jom follow....

Monday, 6 May 2013

"Sen gua bila lu nak bayar...?!"

"Nasib baik bawak dompet", Kata aku kat dalam hati.


"Pegi mana, bang?" Lamunan aku terhenti.

"C.M," Jawabku ringkas. Aku meraba-raba poket 'jeans' yang dah seminggu tak dibasuh.

Alamak!!Baru aku teringat, aku dah lupa nak jahit poket depan yang koyak. Nasib baik bawak dompet. Dalam dompet pun ada le RM 40.00. Aku hulurkan not dua puluh kepada konduktor tu. Rambutnya panjang bukan main.

"Aiseyy...Takde duit kecik ke, bang? Gua mana ada tukar ni!" Tiket dihulurkan pada aku.

"Eh, mana balancenya, bro?" Aku mula bengang bila brader tu buat dek je. Dah la kad ATM aku kena telan, ni ada orang nak kebas duit pulak.. Mana boleyy....!!

"Kejap ye bang. Tunggu dua tiga orang naik lagi.", balas konduktor tu dengan suara yang agak kuat. Semua penumpang menoleh ke arah aku.

Aku buat-buat pandang ke luar. Hampeh punya konduktor. Pandangan malam di ibu kota yang indah menyejukkan hati aku yang panas seperti teh tarik pagi tadi. Tambahan pulak ada awek cun duduk di depan aku. Apa lagi... layan perasaan la. Hai...bertuahlah kalau aku dapat isteri cun macam ni. Ketika aku asyik menikmati keindahan malam, sampai di satu bus stop, bas berhenti. Konduktor tadi turun. Kemudian naik pulak konduktor lain. Seorang 'akak'.

"Eh, camne ni?" Tetiba aku menggelabah. Aku mesti ke depan. Baru nak berdiri, bas pun bergerak dengan laju. Aku jatuh terduduk. Tak boleh jadi ni. Aku meluru ke depan.

"Apa ni,kak! Duit balance belum bagi lagi ni..!" Aku mula naik angin.

"Laa, apasal tak bagitau tadi. Brader tu start cuti seminggu mulai esok." Balas 'akak' tu dengan suara yang agak garau.

"Turunkan saya kat sini!" Bentakku garang. Saja nak bagi 'akak' tu kecut perut. Nasib baik dia diam, kalau ditengkingnya aku balik tadi sure herot rahang dia aku siku dengan lutut.

Bas berhenti. Aku bergegas ke tempat brader tadi turun. Ada pasar malam rupanya kat situ. Tekakku terasa haus pulak. Sedang aku menikmati kelazatan air jagung di sebuah gerai, tiba-tiba aku ternampak brader tadi kat sebuah gerai CD. Baju T-shirt hitam Metallica nya aku cam benar. Rambut panjang pulak tuh. Sah dia!!

Setelah membayar duit air jagung tu, aku menuju ke arahnya. Tiba di belakangnya, aku tepuk bahunya dengan agak kuat.

"Mana mau lari, brader!Duit gua mana?!"Bentakku yakin.

Brader tu berpaling ke arahku. Alamak, silap orang rupanya. Yang aku tepuk tu bukan konduktor bas yang songlap duit aku tadi, tapi rupa-rupanya member aku yang selama ini aku cuba melarikan diri darinya.

"Oiii.. Nan.. Lu bila nak bayar sen gua?Hah!Puas gua cari lu.. Tapi lu selalu mengelak dari jumpa gua. Sekarang gua dah tak boleh tolak ansur lagi dengan lu. La ni jugak gua mau lu bayaq hutang lu kat gua, kalau tidak gua hentak tulang rusuk lu!" Dengan bengisnya member aku menggertak.

Dengan terketar-ketar ketakutan aku pun menghulurkan duit RM 20.00 kepadanya. Yang problemnya hanya itu aje lah duit yang tinggal dalam dompet aku. Dan, malam tu jugak aku terpaksa balik ke rumah dengan berjalan kaki sejauh sebatu lebih. Betullah pesan mak aku, kalau sekali tuhan nak tarik rezeki daripada kita,sekelip mata je Dia boleh tarik.

Oleh itu, janganlah kita membangga diri jika dapat rezeki yang banyak dan janganlah kita mengeluh kalau mendapat rezeki yang sedikit ataupun rezeki yang hilang dari simpanan kita.

Jadi, aku redhalah dengan apa yang terjadi.. lagipun aku rasa ini semua kesilapan aku jugak. Inilah akibatnya kalau saja-saja nak mengelakkan diri daripada membayar hutang kepada orang yang sepatutnya. Dah la hutang dipaksa bayar, duit aku pulak disonglap orang.

Malam tu bila sampai kat depan rumah, aku duduk, mendongak tengok langit. Banyak bintang-bintang bergemerlapan. Dan, fikiran aku terus melayang berfikir macam mana nak topup balik duit yang 'melayang' tadi.....

Moral : Bayarlah hutang meskipun hutang PTPTN!


No comments:

Post a Comment