jom follow....

Thursday, 2 May 2013

Saya tak kentut la, aci.....




LRT yang kosong.....

4.45 pm

Selalu time camni LRT ke Sri Petaling dah sampai ni.. Hampeh! lambat pulak LRT time-time genting macam ni. Perut aku memulas. Bila dah tak senang duduk, aku berdiri pulak. berjalan mundar-mandir dari hujung stesen sampai ke tengah stesen. Peluh jantan mula merecik keluar kat dahi. Peluh kat ketiak, toksah tanya la basah macam mana...

Petua orang-orang tua, kalau rasa nak terberak.. buat lompat bintang. Aku pun teringat dengan pesanan mak masa aku kecik-kecik dulu. Dengan memerhati dulu keadaan sekeliling,

" Line clear.. takde orang..",  aku pun mulakan melompat bintang kat tengah-tengah stesen LRT, mujur takde orang masa tu. Tapi aku tahu, kat situ ada CCTV. mungkin petugas yang tengah kawal CCTV tu tergelak-gelak tengok aku buat lompat bintang sorang-sorang kat stesen. Aku terus membuat lompat bintang. selang beberapa minit, LRT pun sampai....

Aku meluru masuk mencari tempat duduk disebelah hujung (dengan alasan senang nak keluar bila sampai ke destinasi). Aircond dalam LRT tak mampu untuk memadam rasa celaru dalam perut. Makin dikemut, makin nak terkeluar rasanya. Makin aku tahan, makin rasa berombak usus dalam perut ni.

Bagi menenangkan rasa tak tentu arah yang melanda diri. Aku cuba menghiburkan diri dengan membaca buku berkenaan Akta Bekalan Elektrik (Peraturan-peraturan elektrik). Selepas 5 minit membaca, perut ni rasa rileks sikit. Mungkin sebab otak memberikan tumpuan pada bahan bacaan dan perasaan rasa nak terberak tadi menguncup sedikit demi sedikit.

Fuuhhh..!! petua aku mengalihkan tumpuan otak daripada rasa sakit perut nak terberak kepada membaca, menjadi!

Bila sampai di stesen Masjid Jamek, makin ramai pulak orang naik LRT ni. Bagus ada pengangkutan awam kat kotaraya yang besar dan sibuk macam kat Kuala Lumpur ni. Ye la, orang nak masuk KL ni pikir 2-3 kali sebab takut nak tempuh jammed. Kalau sekarang ni LRT tak wujud, mesti orang ramai tengah tunggu bas kat bus stop dan jalan raya terus sesak dengan kenderaan yang maha banyak.

Dari stesen Masjid Jamek tadi ada mat negro duduk sebelah aku. Hidung kembang, bibir tebal, rambut kerinting, tangan bertatu gambar bunga ros dan memakai baju t-shirt yang agak sendat dibahagian perut menampakkan ciri-ciri seorang lelaki boroi.
Kat sebelahnya pulak, seorang perempuan melayu yang berperwatakan seperti orang putih dengan skirt pendek, singlet nipis, bertindik hidung, matanya pulak dihiasi dengan contact lense hijau. Bukan main mesra mereka berpegangan tangan.

Aku pusingkan badan aku sikit, saja nak perhati 2 orang makhluk yang kononnya sedang hangat bercinta ni.

"Baby, where we are heading to?" Negro tu tanya awek dia.

"Let's go to Bandar Tasik Selatan. There got KFC at BTS station.." Awek melayu tu bagi pendapat sambil meleding-leding badan macam ulat gonggok.

"Oh, really..?Okay, let's go..anything for you babe.." negro tu bersuara sambil mata dia menjeling kat aku. Mungkin dia perasan sejak dari awal diorang masuk tadi, memang aku perhatikan diorang.

"Love you, baby! Sayang you sangat-sangat!!", perempuan melayu celup tu meluahkan rasa cintanya pada mat negro boroi tu.

Negro tu masih lagi merenung aku dengan disusuli jelingan tajam sambil tangan dia meramas-ramas jari-jemari awek melayu tu. Nasib baik dia meramas jari, kalau negro tu meramas tempat lain memang aku sepak  je dia laju-laju.

 Aku makin geram bercampur hairan.. Aku geram sebab minda dan tubuh awek melayu tu yang ada kat depan aku sekarang ni diperlakukan sebegitu.. disentuh, dikucup, dipeluk sana-sini tanpa ada bantahan daripada empunya diri. Yang aku hairan pulak, macam mana awek melayu ni boleh terpikat dengan awang hitam yang rambut kerinting, bibir tebal, hidung kembang...apa kurangnya pemuda melayu yang ada kat Malaysia ni..? Haa, korang orang pompuan...kenapa sebenarnya yang korang suka sangat dengan lelaki asing ni..? kalau ye pun nak kawen dengan orang oversea, carilah lelaki eropah ke, lelaki arab ke..ini tak, pilih negro, bangla, indon...! Hish!!

Untuk pengetahuan, aku tak pernah lagi dengar cerita pasal lelaki melayu kawen dengan wanita negro..kan..?Cuba tengok lelaki punya taste macam mana...hu hu.. Apa-apa pun, dahulukan la lelaki 'buatan Malaysia'..

"Stesen berikutnya Bandar Tasik Selatan..Next staion Bandar Tasik selatan.."

Suara driver LRT memberitahu yang kat depan ni stesen Bandar Tasik Selatan. Mat negro dengan awek melayu ni bangun, berjalan nak ke pintu LRT. Diorang lalu kat depan aku. Tiba-tiba....

" PprrooooooootttttTTtt....!! "

Negro tu pandang aku, dia senyum..senyum macam orang jahat. cilake betul, dia kentut depan aku. bau toksah cakap la, macam bau bangkai!

Aku pandang negro tu, dia senyum lagi.. kemudian dia keluar dari tren sebab dah sampai kat Bandar Tasik Selatan. Masa dia berjalan kat luar pun, dia senyum lagi kat aku sambil tunjuk isyarat ' bagus '. Aku geram......

Sakit hati, aku mengalihkan pandangan aku ke arah lain. Aku nampak makcik-makcik dan aci-aci yang duduk kat depan aku ni jeling aku semacam siap tutup hidung lagi. Aik,apasal..? Satu persoalan yang bermain dalam otak aku.

" Dey, you kasi sopan sikit tak boleh ka tambi?" Tiba-tiba aci tu sound.

" Aik, kenapa auntie? Saya buat salah ke? " Aku tanya aci tu dalam perasaan sedikit hairan.

" You aaa...kalau you mau kentut ka? Apa ka... Kasi sopan sikit la.. Jangan main kentut saja depan orang-orang tua! you mana mari? Tada adab punya worang! ", Aci tu terus membebel.

" Tapi, bukan saya....", Aku cuba membela diri.

" Apa bukan? Bukan you kentut?Lagi mau tipu sama worang tua..!", aci tu terus marah-marah sebab bau kentut negro tu terus bermaharajalela dalam gerabak.

Semua orang dalam gerabak LRT tu pandang aku semacam, semua orang tak puas hati dengan aku. Hakikatnya bukan aku yang kentut tapi negro tadi tu. Takpelah, salah faham. Orang-orang tua ni fikir mentang-mentang diorang makan garam dulu, cakap orang-orang muda terus nak tolak mentah-mentah.

Lepas LRT tiba kat stesen Sungai. Besi, makcik-makcik dan aci-aci serta semua orang dalam gerabak dengan aku tadi turun meninggalkan gerabak LRT. Tinggal aku sorang dalam gerabak menuju ke stesen terakhir. Kejadian perut memulas nak terberak, insiden terserempak dengan couple negro dan awek melayu celup, insiden mat negro kentut dalam LRT kemudian aku dituduh aci sebagai lelaki takde adab sebab kentut depan orang walaupun bukan aku lelaki yang kentut tu..

Hari ini, ketahanan mental aku teruji sekali lagi dalam gerabak terakhir tren LRT...

Sekian, terima kasih kerana mendengar luahan merapu hati yang kudus ini.. hi hi

No comments:

Post a Comment