jom follow....

Monday, 17 June 2013

Ada Apa Dengan Lipan...?



Korang pernah tengok lipan..? Korang pernah pegang lipan..?Haa, tak pun korang pernah tak bercakap dengan lipan..? Bagi korang yang pernah dok kat kampung mesti pernah tengok lipan kan..? Lipan ni adalah seekor binatang yang tergolong dalam golongan haiwan berbisa. Lipan juga mempunyai kaki yang banyak. Ia selalu melepak didalam tangki septik najis yang ada kat rumah kita tu. Hish, tangki septik najis tu.. alaaa, yang petak tu..yang atas tutupnya ada besi kat luar rumah tu.. Disitulah kediaman rasmi lipan. Tapi, anda perlu tahu bahawa lipan-lipan ini akan berkeliaran keluar dari rumah rasmi lipan tatkala hujan lebat.

Mesti korang pelik kan kenapa aku cakap macam tu. Sebabnya aku telah membuat beberapa siri kajian tak rasmi mengenai habitat lipan dan persekitaran hidup lipan. Semua rahsia lipan yang selama ini tersimpan rapi oleh saintis antarabangsa akan aku bongkarkan satu-persatu. Tapi buat masa sekarang ni aku tengah siapkan kajian ni sebab kajian ini juga merupakan salah satu assignment aku yang lecturer bagi. Tapi, aku pelik... aku belajar ambik course kejuruteraan elektrik tapi kenapa lecturer bagi assignment cerita pasal lipan pulak..? Saban malam aku terus memikirkan apa sebenarnya rahsia lipan dalam kejuruteraan elektrik...

Malam tadi hujan lebat. Dan, malam tadi juga macam biasalah, aku google sikit untuk buat research pasal lipan. Masa tengah google tu aku dengar bunyi anjing berkejar-kejaran kat depan rumah. Aku intai sikit melalui tingkap bilik, memang sah anjing tu tengah mengejar kucing. Biarpun kucing tu mempunyai kaki hanya empat tapi kepantasan kucing tu berlari seperti ia memiliki enam pasang kaki. Sungguh laju!

Hujan terus turun mencurah-curah, aku rasa macam dah malas nak buat research pasal lipan ni. Mata dah mengantuk sangat. Aku ambik keputusan nak tido. Aku dengar suara anak aku merengek, aku rasa macam liat je nak bangun. Aku bukak sikit mata, aku tengok wife aku tengah layan anak aku. Aku tengok wife aku bangun buat susu dan aku terus pura-pura tido berdengkur.. Kroohh..krohhh..kurrrr....... Aku bukak mata aku sikit, aku tengok anak aku dah tido balik. Hujan-hujan ni bestnya tido peluk bini... ekekekekeke...
Tapi, heran.. apasal wife aku lama sangat buat susu anak kat dapur tu..?

Tiba-tiba, aku dengar wife aku menjerit..

"Abiiii..!! Abiii....! Abiiiii........!Tolooongggg...!!!", Dengan dalam keadaan terperanjat, aku terus bangun pegi kat wife aku.

Aku capai parang panjang berbalut kain kuning yang pernah terbang masa tahun 1969 dulu. Aku memang dah nekad dah, demi mempertahankan keluarga aku.. Tak kira la sape pun penyamun yang datang tu memang aku takik je. Lepas dah takik baru panggil polis, tu pun kalau aku tak kena takik sama la....

"Mana dia..? Mana..? sayg mana orang jahat tu..?! Biar abi libas dengan parang terbang ni!", Aku berdiri kat tengah-tengah dapur dengan gagah sambil memegang kain pelekat yang dah nak terlondeh.

"Tu.. tu.. kat kaki abi....", wife aku berdiri kat atas kerusi sambil pegang botol susu Harith.

Aiseymen, rupa-rupanya orang jahat tu dah masuk dalam rumah dan sekarang ni dia tengah duduk kat tepi aku. Siot je, camana aku boleh tak perasan tadi. Dengan gerak-geri perlahan penuh hati-hati. Aku mula memasang kuda-kuda bersedia nak bertempur dengan penyamun tu.

Aku perhati perlahan -lahan kat kaki aku, cuma ada sekor lipan. Lipan ni bukan lipan biasa. Ini bapak segala lipan. Dia punya saiz sebesar ibu jari tangan orang dewasa. Dia punya panjang sejengkal ukuran tangan orang dewasa. Aku bertambah terperanjat, dengan pantas aku naik kat atas kerusi meja makan. Tak pernah aku tengok lipan besar macam tu. Sekarang ni, aku dengan wife aku sama-sama tengah berdiri kat atas kerusi. masing-masing menggelabah, terperanjat tengok saiz lipan yang macam anak ikan puyu.

"Kenapa tak cakap je tadi ada lipan kat kaki abi?", bentak aku kat wife aku sambil kuis-kuis lipan tu pakai parang terbang.

Lipan tu mula-mula macam nak jalan-jalan kat area dapur je, kendian aku tengok lipan tu berusaha berjalan laju-laju nak pergi ke ruang tamu pulak. Masa tu, anak aku tengah tidur kat ruang tamu. Aku start risau dengan keselamatan anak aku yang tengah lena tidur atas tilam empuk. Kang kalau lipan tu 'ketip' anak aku dengan bisa dia konfem anak aku akan sakit. Bila anak aku sakit maka anak aku akan menangis. Bila anak aku menangis, konfem lambat dia nak berhenti menangis. Bila dia lambat berhenti menangis konfem esok aku pun lambat datang kerja!

Demi keselamatan anak aku, aku cuba halang lipan tu terus bergerak ke ruang tamu. Aku tahan dia dengan kertas surat khabar tapi lipan tu dengan pantas cuba nak gigit jari mulus aku. Aku kuis lipan tu jauh-jauh ke pintu dapur tapi lipan tu datang balik. Kali ni dia datang dengan penuh bersemangat, dia berjalan lebih laju daripada tadi. Mungkin dia marah sebab aku tak bagi dia pegi ke ruang tamu.

Lipan ganas sedang mengganas..

Aku ambik botol air Harith, aku tekan lipan tu. berdecit bunyi darah dia terkeluar daripada badan. Lipan tu masih bergerak. Selalu kalau lipan biasa, bila aku tekan camtu konfem mati. Tapi, lipan ni nyawa dia panjang!
Aku tekan lagi, sambil tekan aku lenyek-lenyekkan badan lipan tu sampai hancur. Lipan tu still hidup lagi. Dia bergerak cuba nak lepaskan diri. Tapi, lipan tu silap besar, dia ingat aku nak bagi simpati.. Aku suruh wife aku ambik cuka dengan garam. Aku taburkan garam kat lipan tu kendian aku tuang sedikit cuka.

Lipan yang dah penyek kena hempap dengan botol air Harith.

Aku ingatkan lipan ni akan mati lepas ditaburkan garam ngan cuka tapi jangkaan aku silap. Lipan tu makin mengganas. Serius, sebelum ni aku tak pernah dengan bunyi lipan. Tapi malam tu aku dengar bunyi lipan. Tak tahu la sekarang ni aku tengah berhadapan dengan lipan biasa ke lipan jadian..

Aku ambik pemetik api gas. Aku cuba bakar kepala lipan tu, tapi takde apa-apa effect pun kat lipan tu. Aku makin konfius, kenapa lipan ni susah sangat nak mati. Kendian, aku teringat pesan opah. Bila ada binatang pelik masuk rumah, kalau nak bunuh, baca Al-fatihah, selawat, baca ayat Kursi kemudian bunuh. Aku mintak kat wife aku air zam-zam kendian aku bacakan Selawat, surah Al-Fatihah ngan ayat kursi. Aku tuangkan air zam-zam tu kat lipan. Lipan tu menggeletik macam kena air panas. Tapi, dia tak mati lagi!

Kepala lipan yang hangus kena bakar.

Last choice, masa lipan tu tengah menggeletik macam kena air panas aku cepat-cepat ambik pisau lipat, aku terus kerat badan lipan tu sampai terbelah dua. Dah kerat tu, barulah lipan tu mati mandatori!
Selesai sudah keje seorang abah melindungi isteri dan anaknya daripada 'diketip' lipan yang ganas.

Aku tak ambik pusing sangat siapa identiti sebenar lipan tu. Samaada dia jin ataupun haiwan biasa. Mengikut kesimpulan yang aku boleh buat kat sini ialah bila tido malam-malam jangan tido terus di dalam gelap, bukak le lampu kat dapur ke biar ada sedikit punca cahaya dalam rumah. Yang keduanya, bila tiba waktu hujan lebat memang lipan akan keluar dari tangki septik najis tapi sebab kenapa dia keluar dari tangki septik tu masih dalam research aku. Dan yang ketiganya, kalau nak bunuh binatang berbisa cam lipan ni, kena hati-hati sebab kalau tersalah langkah, nanti kita pulak yang mati!

34 comments:

  1. hahaha....
    serious kelakar.....tapi ada unsur2 sweet jugak...so cute...
    aku baca sampai rasa nak gelak golek2 kat lantai...
    nasib baik kat office....
    senyum je la .....

    ReplyDelete
  2. serious kelakar....
    but ada unsur2 sweet sikit...
    so cute...
    bila baca rasa nak gelak guling2 kat lantai...
    nasib baik kat office....
    cover2 sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus le pandai gelak cover2.. Aku kalau kat opis main ikut sedap rasa je gelak, last2 bos tegur,

      "kalau nak gelak,gelak la sopan2.. Ini sampai saya dah tak tahu nak beza awak yang gelak ke pontianak yang ketawa..!!"

      hihiiii....

      Delete
  3. Aku dah bunuh banyak lipan curah dengan air panas je. Lipan ni daripada pengalaman aku adalah satu2nya spesis binatang berbisa paling cerdik. Dia seolah olah leh baca niat kita nak bunuh dia. Sambil tgu air masak. Aku tenung arah lipan tu. X gerak kemana mana pun dia. Bila masak je aku terus pegi angkat air panas tu x sampai pun 10 saat. Lipan tu dah hilang dari pandangan. Aku terpaksa cari dia dan aku dah tau lokasi persembunyian biasa binatang ni. Aku curah je sikit air panas kat tempat biasa lipan sembunyi. Tiba2 dia kuar dengan pantas nak menyerang aku. Sebelum dia sampai ke arah aku. Air panas dah membasahi badan dia. Hahahaa. Selamat aku... tapi serius aku hairan ngan lipan ni. Aku dah search dalam internet tentang sifat dia. Tapi aku x pernah lagi jumpe ayat mengatakan lipan ni cerdik dan boleh baca niat pemangsa (kita) dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun buat research pasal tu, mungkin naluri keabahan membuatkan aku terpikir macam tu agaknya.. hihiiii.. terima kasih sebab sudi singgah kat blog ni ye, kawan.. :)

      Delete
  4. Syok bro crita lu..sampai gua boleh layan dengan penuh emosi dan penghayatan sekali..sarat dengan isi dan susunan ayat yang melankolik..tabik..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janggut Hijau, betul ke janggut lu kaler hijau ni, bro? terima kasih atas pujian, sesungguhnya idea dan pengalaman ni semua datang dari Dia.. Lets praise to Allah SWT.. :)

      Delete
  5. Sayangnye saiz lipan tu sesuai bgi red arowana aku mkn.. kalau ada lg tangkap la bg kt aku.. puas cari susah dapat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku tahu rumah ko kat mana, dah tentu aku akan sedekahkan lipan ni kat ikan arowana ko.. heh!

      Delete
  6. Aku ada 1 lipan bara.. mcm tuan dpt.. tu tpi lagi besar.. aku tertarik sgn kukit dia yg cantik n bentuk dia yg lawa..aku bela dia.. tpi msklhnya aku x thu nk bgi mkn apa.. aku bgi dia cicak.. dia makn cicak tu.. jdi aku nk thu lgi jenis apa lgi dia makan dan mudah tuk aku bgi mkn.. cicak susah nk tangkap.. aku x pandai tangkap cicak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. geng Muhammad Nasrullah, aku bukanlah seorang penggemar lipan apatah lagi menjadi penternak lipan secara konvensional. Jadi , aku tak pasti apakah makanan kegemaran lipan sebenarnya. Tapi, aku rasa lipan adalah sejenis haiwan omnivor yang makan daging dan lumut (aku rasa laa..). Jadi, kalau tuan rasa dengan makan cicak tu boleh buat lipan bara jadi lagi besar dan makin cantik kulitnya maka aku rasa tuan boleh teruskan diet lipan bara tuan dengan memberi lipan bara tu makan cicak.. Cicak jangan le tangkap, gunakan getah untuk lastik cicak sampai jatuh... Selamat menternak lipan, tuan Muhammad Nasrullah.. :)

      Delete
  7. Best crite ni.. sejak akhir2 ni bnyk jugak lipan masuk rumah aku.. katanya benda tak baik .. Gin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda tak baik?Jangan percaya macam tu nanti boleh jatuh hukum syirik.. :) Anggapkan aje rumah kita tu lipan suka.. Hati-hati jangan digigit lipan sudah le.. Hehe

      Delete
    2. Saya google n terbaca cerita awak.. ye la risau 2 mlm ni lipan masuk bilik... dah la besar.. tp memang bilik dkt dgn bilik air.. otak mula mcm Mya Sabir ingat ada tanda x baik... tp betul jgk takut jatuh hukum syirik plak. Tq bagi kita x risau lagi...

      Delete
    3. Syarifah azeea affiza : jangan risau-risau ye.. Next time saya cerita pasal jin menyerupai binatang yang menyelinap masuk dalam rumah pulak.. Lama dah nak masukkan dalam blog tapi tak sempat...

      Delete
  8. Adoii.. aku baru lepas kena sengat lipan tepat kt tulang belakang aku ni. Kecik je lipan tu aku dah bunuh td. Hairan kenapa dia nk sengat aku sedangkn aku xkacau hidup dia. Terasa bisanya berdenyut2 saat ni nk cari kalau2 ada petua mujarab ihsan gogle.. masuk ni dah 2 kali lipan gigit aku sedangkn aku x pernah gigit kaum dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya Nor Fazrine ni ada tarikan tersendiri kot sampai lipan suka gigit sampai berdenyut.. Ada petua dari arwah datuk sy dulu untuk dijauhkan dari serangga berbisa, tapi sy xingat.. Nanti kalau sy ingat sy akan pos dalam blog ni.. Insyaallah..

      Delete
  9. Da 2 kali lipan masuk umah aku..sume saiz mcm lipan ko la bang...yg pertama dpt ketip tgn bini aku sbb dia da sembunyi dlm selimut..smpai demam dia..skrg ni aku da fobia..sblum tido abis sume aku gledah bwah sofa,bwah katil,celah bantal aku cek dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. helmi Othman, bahaya tu.. lipan suka menyelinap di tempat2 yang sejuk.. berhati-hati ye, kawan..

      Delete
  10. Sy tgh search cara nk redakan sakit kena gigit lipan. Tetiba jumpa blog ni. Mcm hilang plak sakit ni duk gelak. Sejak akhir2 ni bnyak lipan dlm rumah. Tapi jumpa yg anak2 je. Warna putih kaki dia hijau merah. Xtau lipan jenis apa. Malam ni je sy da bunuh 3ekor anak lipan tu. Macam mana nak hapuskan diorg ni? Pedih jgakla wlaupon kcik je. Boleh bg cadangan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takde ilmu untuk redakan gigitan lipan. Tapi, kalau awak jumpa dengan doktor mungkin tuan doktor akan bagi krim untuk sapu kat tempat yang kena gigit tu. By the way, cuba amalkan surah al-fatihah 7 kali bacaan kemudian tiup dalam segelas air. Celup satu jari dalam gelas air kemudian sapu kat tempat yang sakit. Air lebihan dalam gelas yang dah dibacakan Al-fatihah tadi minum dengan 3 kali teguk. Selebihnya kita doa dan tawakal supaya cepat sembuh.. Moga cepat sihat ye, awak..

      Delete
  11. Hahaha lawak2... aku pernah dengar org tua2 pernah ckp... klau kite jumpe lipan... ade rezki yg tak disangka-sangka akan tiba pada mase yg kite tak jangka... aku google ni pun nk confirmkan ape org2 tua kata kat aku dulu mse kecik tu betul ke tipu... sbb malam ni demi Allah buat julung kalinya aku jumpa lipan sebesar ibu jari kaki org dewasa... panjang mcm pembaris sekolah yang 30cm... melengkau kt dinding... baru je sekejap td... risau plak... sbb kt rumah ade anak buah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dalam Al-qURAN ada satu potongan ayat yang boleh digunakan untuk hindari serangga berbisa tapi aku tak ingat ayat ke berapa. Dulu arwah atuk ada ajar tapi disebabkan aku membesar kat bandar. Jadi, makin lama aku makin lupa dan tak amalkan terus ayat Al-Quran tu.. Ruginya....

      Delete
    2. Assalaam sahabat
      Surah as-Saaffat ayat 79

      Delete
  12. Saya tinggal di apartment tapi saya dan isteri selalu jumpa anak lipan di dalam bilik dan bilik air bilik kami. Bilik anak2 kami tak parnah anak2 kami terjumpa anak lipan ini. Yang pelik nya pernah saya waktu duduk di toilet bowl memandang lantai dengan tiba2 seperti magic anak lipan muncul di lantai tak tahu dari mana datang nya kerana terlihat tiba2 berada di situ seperti permainan silap mata. Hairan bin ajaib. Nak bincangkan tak boleh nanti shirik pulok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya lipan ni suka menyorok.. Ia suka belindung di tempat-tempat yg sejuk.. Walau macam mana pun, hati-hati la dengan lipan...hihii

      Delete
  13. Hahaha sakit perut gelak..aku tgh search hukum membunuh lipan,tup2 termasuk kt sini,tetiba layan plk story ni kejap.saiz lipan yg masuk rumah tuan tu mmang sbijik saiz die dgn yg aku tangkap limpas dpn umah ni.tertanya2 jgk apa hukum membunuh lipan ni.Btl ke smua haiwan berbisa yg boleh memudaratkn wajib dibunuh.wlaupun die hanya lalu dpn rumah je n xganggu sape2 pon.

    ReplyDelete
  14. Jam 9.40 mlm, aku masih kat office. Tgh siap2 nak balik, tiba2 wife aku call bgtau ada lipan. Aku terus arahkan dia angkat anak kami yg tgh tidur naik tingkat atas.
    Panjang lipan tu sejengkal tp saiznya besar jari manis orang dewasa cuma lebarnya sebesar 2 jari org dewasa.
    Punya lah cemas, jirus air ppanas pun hidup. Ketuk dengan besi pun hidup lagi. Last2 aku amik cangkul kerat sampai putus dua. Melompat jugalah aku nak membunuhnya. Risau takut nanti lipan tu serang anak bini aku.

    ReplyDelete
  15. harini aku dah bunuh dua ekor lipan..ya..lipan ni cerdik...dy seolah olah punya naluri manusia dy bereaksi dgn apa yg kita buat n kita ckp..Aku pendekkan cerita..musim hujan memg lipan2 akan keluar aku xtw knapa...oke..aku bunuh anak dy yg paling kecik dk merayap dalam toilet..xsampai brapa saat lepas aku bunuh anak dy mak dy yg besar keluar...mungkin apak dia..tp..Lipan besar tu Kuar n x p kemana...siap dongak bdiri mcm dy ckp sesuatu kt aku..tp oleh sb tlalu gerun n ngeri tgok dy..aku pun bunuh dy...1 lg kisah...aku tjumpa lubang lipan dalam rumah..aku jerit ckp kt lipan dlm lubang tu suruh kuar..pcya x pcya lipan tu memg kuar meluru kt aku..dan aku bunuh dy..aku harap..Pengalaman aku ni leh Bantu Pada siapa yg wt kajian lipan..

    ReplyDelete
  16. harini aku dah bunuh dua ekor lipan..ya..lipan ni cerdik...dy seolah olah punya naluri manusia dy bereaksi dgn apa yg kita buat n kita ckp..Aku pendekkan cerita..musim hujan memg lipan2 akan keluar aku xtw knapa...oke..aku bunuh anak dy yg paling kecik dk merayap dalam toilet..xsampai brapa saat lepas aku bunuh anak dy mak dy yg besar keluar...mungkin apak dia..tp..Lipan besar tu Kuar n x p kemana...siap dongak bdiri mcm dy ckp sesuatu kt aku..tp oleh sb tlalu gerun n ngeri tgok dy..aku pun bunuh dy...1 lg kisah...aku tjumpa lubang lipan dalam rumah..aku jerit ckp kt lipan dlm lubang tu suruh kuar..pcya x pcya lipan tu memg kuar meluru kt aku..dan aku bunuh dy..aku harap..Pengalaman aku ni leh Bantu Pada siapa yg wt kajian lipan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana nak tahu lubang lipan ye? seriau mlm td bapak lipan masuk dlm bilik

      Delete
  17. Jika nampak lipan or binatang berbisa jangan terus bunuh. Boleh jadi jin yang menyerupai binatang bebisa. Jin2 ni jga jenis duduk dlm rumah. Sbb tu nabi ajar halau dia 3 kali dulu. Jika tak dengar juga baru bunuh.. Takut nanti kita sekeluarga jadi mangsa dendam mereka. Cuba baca kisa masa zmn nabi. Dia bunuh ular dan ditangkap oleh jin dihadapkan di mahkamah diorang sbb dia bunuh bangsa diorang

    ReplyDelete
  18. Pagi nie aku terjumpa lipan yang besar sangat hampir sati kaki panjangnya. Aku tangkap dengan penyepit bbq. Nak bunuh sayang la pulak pasal dah besar sangat nie. Aku decide nak bela jer ... korang tahu tak lipan bara nie makan apa ekk?

    ReplyDelete
  19. Selasa mlm da kena sengat da. Tdo hospital gak 1 mlm. Tp abg jmpa n da bunuh. Tup2 mlm td ada sekoq lg. Laju je meluru. Smpat angkat bakul baju hempap. Kakak amek penukul ketuk mati. Mungkin sepasang kot. Saiz yg dlm gmbr tu. Seremmmm.....

    ReplyDelete