jom follow....

Friday, 3 May 2013

"Mana saya tahu makcik ni datin..."


Petang semalam aku terserempak dengan member lama aku kat KL. dia ajak aku lepak-lepak, nak berborak sebab lama sangat tak jumpa katanya. member aku ni dulu satu batch dengan aku kerja kat Arab Saudi.
Member aku suggest nak lepak kat sebuah coffee house yang terkemuka kat kota batu Kuala Lumpur ni. Kitorang duduk kat meja yang paling hujung kat belakang sana.

' Cantek!Tempat yang ko pilih ni memang strategik la, anoy..", Kata member aku sambil mata dia melilau tengok awek-awek cun kerja bank CIMB yang lalu-lalang kat situ.
Aku senyum je. Dah masak sangat dengan perangai dia yang sukakan benda yang lawa-lawa, comel-comel.

Banyak isu yang kitorang bualkan. Bermula dengan isu macam mana nak masak nasi beriyani pakistan yang pernah kitorang makan time kat arab dulu, kisah perjalanan kitorang menunaikan umrah, kejadian kereta kena tarik dengan polis arab masa kat Mekah, hinggalah ke isu terkini politik di tanahair. 2 jam lebih jugak la kitorang duduk kat coffee house tu.

"Noy, aku ingat nak gerak diri dulu la.. lagipun hujan ni..", Member aku menyusun ayat nak minta diri.

"Lah... ye ke? Okay..okay.. takde hal.. bila-bila jumpa lagi eh..!", Aku bangun sambil menghulur tangan bersalam dengan dia.

Member aku senyum. Dia bergerak keluar dari coffee house dengan tangan menekup kepala. Hujan katanya, sambung member aku lagi..

"Tak mahu bagi rambut basah. Nanti orang ingat aku baru lepas mandi wajib pulak..."

Aku sambut kata-kata dia dengan ketawa. Sengal betul mamat ni. Tapi, apa kaitan rambut basah dengan mandi wajib? Aku terus berfikir sambil menyenyumkan muka melihat member aku terus berlari dalam hujan sambil menekup kepala.

Aku masih lagi kat coffee house tu. Menghirup kopi yang dah suam-suam kuku. kat meja sebelah aku ada dua orang wanita yang aku jangkakan dalam pertengahan umur 40-an.

"I kalau boleh taknak la bela anak ikan ni. Susah nak jaga.."

Aik, macam menarik je topik diorang ni. Cerita pasal anak ikan atau lebih tepat diorang mungkin tengah bercerita pasal nak bela gigolo agaknya. Aku pusatkan kepala aku betul-betul 75 darjah ke arah timur laut. telinga aku bergerak-gerak bagi memberikan fokus yang maksima terhadap perbualan diorang.

"Alaa, you ni Datin Sarah... bela anak ikan la yang paling senang..Boleh cari yang fresh-fresh lagipun diorang jenis tak melawan apatah lagi agresif..", Perempuan yang bernama Datin Sarah tu mengangguk.

"Tapi, I takut kalau husband I, dato' Harun tu dapat tahu.. Mati I nanti... Dia bukan suka I ada anak ikan!", kata Datin Sarah kepada kawan dia yang aku tak tahu nama tu lagi.

"You pandai-pandai simpan la, Datin...", Pujuk kawan datin Sarah.

"Hish! Takut la I..! Lagipun I dah tua, malas la I nak fikir pasal anak-anak ikan ni semua..!"datin Sarah berkata lagi lalu menggelengkan kepala.

"you tengok I ye Datin. Sebelah I ni ada anak ikan yang boleh I bela.. comel..cute..", Kata kawan datin tu.

Sebelah?Aku pandang keliling. Yang ada berdekatan diorang, yang dekat bersebelahan dengan diorang takde orang lain. Cuma aku je yang ada kat situ.

"Aisehmen, diorang cakap pasal aku ke..?", aku mula cuak.

Tapi, aku ni dah kawen. Aku kan dah ada anak. Kalau wife aku tahu aku jadi gigolo nanti macam mana? Kalau mak ayah dapat tahu pulak macam mana..?Apa pulak tanggapan kawan-kawan seterusnya masyarakat kalau diorang tahu aku bergelar anak ikan? Dan sebagai penjawat awam, aku kena bagi contoh sisipan yang berguna dalam modal insan. Yang paling penting sekali, agama aku melarang keras perkara-perkara maksiat!

Ini tak boleh jadi! Aku mesti bertindak membetulkan dua orang wanita 40-an kat sebelah aku ni.

"Datin Sarah, you nak tak anak ikan yang ada kat sebelah I ni..I boleh tolong you adjust..auummmm..Hehee..", suara kawan Datin sarah terus memujuk dengan gaya manja.

Hati aku mula panas. Telinga aku berdesing bila diorang menggelarkan aku anak ikan yang cuba nak dipancing..
Aku bingkas bangun, menolak kerusi yang aku duduk dengan kasar ke belakang.

"Saya tak tahu la nak cakap apa!Awak berdua ni sedar tak yang awak berdua ni dah tua! Dah boleh panggil nenek dah pun. Buat apa la nak bela gigolo, anak ikan la bagai?!Tak takut mati ke?Ingatlah, jangan curang dengan suami. Syurga dibawah tapak kaki suami...!!"

Entah dari mana aku dapat kudrat + keberanian untuk cakap macam tu pun aku tak tau. Diorang terkejut. Aku sambung cakap lagi,

"Baliklah ke pangkal jalan, makcik-makcik.. tak kesian ke dengan suami kat opis yang bertungkus-lumus cari rezeki?" Ayat aku tergantung kat situ....

"Ewah-ewah...sedapnya mulut dia bercakap...?", Kawan datin Sarah bangun bercekak pinggang menghadap aku.

Kemudian dia sambung lagi...

"You ingat kitorang ni kebulur sangat ke nak ambik lelaki muda buat gigolo? You ingat we all ni apa?", Kawan datin Sarah mula berhujah.

"Tadi tu makcik cakap pasal anak ikan..lepas tu kata kat sebelah ada anak ikan nak adjust..?yang ada kat sebelah makcik cuma saya je..saya bukan anak ikan yang boleh makcik adjust-adjust..!", Aku mula bersuara tegas.

"Hoi, you ni perasan sangat kenapa?we all bercakap pasal anak ikan arowana ni..!", Sambil dia menunjukkan  ikan Arowana dalam plastik yang dia letakkan kat atas kerusi yang berhadapan dengan aku. kemudian kawan Datin tu sambung lagi,

"You kalau tak tahu apa-apa jangan nak menyampuk je cakap orang.. lagi satu, we all ni bukan makcik you tau..we all ni Datin..I Datin Sapiah and she is Datin Sarah...", Datin Sarah tersengih tengok aku yang dah tersalah 'tembak'. Datin Sapiah kembali duduk berbual dengan datin Sarah sambil menjeling kat aku.

Aku berdiri lama.. aku pandang muka dua orang datin tu. Aku jadi segan, malu sebab tersalah faham. Aku tak tunggu lama lagi dah. Aku masukkan kamera DSLR aku ke dalam beg. Lepas tu aku pegi kat cashier nak bayar minuman yang aku minum tadi. Dari tempat cashier, aku curi-curi pandang kat datin-datin tu, diorang pandang aku sambil senyum sinis..lepas tu kedengaran diorang gelak besar. Konfem diorang tengah kutuk aku la tu.

Aku keluar dari coffee house tu dalam keadaan tergesa-gesa dengan tangan menekup kepala sekaligus menekup muka. Bukan kerana takut orang kata rambut aku basah sebab mandi wajib, tapi nak cover malu daripada muka aku terus jadi bahan gelak ketawa datin-datin dan ikan arowana saat-saat hujan gerimis petang tu..

Moral : Jangan perasan!

8 comments:

  1. haha..ko bio btol noy..ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bai.. lepas ni tak mau lagi di cop sebagai jejaka perasan.

      Delete
  2. ni cerita betul ke? kalau betul, giler lawak! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah elise hamin.. sesungguhnya ini adalah cerita yang benar2 terjadi kepada diri lelaki perasan ini.. :)

      Delete
  3. tergelakkk betuuiiii he he he lawak tgaah maalm ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, lawak bagi anda tapi tidak pada saya pada saat dan ketika itu.. Hahahahaaa!

      Delete
  4. Replies
    1. ko nak kenal ke dengan Datin Sapiah ni, Zulfahmi Zainal Abidin?huhu

      Delete