jom follow....

Tuesday, 18 June 2013

Abah say sorry ye Harith....


"Harith! Jangan la nak mengada-ngada sangat. mainan harith banyak dah abah beli.. ni nak lagi lorry la, car la segala macam benda pun nak.. Duduk elok-elok la..", Bentak aku bila Harith mula mengada-ngada sebab aku tak belikan dia permainan. dah banyak kali aku cakap dengan baik tapi Harith tetap mengada-ngada, merengek tak tentu pasal. Sungguh menguji kesabaran.

Mendengar suara aku yang agak luar biasa, harith diam mencebik bibir. dia pandang ke suatu arah. Langsung taknak pandang abah lagi. Harith merajuk.

Aku bawak anakanda Harith ke suatu tempat yang agak jauh bagi melarikan tumpuan Harith daripada barang mainan yang ada kat shoppng mall tu. Wife aku masuk balik ke dalam shopping mall untuk beli barang yang dia terlupa nak beli masa sibuk nak pujuk harith tadi. Masa tengah tunggu tu, tiba-tiba ada seorang lelaki cina tua berjanggut putih dalam usia 60-an berjalan perlahan-lahan datang menegur aku dengan Harith.

"Hello,  how are you?", sapanya mesra. Selalunya masyarakat Malaysia susah nak bertegur sapa dengan orang yang diorang tak kenal. Tapi, orang tua ni lain. Kalau kat kampung tu biasa la kalau orang tua yang kita tak kenal bertegur sapa, mesra dengan kita. Tapi kalau kat kolumpo ni berbeza.

"I'm good..", Aku jawab sapaannya dengan wajah yang manis biarpun dalam hati marah kat Harith belum reda lagi.

"Such lovely son you have here, he is so sweet.", lelaki cina tua tu tunduk melihat Harith dengan renungan penuh tersirat.

"I remember when i was your age, i'm like you, young and have beautiful kids like this. Those were the most wonderful times in my life, more than anything...", Lelaki tua tu berbicara mengingatkan diri dia tentang masa silam yang cukup indah yang pernah dilaluinya.

"Enjoy it while you still can, young man.. when they grow up, you will look back and wish if this moment could happen again. Oh, I wish I was in your age now..!", Bicaranya dengan loghat British yang agak pekat, aku rasa mesti pakcik ni dulu kerja lama kat Britain ni..

Aku terdiam mendengar kata-kata orang tua tu, nak balas balik cakap dia tapi kang takut aku tersalah cakap pulak.. Orang-orang tua ni kekadang sensitif..

"I'll remember that, thanks...", Hanya itu je la yang mampu aku ungkapkan sambil merenung wajahnya dia yang penuh kedutan yang menyimpan seribu satu rahsia kehidupan. lelaki tua tu kemudiannya merenung jauh ke hadapan dan kemudiannya berlalu pergi meninggalkan kami dengan perlahan.

Masih terngiang-ngiang di telinga dengan kata-katanya,

"I wish I was in your age..."

Aku merenung wajah Harith, hilang segala kemarahan yang bersarang dalam hati ni tadi. Sungguh, masa yang berlalu tak akan dapat kembali dan setiap detik yang ada bersama dengan anakanda Harith ni harus dinikmati dengan penuh rasa syukur. benarlah pepatah yang mengatakan.. Yesterday is history, tomorrow is still a mystery and today is a gift, that's why it's called present....

Ada  ketikanya kita mengeluh akan sukarnya kehidupan dan susahnya melayan karenah anak-anak yang menduga kesabaran. Ketahuilah betapa ramai daripada kita yang menyesali masa silamnya, menginginkan agar masa itu berulang kembali untuk dinikmati...

Sesungguhnya anak-anak adalah permata berharga yang tiada galang gantinya jika dibandingkan dengan urusan kerjaya atau harta kita. Kita hanya akan mengetahuinya tika kita telah kehilangan mereka. Kehilangan itu tidak semestinya pada hilangnya jiwa mereka, tapi hilangnya kasih sayang mereka pada kita tika mereka sudah dewasa. Kasihilah, bermainlah, bacakanlah mereka buku, peluklah dan ciumlah mereka sementara kita masih mampu melakukannya. Biar susah dahulu, jangan kita menyesal kerana kehilangan mereka kemudian....

Yesterday is history, tomorrow is still a mystery and today is a gift....

Monday, 17 June 2013

Ada Apa Dengan Lipan...?



Korang pernah tengok lipan..? Korang pernah pegang lipan..?Haa, tak pun korang pernah tak bercakap dengan lipan..? Bagi korang yang pernah dok kat kampung mesti pernah tengok lipan kan..? Lipan ni adalah seekor binatang yang tergolong dalam golongan haiwan berbisa. Lipan juga mempunyai kaki yang banyak. Ia selalu melepak didalam tangki septik najis yang ada kat rumah kita tu. Hish, tangki septik najis tu.. alaaa, yang petak tu..yang atas tutupnya ada besi kat luar rumah tu.. Disitulah kediaman rasmi lipan. Tapi, anda perlu tahu bahawa lipan-lipan ini akan berkeliaran keluar dari rumah rasmi lipan tatkala hujan lebat.

Mesti korang pelik kan kenapa aku cakap macam tu. Sebabnya aku telah membuat beberapa siri kajian tak rasmi mengenai habitat lipan dan persekitaran hidup lipan. Semua rahsia lipan yang selama ini tersimpan rapi oleh saintis antarabangsa akan aku bongkarkan satu-persatu. Tapi buat masa sekarang ni aku tengah siapkan kajian ni sebab kajian ini juga merupakan salah satu assignment aku yang lecturer bagi. Tapi, aku pelik... aku belajar ambik course kejuruteraan elektrik tapi kenapa lecturer bagi assignment cerita pasal lipan pulak..? Saban malam aku terus memikirkan apa sebenarnya rahsia lipan dalam kejuruteraan elektrik...

Malam tadi hujan lebat. Dan, malam tadi juga macam biasalah, aku google sikit untuk buat research pasal lipan. Masa tengah google tu aku dengar bunyi anjing berkejar-kejaran kat depan rumah. Aku intai sikit melalui tingkap bilik, memang sah anjing tu tengah mengejar kucing. Biarpun kucing tu mempunyai kaki hanya empat tapi kepantasan kucing tu berlari seperti ia memiliki enam pasang kaki. Sungguh laju!

Hujan terus turun mencurah-curah, aku rasa macam dah malas nak buat research pasal lipan ni. Mata dah mengantuk sangat. Aku ambik keputusan nak tido. Aku dengar suara anak aku merengek, aku rasa macam liat je nak bangun. Aku bukak sikit mata, aku tengok wife aku tengah layan anak aku. Aku tengok wife aku bangun buat susu dan aku terus pura-pura tido berdengkur.. Kroohh..krohhh..kurrrr....... Aku bukak mata aku sikit, aku tengok anak aku dah tido balik. Hujan-hujan ni bestnya tido peluk bini... ekekekekeke...
Tapi, heran.. apasal wife aku lama sangat buat susu anak kat dapur tu..?

Tiba-tiba, aku dengar wife aku menjerit..

"Abiiii..!! Abiii....! Abiiiii........!Tolooongggg...!!!", Dengan dalam keadaan terperanjat, aku terus bangun pegi kat wife aku.

Aku capai parang panjang berbalut kain kuning yang pernah terbang masa tahun 1969 dulu. Aku memang dah nekad dah, demi mempertahankan keluarga aku.. Tak kira la sape pun penyamun yang datang tu memang aku takik je. Lepas dah takik baru panggil polis, tu pun kalau aku tak kena takik sama la....

"Mana dia..? Mana..? sayg mana orang jahat tu..?! Biar abi libas dengan parang terbang ni!", Aku berdiri kat tengah-tengah dapur dengan gagah sambil memegang kain pelekat yang dah nak terlondeh.

"Tu.. tu.. kat kaki abi....", wife aku berdiri kat atas kerusi sambil pegang botol susu Harith.

Aiseymen, rupa-rupanya orang jahat tu dah masuk dalam rumah dan sekarang ni dia tengah duduk kat tepi aku. Siot je, camana aku boleh tak perasan tadi. Dengan gerak-geri perlahan penuh hati-hati. Aku mula memasang kuda-kuda bersedia nak bertempur dengan penyamun tu.

Aku perhati perlahan -lahan kat kaki aku, cuma ada sekor lipan. Lipan ni bukan lipan biasa. Ini bapak segala lipan. Dia punya saiz sebesar ibu jari tangan orang dewasa. Dia punya panjang sejengkal ukuran tangan orang dewasa. Aku bertambah terperanjat, dengan pantas aku naik kat atas kerusi meja makan. Tak pernah aku tengok lipan besar macam tu. Sekarang ni, aku dengan wife aku sama-sama tengah berdiri kat atas kerusi. masing-masing menggelabah, terperanjat tengok saiz lipan yang macam anak ikan puyu.

"Kenapa tak cakap je tadi ada lipan kat kaki abi?", bentak aku kat wife aku sambil kuis-kuis lipan tu pakai parang terbang.

Lipan tu mula-mula macam nak jalan-jalan kat area dapur je, kendian aku tengok lipan tu berusaha berjalan laju-laju nak pergi ke ruang tamu pulak. Masa tu, anak aku tengah tidur kat ruang tamu. Aku start risau dengan keselamatan anak aku yang tengah lena tidur atas tilam empuk. Kang kalau lipan tu 'ketip' anak aku dengan bisa dia konfem anak aku akan sakit. Bila anak aku sakit maka anak aku akan menangis. Bila anak aku menangis, konfem lambat dia nak berhenti menangis. Bila dia lambat berhenti menangis konfem esok aku pun lambat datang kerja!

Demi keselamatan anak aku, aku cuba halang lipan tu terus bergerak ke ruang tamu. Aku tahan dia dengan kertas surat khabar tapi lipan tu dengan pantas cuba nak gigit jari mulus aku. Aku kuis lipan tu jauh-jauh ke pintu dapur tapi lipan tu datang balik. Kali ni dia datang dengan penuh bersemangat, dia berjalan lebih laju daripada tadi. Mungkin dia marah sebab aku tak bagi dia pegi ke ruang tamu.

Lipan ganas sedang mengganas..

Aku ambik botol air Harith, aku tekan lipan tu. berdecit bunyi darah dia terkeluar daripada badan. Lipan tu masih bergerak. Selalu kalau lipan biasa, bila aku tekan camtu konfem mati. Tapi, lipan ni nyawa dia panjang!
Aku tekan lagi, sambil tekan aku lenyek-lenyekkan badan lipan tu sampai hancur. Lipan tu still hidup lagi. Dia bergerak cuba nak lepaskan diri. Tapi, lipan tu silap besar, dia ingat aku nak bagi simpati.. Aku suruh wife aku ambik cuka dengan garam. Aku taburkan garam kat lipan tu kendian aku tuang sedikit cuka.

Lipan yang dah penyek kena hempap dengan botol air Harith.

Aku ingatkan lipan ni akan mati lepas ditaburkan garam ngan cuka tapi jangkaan aku silap. Lipan tu makin mengganas. Serius, sebelum ni aku tak pernah dengan bunyi lipan. Tapi malam tu aku dengar bunyi lipan. Tak tahu la sekarang ni aku tengah berhadapan dengan lipan biasa ke lipan jadian..

Aku ambik pemetik api gas. Aku cuba bakar kepala lipan tu, tapi takde apa-apa effect pun kat lipan tu. Aku makin konfius, kenapa lipan ni susah sangat nak mati. Kendian, aku teringat pesan opah. Bila ada binatang pelik masuk rumah, kalau nak bunuh, baca Al-fatihah, selawat, baca ayat Kursi kemudian bunuh. Aku mintak kat wife aku air zam-zam kendian aku bacakan Selawat, surah Al-Fatihah ngan ayat kursi. Aku tuangkan air zam-zam tu kat lipan. Lipan tu menggeletik macam kena air panas. Tapi, dia tak mati lagi!

Kepala lipan yang hangus kena bakar.

Last choice, masa lipan tu tengah menggeletik macam kena air panas aku cepat-cepat ambik pisau lipat, aku terus kerat badan lipan tu sampai terbelah dua. Dah kerat tu, barulah lipan tu mati mandatori!
Selesai sudah keje seorang abah melindungi isteri dan anaknya daripada 'diketip' lipan yang ganas.

Aku tak ambik pusing sangat siapa identiti sebenar lipan tu. Samaada dia jin ataupun haiwan biasa. Mengikut kesimpulan yang aku boleh buat kat sini ialah bila tido malam-malam jangan tido terus di dalam gelap, bukak le lampu kat dapur ke biar ada sedikit punca cahaya dalam rumah. Yang keduanya, bila tiba waktu hujan lebat memang lipan akan keluar dari tangki septik najis tapi sebab kenapa dia keluar dari tangki septik tu masih dalam research aku. Dan yang ketiganya, kalau nak bunuh binatang berbisa cam lipan ni, kena hati-hati sebab kalau tersalah langkah, nanti kita pulak yang mati!

Saturday, 15 June 2013

Kisah kilicikan bangsa yahudi..


“Anta dah siap ke? Jom la ke kelas”�, saya memanggil Munawwar untuk keluar bersama ke kelas.

Sebaik sahaja kami mahu melangkah keluar, pandangan kami terlekat ke kaca televisyen.

Pagi itu, Televisyen Israel (Yahudi) Channel 1 menyiarkan rancangan TV Pendidikan. Saya menonton suatu rancangan yang dirakam di sebuah nursery. Guru yang mengajar anak muridnya menyanyi dengan diiringi sebuah piano, menyanyikan lagu berikut:

“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”

Ya, itulah yang saya baca pada subtitle rancangan tersebut.

Kanak-kanak semuda 3 dan 4 tahun, diajar menyanyikan lagu tersebut dengan penuh keceriaan dan kegembiraan.

Demi Allah, suara cikgu dan kanak-kanak itu masih segar di dalam ingatan saya, dan jika saya pandai melukis, saya masih mampu melakarkan di mana cikgu dan piano itu berada, dan bagaimana kanak-kanak itu mendendangkan “nasyid” mereka. Walaupun sudah tepat 10 tahun peristiwa itu berlaku (1996).

Sesungguhnya gambar-gambar di ATAS adalah ’ surat cinta’ kanak-kanak Yahudi yang menjalani proses pembelajaran yang sama. Mereka melakar ‘mesej cinta’ itu pada peluru dan bom yang bakal dihantar kepada penpal mereka di seberang sempadan. Dari balik tembok, anak-anak Yahudi ini mengucapkan “salam” kepada rakan Palestin dan Lebanon mereka, moga dipanjangkan usia, bukan di dunia, tapi di alam kematian yang hitam.

Para ulama yang menyokong tindakan suicide bomber kebanyakannya membezakan di antara situasi Palestin dengan situasi bukan Palestin. Adalah tidak harus sama sekali pendekatan suicide bombing dilakukan di kawasan awam seperti di kota New York , London atau Istanbul .

Tetapi Palestin berbeza. Ia adalah medan perang dan di tengah-tengah medan perang tidak ada orang awam. Sama ada kamu sebahagian tentera Islam, atau tentera musuh. Maka jika Yahudi di Palestin tidak mahu diri mereka, kaum perempuan mereka, atau anak-anak mereka terbunuh, mereka mesti keluar dari medan perang. Bagi umat Islam di Palestin, sama ada mereka mati diletupkan dari jauh, atau lebih baik mereka mati meletupkan diri untuk meletupkan musuh. Itu sifirnya. Mungkin kita setuju atau mungkin tidak. Tetapi kita sukar untuk berkata banyak kerana mereka di Palestin itulah sebenarnya yang menderita dan tahu pahit getirnya hidup di medan tempur.

Mungkin sukar untuk dibayangkan hakikat kanak-kanak Yahudi sebagai sebahagian tentera mereka. Tetapi saya tidak lupa kepada program televisyen yang saya tonton, bahawa setiap anak Yahudi memang dididik seawal usia buaian untuk membesar menjadi Yahudi sejati. Sama ada kamu mahu menjadi doktor, jurutera, arkitek atau ‘Ustaz Rabai’, kamu adalah tentera Yahudi yang wajib mempertahankan bumi ‘Israel’ dari anjing Arab dan Islam!

Itulah semangat yang disuntik ke jiwa setiap Yahudi di bumi Palestin.

Anak kita bagaimana?

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”� (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah)�, al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh. Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Aqidah mereka yang mengelirukan, paderi mereka yang kuat makan duit, kebencian mereka terhadap orang-orang yang beriman dan sebagainya, semua keterangan teori al-Quran itu menepati realiti kaum Nasrani hari ini. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Kristian sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Berat untuk lidah kita mengungkapkannya, namun al-Nadawi turut sampai kepada kesimpulan yang sama. Umat Islam hari ini tidak seperti umat Islam yang digambarkan al-Quran. Kita ramai tetapi kita hanya sebuah ilusi, dan ilusi sentiasa dikalahkan oleh realiti!

Muslim ilusi berdepan dengan Kristian realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya hanya disebabkan oleh kuatnya dendam kesumat kita terhadap sesiapa sahaja yang tidak mengiyakan apa yang YA di sisi kita, dan menidakkan apa yang TIDAK di sisi kita. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Kita cekap mencari kelemahan orang lain, dan kita begitu berselera menjadikannya sebagai hidang ‘kari daging busuk’ santapan harian.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa. Bukankah Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]

Ya, janji Allah itu benar. Kesudahan isu Palestin adalah kemenangan yang akan berpihak kepada umat Islam. Namun kemenangan itu adalah kemenangan bersyarat. Allah mensyaratkan bahawa gerombolan kemenangan kita yang bakal masuk ke bumi Palestin mestilah sebagaimana kumpulan umat Islam masuk buat pertama kalinya dulu. Renunglah ciri-ciri Rasulullah SAW dan sahabat. Renunglah ciri-ciri Umar dan tenteranya semasa masuk ke bumi Palestin dan ingatlah, selagi kita tidak masuk dengan cara kemasukan yang pertama, perjuangan kita hanya ilusi. Ilusi yang dengan mudah dapat dimusnahkan oleh sebuah realiti.

Ajarlah anak-anak kita siapa musuh mereka. Besarkanlah mereka agar menjadi mukmin sejati. Bersiap sedialah untuk menghantar anak-anak kita ke masa depan mereka yang jauh lebih mencabar. Ramai ibu bapa yang sudah berjaya menukar fitrah kanak-kanak itu sehingga mereka membesar sebagai Yahudi, Nasrani dan Majusi yang sejati. Sudahkah kita membesarkan anak-anak kita menjadi Mukmin yang realiti?

Keluarlah dari ilusi, dan jadilah Mukmin sejati. Kamu s

Friday, 14 June 2013

Aku, Pulau Pinang dan Tiger Woods..

Projek Politeknik Balik Pulau yang tengah on going...

Bulan April hari tu aku mengikuti rombongan Unit Elektrik opis aku ke Pulau Pinang. Pergi ke Pulau Pinang ni bukan atas dasar belajar sambil melancong tapi hakikatnya kitorang semua dalam mood bekerja dalam membuat siri audit teknikal ke atas sebuah projek Politeknik kat Balik Pulau.

Walau macamanapun, kami warga teknikal dalam jabatan kerajaan tidak ketinggalan menyahut saranan kerajaan untuk memartabatkan negara kita sebagai sebuah eko pelancongan yang menarik. Atas dasar kesempatan kitorang ke Pulau Pinang, aku nak menceritakan sedikit sebanyak tempat-tempat yang kitorang sempat ushar.

Sesampai aje kat Penang, kitorang check in kat Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas. Strategik jugak la tempat ni. Strategik sebab kat sebelah hotel ni betul-betul terletaknya Downtown macam kat Downtown Cheras tu. Kat Downtown ni pun ada jual macam-macam, korang nak key chain, tuala mandi, tuala wanita, senapang paintball, seluar slack, baju kurung, kebaya nyonya dan macam-macam lagi la yang ada kat sini. Tapi sayang, kat sini takde mat saleh yang datang beli-beli barang. Mungkin tempat ni agak tersorok dari habuan pandangan mata majazi pelancong-pelancong kat sini. Kat Downtown ni jugak ada satu gerai yang aku beri nama 'Kedai Duit Lama Brader Ariff'. Brader Ariff bukanlah nama yang glamer macam artis-artis dalam Melodi. Tapi, brader Ariff glamer kat situ sebab hanya dia sorang aje yang jual duit. Heran kan bila dengar orang jual duit lepas tu dapat duit.. Duit yang dia jual termasuklah duit-duit dari zaman Kolonial British, Zaman Jepun Hinggalah ke era kejatuhan pemimpin-pemimpin arab. Duit Malaysia jenis yang lama-lama pun ada Brader Ariff jual. Untuk pengetahuan, duit aku habis rabak beli duit-duit lama daripada Brader Arif. Bukan aku aje, boss pun sama.. Ekekekeke...Rabak tapi berbaloi!

Downtown Bayan Lepas tapi masa ni belum bukak lagi.. Maklum la baru pukul 09:00 pagi...

Sepanjang 3 hari berada kat Penang, kitorang tak dapat nak jalan-jalan disiang hari sebab sibuk membuat tugasan audit. Cuma boleh keluar bila time malam-malam je laa. Keluar time malam pun tak kemana sangat. Dapat le pegi Queensbay, penang, makan ikan bakar then jalan-jalan kat night market di Batu Feringghi. Last aku pegi Penang masa tahun 2006 time aku keje dengan sebuah syarikat swasta. Masa tu buat keje testing and commisioning kat Pencawang Masuk Utama 275/132/33/11 kV Bayan Lepas.

Berikut adalah komen-komen bernas daripada geng-geng rombongan kitorang ke Pulau Pinang....

"Waaahhhh... hangpa kalau tak pi batu feringghi ni memang rugi noo.. marka mat saleh cun sampai cheq tersembuq ayaq lioq", kata Hafez yang tetiba terus menukar dialek bahasa peraknya kepada dialek bahasa penang.

Proses audit sedang berlangsung.. jeng..jeng..jeng....

Sememangnya tak dinafikan kebanjiran mat saleh di penang ketika musim menuai. Eh, musim cuti! Menurut kata Abang Azhar pula dalam bab pemakanan sihat..

"Saya suka Penang ni pasai ada nasi kandaq, nasi arab, jeruk pala, jeruk buah salak, ayaq batu campuq, sotong bakaq, ikan bakaq dan juga laut dia yang masin!", katanya sambil menghirup segelas air laut. Menurut beliau lagi cuaca disini sungguh sejuk sekali walaupun tengah hari terik sambil memakai jaket JKR beliau yang tebal.

Kelihatan para petugas auditor dan urusetia sedang gembira mengaut hasil jualan jeruk di sebuah kedai dekat balik Pulau sebelum bergerak balik ke Kuala lumpur.
Berlainan pulak dengan boss..

"Cheq suka nightwalk kat Batu Feringghi ni..serba serbi ada.. hang nak handbag, baju mandi, seluaq, kasut dan macam-macam lagi laa.. sini semua ada tapi sayang sebab yang meniaga kat sini ramai mat-mat bangla.. Mana pi orang kita yang dulu sebok meniaga kat sini....", Luah boss dengan nada sedikit kesal.

Kalau aku pulak, aku suka tangkap gambaq.. Bawak DSLR dari jauh mai penang ni semata-mata nak tangkap gambaq aja pun. Semua gambaq aku ambik tapi sayang bateri tak cukup nak tampung. Banyak sangat subjek seksi dan menarik yang nak dikumpulkan. Maklumlah sini ramai mat saleh.. ekekekeke...

Dalam perjalanan balik ke hotel selepas cuci mata di Night Market Batu feringghi.
Sebelum balik ke Kuala lumpur, kitorang sempat singgah di golf resort kat sebuah negeri di semanajung utara Malaysia. Boss cakap nak jumpa kawan, tapi sebenarnya boss ada plan tersendiri iaitu bermain golf. Idea boss memang canteq! Kami anak-anak buah yang tak pernah main golf ni terkial-kial pukul bola golf sampai terkilas tangan ngan bahu. Tapi seronok belajar main golf!

Bila sampai kat Kuala Lumpur, aku mula memasang hajat nak beli set golf macam boss. Dan aku mula berangan-angan kalau dapat lawan golf dengan Tiger Woods!



Thursday, 13 June 2013

Rukun Seorang Gangster...

Mata Luqman berkaca. Bukanlah berkaca dengan air mata sedih tapi berkaca kerana terlalu gembira. Meskipun dia seorang lelaki yang sepatutnya mampu mempertahankan egonya sebagai seorang lelaki namun dia tetap tidak dapat menahan airmatanya dari terus berkaca persis seorang wanita. Tetapi itu bukan bermakna yang dia adalah seorang wanita. Dia lelaki tulen yang biasa.

Bebola matanya yang berkaca itu kaku tidak bergerak memandang tepat ke satu arah. lebih tepat lagi pada seseorang. Seseorang yang bernama Jikan. Setiap inci pergerakan Jikan diperhatikan oleh Luqman yang cukup takjub melihat personanya. Seolah-olah tiada apa yang dapat mengganggu tumpuan Luqman ketika ini.

Jikan bukanlah seorang perempuan. Jikan juga bukanlah sebuah kereta sport model terbaru dari luar negara. Malah jauh sekali untuk menganggapkan Jikan itu sebagai seorang artis. Jikan bukannya tahu berlakon. Jikan juga tak pandai menyanyi. Lagu yang Jikan tahu cuma lagu Negaraku sahaja. Itupun dinyanyikan sewaktu Jikan bersekolah dahulu. Jikan hanyalah seorang lelaki biasa.

Tetapi ada suatu perkara yang menjadikan Jikan begitu istimewa di mata Luqman. Keistimewaan Jikan bukan terletak pada hartanya. Istimewanya Jikan bukan terletak pada rupanya. Istimewanya Jikan bukan terletak pada gayanya. Jikan tidak kacak. Jikan tidak berharta. Jikan tiada gaya. Jikan istimewa kerana pengaruhnya. Jikan istimewa kerana sikapnya. Jikan istimewa kerana kekuasaannya.

Jikan adalah seorang gangster. Bukan sebarang gangster. Jikan merupakan gangster besar dan ramai pengikut. Kalau dirujuk pada kamus, gangster bererti samseng. Bukan samseng picisan. Bukan samseng yang baru bertatih. Jikan adalah samseng berkualiti walaupun tidak menepati standard kualiti ISO 9000.

"Jadi, kau nak jadi anak buah aku?", soal Jikan pada Luqman.

Luqman hanya mengangguk. Matanya tidak berkerdip memandang Jikan. Lelaki itu adalah idolanya. Kalaulah wujud rancangan realiti tv 'Samseng Idola', sudah tentu Luqman sanggup berhabis duit untuk mengundi Jikan sebagai juara.

"Nak jadi anak buah aku tu memang boleh. Tapi kau kena beringat, aku bukan buat bisnes tekap batik. Aku bukan bos besar dekat kilang papan. Aku ni gangster. Gangster macam aku ni orang tak bagi pingat, orang tak bagi naik pangkat", Nasihat Jikan pada Luqman.

Luqman mengangguk lagi. Sememangnya dia tahu akan risiko menjadi pengikut kepada gangster seperti Jikan. Ini bukan perkara main-main. Tersilap perhitungan akan menyebabkan dirinya berada dalam bahaya. Nywanya mungkin akan terancam tetapi Luqman tidak kisahkan semua itu. Risiko mesti menjadi 'sampingan' kepada pekerjaan seperti Jikan.

Terfikir juga Luqman, adakah benda-benda yang dilakukan oleh Jikan itu adalah sesuatu yang patut digelar pekerjaan? Kalau itu boleh disebut sebagai kerja, masakan pekerjaan seperti Jikan tidak mempunyai caruman di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja? Atau setidak-tidaknya SOCSO.

Kerja seperti Jikan sudah tentu sentiasa dalam bahaya. Sepatutnya kerja seperti Jikanlah yang mesti dilindungi oleh SOCSO dan bukannya kerja-kerja pengkeranian atau pengilangan. Ahh! pening kepala Luqman memikirkannya.

"Kalau kau betul-betul nak jadi anak buah aku, sekarang jugak kau mesti ikut aku!", Ujar Jikan mematikan khayalan Luqman.

"Tak payah isi borang dulu ke..?", Tanya Luqman bersungguh.

Jikan terdiam. Seketika kemudian dia terus menghamburkan gelak tawa, bukan sahaja Jikan menghamburkan gelak tawa malah Jikan juga menghamburkan air liur dan beberapa cebisan sisa makanan yang terselit dicelah giginya sejak pagi tadi. Luqman terpinga-pinga sendiri.

"Kau nak isi borang? Kau ingat kumpulan gangster ni macam pejabat tanah ke? Borang takde, bunuh orang ada!", Jikan bersuara sambil menahan gelihati yang masih bersisa.

Luqman menggaru-garukan kepala yang tidak gatal sedangkan ketiaknya sedari tadi terasa gatal menggigit-gigit. Awal-awal lagi dia sudah menunjukkan ketidak-wabaan dalam dirinya dalam bidang seperti ini. Nasib baik Jikan. Kalau orang lain, rasanya dia dengan segera akan menghadiahkan beberapa ulas penendang dalam bentuk kiub ke muka kerana mentertawakan dirinya.

"Aku tahu kau baru dalam bidang ni.aku boleh ajar kalau itu yang kau mahu. kau jangan risau! Kalau kau menunjukkan komitmen yang bagus dengan tugas-tugas yang akan aku berikan, aku yakin kau akan menjadi lebih hebat daripada aku.", Pujuk Jikan.

Luqman tersenyum. Telahannya memang tepat. Jikan memang seorang gangster yang berkualiti. Pasti dia akan banyak menimba pengetahuan daripada lelaki seperti Jikan. Hatinya terasa lapang. Buat seketika sebentar tadi, dia mula merasakan yang Jikan bukan gangster sejati. Tapi kini dia yakin Jikan memang orang yang tepat untuk dirujuk mengenai selok-belok dan tatacara seorang gangster.

Tanpa banyak bicara, Jikan membawa Luqman ke satu destinasi dengan menaiki sebuah kereta. Disitu dia diperkenalkan dengan satu kumpulan lelaki. Bukan penyanyi lelaki berkumpulan tetapi sekumpulan lelaki bengis yang langsung tidak tahu menyanyi. Mungkin juga ada seorang dua diantara mereka yang tahu menyanyi.

"Ini semua anak didik aku! Mereka datang kepada aku dengan cara yang sama kau gunakan. Aku tukarkan mereka kepada orang biasa kepada satu kumpulan yang digeruni. Kau kenal dengan nama Kumpulan Kudis Puaka?", Soal Jikan. Luqman segera mengangguk.

"Inilah Kumpulan Kudis Puaka kalau kau nak tahu! Malas aku nak perkenalkan satu-satu pada kau! Bukannya rancangan masak-memasak! Kau tengoklah sendiri. Semuanya muka pecah rumah, pecah gudang, pecdah tanah dan macam-macam pecah lagilah. Pecah kaca pecah gelas pun kalau boleh diorang buat jugak..", Ujar Jikan berseloroh.

Luqman terlopong. Satu persatu wajah ahli kumpulan itu diamati olehnya. Semuanya berwajah bengis persis haiwan liar yang hanya menunggu mangsa. Bila-bila masa sahaja mereka akan menerkam dan meratah. Memandang pada wajah mereka sahaja sudah cukup untuk membuatkan Luqman seram sejuk.

"Sekarang ikut aku. Aku akan ajarkan pada kau cara-cara menjadi seorang gangster yang disegani. Ayuh..!", Ajak Jikan. Luqman hanya menurut.

Kedua-dua manusia itu kemudiannya menyelesuri kaki lima di sepanjang jalan raya. Dan disepanjang jalan raya itulah Jikan asyik berbicara mengenai rukun-rukun seorang gangster. Luqman sentiasa memasang telinga biarpun telinganya memang sudah siap sedia terpasang sejak lahir lagi.

Tiba-tiba Jikan memberhentikan langkah. sambil tangannya didepangkan untuk menahan tubuh Luqman  dari terus bergerak. jikan memberikan isyarat pada Luqman supaya senyap. dedar hati Luqman buat seketika. Dia dengan segera dapat menangkap maksud jikan. kemungkinan besar musuh sedang berada berhampiran dengan mereka.

Luqman meninjau ke kanan disebalik dinding tetapi tiada apa-apa. Luqman meninjau ke kiri namun hanya ada beberapa ekor cencorot yang berlari berkejar-kejaran seperti pasangan kekasih di persisiran pantai. Fikir Luqman, mungkin musuh ini bijak menyembunyikan diri laksana seorang ninja. Dia perlu berhati-hati.

"Jangan tergopoh-gopoh. aku rasa kita sedang diperhatikan...!', Nasihat Jikan kepada Luqman.

"Apa kita nak buat..?", Tanya Luqman.

"Kita jangan terburu-buru. Ini juga salah satu daripada rukun gangster yang bijak bertindak. Nasib kau malang sikit hari ni. Kau baru nak bermula tapi musuh sudah pun mengintai peluang..", Ucap Jikan perlahan.

Luqman meneguk air liur. pasti musuh kali ini adalah saingan kuat Jikan. Kalau tidak masakan Jikan yang begitu handal boleh menjadi begitu berhati-hati. Mungkin juga musuh ini adalah mata-mata yang sentiasa mengekori dan memerhatikan tindak-tanduk Jikan yang begitu popular di balai-balai polis seluruh negara.

"Jalan perlahan-lahan dan jangan tiba-tiba bertindak luar biasa....", Ujar Jikan lagi.

Belum sempat Luqman mahu melangkah, Jikan berlari pantas dengan mengejut meninggalkan dia di belakang. luqman terpinga-pinga sedang secara tiba-tiba kedengaran suara salakan yang kuat datang dari arah belakang.

"Macam setannn! Kan senang kalau cakap ada anjing gila tadi!", Ucap Luqman perlahan sambil menunjukkan ibu jari ke atas pada Jikan yang sudah jauh dihadapan sedang dia berusaha melepaskan diri dari gigitan beberapa ekor anjing liar yang galak membaham ketingnya.

Wednesday, 12 June 2013

Kalau Gaji Aku Masuk...

Kalau gaji aku masuk...

Aku isi minyak kereta
Supaya senang buat kerja
Supaya hati aku lega
Supaya tidak kusut kepala

Kalau gaji aku masuk...

Aku boleh beli susu
Biar tersenyum anak aku
Walaupun sekadar susu lembu
Asalkan dia dapat menyusu.

Kalau gaji aku masuk...

Aku boleh pergi ke pasar
Belikan gula, ikan dan garam kasar
Beli sarapan roti tebar
Gantikan gebar dan juga cadar

Kalau gaji aku masuk...

Aku boleh bayar hutang
Tak lagi risau pagi dan petang
bila satu panggilan yang datang
Aku terpaksa lari lintang pukang

Kalau gaji aku masuk...

Aku mampu keluar berjalan
Bawa ke taman dan kedai makan
Supaya bini aku tersenyum sakan
Supaya anak aku dibelikan mainan

Kalau gaji aku masuk...

Aku isi minyak kereta,
Beli susu anak,
Beli barang dapur
Belikan mainan,
Belikan sarapan,
Bawa bini berjalan,
Bayar hutang pinjaman...

Itu saja yang mampu aku katakan...


kalau gaji aku masuk... mesti aku tak makan megi sampai macam ni.... 


Tuesday, 11 June 2013

Aku seorang Mat Metal...

Walaupun aku sukakan muzik metal tapi hobiku di masa lapang ialah menanam pokok cili..Lihatlah hasilnya.. - Ajak metal.


Sebelum aku memulakan cerita aku ni, elok benar kalau terlebih dahulu aku memperkenalkan diri aku ni. Nama aku Mohd Razak tapi engkorang boleh panggil aku Ajak aje. Kalau nak lagi glamer panggil aku Ajak Metal. Nama tu dah sebati dengan aku sejak aku kat kampung lagi. Aku ni sebenarnya berasal dari sebuah keluarga kampung yang terpaksa aku rahsiakan namanya di negeri Pahang sana nun. Kalau nak dikaji sejak awal penglibatan aku dalam arena muzik metal ni memang dah lama dah. Sejak korang kecik-kecik lagi aku dah pandai hangguk kepala. Oh yeah, rock me bebeh one time!! Kalau kat kampung tu aku diibaratkan sebagai tok penghulu kaki-kaki lepak yang semuanya sealiran dengan aku.

Keluarga aku sebenarnya tidaklah berapa suka sangat dengan cabang kehidupan aku yang aku pilih ni tapi nak buat macam mana, dah jiwa aku melekat kat situ.. Mana boleh tahan beb! Bapak aku tu pun bukanlah orang yang berada sangat. Dia kerja ladang aje. Kekadang tu kesian jugak aku nengok dia.. Tapi bab-bab aku nak menolong dia tu yang lomah sikit tu! Bukannya apa, takut rosak rambut aku ni kang!

Sejak dari zaman persekolahan lagi aku memang dah minat dengan muzik metal ni. Seingat aku tahun 1985 aku telah disogokkan dengan muzik-muzik barat ni yang pada mulanya aku sangkakan muzik diorang berperang. Mana taknya, bingit telinga aku dibuatnya. Namun lambat-laun jiwa aku mula ditarik ke alam irama metal yang memang dapat menjadikan jiwa aku bergegar dan ingin berekspresi tentang ketidakpuasan hati aku tentang apa-apa subjek pun.

Habis aje sekolah, seperti yang aku jangkakan, SPM aku memang elok dipamerkan kat tengah-tengah gelanggang sarkis:.. kelakar sangat rupanya (Untuk pengetahuan korang.. aku S.A.P), tapi sedetik tergerak jugak kat perasaan aku rasa gembira yang amat sangat sebab aku boleh melepak dengan kawan-kawan bermain gitar di kepala hujung simpang kat hujung kampung nun.

Member-member aku yang lain pun turut 'support' aku dengan turut melepak sampai ke senja sambil bergelak ketawa ntah apa-apa setiap hari. Masa tu kami melayan lagu-lagu metal seperti D.R.I, Dream Theatre, Megadeth, Metallica, KISS dan macam-macam lagi la..Kalau aku sebut pun mungkin korang tak tau! Timbul pulak keinginan untuk menubuhkan band muzik kitorang sendiri. Geng-geng aku masa tu terdiri daripada budak-budak muda yang umurnya memang aku senang nak kontrol. Boleh la aku jadi ketua... budak-budak kan!! Apa nak takut.

Awal tahun 90-an, aku dah mula pandai dressing yang sesuai dengan konsep metal aku tu. Aku menggayakan jeans hitam ketat yang dipadankan dengan kasut 'boot' koboi... Sementara t-shirt pulak, aku beli kat kedai 'bundle' kat pasar malam kampung aku tu. Bukan main hebat lagi gaya aku tu sehinggakan kerbau-kerbau kampung aku pun turut mempersetujui akan gaya aku yang jitu itu. Tapi satu yang leceh sikit jadi mat metal kampung ni, rambut aku yang panjang ni sering berdebu akibat habuk-habuk jalan raya yang belum bertar.. Sekali bas lalu je time kitorang tengah melepak tu, mesti rambut kitorang jadi perang tak menentu.. siyutt aje..!

Hujung tahun 1993, kumpulan muzik yang akan ditubuhkan sudah mula matang untuk membuat persembahan. Kitorang namakan kumpulan kitorang dengan satu nama yang agak ganas jugak la. Nama  FIRE BLADE telah menjadi nama untuk kumpulan kami. Kami mula memenuhi jemputan-jemputan orang kahwin dan dari situlah kami mula belajar cara-cara nak buat 'showmanship' ala metal yang tak pernah dibuat dek orang. Antara gaya-gaya menarik yang kami cipta termasuklah seperti menendang botol minyak sambil pura-pura tersadung, membakar lengan tanda ganas, menconteng muka dengan kaler magik untuk memaparkan wajah-wajah ngeri dan tak ketinggalan juga bermain gitar sambil melakukan acara akrobatik berpasukan... Gempak wa cakap lu!!

Tiga tahun kemudian, kumpulan kami didatangi oleh seorang tauke fun fair yang amat kagum dengan bakat yang ada pada kumpulan kami tu. beliau mengesyorkan kami untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencuba menjadi artis rakaman. Mendengar aje perkhabaran sebegitu, aku macam orang tak betul terus melompat kesukaan setiap kali aku pulang ke rumah. Waktu tu aku rasa inilah masanya untuk aku buktikan pada keluargaku yang aku ni bukannya anak yang tak berguna... Aku pun pandai cari duit sendiri. Namun, ayah aku asyik buat 'dek' aje.. Macam la dia tu tau tengok nasib aku berjaya ataupun tidak.

Dua minggu kemudian, kitorang pun berangkat ke Kuala Lumpur untuk menjadi artis rakaman. tak sabar rasanya nak tengok muka aku yang hensem ni terpampang kat poster-poster di kedai kaset. Gila ahh!! Cam tak percaya pulak aku. Tetapi timbul pulak perasaan tamak kat dalam diri aku ni, daripada aku pergi sebagai sebuah kumpulan, baik aku jadi artis solo je. Artis solo metal pertama di malaysia.. Wahh!! Boleh gempak tu!!

Sampai aje kat KL, aku terus bagi duit tambang balik kat budak-budak 'band' aku yang lain tu. diorang mengikut je.. Dah aku ketua kumpulan ye tak?! Tu la gunanya cari geng-geng yang senang nak di kontrol! lewat petang tu aku dibawa berjumpa dengan producer muzik yang aku sendiri pun tak kenal disebuah syarikat rakaman kat Sentul. Aku pun terus menjalani satu sesi ujibakat dengan penuh gementar sekali. Akibat terlalu gementar, aku tak boleh nak tarik, suara aku keluar macam bunyi penyangak... Sikit pun tak sedap.

Aku telah diterajang keluar dengan hinanya sekali. Masa tu timbul rasa malu untuk pulang ke kampung dan berhadapan dengan wajah-wajah member yang pasti akan mentertawakan aku dengan penuh ekstrim sekali. Tu pasal lah sekarang ni aku dah mempunyai pekerjaan tetap yang bolehlah menyara kehidupan aku kat KL ni.

Untuk pengetahuan korang kini aku dah bekerja di sebuah syarikat besi yang lebih dikenali dengan nama Ah Seng Metal Company. Kerja aku senang aje... Tukang ikat besi yang dah siap untuk dihantar ke kilang. Dapat le lima enam ratus sebulan. Walaupun begitu, jiwa aku tetap metal apabila bekerja kat kilang metal tu. Untuk korang yang minat muzik metal tu, aku ingin berpesan ' Majulah Metal Untuk Kilang'.

Sekian adanya!
Warghhhh!!! 

Monday, 10 June 2013

Sape yang mengaji tu..?



Sebenarnya time aku tengah menaip ni, jam menunjukkan pukul 02:00 minit pagi. Mata aku tak boleh nak lelap macam biasa. Selalunya time ni memang aku dah lena diulit mimpi bertemankan adinda dan anakanda. Dan pada saat ini sebenarnya aku tengah play suara mengaji ayat-ayat Ruqyah dan surah Al-Baqarah. Bulu roma kat leher aku meremang.....

Hujan lebat petang tadi. Lebat macam nak ribut tapi sebenarnya hujan lebat petang tadi takde kena-mengena dengan apa yang aku cuba nak ceritakan kat sini.

Time aku tengah menaip ni, aku dengar jelas suara orang tengah mengaji beramai-ramai kat dalam rumah aku ni. Aku intai-intai kat bilik belakang.. Terjingkit-jingkit macam pencuri dalam rumah sendiri, bila aku tolak pintu bilik suara tu beralih pulak kat bilik utama. Aku terjingkit-jingkit lagi pegi kat bilik utama, bila masuk kat bilik utama suara tu hilang selang 5 minit suara mengaji beramai-ramai tu kembali kedengaran kat tempat serata rumah. Aku rasa macam nak seram tapi aku buat-buat berani..

Aku cam ayat Al-Quran yang kedengaran tu, surah Al-Baqarah. Lepas tu terfikir plak aku, bulan depan dah nak start puasa. 'Diorang' yang mengaji dalam rumah aku ni nak khatam Quran masa dalam bulan Ramadan ni ke..?

Aku terus pening memikirkan dari mana datangnya suara orang mengaji ramai-ramai dalam rumah aku. Yang herannya, suara tu berbunyi agak kuat, jelas tapi kenapa wife dengan anak aku tak terjaga bila dengar bunyi suara tu..? Ataupun cuma aku sorang je yang dengar..?

Siapa yang mengaji..? Takkan jiran aku pasang kaset kot tengah-tengah malam pukul 02:00 pagi macam ni..? Tak logik.. tak logikk.. Diorang pun mesti tengah tidur memandangkan esok hari bekerja. Cuma aku ni je yang tak boleh nak lelap mata, buntang je bijik mata ku.. Kenapa entah tak lalu nak tidur time-time camni..

Suara mengaji tu masih kedengaran, aku merangkak perlahan-lahan sambil bawak laptop pegi kat atas tilam. Aku sambung menaip atas tilam. Tak berani nak stay sesorang kat dalam bilik studio. Mungkin ke yang ada kat dalam rumah aku tu jin..? Jin Islam ke..? Kalau betul la itu suara jin, maknanya rumah aku jadi tempat tinggal jin la, kan..? Patut la masa solat fardhu sorang-sorang kat bilik utama hari tu ada terasa macam orang tepuk bahu nak ikut jadi makmum......








Thursday, 6 June 2013

Aku, Hari Raya dan Meriam Buluh....

Duit raya....

Tatkala mendengar suara takbir membelah angkasa, hati ini bagai disiat-siat. Ketika orang lain sedang berpakaian baru, bersukaria mengunjungi sanak saudara, hati ini begitu sayu. Begitu pilu. Kemunculan Syawal tidak memberi sebarang erti. Dengan langkah longlai aku turut melangkah ke masjid seperti orang lain yang begitu bersemangat untuk menunaikan solat sunat. Aku? Aku sekadar bersimpuh diluar masjid menadah tangan meminta simpati. Kemeriahan hari raya tidak lagi aku rasai. Dalam kesedihan, keinsafan yang terlambat datang mencurah-curah.

Sepatutnya aku turut sama merayakan hari yang mulia dalam keadaan serba sempurna. Tempat aku sepatutnya bukan disini. Apa yang telah berlaku, sepuluh tahun yang lalu kembali menjelma diruang mata. Terbayang-terbayang bagaimana indahnya setiap kali datangnya syawal. Memori silam membuatkan airmata bercucuran, tetapi siapa yang mampu memutar waktu. Aku harus redha dengan apa yang telah ditakdirkan. Bercakap soal takdir, aku ingin berkongsi pengalaman. Apakah semua yang aku alami adalah takdir atau berpunca dari kelemahan seorang insan yang bergelar manusia.

Sepuluh tahun dahulu, aku tidak buta. Hensem dan segak macam hero hindustan. Mungkin perbandingan yang aku buat agak keterlaluan tetapi itulah hakikatnya yang harus aku dan korang terima. Tidak seperti kebanyakkan buruh asing, aku sebagai warga negara Malaysia turut sama dijangkiti penyakit malas. Malas bekerja kerana merasakan pendapatan yang diperolehi tidak seberapa sebab aku ni tak berpelajaran tinggi. Setakat gaji pat-lima-nam ratus sebulan, tak payah la. Rasa tak berbaloi dengan tenaga dan masa yang dicurahkan.
  
Berbekalkan suara yang selemak susu ibu, aku mengambil keputusan drastik untuk menjadi penyanyi jalanan dengan identiti tersendiri. untuk menarik minat orang ramai menderma, aku sengaja mengenakan spek mata hitam agar kelihatan seperti stevis wonder. Gempak sikit! Hasilnya lumayan. derma datang mencurah-curah. Setiap bulan aku mendapat hasil tiga ke empat ribu sebulan. Kalau aku kerja kilang, jangan haraplah nak dapat macam tu punya banyak!

Tiada siapa yang tahu. Taktik penyamaran aku yang begitu hebat mengalahkan Mission Impossible. Lagipun aku menjalankan operasi jauh dari kampung halaman. Tak ada orang yang kenal. Bukan senang nak menyamar menjadi buta, tetapi berkat bakat lakonan yang gemilang mengalir didalam darah daging ini, aku berjaya! Lakonan aku menandingi kehebatan lakonan Awie, Usop Wilcha dan Pak Jabit dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. Boleh dikatakan tiada manusia yang tidak bersimpati memandang aku yang teraba-raba tanpa cahaya penyuluh jalan kehidupan.

Hampir dua tahun aku berkecimpung dalam arena ini. Duit simpanan di bank dan dibawah bantal semakin lama semakin banyak sampai dah tak tahu nak buat apa lagi. 

Walaupun beroperasi agak jauh dari kampung, suatu hari kantoi jua. Ada seseorang yang mengenali aku. Dia memerhatikan aku sekian lama sehingga aku menjadi serba salah. Last-last aku bangun untuk beredar. Lelaki yang amat aku kenali itu adalah kawan baik abah aku. Mampuslah jawabnya aku kalau berita aku menjadi penyanyi buta jalanan tersebar di kampung halaman! 

Cepat-cepat aku beredar, tapi lagi cepat aku melangkah, lebih cepat dia mengekori aku kat belakang. Akhirnya aku melalui sebuah lorong yang sunyi.

Sebaik saja sampai di situ, aku menyimpan tongkat lalu aku membuka langkah seribu. lelaki tu dah tua, tak mampu nak kejar punya. Selamat. Tapi, aku harus menukar tempat operasi. Tempat yang sedia ada walaupun memberikan pendapatan lumayan terpaksa ditinggalkan.

Peristiwa itu membuatkan aku lebih berhati-hati, tetapi tidak memudarkan semangat. Peristiwa yang terjadi dua bulan selepas itu menyebabkan aku tidak lagi bersemangat. Malam raya. Suara takbir bergema menandakan berakhirnya bulan Ramadan. Setiap kali menjelang raya, kalau tak dengar bunyi meriam buluh rasa macam tak sah. Aku memang pakar dalam bab meriam ni. Sudah hampir lima tahun aku berkecimpung dalam arena ini. Tak ada sesiapa yang boleh celen punya. Meriam buluh aku yang paling hebat, paling kuat dan paling membingitkan telinga.

Tapi tahun itu aku mendapati ada manusia lain yang mampu mencabar kewibawaan aku sebagai seorang pakar meriam buluh. Namanya Osman Zailani. Baru berusia sepuluh tahun. Lagilah aku bengang!

Meriam buluh Osman Zailani meletup-letup bunyinya macam perang kat Afghanistan. Apa lagi kena kutuklah aku. Diorang kata...

" Nampaknya kemampuan kau setakat itu saja. Kau kena akui kehebatan orang lain. Zaman kau sudah berlalu. ", Kata Jidin Kengkang.

Kemudian Deraman Libas pulak menyampuk,

" Tak sangka ada orang yang lebih hebat daripada kau. Ingatkan kau ni handal sangat, rupa-rupanya budak belum bersunat lagi terer.. ", ujar Deraman Libas sambil membaling mercun pop-pop pada Jidin Kengkang.

" Kalau dibuat perbandingan dengan si Osman tu, bunyi meriam buloh kau boleh diumpamakan bunyi kentut saja. Tak lebih dari itu.. ", Kata Jidin Kengkang sambil menepis mercun pop-pop daripada Deraman Libas.

" Lebih baik kau bersara. Buatlah amal ibadat untuk hari tua....", Kata-kata Deraman Libas terngiang-ngiang ditelinga aku.

Kata-kata bersifat kutukan itu langsung tidak melunturkan semangat aku. Sebaliknya aku anggap ia sebagai satu cabaran untuk aku terus memajukan diri dalam arena meriam buluh.

Aku melakukan tindakan susulan yang amat drastik dengan mengubahsuai meriam buluh yang sedia ada untuk menghasilkan letupan yang gila babi kuatnya. kalau boleh sekuat letupan bom atom.

Akhirnya, aku berjaya. Aku melompat kegembiraan bila bunyi bergegar ke seluruh kampung. Dengan tabik hormatnya aku menjemput semua yang pernah mengutuk aku untuk menyaksikan demonstrasi bagi mensahihkan lagi bahawa akulah yang terhandal. Mereka datang berpusu-pusu dan aku bersedia untuk membuat letupan buat kali kedua.

Sumbu dinyalakan. Aku segera beredar agak jauh, tapi malangnya letupan tidak berlaku. Ada yang ketawa, ada yang mula mengutuk...

" Tadi tu nasib baik aje. Sekarang jangankan bunyi meletup, bunyi kentut pun tak dengar...", Kata Jidin kengkang.

Mereka ketawa lagi.

Aku merasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin meriam buluh aku telah disabotaj. Mungkin budak Osman Zailani tu sempat mengotak-katik kan meriam tu sepeninggalan aku tadi. Lalu aku mendekati meriam itu untuk membuat pemeriksaan rutin.

Tanpa disangka, cempedak tak pernah pun jadi nangka. Tiba-tiba berlakulah letupan yang maha dahsyat.
Letupan yang mencatat sejarah sebagai letupan paling dahsyat dan kuat di alaf ini.

Namun, aku tidak dapat menghayati kehebatan letupan itu. Serentak dengan letupan itu, meriam buluh aku berkecai dan aku tercampak ke belakang. Selepas itu, aku tak ingat apa-apa lagi.

Beberapa bulan kemudian, aku tak pernah lagi menyamar sebagai penyanyi buta kerana sememangnya aku memang buta. Semua duit simpanan yang bertimbun macam duit Pak Man telo dulu dibelanjakan untuk perubatan. Tapi, mata aku tetap buta.

Butanya aku lebih kurang macam butanya Kassim Selamat. Buta yang bukannya anugerah illahi, tetapi sengaja dicari. mungkin Kassim Selamat lebih beruntung sebab berjaya menjadi penyanyi terkenal, tapi aku? Aku menjadi pengemis terkenal.

Orang ramai sudah selesai menunaikan solat sunat.

Dentingan duit syiling kedengaran masuk ke dalam bekas yang aku tadah. Setelah tidak lagi mendengar tapak-tapak kaki disekitar, aku pun bangun untuk beredar. Pulang ke rumah yang sunyi selepas kedua-dua orang tua aku meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Aku sendirian.

Menyambut keindahan Syawal bersama kesunyian dan kegelapan.

"BDUUMMM!!!"

Jantung aku seperti terhenti berdegup. Bunyi letupan itu hampir-hampir membuatkan aku tidak bernafas. Tidak perlu aku meneka. Pastinya itu bunyi meriam buluh.

Aku menggelengkan kepala sambil mencapai tongkat.

Meneka-neka dari mana datangnya bunyi itu. Aku harus ke sana untuk memberikan nasihat dan contoh agar mereka yang sedang bermain meriam buluh itu tidak mengikut jejak langkah aku. Selagi masih ada masa depan yang cerah, jangan dipersiakan dengan membiarkan kegelapan menemani kehidupan seterusnya.


" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.. "



Blues Untuk Kursus...

Sebenarnya otak aku dah tepu. tepu bila mendengar ceramah ataupun boleh aku katakan sebagai syarahan syok sendiri oleh pihak penceramah dalam kursus ni. tiada komunikasi dua hala, tiada sesi soal jawab, tiada gula-gula buat penghilang rasa mengantuk.oh, kursus yang memenatkan. ada lagi 3 hari untuk aku hadap wajah penceramah yang ada kat depan aku sekarang ni.

sepanjang sesi ceramah ni, tangan aku tak berhenti melakar. Habis muka semua peserta aku lukis buat caricature. Wajah penceramah yang dah berumur tu pun tak terlepas dari lakaran aku. Habis melakar, aku buat sketching pulak.

Inilah apa yang aku dapat masa ceramah kursus hari ni... Hahahahahaaaaaa...

Blues untuk Jidin

Jidin yang blues

A dinosour and me!

Sketch untuk sebuah cerita yang dah bertahun tak siap......... 

Conteng-conteng tatkala boring berkursus!

Kuda, hantu hitam dan setan.

Naga dalam cerita ' Merlin'

T-Rex yang belum siap

Bahasa kiasan omputih..

SELAMAT BERKURSUS!

Wednesday, 5 June 2013

Allah lebih sayangkan anak abah...



Malam tadi aku ke The Mines. Niat dalam hati nak cari Samsung tablet sambil ushar-ushar Ipad. Ushar punya ushar, riki punya riki last-last lepas bincang dengan wife aku, dia kata..

" Mahal jugak la benda-benda gajet ni.. Ingatkan lepas dapat rebate RM200 SKMM, mampu le nak beli...."

Aku angguk pun tak, geleng pun tidak. Senyum je la.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah, wife aku diam je. Mungkin tengah melayan perasaan betapa mahalnya harga seunit Ipad. Aku pulak, drive je la dengan penuh berhemah. Dalam tengah dok layan lagu Ayu nyanyian kumpulan VE kat radio, tiba-tiba wife aku bersuara..

" Abi, dah dua minggu Adni pergi tinggalkan kita, kan..? "

" Haah, dua minggu dah.. Sekejap je masa berlalu..", Aku jawab.

" Sayg rindu Adni....", Suara wife aku bergetar menahan sedih.

" Abi pun sama.. Anak kita, kan.. Tapi, Allah lebih sayangkan dia.. Kita redha la dengan apa yang dah berlaku ye..", Aku pujuk wife aku.

Aku pandang wife aku melalui cermin pandang belakang. Dalam sinaran cahaya lampu jalan, aku nampak wife aku menangis. Timbul rasa sayu dalam hati.

Sepanjang perjalanan tu, aku diam.. aku biarkan wife aku melepaskan semua perasaan sedih dia dengan menangis, biar dia lega, biar dia rasa tenang. Bukan aku tak nak pujuk, tapi kata orang-orang tua kalau perempuan menangis, biarkan aje.. biar diorang menangis puas-puas....

Abah rindu Adni.............

Monday, 3 June 2013

Milik siapakah sahur itu?



Milik siapakah sahur itu..?

Nama aku Nanan. Sebenarnya aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku yang agak luar biasa semasa aku menjalani ibadah puasa sembilan tahun lepas. Jadi tak payahlah aku nak ceritakan latar belakang diri aku ni sebab cerita yang bakal aku paparkan nanti tampak lebih menarik dari cerita tentang diri aku. Namun begitu, ayahku pernah berpesan supaya aku sentiasa memperkenalkan diri aku sebelum aku bercerita supaya orang lain boleh mengetahui siapa yang bercerita tu. Kalau cerita tu best, mereka pasti akan mengenangkan penceritanya. Dengan tak pasal-pasal dah boleh jadi glemer!! Betul jugak cakap ayah aku tu.

Sembilan tahun lepas aku bekerja di sebuah kilang membungkus marjerin di Batu Pahat. Pada masa tu, aku tinggal di sebuah rumah setinggan bersama-sama dengan dua orang kawan yang turut sama bekerja di kilang marjerin tu. Kami menjalani ibadah puasa sama seperti orang yang lain, cuma kami ni amat malas nak bersahur. Bukannya apa, cuma kami tak mahu tidur kami diganggu. Apabila bangun pagi, kami berpuasa seperti orang lain, cuma kami nak kena tahan lebih sikit sebab perut memang betul-betul kosong (dah tak bersahur!!).

Kilang tempat kami bekerja tu pulak, takdelah ramai sangat pekerjanya, lebih kurang seratus orang je. Hampir separuh daripadanya adalah beragama Islam.. Jadi ramai la geng yang berpuasa. budak-budak kilang tu biasalah, bila berbuka memang dah takde tempat lain untuk dituju, cuma kantin kilang aje yang menyediakan menu sajian untuk berbuka. Menu berbuka kegemaran aku lain tak bukan ialah roti jala dicicah dengan kuah asam manakala airnya pulak, air bandung lengkong... Fuuhhhh.....Cerita pun tak guna der...!!

Nak dijadikan cerita, pada minggu kedua aku berpuasa, aku telah dimarahi oleh supervisorku kerana tabiat aku yang suka tidur di dalam kawah marjerin kat kilang tu. Habis satu badan aku dihinggapi marjerin yang tak kenal erti persahabatan. Akibat tekanan kerja yang membebankan, aku telah meminta kebenaran tokey kilang untuk membuat tapak perkhemahan untuk aku di dalam kawah marjerin tu, sekali lagi permintaan aku ditolak bulat-bulat kerana pada pemikiran mereka, permintaan aku tak masuk dek akal. Ada ke nak buat khemah dalam kawah marjerin... Patut tak aku?!!

Ahhhhh!! Aku pedulik hapa dengan amaran tokey kilang aku tu, aku geram. Atas nama geram punya pasal, aku terus pergi ke rumah tokey kilang aku tu. Dengan muka selamba aku terus membina khemah didalam bilik tidur dia... Puas hati aku!!Tapi, aku tersilap, sebenarnya bilik yang aku ceroboh tu bukan bilik bos aku... tapi bilik nenek dia. Dan dengan tak pasal-pasal je nenek dia dah syok dengan aku.. dia ajak kawen!! gugur habis bulu kaki aku dengan lamaran yang dibuat. Dengan larian pantas bak seekor cheetah, aku terus pulang ke rumah, tak jadi aku nak sakat boss aku tu.

Sesampai je kat rumah aku, aku tengok jam di dinding menunjukkan pukul 4 pagi. Waktu imsak dah nak dekat.. Alang-alang aku dah berjaga ni adalah lebih baik aku bersahur, sekurang-kurangnya esok takdelah lapar sangat. baru je aku nak keluar pergi beli sahur, dengan tak semena-mena aku terlihat hidangan nasi goreng cina dengan telur dadar diapit pula dengan sup ekor diatas meja makan kat rumah aku tu.

Baunya menusuk-nusuk hidung aku supaya menjamahnya. Sapa punya pulak le sahur ni?!! Setau aku, budak-budak kat umah aku tak pernah bersahur. Aku pergi menjenguk budak dua ekor tu, manalah tahu entah datang gila diorang nak belikan sahur tu. Tetapi amat terkejut aku apabila melihat sorang pun takde kat rumah, mungkin diorang dah keluar pergi beli sahur agaknya!! Misteri!Misteri! Bulu tengkuk aku menegak secara tiba-tiba. Aku pergi ke dapur untuk menjenguk nasi goreng tadi dan dengan tiba-tiba darah aku menjadi kecut balik.

Yaa.. tuan-tuan, kecut macam asam yang ditindih oleh batu-bata. Mengapa aku menjadi kecut..? Korang nak tau, meja makan rumah aku tu yang tadi hanya dipenuhi dengan nasi goreng, telur dadar dan sup ekor dengan misterinya dipenuhi pula dengan ikan bakar, kailan goreng dan buah-buahan tempatan seperti manggis dan buah bacang. Siap ada air bandung dengan nescafe 'shake' lagi.... Sapa punya kerja ni?!!

Siapalah yang baik hati sangat menghidangkan juadah menarik itu untuk aku bersahur. Apakah ada jin yang amat baik hati untuk memberi aku makan? Mungkin dia kesian kat aku sebab aku selalu tak bersahur.. Best la aku melantak ni kang!

Aku mendekati meja makan yang dipenuhi dengan makanan tu.. Sikit punya selera bila terhidu dia punya bau.. Menyelerakan dan penuh nikmat!! Itulah hikmat.. Itulah nikmat!! Suasana malam tu pulak agak menyeramkan.. suhu bilik yang agak sejuk menggigit kuku membuatkan peluh aku keluar ibarat air aircond. Perut aku yang tadinya takdelah lapar sangat dengan tak semena-menanya menjadi lapar sehinggakan mengeluarkan bunyi-bunyian pelik dan menghiburkan.

Dengan tak dipelawa, aku terus menghampiri dengan lebih dekat meja makan itu, tangan aku yang tadinya asyik duduk diam, semakin ghairah untuk mencapai lauk-pauk yang masih tak bersentuh.

"WHOIIII..!!!"


Tiba-tiba kedengaran suara garang mengherdik ke arah aku. jantung aku berdegup bak irama metal. Aku menoleh ke belakang ke arah suara yang menjerit ke arahku tadi dan amat terkejut beruk aku apabila melihat seorang perempuan tua dengan muka agak bengis memandang ke arahku. Aku mula resah dan sakit perut akibat ketakutan.

Macam mana bulan-bulan puasa yang mulia ni boleh ada hantu pulak? Aku menjadi bertambah terkejut apabila terlihat pula seorang lelaki dan dua orang kanak-kanak perempuan disamping perempuan tua itu tadi. Aku terkencing didalam seluar akibat kekecutan, habis basah seluar aku dipenuhi dengan air kencing aku sendiri. Malu aku pulak dengan korang.. cam budak kecik je perangai aku ni kan..? Tak bermoral dan pendek akal je..!

Tapi, sebenarnya aku sudah tersilap besar!! Camana boleh aku tak perasan..?!!

Sebenarnya perempuan tua, lelaki itu dan kanak-kanak yang dua orang tu bukanlah hantu ataupun jin, aku je yang imagine lebih-lebih!! sebenarnya aku dah tersilap masuk rumah, bukannya rumah aku, rupa-rupanya rumah jiran aku!! patut le makanan atas meja tu meriah semacam je. diorang nak bersahur, aku yang boleh tersilap....
Makcik tua misteri..

Aku terus melompat seperti katak pisang menuju ke tingkap. Aku terus melompat keluar ikut tingkap dan berlari menuju ke rumah aku yang betul. Keesokkan harinya, aku telah ditangkap polis kerana disyaki cuba menceroboh rumah orang.

Lima hari aku duduk dalam lokap, selepas mereka mempercayai keterangan aku dan tiada harta benda yang hilang, aku dibebaskan. Aku kembali ke rumah dengan penuh rasa malu pada jiran-jiran setinggan tempat aku tinggal tu.. Sesungguhnya aku manusia malu!!

Atas sebab malu punya pasal, aku berenti kerja kat kilang marjerin tu. Dan, dalam masa yang sama aku dapat offer kerja kat Shah Alam yang kemudiannya aku dihantar untuk bertugas di negara Arab Saudi....
Kini, bila aku menjejakkan kaki ke Batu Pahat pasti aku akan teringat kenangan merapu aku yang malu tu..

p/s : Selamat berpuasa ye tuan puan...

Ratapan seorang seniman...


" Aku sedih....."

Ali merenung sedalam-dalamnya tepat ke wajah Johar yang berdiri di birai pintu sambil sebelah tangannya menopang. Saling tak tumpah macam gaya hero filem tamil Rajnikanth. Tepu dia menunggu Johar menghabiskan ayat namun suasana tetap bisu tanpa suara.

" Sebab?", Ali bertanya. Ringkas tapi padat dengan persoalan.

Kali ini giliran Johar pula merenung Ali dalam-dalam. Pandangan yang sungguh sukar sekali dimengertikan apa maksudnya. Lalu Ali membuat kesimpulan, tentu sekali Johar sedang memandang sebagai seorang kawan dan bukannya memandang sebagai seorang pembunuh upahan.

" Cuba kau tengok muka aku ni dalam-dalam.... Betul ke muka aku ni muka tak boleh berjaya..? ", Soal Johar pada Ali yang kemudiannya terpinga-pinga.

Ali memandang Johar dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalaulah betul kejayaan boleh diukur dengan rupa paras, sudah tentu manusia berwajah seperti pembaris tak akan dapat  maju ke hadapan.  Hanya mereka yang memiliki wajah seperti model iklan pencukur misai saja mampu naik menempah nama dalam persada seni kini.

" Tak boleh ke kau beritahu aku secara terus-terang? Walaupun lampu rumah kau ni terang, tak bermakna ayat-ayat yang kau cakapkan sekarang ni mempunyai makna yang cukup terang ", ujar Ali meminta penjelasan.

Johar menundukkan kepala memandang lantai. Beberapa ekor semut api yang sedang lalu-lalang dikuis olehnya dengan menggunakan ibu jari kaki. Bertempiaran semut-semut itu melarikan diri bagi mendapatkan perlindungan. Dua ekor daripadanya terkorban akibat dipijak oleh kaki Johar yang sudah sedia maklum gebu bagai kaki gajah gamaknya.

" Ayah aku menghalang cita-cita aku untuk menjadi seorang anak seni. Dia kata muka macam aku tak layak bergelar anak seni malah aku dituduh merosakkan seni.", Luah Johar setelah beberapa ketika leka membunuh semut.

Ali memandang dengan mata yang terbeliak. Selama dia mengenali Johar, lelaki itu tidak pernah sekalipun melibatkan diri dalam aktiviti kesenian mahu pun bidang seni. Setahunya, Johar lebih pandai berembun dihujung simpang. Melepak dan melepak. Itu sajalah kepandaian Johar.

" Anak seni? " Tanya Ali sambil mengurut-urut siku.

" Ye, kenapa? ", Soal Johar kembali.

" Seni apa? ", Soal Ali lagi dengan muka berkerut.

" Nyanyian! ", Suara Johar tegas dengan jawapan yang memberangsangkan.

Sekali lagi kedua-kedua belah mata Ali terbeliak. Johar nak jadi penyanyi? Entah boleh entah tidak sahabatnya itu bernyanyi, Ali sendiri kurang pasti. Lagu kebangsaan pun dia tak hafal, inikan pula lagu yang menuntut kebolehan mengawal nada soprano, falsetto dan vibrato.

" Sejak bila yang hang dok pasang cita-cita nak jadi penyanyi ni? ", Soal Ali sedikit terkeluar loghat utara.

" Sejak ada banyak rancangan realiti tv pasal nyanyian. Sekarang ni kalau nak dapat duit banyak, jadi terkenal dan ramai peminat ialah dengan menjadi penyanyi. Kalau setakat kerja juruteknik, jadi blogger lepas tu duduk terperuk je kat kampung ni, jangan kan nak jadi terkenal, nak makan pun terpaksa berhutang lima enam bulan! ", Tegas Johar penuh semangat.

" Diorang jadi terkenal sebab diorang memang boleh menyanyi. Yang kau tu boleh menyanyi ke? ", Tanya Ali lagi dengan ayat provokasi.

" Tak adanya boleh menyanyi! Aku tengok suara diorang pun biasa-biasa je. Yang penting ada aura, dijamin boleh jadi terkenal! ", Balas Johar penuh yakin.

" Ada aura saja tak guna kalau suara macam burung unta, Johar! ", ujar Ali menambah perisa geram pada telinga Johar yang mendengar.

" Kau ni sama je macam ayah aku, suka merendah-rendahkan orang. Baik! Aku nak kau dengar aku menyanyi sekarang dan nilai kan kebolehan aku sebelum aku jadi terkenal nanti! ", ujar Johar sebelum menarik nafas dalam-dalam.

Kelihatan sekumpulan musang berlari deras menuju ke hutan dibelakang rumah Johar. Unggas-unggas yang tadi riang berkicauan, kini tersembam jatuh ke tanah dengan mulut berbuih. Ali tiba-tiba dapat merasakan gegendang telinganya mengalami gegaran dengan ukuran 9.0 pada skala richter.

Bunyi suara Johar bernyanyi yang menyamai suara ngauman singa liar Afrika bercampur aduk dengan bunyi suara jiran-jiran memaki hamun tanpa sebarang tapisan. Perlahan-lahan Ali mengambil dua seterika yang terletak berhampiran dengan niat yang satu.

Esoknya disebuah bandar berdekatan, seorang lelaki membuka helaian akhbar yang baru dibelinya dan kemudian berhenti sambil menatap sebuah tajuk :

' LELAKI KOMA DIPUKUL RAKAN AKIBAT MENYANYI SEPERTI SIAMANG.'