jom follow....

Monday, 6 May 2013

Najis di hati...


Ada satu kisah menarik mengenai seorang alim ulama' yang dalam perjalanan untuk pergi ke masjid. Beliau terpaksa melalui jalan yang ada lopak air dan ketika berjalan inilah beliau ternampak seekor anjing di sebelahnya.

Dengan serta-merta beliau mengangkat jubahnya kerana merasa jijik dan risau kalau kalau jubahnya tersentuh dengan anjing berkenaan .

Dengan izin Allah , anjing itu berkata kata,

"Wahai manusia,najis dibadan ku boleh disucikan seandainya menyentuh jubah mu,akan tetapi mampukah engkau menyucikan hatimu yang sombong kerana memandang hina dan jijik pada seekor anjing seperti aku ?

Kemudiannya ,alim ulama ini terkejut dan sedar kesilapannya dengan memandang hina jijik pada makhluk ciptaan Allah itu. Beliau lantas menangis dan bertaubat.

Dengan kisah ini memberi penjelasan betapa dalam islam sendiri meletakkan kedudukan haiwan yang sewajarnya kita hormati. Adalah berdosa besar kalau kita mendera binatang ,apatah lagi membunuhnya .
Berikut dibawah ini saya nukilkan pengajaran yang boleh kita dapat

Memelihara haiwan adalah satu amal yang besar pahalanya disisi Allah SWT, setiap makanan yang diberi kepada haiwan ada pahalanya.

Belajarlah untuk mengasihi haiwan, dan janganlah sesekali kita bertindak zalim serta menafikan pergerakkan dan kehidupan haiwan dimuka bumi ini. Haiwan juga ingin hidup bersama-sama manusia juga. Adalah berdosa besar bagi mereka yang menyeksa dan menyakiti haiwan dengan memukul dan membunuh.mereka mereka yang bertindak sedemikian akan dimasukkan ke neraka.

Dalam islam dibolehkan mengurung haiwan seperti kucing ,anjing untuk perkebunan (ladang) dan sebagainya . Tetapi dengan syarat kita wajib memberi makanan dan juga memberi minum pada haiwan yang kita kurung. Jika tidak mampu. Maka lepaskanlah saja haiwan tersebut agar haiwan-haiwan ini mencari makan dan minumnya sendiri.

Moral : Sayangilah semua makhluk tuhan di atas muka bumi ni.

No comments:

Post a Comment