jom follow....

Tuesday, 24 September 2013

Biodata Malaikat Maut

Kenderaan terakhir kita semua..

Kita sering bercerita tentang mati, keadaan mati dan tanda-tanda awal seseorang itu akan mati. Tapi, kita lupa untuk berbicara tentang makhluk Allah SWt yang ditugaskan untuk mencabut nyawa. Beliaulah malaikat pemutus nikmat.

Penciptaan Al-maut

Ketika Allah SWT menciptakan kematian dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, dia bertanya,

"Wahai tuhanku, apakah Al-maut?"

Lalu Allah SWT menyingkap rahsia al-maut dan memerintahkan agar semua malaikat menyaksikannya. Para malaikat terkejut apabila melihat Al-maut. Mereka jatuh pengsan selama 1000 tahun. Setelah sedar, mereka bertanya,

"Wahai tuhan, ada lagi makhluk yang lebih besar daripada ini?"

Lalu Allah SWT  berfirman,

"Akulah yang telah menciptakannya dan Aku lebih Agung daripadanya. Setiap makhluk akan merasai maut."

Kemudian, Allah SWT berfirman lagi,

"Wahai Izrail, ambillah Al-maut dan Aku telah menyerahkannya kepadamu"

Malaikat Izrail berkata,

"Ya, tuhan.. Apa dayaku untuk mengambilnya sedangkan ia lebih agung daripadaku."

Kemudian Allah SWT  memberikannya kekuatan sehingga Al-maut menetap ditangannya.

Malaikat maut memerhati kita 70 kali sehari

Tahukah korang bahawa malaikat maut memerhatikan kita 70 kali sehari? Tiada seorangpun yang terlepas daripada dilawatinya setiap hari. Hanya kita yang tak perasan lalu tidak berasa takut. Abdullah Bin Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

" Malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi 70 kali sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati ada yang sedang ketawa.
Maka Izrail berkata : Alangkah hairannya aku melihat manusia ini, aku diutuskan oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih bergembira dan ketawa..."

Apa yang kita rasa selepas membaca hadith diatas? Tentunya kegerunan menyelebungi diri. Kita tidak merasai kehadiran malaikat maut disisi kita kerana malaikat perkara ghaib yang tidak terbuka hijab untuk kita melihatnya.

Kisah nabi ibrahim dengan malaikat maut.

Nabi Ibrahim mempunyai sebuah tempat khas untuk beribadat. baginda mengunci pintu apabila keluar supaya tiada siapa dapat memasuki tempat itu. namun pada suatu hari, apabila Nabi Ibrahim memasuki rumah, seorang lelaki berada didalamnya. lalu baginda bertanya,

" Siapa kamu yang berani menceroboh rumahku?"

"Aku dimasukkan ke dalam rumah ini oleh pemilik rumah ini", Jawab lelaki itu.

"Katakan padaku adakah kamu ini malaikat?", Tanya nabi ibrahim.

"Ya, aku ialah malaikat maut!", Setelah mengetahui bahawa lelaki itu malaikat maut, baginda memohon agar ditunjukkan kepadanya rupa malaikat maut semasa mencabut nyawa seorang mukmin.

Lalu, malaikat maut menyuruh baginda berpaling. Setelah baginda melihat kembali malaikat maut Nabi Ibrahim sangat terkejut dengan keindahan rupa malaikat maut yang tampan, memakai kain yang cantik wangian berbau harum semerbak.

Lantas, baginda berkata,

"Wahai malaikat maut, jikalau orang mukmin hanya dapat menatap wajahmu sahaja sebelum mati, itu sudah cukup bagi mereka."

Pada kesempatan lain, Nabi Ibrahim meminta malaikat maut menunjukkan rupanya ketika mencabut nyawa orang yang ingkar pada perintah Allah SWT dan berbuat zalim. Jawab malaikat Izrail,

"Berpalinglah daripada melihatku buat seketika."

Apabila baginda memandang kembali malaikat maut, alangkah terkejutnya melihat lembaga lelaki berwarna hitam dan berambut kerinting. Mulut dan hidungnya mengeluarkan lidah api yang menjulang-julang serta asap bergulung-gulung.

Nabi Ibrahim terus jatuh pengsan. Setelah sedar, malaikat maut kembali pada wajahnya yang tampan. Lalu baginda berkata,

"Wahai malaikat maut, kalaulah orang zalim dan ingkar melihat mukamu sebelum mati, memadai untuk membuat mereka bertaubat kepada Allah SWT."

Semua yang hidup akan merasai mati..

Kreadit : Zikra- Ustaz fauzi abd hamid. ~ SOLUSI isu#59~

Monday, 23 September 2013

Hakikatnya, Ini Kuala Lumpur...!

La Tahzan Innallahamaana....
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah SWT ada bersama kita..."

Kata-kata ni aku pegang sejak zaman sekian lama dulu. Kalau kita tengok sekarang ni, ramai orang berjaya dengan jalan mudah dan cepat. Kemudian, ada pulak orang yang berjaya dengan cara lambat dan susah. Bagi aku, aku tergolong dalam kategori lambat dan susah.

Gaji yang aku dapat tiap bulan bukanlah banyak kalau nak kira realiti perbelanjaan hidup kat bandar Kuala Lumpur ni. Kalau dengan gaji sekarang ni, duduk kerja kat kampung konfem duit yang ada lebih daripada cukup. Hakikatnya, ini Kuala Lumpur...!

Dengan realiti yang kat ada depan mata aku sekarang, aku memahami satu perkara iaitu, kita sebagai manusia mempunyai satu hak iaitu berusaha. Hak Allah SWT adalah untuk menentukan sama ada kita layak mendapat hasil daripada usaha atau tidak. Pokok pangkalnya, aku berusaha dan Allah SWT yang menentukan. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Menurunkan Rezeki.

Dalam memburu impian, bagi aku terlalu banyak faktor yang mempengaruhi. Antara impian dunia yang mahu dikejar dan matlamat akhirat yang sebenarnya adalah matlamat agung yang perlu dicapai. Disebabkan itu, aku memilih untuk berdoa. Berdoa kepada Allah SWT supaya dipermudahkan. Aku percaya, orang miskin boleh jadi kaya dengan sekelip mata dan orang kaya pun boleh jatuh miskin sekelip mata dengan kehendak Allah SWT.

Aku ingat lagi, pada suatu hari, aku tidak mempunyai wang. Semua duit simpanan dikeluarkan untuk kegunaan belanja harian sekeluarga. Belanja pampers anakanda, susu anakanda, lauk pauk, duit tol dan beberapa kegunaan lain. Kena pulak masa tu anakanda Harith tengah tak sihat.
Masih ada 2 minggu lagi sebelum gaji seterusnya. Namun, duit yang aku ada ketika tu cuma beberapa ringgit je. Ia hanya sekadar cukup untuk mengisi minyak kereta. Nasib baik aku dah topup kad touch N go masa mula-mula dapat gaji hari tu. Boleh la guna buat bayar tol dengan LRT, secara tak langsung jimat dah cash money yang ada dalam dompet ni..

"Ya, Allah.. Berat benar ujian-Mu kepadaku. Kesemua kawan aku menganggap aku ini kaya. Aku dah mempunyai pekerjaan tetap dan bekerja sambilan. Hakikatnya ya Allah, aku tidak mempunyai wang..! Aku miskin ya Allah...", Aku merenung nasib. Runsing memikirkan hari esok. Susu anakanda dah nak habis, pampers anakanda pun dah tinggal sikit.

Aku benar-benar tidak ada wang!

Masa tu, aku ingat lagi.. Hari tu hari jumaat. Aku pergi ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Dalam masjid, ada sebuah kotak derma beroda bergerak kat depan aku supaya diisi seringgit dua sebelum ia bergerak kepada orang di sebelah.

Dengan spontan, aku seluk poket belakang lalu aku mengeluarkan dompet. Tinggal hanya sekeping not RM 50, sekeping not RM 10 dan beberapa keping wang RM 5  dan RM 1. Aku berdoa,

"Ya, Allah.. Jika ujian ini adalah untuk lebih mematangkan aku dan sebagai isyarat daripada Engkau, bahawa apa yang ditakdirkan terjadi pasti terjadi, aku redha......", lalu aku ambik not RM 50 dan masukkan dalam tabung. Aku nekad.

"Ya, Allah.. Jika benar semua kesempunaan dunia dan ketenagan itu datang daripada-Mu.. Engkau gantikanlah yang kecil ini dengan nilai yang lebih besar!", itulah doa aku pada saat aku memasukkan duit dalam tabung bergerak. Melihat ke dalam dompet, duit yang berbaki cuma ada RM 22.

Selesai solat, aku bingkas bangun untuk balik ke pejabat. dalam perjalanan menuju ke pejabat, Allah datangkan lagi ujian. Kali ni berbeza. Seorang pakcik yang agak tua datang menghampiri. Keadaannya kusut masai. Dia memikul gumpalan beg plastik hitam yang penuh dengan sampah diatas bahu. Di pergelangan kakinya pula dirantai dengan tali rapia bersambung pada tin minuman kosong. Pakcik ni orang tak berumah pada tanggapan aku.
Diangkat tangan kanannya menggerak-gerakkan sebagai isyarat bahawa dia perlu sesuatu untuk makan. Mungkin dah beberapa hari dia tak makan. Aku jadi serba salah, serba tak kena pada masa tu. Aku dah hampir kehabisan wang untuk nak bagi kat pakcik tu..

Aku tarik nafas panjang-panjang. Aku seluk poket dan ambik duit yang ada dalam dompet. Aku berikan kat pakcik tu RM 10.

Aku still ingat lagi perasaan time tu, sangat susah hati. Sekarang, duit aku tinggal RM 12. Aku dah takde duit lagi, sedangkan orang lain menganggap aku macam orang berduit. Hakikatnya kekeringan wang yang serius! Minda aku ligat memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan. Hati penuh pasrah mengharap,

"Hamba perlukan pertolongan-Mu ya Allah....!", Dalam hati aku sayu berdoa. Airmata mula bergenang tatkala terbayang wajah isteri dan anakanda harith yang tengah tak sihat perlukan duit nak ke hospital. Terbayang pulak susu anakanda Harith yang dah nak habis. Tak sedar airmata mengalir pada hari jumaat tu...

Pada masa tu, tatkala perasaan terasa putus asa, minda diasak tekanan, hati aku tetap teguh dan yakin akan rezeki Allah SWT. Yakin bahawa Allah SWT mendengar dan melihat apa yang dikerjakan dan apa yang sedang berlaku kepada hamba-Nya.

Bila sampai kat pejabat, aku mendapat khabar yang melegakan hati. Menggembirakan hati dalam duka tadi. Serta-merta mengubah persepsi aku terhadap rezeki. Ia berlaku diluar jangkauan minda. Sesungguhnya inilah keajaiban rezeki.

Benarlah kata-kata Allah SWT dalam firman-Nya :

Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. (Ath-Thalaq 65 :2-3)

Tiba-tiba aku mendapat called daripada Mak Long yang menyatakan nak serahkan wang wakaf daripada bahagian arwah atuk yang berjumlah RM 400.

Maha suci Allah! Tiada apa yang lebih menggembirakan aku. perasaan terharu tidak terhingga dirasakan pada waktu tu. Betapa Allah melihat kesusahan hamba-Nya dan betapa Dia menyayangi hamba-Nya yang benar-benar memerlukan pertolongan. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar. Subhanallah!

Belum pun puas aku panjatkan syukur, aku menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang kawan dan dia mengatakan yang dia mahu aku jadi photographer bagi majlis perkahwinannya hujung minggu depan dan dia mintak nombor akaun bank untuk memasukkan bayaran deposit sebelum bayaran penuh dibuat selepas tamat majlis nanti. Sekali lagi, Allah menjawab doa yang dipohon pada hari jumaat itu.

Pakej fotografi yang aku buat tak mahal cuma RM 600 dari awal sampai habis majlis. Tapi, kesudian kawan aku ni memberikan bayaran deposit sebanyak RM 400 cukup berharga bagi aku. Aku yang tadinya benar-benar kekeringan, tiba-tiba mendapat nikmat rezeki yang luar biasa.

Alhamdulillah, rezeki anakanda harith.. Rezeki isteri tersayang..  Benarlah janji Allah SWT :

Anakanda Harith dengan Umminya.

Sesiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. (Ath-Thalaq 65 :2-3)


Friday, 20 September 2013

Made In Malaysia...

Masuk hari ni entah kali ke berapa aku bergegas menjenguk ke tingkap opis sebab nak tengok jet-jet pejuang ATM yang tengah membuat rehearsal bagi acara lintas langsung untuk Hari Angkatan Tentera ke-80. Bunyi jet yang berdengung lebih daripada 6 harkaat tu membuatkan aku rasa teruja macam budak kecik, melompat-lompat bila tengok jet Sukhoi dan beberapa jenis jet lagi yang aku tak tau nama membuat aksi akrobatik berpusing-pusing menjunam ke atas.

Yang pasti, esok aku akan datang ke Dataran Merdeka bawak wife dengan anak aku supaya diorang dapat tengok kehebatan tentera negara kita dari segi kelengkapan anggota, kelengkapan kereta perisai, kelengkapan logistik dengan kelengkapan kejuruteraan yang ada serta beberapa pertunjukan lain termasuk lintas langsung jet pejuang sekitar Kuala Lumpur ni. 

Semangat cintakan negara, kita kena semaikan dalam jiwa anak-anak muda kita sekarang ni. Semangat cintakan negara bukanlah cuma mengibarkan bendera, bukan jugak cuma pasang bendera kat atas kenderaan ataupun pada premis bangunan. Semangat cintakan negara bukan dinilai daripada berapa banyak bendera dipasang, tapi apa yang penting semangat cintakan negara tu diterapkan dalam diri, dalam hati kita. Tanah tumpahnya darahku, negara berdaulat!

Masa aku kat negara Arab Saudi dulu pun, semangat cintakan negara malaysia tak pernah kunjung padam pun. Bila berjumpa dengan kawan-kawan daripada India, Pakistan, Bangladesh, Arab Saudi, Mesir diorang masing-masing bercerita bangga pasal kehebatan negara diorang. Ada antara diorang yang bangga, kata kat negara diorang ada Piramid Giza, diorang kata negara diorang pernah wujudnya Firaun seperti yang mana diceritakan dalam Al-Quran, diorang kata Miss World banyak yang menang adalah perempuan dari negara India, ada Taj Mahal la dan macam-macam lagi laa.. Aku pun tak nak kalah dengan diorang, aku cerita la kat diorang yang orang malaysia lagi hebat sebab orang Malaysia boleh makan pucuk PAKU, belimbing BESI, jambu BATU, masak rebus ubi KAYU, makan masak gulai ikan PARANG, orang Malaysia boleh makan mata KUCING dan beberapa lagi makanan yang diorang anggap eksotik padahal pada kita biasa je...

Dan, yang paling penting sekali diorang takde kenderaan nasional yang boleh dijual ke luar negara. Aku ingat lagi masa kat tengah padang pasir tu, ada sebuah kereta Proton Gen-2 parking betul-betul kat tengah site padang pasir tempat aku kerja. Dengan bangga, aku panggil semua kawan-kawan 'antarabangsa' yang bangga dengan negara diorang tu ke tempat parking. Kemudian, dengan bangga aku cakap.....

Huiyoooo... Gen-2 kat padang pasir tuh...!

Proton Gen-2 at Saudi Arabia.

gen-2 versi arab..

" This is product of my beloved country. This is made from Malaysia! "

Tercengang diorang bila diorang tengok kereta Proton Gen-2, dan diorang kata diorang tak sangka negara Malaysia ada kereta Nasional. Haaa, baru diorang ada akai bila cakap pasal kebanggaan negara. Jadi, lepas tu diorang tak cakap banyak dah pasal apa yang ada kat negara diorang. 

Cuma, kekadang tu aku terfikir apa la nasib family kawan-kawan 'antarabangsa' aku yang ada kat Mesir tu. Selamat ke diorang? Makan minum cukup ke diorang? Bertuah kita ada di bumi Malaysia ni. Selagi kita ada, tanamlah dalam jiwa korang semangat perpaduan sesama kita. Jangan dilaungkan semangat kebencian antara satu dengan yang lain. Jangan dibakar api dendam yang melaung berapi, kita sama-sama mahukan keamanan, kemakmuran.. Kekalkanlah apa yang kita ada sekarang..

Sama-sama la kita bangunkan negara Malaysia. Tak kisahlah apa ideologi politik korang, yang penting matlamat kita nak majukan negara sama-sama. Tak payah tuding jari tunjuk orang itu, tunjuk orang ini dengan niat nak mencari salah orang. Kita bersatu la macam bak kata pepatah lama, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Gambar kenangan masa kat arab dulu-dulu : We are from Malaysia!







Thursday, 19 September 2013

Eleh, aku pun boleh lukis macam dia!

Lukisan 3D ni dilukis oleh Ramon yang merupakan seorang graduan daripada akademi Airbrush, Netherlands.   Aku bukan nak promote lukisan Si Ramon ni, cuma sebagai seorang yang kaki lukis aku rasa macam tercabar plak bila tengok lukisan 3D brader ni.... Papehal pun, cuba korang tengok lukisan dia kat bawah ni...

Tengkorak hidung mancung!

Pensel tu memang real, yang tak realnya bongkah macam batu tu...

Kapal terbang yang tak terbang...

Piramid...

Alaaaa, comeynya kucin-kucin ni...

Pirate of the carribean.... 


Tuesday, 17 September 2013

Tips membeli perfume?


Pagi tadi lepas bayar duit kete kat sebelah bangunan KWSP, aku terus ke Sogo. Saja la jalan-jalan, cuci mata kejap tengok minyak wangi sambil ushar-ushar SALE yang hebat seperti yang diorang selalu perkatakan di serata ceruk alam. Lagipun opis aku dengan Sogo idok le jauh benor, tak sampai 10minit pun jalan kaki dari opis ke Sogo. Eleh, kalau aku ceritakan kat korang pasal opis aku pun bukannya korang berminat pun, kan?

Sebenarnya aku tengah meriki minyak wangi Tommy Hilfiger Classic. Minyak wangi kesukaan, haruman yang menyegarkan. Dari dulu lagi aku suka minyak wangi ni, tapi macam susah je nak dapatkan minyak wangi jenis tu sekarang ni. Jadi, disebabkan aku gagal mendapatkan minyak wangi yang aku nak.. aku pun kecik hati dengan Sogo sebab tak jual minyak wangi yang aku suka tu...

Bila sampai kat opis, dan bagi merawat hati yang kecik, aku google pasal minyak wangi. Aku cari tips serta rahsia yang ada pada minyak wangi. Atas dasar semangat kesukaan terhadap minyak wangi, adalah baik bagi aku untuk berkongsi rahsia ni dengan korang yang kaki beli minyak wangi! Mungkin fakta ni berguna buat korang yang selalu beli minyak wangi..

Tak tahu le korang tahu ke tak.. Bagi yang tahu, mungkin boleh share entry ni pada kawan-kawan yang tak tahu. Bagi yang tak tahu sila baca perenggan yang seterusnya. Harap ia dapat membantu sedikit sebanyak menambah ilmu tentang perfume masa nak beli nanti..

Selama korang beli perfume ni, korang ada perasan tak perkataan yang tertera kat botol minyak wangi tu contohnya Eau De Toilette, Eau De Parfum dan lain-lain..? Sebenarnya istilah ni merujuk kepada kekuatan wangian atau lebih khusus berapa banyak kandungan pati ditambah kepada alkohol gred tinggi dan / atau air.

'Parfum' ( jenis umum paling pekat korang boleh beli ) mempunyai perfume oil/pati dalam 15-25% yang larut dalam alkohol. Mana-mana campuran dengan kadar yang lebih rendah daripada minyak alkohol dikenali sebagai Eau (yang mana cara sebutannya eewww) Heh!

a) Eau Fraiche ( biasanya 3% or less perfume oil)
b) Eau de Cologne - EDC (2-5% perfume oil)
c) Eau de Toilette - EDT (4-10% perfume oil) - Biasa ada pada kebanyakan brand..
d) Eau de Parfum - EDP (8-15% perfume oil) - Brand agak mahal contoh Chanel no.5 dll.
e) Soie de Parfum (15-18% perfume oil) - Brand memang mahal contoh Hermes dll.
f) Parfum (15-25% also sometimes referred to as extract or extrait) - contoh original Chanel no.5, dll
g) Perfume oil / pati (15-30% perfume oil in an oil rather than alcohol base)

Korang jugak berkemungkinan untuk jumpa Parfum de toilette. Kebanyakan syarikat pengeluar menggunakan istilah ni untuk menggambarkan kepekatan yang sama seperti Eau de Parfum atau antara Eau de Parfum dan Parfum (8- 25%).

Ada 3 jenis wangian or perfume yang paling biasa kita beli kat mana-mana premis kedai minyak wangi antaranya :

a) Parfum - ini adalah satu daripada wangian paling kuat boleh didapati. Ini bermakna korang hanya perlu menggunakan dalam kuantiti yang sedikit dan wangian akan bertahan lebih lama bergantung pada jenis kulit. Bau akan bertahan dari 6 hingga 8 jam atau lebih!

b)Eau de Parfum EDP - Ini adalah ringan daripada parfum dan tak la mahal sangat, tapi ia masih mempunyai bau wangian yang tahan lama. Bau boleh bertahan dari 3 hingga 5 jam.

c)Eau De Toilette EDT - Ini adalah wangian ringan dan paling biasa digunakan untuk kegunaan harian yang kasual. Ia adalah yang paling kurang mahal daripada Eau De Parfum. baunya pulak boleh tahan selama 2 hingga 4 jam.

Ini contoh minyak wangi yang ada kat pasaran sekeliling kita sekarang ni....



aik, minyak wangi Body Shop pun ada jugak kat sini..?


Ada banyak lagi yang lain, tapi maleh aku nak tempek semua..

Sedikit tips wangian yang boleh aku share kan kat sini :

Semburkan sikit minyak wangi faveret korang kat sikat rambut korang. Aroma yang akan berlangsung selama beberapa jam dan membuatkan rambut korang bau semerbak! Sesetengah orang suka sembur 'squirts' sedikit wangian kegemaran diorang secara langsung kat dalam syampu dan/atau perapi untuk bau wangian tambahan.

As we know, fragrance scent rises, so for to your perfume smell. Spray all your pulse point from your ankle, behind knee, wrist, inside your arm, neckline etc. Remember to FIRST put on your fragrance scentec body lotion or body creme before your perfume. This will help ensure your smell will last hours longer and you will not need to use as of your perfume. So, if you get the gift set with all those added fragrance goodies, use them!!

Terima kasih kerana sudi membaca.. Harap ia dapat membantu.. :)

Thursday, 12 September 2013

Dia kata aku gemuk..Huh!

Jalan Sultan Ismail, kuala Lumpur.

Petang tu sampai kat rumah, macam biasa aku disambut oleh telatah dan celoteh anakanda Harith..

"Abah, nak jalan-jalan...", Harith pandang aku dengan muka tersenyum manis sambil kepala dia sengetkan ke kanan.

Hilang penat buat kerja kat opis. Hilang hangin masa drive dalam jammed tadi bila tengok anakanda Harith tersenyum manis.

"Jom, abah dukung Harith.. Kita pegi tengok bas sekolah...Yiiihaaaaa..!!"

Aku bawak Harith jalan-jalan kat kawasan perumahan, bagi dia tengok bas sekolah, lori yang lalu-lalang kemudian baru aku bawak dia balik rumah. Sampai je kat rumah, aku terus masuk ke rumah dan letakkan Harith daripada terus berdukung. Lenguh jugak tangan dukung si Harith ni.

Aku terus berdiri menghadap pintu sliding door tengok pokok bendi yang aku tanam depan rumah dah makin layu. Harith berdiri kat sebelah aku, dia tengok perut aku yang turun naik sebab bernafas. Aku buat-buat macam tak perasan yang dia ada kat sebelah. Tiba-tiba Harith cakap,

"Abah ni gemuk laa...!", Terkejut aku bila mana budak yang berumur 2 tahun 4 bulan macam dia boleh sound tepek kat abah dia macam tu.

"Gemuk? Hish! Mana ada la..?", Aku terus jawab balik apa yang Harith suarakan tentang apa yang dia nampak sambil aku raba-raba perut aku nak pastikan yang aku ni betul-betul gemuk ke tak.

"Ye la.. Abah ni gemuk laa.. Perut tu muncit je Harith tengok...", Harith tepuk-tepuk perut aku macam yang biasa aku buat kat dia masa nak siapkan dia selepas dia mandi.

PEK!PEK!PEK! Harith terus main tepuk-tepuk perut aku.

"Dah la, Harith pegi main lorry dengan car tu. Nanti abah teman.. Nanti abah jadi buaya geletek badan Harith..Huragghhhh..!",Aku terus berseloroh mengacah Harith main daripada dia terus tepuk-tepuk perut aku.

PEK!PEK!PEK! Aku tepuk perut aku sendiri pulak kat depan cermin.

Malam tu aku berdiri depan cermin. Aku tengok diri aku sendiri. Harith cakap abah gemuk.. Emmmm....

Memerhatikan diri sendiri kat depan cermin

Aiseh, memang perut ni naik la. Camne eh nak kempiskan perut ni.. Aku bukak baju yang aku pakai. Dan aku terus berdiri statik kat depan cermin lagi...

Baju pun dah ketat, nak bukak pun bukan main payah...

Gemuk ke macam ni?

Aku terus perhati setiap inci lemak kat perut. Makin perhati, makin sakit hati pulak aku tengok lemak kat perut ni..  Lalu, dengan perasaan rendah diri beserta kudrat yang ada.. Aku terus cuba melakukan aktiviti bersenam. Aktiviti pumping ni orang kata amat sinonim dengan kaedah senam kempis perut, jadi aku pun cuba...

Tengah memasang kuda-kuda untuk aktiviti pumping...

tahan nafas...............

Errrghhh!!! Macam tak larat pulak nak naik balik......Tih!Tih!Tih...!

Mengah! Tak cukup udara...!

Tapi sayangnya, akibat dah lama sangat tak bersenam baru pumping beberapa kali, aku dah mula pancit. kalau dulu, aku rajin pegi jogging, main ping pong futsal, main badminton tapi sekarang ni sejak segala permainan berada dihujung jari, aku makin lama makin jauh dengan aktiviti berpeluh kat padang.

Aku rasa aku perlukan pemikiran yang betul-betul serius pasal nak jadi manusia yang slim! Start hujung minggu ni aku nak jogging la.... Jom kita bersenam, kawan-kawan!


Monday, 9 September 2013

Cara merawat selsema bagi bayi dan orang dewasa..


Sekarang ni tak kira pagi, petang, siang atau malam mesti hujan. Al-maklumlah sekarang ni dah masuk musim hujan. So, kalau dah masuk musim hujan secara automatiknya musim selsema pun berlaku tak kira pada kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Jadi, kat sini ada beberapa petua yang aku rasa boleh korang gunakan bagi menghilangkan selsema secepat yang boleh. 

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Kajian mendapati terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim.

Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, batuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. 

Apa yang pasti, gejala selsema sering membuat anda berasa tidak selesa. 

Bagi kanak-kanak, gejala ini kebiasaannya dirawat dengan menyapu kunyit yang telah dicampurkan dengan kapur sirih pada hidung bayi. Malah lendir dari batang sireh yang telah dihancurkan ataupun lendir dari daun sireh yang diramas juga dikatakan berkesan disapu sepanjang hidung bayi. 

Aku biasa mandikan anakanda aku dengan air yang ditabur dengan serbuk kunyit. serbuk kunyit yang masak ikan tu la. Abang ipar aku kata ia boleh menguatkan antibodi, jadi aku try la. Alhamdulillah, memang berkesan. Aku pun selalu je mandi dengan serbuk kunyit, pastu abis tuala melekat kaler kuning kunyit!

Berbeza dengan orang dewasa, terdapat pelbagai cara yang boleh diamalkan bagi mengatasi gejala selsema. 

Mulakan langkah pertama iaitu mengatasi gejala selsema dengan membasahkan ubun-ubun tidak kira sama ada pada waktu hujan mahupun panas. 

Manakala sekiranya mahu mandi, pastikan anda tidak mandi lewat terutamanya pada waktu malam. Rasa sejuk dingin malam hanya akan membuatkan gejala selsema yang anda alami menjadi lebih teruk. Selewat-lewatnya mandi pada waktu petang dengan menggunakan air suam. 

Langkah terbaik untuk mengatasi penyakit selsema adalah dengan mengamalkan petua mencampurkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau dan diperahkan airnya lalu diminum. Sekiranya anda konsisten mengamalkan petua ini sekali dalam sehari, masalah selsema tiada lagi. 

Meminum susu panas dicampurkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis turut membantu anda mengatasi selsema. Ini kerana khasiat yang terdapat di dalam susu panas dan kulit kayu manis mampu menghangatkan badan anda dengan segera. 

Sekiranya ia masih belum berkesan, kunyah sedikit kulit kayu manis juga boleh membantu mengurangkan dan mengeringkan lelehan hingus, melancarkan peraliran darah dan sekaligus dapat membantu proses penyembuhan. Namun pastikan ia di basuh terlebih dahulu sebelum dikunyah. 

Selamat mencuba dan ikhtiar dalam tawakal sebab Allah SWt yang menyembuhkan penyakit kita.. 

Friday, 6 September 2013

7 Petanda Si Manja Anda CERDAS..


Senyuman manis selepas dibelikan mainan..

Aku tahu ramai diantara korang yang dah ada anak, dan ada jugak mereka-mereka yang belum kahwin tu sukakan kanak-kanak apatah lagi baby yang comel-comel. Entry kali ni aku saja je nak share dengan korang  petanda menunjukkan yang si comel korang adalah si comel yang cerdas..

1. Kenal wajah anda - Dia merenung korang sambil memegang wajah korang. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2. Berbual dengannya - Dia menunjukkan reaksi apabila korang berbual dengannya. Dia akan melihat korang seakan memahami apa yang dia cakapkan.

3. Memberi senyuman - Korang senyum kepadanya dan dia pun akan tersenyum kat korang balik. Bermakna, dia dah mula menunjukkan perkembangan emosi.

4. Bertindakbalas kepada permainan kesukaan -  Sedang dia asyik bermain dengan barang permainan kesukaannya, cuba korang ambik barang mainan tu. Dia konfem akan menjerit. Ini menunjukkan dia dah tahu sayangkan barang kesayangan dia.

5.Tahu apabila namanya dipanggil - Korang panggil nama dia dan dia akan memandang ke arah korang. Panggillah nama yang biasa korang ucapkan setiap hari.

6. Mencapai objek - Kemahiran motor kasarnya semakin baik. dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7. Berminat objek yang terang - Warna terang seperti merah, hijau, oren atau kuning merupakan warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seumpama ini dan dia dengan pantas akan mengambilnya.

mainan kaler oren-oren.. 

Ini je lah yang dapat aku share kan dengan korang yang mana ia hasil kajian aku sendiri ke atas anakanda aku dan disokong oleh beberapa maklumat tambahan hasil carian google. Mungkin korang boleh dapat lebih  maklumat lain petanda anak cerdas. Kalau ada, nanti boleh la kita share sama-sama dengan readers yang lain.. :)

Wednesday, 4 September 2013

Pokok Pelik Yang Tak Pernah Korang Tengok..

Aku sebenarnya takde apa nak cerita kat sini. Kepala otak aku tengah tepu lepas buat kerja-kerja 5s kat opis kena pulak tengah demam sekarang ni. Masa tengah google cari herba nak buat ubat demam, terjumpa pulak gambar-gambar pokok pelik ni..  Jom kita tengok.....

Pokok lubang-lubang.

Pokok lubang-lubang yang seksi.. Hahaha..


Humang aih!Pokok terkangkang..

Frame pokok


Nama pokok ni 'dalam taman ada hati'


Sesi membuat audit terhadap pokok-pokok.


Ikatan 'buka sila' versi pokok..


Cantik pokok ni.. 


Variasi pokok yang pelbagai...

Dah tengok? Panjatkanlah banyak-banyak pujian pada Yang Maha Pencipta atas ciptaan-Nya yang pelbagai ni.. :) Subhanallah!