjang pun aku rimas, inikan pulak misai! Apatah lagi bulu-bulu yang ada kat tempat lain. Ah, korang pikir sendiri la bulu-bulu yang mana satu.. Takkan tu pun nak kena taip kat sini... Huhu..!! Bila gosok-gosok muka terasa muka berbulu kat atas bibir, humang aih rasa geram betul.. rasa nak cabut je satu-satu pakai pencabut bulu kening tu.

Tapi, sekarang ni bukan lelaki je yang tumbuh misai tau. Orang pompuan pun ada yang ada 'misai' tau. Tapi, misai orang pompuan cam halus-halus je la.. Aku pun tak tau pasal apa pompuan boleh ada misai. Tapi, mungkin ni disebabkan faktor pemakanan. Maklum la sekarang ni banyak sangat makanan sedap-sedap yang kita boleh beli. Ditambah pulak dengan pemakaian produk-produk kosmetik yang bersepah kat pasaran.

Ada orang kata kalau nak nampak cam Slyvester Stallone aka Rambo. Misai tu tak payah dicukur tapi trim pakai gunting. Dengan menerim misai pakai gunting secara automatik lelaki tu akan nampak segak dan gagah perkasa seperti Rambo. Itu kata orang la. Orang yang cakap camtu tak lain tak bukan imam tua kat masjid kampung aku. Kenapa entah dia, suka sangat samakan apa-apa benda pun semua dia nampak Rambo je......

Selain daripada trim pakai gunting, ada lagi cara nak hilangkan misai daripada terus wujud di wajah. Try cabut misai pakai pencabut bulu kening. Cabut la satu-satu misai yang ada. Aku penah try, jangan ditanya apa kesannya. Sumpah, aku takkan cabut misai pakai pencabut bulu kening lagi. Dia punya sakit cuma yang pernah cuba je tahu....

Aku? Aku tak main la trim-trim ngan cabut segala bagai ni. Aku cukur je terus. Pantang tumbuh je aku cukur, pantang wujud je aku cukur. Korang tau sebab apa aku tak suka misai? Sebab dulu aku penah minum petang dengan sorang sahabat ni. Dia suka minum teh tarik. Bab-bab ngeteh ni memang serah la kat dia. Pantang ada kedai, time keje tengah banyak pun dia ajak minum. Disebabkan sahabat aku ni orangnya dah berusia, aku ikutkan aje, I follow bak kata SY kat sinar fM...

Suatu hari, aku order megi goreng dengan air sirap. Sahabat aku ni plak order teh tarik dengan nasi lemak ikan sembilang. Memang berselera betul makan time tu sampai le suatu ketika sahabat aku ni minum teh tarik.. dia punya hirup memang tak hingat! Lepas dia hirup, aku tengok misai dia penuh dengan buih-buih teh tarik. Erkkk, biasa la kot orang ada misai minum teh tarik lepas tu misai dia belemoih dengan buih..Aku boleh tahan lagi.....

Masa dia bercakap, aku perasan sesuatu. Apasal sahabat aku ni bila bercakap mulut dia macam berangin je... Dia bercakap aku senyum je la walaupun tak kelakar mana pun cerita dia. Tapi, bila sampai tahap dia dok ketawa dengan cerita dia yang tak lawak tu, baru aku perasan yang gigi atas dia hilang dua bijik.. Sebelum minum teh tarik tadi gigi dia ada. Sekarang dah takde pulak? Aku pun tegur...

"Geng, gigi atas lu mana hilang? Tadi gigi lu ada je...."

"Haah la, tak perasan pulak....", Sambil dia raba-raba gusi yang tinggal.

Kemudian, dia amik sudu yang ada atas meja. Dia kuis-kuis dalam teh tarik. Dia angkat sudu tu, aku tengok memang ada gigi dalam teh tu. Gigi palsu dia tertanggal lalu masuk dalam cawan teh tarik masa dia minum tadi. Dia amik gigi tu, then dia terus sangkutkan dalam mulut kat gusi yang rompong tu.. What the hell?!

"Lu tengok sekarang gua dah ada gigi kan?Heh! Heh! Heh!", Kata sahabat aku tu tanpa rasa bersalah.

Aku terus rasa nak muntah. Ditambah pulak dengan misai dia yang penuh dengan buih teh tarik yang tak berlap membuatkan aku makin rasa nak terbelahak!

Start hari tu aku dah tak ngeteh dah dengan dia..

Aku tau ini bukan alasan yang konkrit untuk aku kata kenapa aku tak suka misai. Tapi, ni la hakikatnya. Jadi, kalau minum teh tarik tu beringat-ingat lah ye....


Thursday, 14 November 2013

Hidup Dan Mati

Hidup...
Satu persinggahan,
Satu ujian,
Satu permainan.

Mati...
Satu persoalan,
satu ketentuan,
Satu penghabisan,
Satu permulaan,
Satu, dua, tiga, empat...

(Ha! Ha! Ha! Sajak gitu!!)

Wednesday, 13 November 2013

Kosong....

Hidup yang entah manalah panjangnya ni, sudah cukup buat kita untuk berfikir sesuatu tentang sesuatu. Aku ni bukanlah seorang pengkaji, juga bukan seorang 'filosofer' (perkataan inggeris yang dimelayukan), cuma seorang hamba kerdil yang bernafas dengan izin-Nya dan entah selang beberapa saat nanti, terhenti nafas ini juga kerana-Nya...

Tak tahu nak cakap pasal apa entry kali ni... Cuma apa yang aku dapat rasa, sebenarnya fikiran aku kosong...! Ya, kosong....! Kosong dan tak terisi... Pusat pemikiran aku lebih menumpu kepada sakit mak. Bila mak nak kena operate.. Bila mak nak sihat.. Bila mak tak rasa sakit lagi... Semuanya pasal mak........

Ya Rahman Ya Muhaimin... Engkaulah Yang Maha Perkasa dalam mengaturkan sesuatu.. Kepada-Mu kami berserah atas segala ketentuan yang telah Engkau tetapkan.....

Tuesday, 12 November 2013

Kopi Bukan Sebarang Kopi!

Sebenarnya aku tengah susah hati pikirkan pasal mak yang tengah tak sihat and kena ulang-alik dari rumah ke hospital bila masa keadaan mak tak stabil. Badan aku je kat sini tapi hati aku kat kampung.. Moga-moga lepas mak buat operation untuk keluarkan ketumbuhan tu, mak akan sihat macam selalu... Ameen!

Disebabkan mak suka minum air kopi, jadi untuk entry kali ni aku nak tempekkan gambar art of coffee je.. Hope korang pun suka.... 

Coffee art, or what is also referred to as a Latte Art, is the magical practice of pouring steamed milk into a short of espresso and resulting in a highly detailed, decorative design on the surface of the resulting latte. An artists who perform this delicious form of art is called a ''Barista''. These artists are able to create some truly stunning patterns that most of us will want to take home with them and hang on the wall, rather then drink them..

Let's start with some amazing coffee art examples to get you in the mood, shall we?


Coffee versi kucing tangkap ikan..

LIKE!

Alahai, comelnya coffee kucing ni......

Tapak kaki dalam kopi...?

Coffee 'cake'

Halloween Coffee...

Ni bukan watak kartun Peanuts ke?

Anjing ialah binatang yang tergolong dalam kategori najis Muhallazah! 

Mickey coffee

Aku macam penah tengok, tapi kat mana ntah....

meowwww.coffee....

Apple Coffee..

Colour Coffee...

Hikmat Kopi Naga!!

Kopi naga Merlin!

Gangnam Coffee Style..

Cantik,kan?

Budak-budak mesti suka ni...

Bored kitty Coffee..


Jam nak tumpah....

awesome coffee..

Kopi hantu...

Badak berendam!

Elephant Coffee... 

The various of coffee..

Do you love coffee?

Mintak maaf menggunakan kopi..

Star wars Coffee mate!


Sumber : BizarBin

Friday, 8 November 2013

Tragedi Ulat Sampah!

Pagi...

Aku bangun pagi awal hari tu. Aku tengok jam, humang aih baru pukul 3 pagi? Sejuk sebab hujan lebat kat luar. Dengan perasaan malas tapi bertanggungjawab, aku basuh baju yang ada kat dalam mesin basuh. Korang mesti ingat aku mereng kan sebab basuh baju pukul 3 pagi, tapi sebenarnya ini tanggungjawab, lagipun wife aku tengah tak larat sebab ada baby dalam perut...

Angin kuat betul masa tu. Dia punya sejuk macam kat Cameron Highland. Aku tengok wife dengan anakanda Harith tido sedap betul.. Nyenyak tido tapi mengerekot macam udang harimau. Mana taknya pasang kipas sampai nombor lima! Maunya tak mengerekot, dah la hujan lebat plak time tu.. Hish!

Bila dah siap-siap sidai baju, buat susu anakanda Harith segala bagai, aku pun terus ke opis.. Ah, lega betul bila dah buat semua keje rumah, boleh la wife aku rehat sambil menjaga baby dalam perut.... Yiiihhaaaa!!! Tahun depan nak timang baby lagi..!!

Tengah hari sampai ke malam...

Wife aku called, ada emergency katanya kat rumah.. Aku pun balik dengan kelam-kabut lepas mintak izin dengan boss.... Sekali bila sampai umah, wife aku kata..

"Abi, rumah kita terima rezeki ulat jatuh dari bumbung.....", Muka aku berkerut.

Ulat sampah ~ makan bangkai ~ gambar ihsan google


............................................................................................................................................................

Tengah hari tu aku sibuk. Sibuk membersihkan ulat yang jatuh daripada atas siling rumah. Konfem ada bangkai kat atas siling rumah. Lepas tu, ulat dia jatuh-jatuh kat hall rumah aku. Jatuh tak serentak pulak tu.. Sekor-sekor dia jatuh... Lama-lama jadi banyak ekor...

Wife aku geli nak kuis-kuis ulat tu. Jadi, mangsanya aku le.. Aku le yang tertonggeng-tonggeng kutip sekor-sekor ulat yang jatuh. Dari tengah hari sampai ke malam, keje aku ialah kutip ulat yang jatuh supaya ia tak masuk ke dalam bilik. Anak aku pulak bukan reti takut, ada ke dia kata...

"Abah, Harith nak main ulat macam abah boleh?"

Dia tak tahu aku ni tertonggeng-tonggeng cari ulat sebab ummi dia geli, ada ke anakanda kata abah dia dok main ulat? Ohhh, anakanda Harith abah bukan main-main ulat.. Abah tengah 'mengemas'...

Tengah dok mengutip ulat sampah tu, sekali selak karpet... Humang aih, penuh! Ada la dalam satu batalion ulat tengah buat demo serang hendap nak masuk dalam celah-celah dinding. Aku pun tak bagi can, sebagai Menteri Pertahanan dalam rumah... Dengan pantas aku keluarkan arahan kat wife supaya ambik bath tub anakanda Harith yang dah tak pakai tu. Aku letak kat suatu sudut pastu aku kaut semua batalion ulat tu masuk dalam bath tub. Dia punya bau toksah tanya la harum ke wangi...

Lepas dah kaut letak dalam bath tub, timbul niat dalam hati aku yang sedikit jahat ni nak seksa ulat-ulat ni sampai mampos! Aku ambik garam, serbuk kunyit dengan cuka. Aku tabur dalam bath tub. Bila diorang dah mengulit-ngulit dengan sebati, kendian aku taburkan ulat-ulat tu kat atas jalan tar depan rumah.

Aku amik bunga api Harith yang belen-belen tu, kendian aku bakar and cucuh kat ulat-ulat tu.

KkKRTIS!KRTIISS!!KRTISSSS!! (Bunyi ulat-ulat tu kena panggang.)

Sedap pulak bau ulat tu bila kena bakar. Puas hati aku!

Walau apa pun, kot kalau la kan benda ni jadi kat korang. Korang tak yah la geli sangat dengan ulat-ulat sampah yang pemakan bangkai ni. Diorang pun makhluk tuhan jugak cuma diorang ni tak reti cakap macam kita. Walaupun diorang ni menguit-nguit time nak bergerak itu bukan bermaksud diorang lumpuh, tapi memang cara diorang jalan macam tu... Bila kita pegang je ulat-ulat ni diorang akan dok diam kendian berlakon cam ulat mati.. Korang jangan mudah tertipu dengan lakonan dan rupa paras ulat-ulat ni yang cute! kalau korang lebih kejam daripada aku, korang boleh pijak je kasi penyek! HAHAHAHAAAA....

Itu je la yang aku nak kasi tau kat korang kali ni.. Usah biarkan diri anda diselubungi ulat....!

Wednesday, 6 November 2013

SILA JANGAN BERHENTI!

PMU Lenggeng 500/275 kV ~ Suatu masa dulu aku pernah menabur jasa untuk 'mencerahkan' rumah korang kat sini... ~

Aku teringat dengan satu cerita. Cerita ni penah jadi kat aku masa bujang-bujang dulu. Time tu aku keje dengan kompeni swasta. Tapi, susah nak percaya jugak kalau dipikir-pikirkan zaman sekarang yang serba canggih ni, boleh pulak benda ni berlaku kat aku. Aku tak pernah pun ceritakan kat orang sebab aku tau kalau aku cerita pun diorang mesti tak percaya. Mungkin ada pulak yang kata aku ni cuba nak buat lawak sarkis...

Tapi, lantaklah... Korang pun kalau baca entry cerita ni kalau nak percaya pun percayalah, kalau tak nak percaya pun tak pe... Tapi, aku rasa nanti last-last korang mesti percaya.. Tak percaya? Cuba baca dulu......

Kisah ni berlaku masa tahun 2006. Malam tu aku baru balik dari outstation kat Johor. Biasa la orang bujang, mesti la keje outstation baru la duit mahsyuuuk, OT pun berlambak, tapi sayang OT boleh claim cuma setahun sekali je... Dari JB singgah ke Shah Alam kejap, ambik kete aku yang parking kat rumah sewa kengkawan. Time tu dah tengah malam.....

Night at the highway....

Dalam perjalanan balik ke KL, aku ikut Highway MRR2. Masa dalam kete, aku pasang CD lagu kumpulan Nirvana.. Time Kurt Cobain tengah rancak main gitar unplugged lagu My Girl, aku terperasan ada sorang pompuan dok berjalan kaki kat highway betul-betul sebelah divider. Dia pakai baju gaun warna merah. Rambut panjang. Kalau ikutkan hati, aku memang tak mau berhenti sebab takut pompuan tu bukan manusia. Tapi, bila pikir-pikir balik mana ada hantu nak pakai baju kaler warna-warni...! Kalau hantu selalunya kan pakai baju kaler putih kusam-kusam je. Jadi, aku pun berhenti........

Aku turunkan tingkap, lepas tu aku tanya pompuan tu..

"Dik, apasal jalan kaki sorang-sorang kat tengah highway ni.. Kang kalau tersodok dek lori hantu kang naya je... Nak pegi mana ni?"

"Nak balik rumah,bang....", Dia jawab pendek.

"Meh la naik, abang hantar sampai rumah..", Pompuan tu pun naik kete aku yang tak berapa besar tu. Aku sempat ushar muka dia. Memang cantik!

"Camne boleh jalan kaki sorang-sorang ni...?", Aku mulakan perbualan skema, lepas aku slowkan suara CD player lagu Kurt Cobain.

"Saya baru lepas kena 'R'....", Pompuan tu jawab. Aku mula saspen.....

"Err, kena 'R' tu kena apa?", Dalam saspen aku bertanya kat pompuan tu.

Dia diam. Aku tengok dia macam lambat sangat je nak jawab kemudian aku tanya dia lagi soalan yang sama.

"Kena 'R' tu kena apa, dik?"

"Kena ragut!", Aku mengurut dada. Ingatkan kena apa tadi, saspen sangat. Aku terus mengurut dada aku sendiri bukan dada pompuan tu tau.

"Bila yang kena ragut tu..?", Aku makin peramah dalam bertanyakan soalan.

"Tadi.. saya tengah tunggu bas kat bus-stop sana.. Datang dua mat motor terus rentap handbag saya...", terang dia panjang lebar. Muka dia ada sikit senyum.

"Abis tu, ke mana kita ni? Ke balai? Buat report?", Aku usulkan cadangan.

"Tak payah la bang, malas nak report-report, lagipun takde apa yang hilang... Dalam bag tu ada kad bas aje..", Celoteh pompuan bergaun merah tu.

"Wallet? Duit?", Tanya aku pendek tapi tegas.

"Tak hilang... saya simpan kat lain...", Muka aku mula berkerut.

"Kat mana?"

"Ada la...", Aih, pompuan cantik bergaun merah ni nak berahsia pulak.. Kang aku tinggal kat tepi highway ni baru tau....

"Cakaplah!", Aku mula hangin dengan orang yang nak berahsia tak tentu pasal ni..

"Ala... Seganlah bang.....", Suara pompuan tu lembut je. Aku mula cair.

"Nak segan apa?", Aku terus bertanya tapi suara aku pun lembut jugak penuh dengan tatasusila orang melayu.

"Hehe! Saya....", Kening dia bertaut, bibir dia mengukir senyum.

"Saya apa?", Aku terus bertanya macam polis.

"Saya simpan kat...", Ayat dia terhenti sambil tiba-tiba tersipu malu. Muka aku kembali berkerut.

"Kat dalam baju..", Pantas aku potong cakap dia.

"Hish! Abang ni....", Dia senyum lagi.

"Betul ke tak?", Aku tanya lagi sambil ushar-ushar muka cantik pompuan tu.

"Emmmm.... Dari dulu lagi saya simpan macam tu. emak kata simpan macam tu selamat. Orang tak boleh nak ambik....", kata pompuan bergaun merah tu sambil dia membuka seat belt.

"Jadi IC pun tak hilang la ye?", Aku terus membuat soalan spot.

"Tak! Lagipun saya mana ada IC, bang....", Pompuan bergaun merah tu bersandar kat tepi tingkap sambil sambil peluk lutut dok pandang aku yang tengah drive.

"Takde IC? Awak ni pendatang haram ke?", Aku mula cuak. Sebab kalau polis tahan dan aku pulak bawak pendatang haram, tak ke mampos aku nanti?

"Tak delah.....", Dia jawab pendek. Aku peratikan muka dia dari tadi asik senyum je sambil duduk bersandar kat pintu tingkap kete macam orang kalah judi.

"Habis tu?", Aku dah tak boleh nak fokus dengan jalan.

PONN..!! PONNN!!!! Banyak pulak lori ngan kete yang hon aku masa tu. Mungkin sebab aku perlahan sangat lepas tu duduk dalam line tengah agaknya. Dalam bunyi bising hon tu, aku macam terdengar dia cakap something... Lebih kurang macam ni...

"Saya ni hantu....!" Disebabkan aku tak berapa dengar akibat bunyi hon yang membingitkan telinga, aku suruh dia ulang balik apa yang dia cakap tadi.

"Saya kata saya ni hantu! Hantu mana ada pakai IC!", Masa tu mata aku terbeliak tengok pompuan bergaun merah tu.

Aku telan air liur banyak kali sampai nak tercekik. Aku berhentikan kereta kat tepi jalan. Muka dia yang cantik tadi berubah menjadi wajah yang menakutkan. Rambut dia mengerbang. Mata dia bertukar merah. Bunyi merengus keluar dari mulut dia. Dia sempat senyum menampakkan gigi taring. Menyeringai macam serigala.. Aku rasa macam dah takde kaki, kebas!

Entah bila masa dia bukak pintu, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, dibawah cahaya bulan purnama malam tu aku nampak benda bergaun merah tu terbang menuju ke arah jirat cina yang terletak kat sebelah highway MRR2.

Lepas tengok benda tu terbang, cepat-cepat aku tutup pintu sebelah tempat dia duduk tadi. Aku terus pecut balik rumah kat KL. Esoknya aku demam seminggu, seminggu tak keluar site kat Johor. Dok je la kat opis melayan demam dek kena sakat dengan pompuan bergaun merah.

Satu lagi moral yang aku belajar daripada cerita ni, sebenarnya hantu tak semestinya pakai baju kaler putih kusam macam yang kat dalam tv tu. Benda-benda ni boleh menyerupai dengan berbagai-bagai bentuk. Jadi, nasihat aku kalau korang lalu kat MRR2 time tengah-tengah malam dan ternampak pompuan dok jalan sorang-sorang kat tepi highway, SILA JANGAN BERHENTI!

p/s : Sekarang korang percaya tak?

Monday, 4 November 2013

Untuk Perempuan Sahaja : Edisi Lelaki Lombok?

Berapa agaknya tambang bot laju ke Lombok?

Aku ingat, cuti sekolah bulan depan aku nak pergi oversea. Pegi ke oversea bukannya bermakna aku nak pegi ke New Zealand, Turkey ataupun ke Brazil. Tapi aku cuma nak ke tanah seberang. Ke Lombok. Anak-anak dara, mak-mak dara kalau ada yang nak ikut boleh la inbox aku. Boleh kita buat lawatan sambil belajar. Kita tengok apa yang ada kat sana. tengok orang-orangnya macam mana, terutamanya lelaki-lelakinya. Macho sangat ke? Senang-lenang ke diorang tu? Ataupun semuanya baik-baik belaka?

Aku nak tahu. Aku tak pernah lagi berkenalan dengan lelaki Lombok. Apatah lagi jatuh cinta dengan lelaki Lombok. Gila ke aku nak jatuh cinta dengan species lelaki yang sama macam aku? Ya, Rabbi minta simpang jauh-jauh benda yang bukan-bukan pada aku dan kalangan ahli keluarga aku, ameen.....

Okey, back to the story.. Dengar kata, ramai benar anak dara kita berkenan dengan diorang. Sampai sanggup lari tinggal ibu dengan ayah sebab nak kawen dengan lelaki Lombok. Sesetengah tu belum habis sekolah pun. Sanggup redah hutan, naik turun tongkang, masuk denai nak ke sana. Hebat betul penangan cinta Lombok. Kononnya lelaki Lombok ni spesial sikit. Rajin kerja. Setia. Kalau cinta kat sorang, sorang tu aje lah. Lepas tu khabarnya, dia orang bukan jenis lepak kedai mamak, nganga tengok bola, Facebook pun diorang takde, YM lagi la tak tahu. Hmmmm....

Yang sebenarnya, aku betul-betul tak tahu apa sebenarnya keistimewaan lelaki-lelaki Lombok  ni hingga mencetuskan satu fenomena kepada anak-anak dara. Aku teringin nak tahu, apa jenis lelaki yang datang dari tanah seberang ni. Aku percaya diorang ni bukanlah kaya-raya. Bukan jenis mampu belikan beg tangan mahal-mahal atau emas putih tujuh lapan karat untuk menawan hati perempuan. Dari segi rupa paras pulak, aku tak mau komen. Alah, orang perempuan bukannya tengok sangat rupa paras, tapi tengok hati kalau tak pun tengok poketnya. Kalau termaktub dalam undang-undang yang semua perempuan wajib pilih suami berdasarkan rupa paras, nescaya 90 peratus lelaki atas muka bumi ni takkan dapat berbini. Itu aku gerenti!

Ada satu kemungkinan, satu hal yang membuatkan mereka ini digilai oleh anak-anak dara ialah tahap kesetiaan diorang terhadap seorang perempuan. Dalam kamus hidup diorang, tak ada istilah kahwin lagi selagi bini tak mati. Walaupun pada aku kesetiaan bukan bukti kasih sayang sejati, tapi bagi kebanyakan perempuan setia itu adalah lambang cinta suci.

Perempuan memang macam tu, sebab hati nurani diorang sejak lahir lagi memang suci murni dan tak bengkang-bengkok. Apabila kesucian hati dibalas dengan kesetiaan yang tak berbelah bahagi, maka cinta itu terus itu mekar bak mekarnya bunga matahari di taman bunga Tasik Perdana.

Walau macamana pun, aku tak tahu setakat mana nilai setia lelaki-lelaki Lombok tu. Hanya anak-anak dara kita yang dah merasa saja yang tahu. Lagipun belum ada kajian dari mana-mana universiti bab setia tak setia ni. Maknanya tak sahih lagi. Apa yang aku taip ni cumalah pandangan peribadi aku je. Cuma, aku nak ambik kesempatan nak pesan sesuatu kepada kawan-kawan dan adik-adik perempuan kat luar sana. Taat setia memang sesuatu yang mulia tapi kesetiaan tak semestinya dia tak curang, tak pandang perempuan lain, tak pasang niat nak tambah lagi atau ada hati nak buat benda-benda jahat.

Dan yang paling tepat sekali, tak ada gunanya hidup bersama seseorang yang setia tahap dewa kalau hidup merana, kais pagi makan pagi, makan penampar siang malam atau berendam air mata sepanjang masa.

P/s : Jangan sia-siakan hidup dengan mencintai warga asing tak kira le lelaki ke perempuan.. Sayangilah family anda...