jom follow....

Thursday, 30 May 2013

Dia hanya surirumah...


Seorang surirumah yang berjaya.. 

Nak dijadikan cerita sebuah cerita yang sebenarnya tidaklah menarik mana tapi kalau dibaca sampai habis nanti tahulah bahawa cerita ini memang menarik lagi interesting. Kita ikuti luahan hati seorang surirumah yang bernama Zulaikha Binti Zulkifli (bukan nama real) tapi menggunakan nama samaran atau nama manja iaitu Ikha. Berbalik pada Ikha seorang surirumah yang dah beranak empat. Kisah cintanya memang menyayat hati tapi kita ringkaskan sebab tu bukan point utama cerita ini.

Ringkasan cinta Ikha- Ikha bertemu dengan Yusri bin Hashim pada usianya sembilan belas tahun, bercinta selama tujuh bulan dan terus berkahwin walaupun dihalang oleh bakal mertuanya. Sebabnya, mak mertuanya mahu Ikha dan anak lelakinya sendiri sambung belajar walaupun Yusri ketika itu sudah mendapat segulung ijazah. Bila dah kahwin sah-sah Yusri atau panggilannya abang, tidak membenarkan Ikha menyambung pelajarannya ataupun bekerja.

Mulai hari itu, Ikha menjadi suri hati abang Yusri dan juga surirumah dengan sahnya. Ikha redha dengan kehendak abang, jadi Ikha bertekad untuk menjadikan surirumah sebagai profesion yang serius! Pelbagai langkah yang diambilnya untuk membina kerjaya sebagai seorang surirumah. Ikha yang pada mulanya tidak pandai memasak telah bertungkus-lumus belajar memasak. Bukan itu saja, Ikha juga cuba mengambil hati mak mertuanya yang tidak berapa setuju dia menjadi menantu.

Kegigihan dan keikhlasan Ikha akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima dan menjadi menantu favourite. Atas kurniaan rezeki, Ikha telah melahirkan zuriat yang kini terdiri dari umur 10 tahun, 8 tahun, 6 tahun dan 4 tahun. Dalam masa yang sama, Ikha sibuk menguruskan sebuah rumahtangga, Ikha juga mengambil kesempatan menulis beberapa buah novel. Itu yang menjadikannya begitu bangga dan bahagia.

Suatu hari ketenangan hatinya terusik apabila Ikha menerima satu panggilan telefon dan invitation melalui facebook dari seorang kawan. Ikha bermuram dan bermasam muka sepanjang hari.

"Kenapa ni sayang? Abang tengok Ikha macam ada masalah je?", Tanya abang Yusri.

"Abang, minggu depan kawan-kawan sekolah menengah Ikha ada buat gathering dan Ikha dijemput sekali..." Suara Ikha perlahan.

"Hah, pergilah... Yang Ikha dok pikir-pikir lagi tu kenapa? Bagitau hari apa, nanti anak-anak ni takpe biar abang yang jaga..", Pujuk suaminya.

"Bukan.. bukan itu masalahnya. Abang, Ikha segan la nak pergi. Diorang semuanya bekerjaya dah berjaya pun, semua dah ada karier. Kan ikha sorang je yang kahwin awal. Semua kengkawan Ikha sambung belajar." Muka Ikha sedih.

"Hish! Isteri abang ni lagi berjaya. Ikha.. Ikha ni seorang isteri, seorang ibu, seorang anak, seorang menantu yang baik. Tu kan dah berjaya. Lagipun Ikha juga seorang guru bila mengajar anak-anak kita, seorang akauntan bila jaga financial kita, seorang chef dan macam-macam lagilah." Yusri terus bangun dan terus ke surau.

Ikha masih termenung, kata-kata abang Yusri sedikit pun tidak dapat memujuk hati Ikha sekaligus menyakinkan dirinya. Ikha dalam dilema sama ada nak pergi atau tak. Kalau ikutkan rasa rendah dirinya, dia tak mahu pergi tapi rasa rindu untuk bertemu kawan-kawan sekolahnya.

Dalam tidak ada keputusan Ikha pun sediakan baju untuk ke gathering itu. Ikha keluarkan baju kebaya berwarna pink dan bermanik-manik itu. dia mahu kelihatan jelita dan anggun pada mata kawan-kawannya nanti.

Pejam celik-pejam celik tibalah hari perjumpaan itu. Walaupun dalam hati masih ragu-ragu untuk pergi tapi Ikha mengambil keputusan untuk pergi atas dorongan abang Yusri.

Rasa berat hatinya untuk meneruskan hasrat bertemu dengan kengkawannya. kereta Ikha sudah diletakkan ditempat parking. Sebelah kanan kereta Ikha ada BMW dan sebelah kirinya pula Toyota Wish. Ikha terasa kerana dia hanya membawa sebuah kereta perodua kancil mata belalang yang berjenama tempatan. Dihayunkan juga langkah masuk ke dalam Hotel Nikki yang bertaraf 5 bintang itu.

Kancil mata belalang tapi ini bukan milik Ikha..

Ikha mengumpulkan semua semangat untuk berdepan dengan rakan sekolahnya.

"Ikha, how are you? Bestnya dapat jumpa student terpandai kat sekolah. Hei! Tengok ni siapa yang ada kat sini, Penolong Ketua pengawas tahun 1994." Tegur Mariamah Binti Tijor yang merupakan saingan Ikha dalam pelajaran.

Ikha hanya menelan air liur dan tersenyum, memang dia dulu pelajar yang popular dan hebat tapi sekarang dia hanyalah seorang surirumah. Ikha hanya mendengar kawan-kawannya bercerita. Mereka bercerita tentang kejayaan karier dan apa yang mereka miliki sekarang.

"Aku dulu takut tengok Ikha bedah katak masa kelas Biologi tapi sekarang aku dah bedah orang dah pun." Sabariah dengan bangganya bercerita tentang kariernya sebagai doktor bedah.

"Mazwin, kereta you tu model Honda yang terbaru kan? Okey jugak Honda tu. I baru ambil CRV baru, senang nak balik kampung. Eh! Popular student kita dah jadi apa sekarang? Hmmmm... mesti you hebat kan sekarang...", Fatin Nadia memandang tepat ke arah Ikha.

Semua mata tertumpu kepada Ikha dan semua senyap menunggu Ikha membuka mulut. Mereka memang berminat ingin tahu apa yang Ikha lakukan sekarang.

" Mmmmm...Guys, I after STPM tak sambung belajar tapi I kahwin, sekarang ni I jadi housewife anak empat. My hubby is manager kat sebuah syarikat kapal. I....", Mata Ikha terkula-kulat ketika bercakap.

"Anak you mana? Lelaki ke perempuan? Mesti comel dan bijak." Tanya Mariamah.

"Ikha.. Habis tu you jaga anak sepenuh masa la..? Wow!", Sabariah pula menyampuk.

"Ikha... kenapa suara you perlahan, ceritalah lagi apa rutin harian you." Fatin Nadia berminat nak tahu.

Ikha mulai betulkan duduknya, dia bercerita mengenai dirinya kerana semua kengkawannya berminat nak tahu tapi akhirnya Ikha terdiam bila merasakan kawan-kawannya saja ingin mengambil hatinya memandangkan dia hanyalah seorang surirumah. Ikha menunduk.

"Ikha, kenapa..?", Tanya Mariamah disebelahnya.

"I hanyalah surirumah berbanding dengan you all..", Muka Ikha begitu sedih.

Ikha hampir menangis tapi kawan-kawannya teresak-esak menangis. Mula-mula seorang, kemudian seorang lagi, kemudian lagi seorang dan kemudiannya semua turut menangis. Ikha terdiam dan berasa hairan.

"Ikha, you beruntung dah kahwin dan ada anak. Tak macam kitorang ni, belajar tinggi-tinggi tapi tak kahwin-kahwin. Sekarang dah jadi andartu. Duit banyak pun tak guna.", Nurul Faqihah yang senyap dari tadi bersuara sedu-sedan.

Pada hari itu Ikha pulang ke rumah lalu terus memeluk suami dan anak-anaknya sambil menyatakan kepada mereka bahawa dia bangga menjadi seorang isteri dan surirumah...

Sekian.

Kreadit : Alia & Ujang 010608

Thursday, 23 May 2013

Alif Dunia Kita...

Huruf alif

Hye, naistusiyah.. selamat bertemu lagi kita dalam entry mari bercerita kali ni. Untuk kali ni aku nak berkongsi dengan korang tentang perihal huruf alif yang ada dalam muqaddam tu. Biarpun ini bukanlah sesi mari membaca muqaddam tetapi ada istimewanya huruf alif dalam kehidupan kita.

Jom kita mengenali alif dengan lebih dekat lagi...

1. Alif itu bentuknya lurus. Sebagaimana harusnya kita lurus dalam menunaikan fardhu yang telah ditentukan dalam kehidupan kita.

2. Alif itu bentuknya tajam. Sebagaimana harusnya kita menajamkan lagi ilmu dunia dan akhirat selagi ada hayat dikandung badan.

3. Alif itu bentuknya tegak. Sebagaimana harusnya kita menegakkan syiar dan kepercayaan kita pada Yang Maha Pencipta.

4. Alif itu bentuknya tirus. Sebagaimana harusnya kita terus menyelami hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.

5. Alif itu bentuknya satu. Sebagaimana harusnya kita berusaha menjadi satu dan bukannya berpecah berpuak sesama sendiri.

Jom mengaji...
Sumber : Cerpelai

Wednesday, 22 May 2013

Aku, Bunian dan Warung Pak Menawer

A few days ago, aku ngan wife aku tengok muvee Zombie kampung Pisang yang aku copy dari member opis aku. Sebenarnya dah plan lama dah kitorang nak tengok cerita ni sama-sama. Tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan. bukan apa, kalau nak tengok cerita apa-apa yang melibatkan penggunaan laptop, aku kena pastikan anakanda harith tidur dulu. kalau tak, habis semua button anakanda nak tekan. Anakanda Harith akan duduk diam, khusyuk dan melopong hanya apabila aku pasang cerita upin ipn atau Ultraman sahaja!

Habis muvee Zombie kampung Pisang, aku pasang pulak cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Mengekek kitorang gelak.. Memang lawak habis! Paling syok scene kak Limah tengah main enjit-enjit semut kat tepi kubur then johan(harbi) datang nak tumpangkan Kak Limah balik rumah..Hehehehhee..
Bila dah reda ketawa, wife aku tanya..

"Cantik tempat diorang berlakon ni, kan? Rumah-rumah kampung, ada sawah padi.. Lama tak tengok tempat-tempat cantik..."

"Memang la cantik. diorang kan berlakon kat perak. Perak kan memang negeri yang cantik. Sayg tahu tak, dalam cerita Zombie Kampung Pisang tu kan diorang berlakon kat kampung abi tau.. kat area umah Tok Yob kat Padang Rengas nuu..." dengan bangga aku bagitau wife aku.

"Eh, ye ke? Tak percayalah! Abi tak pernah cerita pun kat sayg?" Isteri aku menzahirkan rasa tak percaya beliau dengan statement aku.

" Hish, betoi laa.. Dalam Zombie Kampung Pisang tu kan ada nama warung Pak Menawer tu kan..? warung tu memang wujud kat area umah Tok Yob tu..", Beria aku beritahu wife aku sambil dia menutup muka dia dengan selimut sebab airliur aku yang berjejes masa bercakap.

"Eleh, tak percayalah.. Abi tu nak glemer la tu.. Mentang-mentang Rembau ada buat lagu, dia pun nak gelemerkan kampung dia la tu..", Wife aku mengejek.

" Ececececeh... baru budak kampung tu buat rap pasal rembau dah nak bangga sangat..", Aku mula rasa macam nak naik hangin bila wife aku bangga sangat dengan lagu rembau Most Wanted tu.

"Okey, kalau tak percaya sangat.... Hujung minggu ni kita balik kampung abi kat Perak. Biar abi tunjuk kat sayg betul-betul", Aku bersuara lagi.

Krooohhhh..kroohhh..! Aik, macam kenal je suara mengeroh tu. Tadi aku cakap sorang-sorang rupanya, wife aku dah tidur dulu.

Seperti yang dijanjikan, pada hari jumaat hujung minggu tu aku apply cuti sebab nak balik ke kampung.
Lepas semayang jumaat tu kitorang bertolak ke Padang Rengas, Perak. perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Itupun dengan kelajuan standard 110 km/h. Kalau kamera AES tak wujud, mahu 2 jam sengah je aku sampai kampung. Atas desakan dan bunyi 'siren' daripada wife aku yang selalu alert dengan meter kelajuan kat dashboard kete, maka kelajuan maksimum yang boleh aku bawak ialah 110 km/h sahaja!

Signboard kat highway PLUS

Sampai je kat rumah mak, mak ngan ayah terus ambik cucu kesayangan diorang dan jemput wife aku masuk rumah. Mak ngan ayah tak tanya pun aku penat ke tak drive jauh-jauh, ada roadblock ke kat highway.. Hmmm, diorang kalau dapat main dengan cucu, abis la lupa kat anak sendiri. Tapi, takpe aku tak ambik pusing pun sebab aku penat drive jauh-jauh. Nak rehat kejap.
baru aje nak landing kat atas lantai simen, wife aku panggil...

"Abi.. abi nak tak kita pegi beli laksa kat Kuale?",Wife aku cakap sambil mata dia kelip-kelip banyak kali.

"Sekarang ke?Tapi....", Aku cuba nak bagi alasan.

"Alaaa.. jom la abi.. Bukannya jauh pun pekan Kuale tu dengan sini...", Pujuk wife aku lagi.

Alahai, baru la nak rehat sekejap, tapi takpe la sayang punya pasal lalu aku pun cakap...

"okey la, let's go..."

Petang tu aku borong laksa ngan cendol berplastik-plastik, maklum la keluarga besor....

Lokasi kedai laksa dan cendol kat tepi Sungai Perak

Aku macam biasa dengar je nama Zimbo ni....

Esoknya.. Pukul 05:00 am aku dah terjaga sebab anak aku main tarik-tarik janggut aku. Pedih janggut aku kena tarik dek Harith! Tengok kat luar, keadaan berkabus. Nyaman gila udara kat kampung. Kalau kat Kolumpo ni memang tak dapat la suasana macam ni.
Lepas selesai solat subuh, aku kejutkan wife aku suruh dia bangun solat subuh kemudian aku nak teruskan misi pencarian warung Pak Menawer ngan beli sarapan sekali kat situ.

So, pagi tu dengan muka tak mandi (cuma gosok gigi je) sebab tak tahan dengan kesejukan ayor direct dari bukit, kami sekeluarga terus memecut laju Persona Elegance 1.6 memulakan misi mencari warung Pak Menawer.

Dari pekan Padang Rengas, aku drive lalu ikut jalan ke Lubuk Merbau. Indah suasana pagi tu. Bau-bau fresh udara dari pokok hutan. Bau yang tak mungkin ada kat kotaraya Kuala Lumpur. Lanskap jalan ke Lubuk Merbau pun dah banyak yang berubah. Dah ada flyover la pulak kat sini..? Dulu takde.. Nampak sangat aku dah lama tak balik kampung,kan..?

"Aik, dulu kat tepi jalan ketapi ni la warung Pak Menawer tu.. kemana pulak hilangnya..?", Aku cakap dalam hati dan aku terus meriki.

" Aiii,,, Lama dah kita jalan ni. Abi kata warung Pak Menawer tu dekat je...", Wife aku mula bersuara tak puas hati.

"Aaaaa.. Sekejap eh.. Abi bawak sayg jalan-jalan dulu dengan Harith.." Aku pantas mencari helah sambil mata melilau mencari kat mana warung Pak Menawer.

Tiba-tiba aku perasan sebuah gunung yang dah kena tarah dek sebuah kompeni simen yang berpengaruh kat kampung aku, sebab ramai anak-anak muda kampung yang tak berhijrah, kerja kat situ. Lalu teringat aku dengan cerita-cerita misteri yang mak, ayah ngan arwah tok pernah ceritakan dulu kat aku.
Gunung Pondok, Padang Rengas, Perak..Kat atas gunung ni la ayah aku kena sorok dek orang bunian..!

"Sayg nampak tak gunung yang kena tarah tu?", Aku mulakan cerita.

"Haah, nampak.. kenapa?", Wife aku soal balik.

"Dulu gunung tu elok, cantik je.. Dulu arwah tok bela kambing gurun kat atas sana.. mak abi yang jaga..", Aku mula bercerita pasal kambing.

"Eh, ye ke Abi..?", Macam mana mak panjat gunung tu..?", Wife aku heran.

"Nak naik ka atas tu ada laluan dia, mak ikut laluan tu.. sekerang ni mak kata dah tak jumpa dah laluan tu lagi.. kambing-kambing gurun tu pun dah tak tahu kemana.. kena culik dek bunian kot..", Aku beritahu wife aku lagi.

"Bunian? Ada ke orang bunian? Wujud? Zaman moden ni mana ada dah bunian-bunian ni..", Wife aku cuba patahkan semangat aku untuk terus bercerita sebab dia dah mula bosan dari tadi belum jumpa lagi warung Pak Menawer.

Gunung Pondok dari pandangan pekan Padang rengas.

"Hish, ada la... percaya tak ayah abi dulu penah kena culik dengan orang bunian? Ayah kena culik masa dia tengah menoreh getah time awal pagi. Masa tu mak ngan ayah baru kawen. Seminggu jugak la ayah hilang. Mak kata masa tu mak cuma boleh berdoa banyak-banyak pastu menangis je la. Masa tu lagipun banyak kawasan dalam negeri Perak ni penuh dengan askar komunis...", Mata wife aku berkelip-kelip macam tak percaya.

Kemudian aku sambung lagi...

"Puas orang kampung cari lepas tu tak jumpa jugak.. Last-last mintak tolong dengan sorang ustaz dari Sekolah Pondok Yahyawiyah, lepas tu ustaz tu bagitau yang ayah sebenarnya ada dengan orang bunian kat atas gunung ni.. Nama gunung ni, Guning Pondok...", Wife aku pandang je gunung tu dari dalam kereta.

"Lepas tu apa jadi, abi?", Wife aku tanya lagi, berminat nak tahu.

"Masa diorang jumpa ayah, keadaan ayah lemah.. ayah kata orang bunian tu bagi ayah pilihan antara emas dengan air yang dalamnya penuh jentik-jentik dalam bekas. Orang bunian tu kata lagi, kalau nak kaya pilih emas dan kalau nak tolong orang pulak ayah kena minum air berisi jentik-jentik tu..", Aku cuba meng'explain'kan selengkap mungkin kat wife aku supaya cerita benar pasal ayah tak lari tajuk.

"Lepas tu, ayah pilih apa?", Wife aku tanya lagi sambil sumbat botol susu kat mulut anakanda.

"Ayah pilih nak tolong orang, orang bunian tu suruh ayah minum air yang ada jentik-jentik tu..", Aku bagitau lagi.

"Laaa..nape ayah tak pilih emas?", Wife aku tanya lagi.

"Ayah kata masa tu dia penat sangat, lagipun emas tu banyak sangat..Macam mana dia nak angkut emas yang banyak-banyak tu turun dari Gunung Pondok tu..", Aku bercerita lagi sambil memerhati kat mana kelibat warung Pak Menawer.

"Ayah abi ni jenis lurus jugak, kan..? Patut la orang bunian tu suka..", Wife aku cakap sambil geletek-geletek Harith.

"Haah.. Entah la.. Abi pun ada kawan dengan orang bunian jugak.. since abi form four lagi..", Aku bagitau wife aku.

"Hah?!Ye ke? Cantik tak..?Kenal dengan dia kat mana?Umur dia berapa?Dia ajak abi kawen ke?Ingatttttt... sayg taknak bermadu tau?!", Wife aku memberikan amaran.

Aku buat-buat macam tak dengar, dan dalam keadaan tak sangka-sangka setelah keluar masuk kampung akhirnya aku terjumpa jugak dengan warung Pak Menawer yang famous dalam muvee Zombie Kampung Pisang tu! Warung tu dulu famous dikalangan orang-orang kampung sekitar Padang Rengas.
Tapi, hari tu masa aku sampai.. warung tu macam dah tutup. Macam dah lama sangat tak bukak...

"Sayg, let me introduce you.. Here on my left is warung Pak Menawer..!!", Aku bercakap lagak gaya macam Aznil Haji Nawawi dalam citer Akademi Fantasia.

Kawan-kawan... Ini lah warung Pak Menawer tu...

Bagaikan ada kuasa misterius yang menyebabkan anakanda Harith tercirit didalam seluar ketika sampai disini..Ohh, sungguh misteri..
"Ni ke warung Pak Menawer tu..?", Wife aku terkebil-kebil tengok warung kosong tanpa roti canai faveret dia.

"Haah, ni la dia..", Aku tunjukkan jari telunjuk aku ke arah kedai Pak Menawer sambil tersengih menampakkan gigi kapak.

"Apa abi ni..? Ni kedai dah tutup.. orang nak sarapan kat kedai yang tak tutup.. Kat sini nak makan apa..?", Wife aku mengomel tarik muncung empat belas.

"Yela... Kan abi nak tunjuk je warung Pak Menawer ni kat sayg.. aritu sebok sangat nak tengok warung Pak Menawer.. ", aku mula membidas ngomelan wife aku tanpa rasa kasihan.

Sebelum kejadian mengomel muncung empat belas berlarutan, aku start enjin kete dan terus cari kedai makan secepat mungkin supaya wife aku tak gunakan hikmat kuasa pendekar tangan berapi tatkala beliau marah..

Itu je la cerita benar yang berlarutan sehingga menyebabkan ia hampir-hampir merapu buat tatapan bacaan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Sekian, terima kaseh.. :)

Saya yang menurut perintah,

AnoyNanan2013



Tuesday, 21 May 2013

Yang diidam orang mengidam...


Tengah malam minggu lepas, aku tidur lambat sebab sibuk nak abiskan kerja-kerja melukis. Masa tengah melukis tu aku pasang radio. Mula-mula elok la dia pasang lagu rancak, lagu rock.. sambil melukis, kepala aku pun bergoyang-goyang macam head banging.. Sedap pulak lagu Enter Sandman nyanyian kumpulan Metallica ni kalau dengar tengah-tengah malam..

Tiba-tiba pulak penyampai radio tu bukak segmen ruangan cerita misteri pasal kenangan pendengar kena sakat dengan hantu.. Aiseh, penyampai radio ni takde cerita lain ke nak share dengan pendengar. Aku mula merungut dalam hati. Walaupun macam seram, tapi aku kuatkan semangat untuk terus melukis sebab kalau lukisan potrait ni tak siap nanti orang yang order tak mau bayar pulak.. Ini aje lah partime yang ada buat masa ni, partime wedding photography terpaksa kena stop sementara sebab kamera DSLR aku rosak. Kamera kompak ada la, tapi takkan aku nak tangkap gambar orang kawen pakai kamera kompak je kot..? Kalau pakai kamera tu baik suruh family pengantin je yang ambik gambar.

"Takpelah, ada duit nanti beli kamera DSLR lain ye, Anoy", Pujuk aku kepada diri sendiri sambil meramas-ramas pensel 2B yang aku guna untuk melukis.

"Untuk menambahkan keseraman tuan-tuan dan puan-puan, saya akan mainkan lagu Pontianak nyanyian Dato' Ahmad Daud dalam filem Pontianak pada tahun 1960-an... Yang takut tu bacalah Al-Fatihah dan tidurlah...", Kata penyampai radio yang bertugas pada tengah malam tu.

Aku mula rasa seram, kena pulak malam tu hujan renyai-renyai.. mak aku cakap, masa hujan renyai-renyai camni la pontianak suka merayau mencari mangsa. Mangsa? Aku selalu tengok dalam movie Pontianak melayu tak sama dengan pontianak omputih. Pontianak melayu selalu suka sakat orang je lepas tu mengilai sambil terbang bawak batu nisan. Berbeza dengan pontianak omputih yang suka takik leher orang lepas tu hisap darah mangsa sampai kering. Persoalan yang melanda benak aku sekarang kenapa pontianak omputih kejam-kejam belaka...? Tak sempat aku nak berfikir, tiba-tiba aku dengar suara orang panggil nama aku. Tapi sape..?

Family aku semua dah tidur dah.. Dengan semangat yang ada, aku merangkak keluar dari bilik studio aku perlahan-lahan. Aku amati betul-betul suara tu.

"Abiiiiiii..Abiiiiiiii...Abiiiiiiiiiiiiiiii.....", Suara tu memanggil.

Macam suara wife aku. Tapi aku takkan tertipu dengan mainan syaitan yang suka menyesatkan manusia! Aku bingkas bangun, aku bersilat kat tengah-tengah dapur. Saja, buat-buat macam berani supaya setan atau jin yang nak kacau aku tu kecut perut dengan langkah-langkah silat.

Suara tu terus memanggil.. Kali ni suara tu agak kasar..

"Abiiiii...! Abiiiiiiiii.....!! Oooiii, abiii...!! Buat apa bersilat tengah-tengah dapur tu?", Aku macam kenal suara tu.

Rupa-rupanya yang panggil aku tengah-tengah malam tu bukan mainan setan mahupun jin tapi memang betul-betul suara wife aku. Hehe apa la aku ni.. Aku mula malu sendiri.
Aku pergi kat tempat wife dengan anak aku tengah tidur. Wife aku pegang tangan aku, wife aku cakap...

"Abi, sayg teringin sangat nak makan otak-otak... Baby dalam perut ni nak makan otak-otak..."

"Tapi, tengah malam ni kat mana nak cari otak-otak..?", Aku tanya wife aku.

"Takpelah.. esok boleh tak, abi?", Wife aku mintak macam teringin sangat dah.

"Esok eh... Okeylah esok abi try cari ye...Sayg pejam la mata, tidur dulu ye..", Otak aku mula bekerja fikir kat mana nak dapat otak-otak. Kalau sekarang ni aku duduk kat johor senang je nak dapat otak-otak Kempas tu.

Kat Kolumpo ni mana nak cari otak-otak..? Aduyaiiiii.....

Dalam masa seminggu tu puas aku cari keliling Serdang, Cheras, Bandar Tun Razak.. Tapi sayang belum jumpa.. Aku cuba pujuk hati wife aku, mintak dia bersabar sebab nak mencari benda yang kita nak ni kadang-kadang memang susah nak dapat.

Semalam, aku cari lagi kat Bandar Tun Razak sebab member wife aku cakap kat area belakang stesen Petronas tu ada kedai yang jual otak-otak. Tapi sayang, hari tu kedai yang aku harap-harapkan menjual otak-otak tak bukak la pulak.

Aku call member opis,

"Khalis, tempat ko ada jual otak-otak kan kat area Putrajaya tu..? Aku nak kirim belikan 20 bungkus otak-otak boleh..?", Aku try tanya.

"Boleh, no problemo boh..?", Khalis jawab.

"Orait, abe.. malam ni aku datang kat umah ko amik otak-otak...", Aku bagitau Khalis.

"Berehhh....", jawapan dari Khalis membuatkan aku tersenyum. Harap-harap ada la lagi otak-otak kat situ, kalau tak entah mana la aku nak pegi cari otak-otak.

Malam tu, aku pergi rumah Khalis amik otak-otak. Wife aku nak ikut sekali, habis anak aku pun sama-sama datang presint 5, Putrajaya semata-mata nak amik otak-otak. Dalam kereta, wife aku senyum lebar sepanjang perjalanan. Senyum lama pulak tu, hepy la tu nak dapat otak-otak setelah sekian lama mengidam..

Lepas ambik otak-otak then settle bayar harga otak-otak kat Khalis aku terus drive balik ke rumah. Sebab nak balik ke rumah kang aku kena lalu kat kawasan yang diorang kata ada banyak hantu pocong. Aku tak mau terserempak dengan hantu pocong kat jalan highway Putrajaya tu. Dalam kereta aku pasang bacaan ayat-ayat suci al-quran kuat-kuat..Wife aku tengah seronok makan otak-otak, anakanda pulak dah tertidur sebab kena aircond kereta yang nyaman laksana cuaca sejuk di Cameron Highland..

Sepanjang jalan mata aku meliar tengok kiri kanan kot-kot kalau ada hantu pocong yang tiba-tiba nak melintas jalan.. kalau dia nak melintas sempat  la aku brek bagi dia jalan dulu supaya aku tak terlanggar. Dan kalau aku tak terlanggar dia dah tentulah aku dan family akan selamat daripada malapetaka terkejut tengok hantu pocong melintas jalan! Ah, apa yang aku cakap ni..?

At last, aku sampai rumah dengan selamat dan otak-otak hampir habis wife aku makan.. Dia keluar dari kereta dengan senyuman sambil mendukung anakanda Harith yang dah lena diulit mimpi. Lega bila tengok wife aku senyum, hepy.. kalau tak sebelum dapat otak-otak tu wife aku kerap jugak la masam muka cuma bila aku buat lawak sarkis je baru dia gelak ngan bagi seulas senyuman manis sikit..

Buat kawan-kawan yang mana wife tengah mengandung tu kalau boleh carilah cepat-cepat apa yang wife korang dok mengidam tu. Jangan biar orang rumah kita tunggu lama-lama sebab orang mengandung ni jiwa mereka sensitif.. Kalau isteri kita sensitif, cepat-cepat la pujuk..

p/s: hargailah pengorbanan isteri anda...

Kasih untuk siapa..?





Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit.
Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai.

Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. Termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami hilang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa.
Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tahu.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah jumpa atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. Salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung."

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, ;Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu. "

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati.
Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: "Jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat".

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat.
Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Oleh Dr Ikmal

Pantang larang kecantikan

Hidup ini penuh dengan pantang larang.. Mak aku pesan, kalau nak muka terus kacak,jangan tunjuk muka kat  audien..betul ke tak pantang larang mak aku ni pun aku tak tahu..
Hidup ini penuh dengan pantang larang dan dari segi kecantikan juga tidak terkecuali. Kat sini dipaparkan beberapa pantang larang kecantikan yang mungkin merapu dan masih sukar dielakkan biarpun kita semua mengetahuinya.

Jangan memicit jerawat.

Memicit jerawat akan merosakkan kulit dan tambah memburukkannya. jika anda memicit masih ingin memicit jerawat, pastikan tangan anda bersih atau pakai saja sarung tangan bagi mengelakkan kuman meresap masuk ke dalam badan anda. Cara yang paling baik, minta seseorang picit badan anda seluruh badan, nescaya jerawat-jerawat yang tidak diingini terkeluar dengan sendirinya ketika bahagian muka anda dipicit. Pakej picit-memicit ini takde kena mengena dengan teknik picitan body 2 body..huihhh, bahaya!

Jangan gunakan sabun mandi

Sabun mandi tidak sesuai digunakan untuk mencuci muka. Sabun biasa boleh menghilangkan minyak asli kulit muka dan menjadikannya kering. Namun itu tidak menjadi soal andai kulit anda memang jenis berminyak atau anda gemar mengambil makanan berminyak, kalau tak cukup jugak anda boleh gunakan sahaja sabun pencuci pinggan.. Masalah kulit berminyak gerenti beres!

Jangan keringkan rambut menggunakan tuala

Sememangnya mengeringkan rambut menggunakan tuala boleh mengundang masalah kepada rambut dimana rambut akan menjadi kusut seperti megi goreng. Masalah bertambah rumit jika rambut anda panjang. mungkin adalah lebih baik memerah atau membalut rambut anda dengan tuala.
Sebenarnya mengelap dengan tuala tidak menjadi hal asalkan ia tidak dilakukan dengan kasar dan yang paling penting anda menggunakan tuala mandi dan bukannya tuala wanita.

Jangan sikat rambut basah

Rambut ketika basah mudah tersimpul serta kusut dan menyikatnya ketika ini akan menyebabkan mudah putus dan rosak. Sekiranya anda gemar gaya wet look, gunakan sahaja krim wet look dan bukan menyikatnya ketika masih wet (basah).

Jangan tidur tanpa membersihkan muka.

Jangan sesekali anda tidur tanpa membersihkan muka. Kerana muka dengan solekan yang tidak dicuci akan menyebabkan pori-pori tersumbat serta boleh menimbulkan masalah kulit. Tapi apa yang penting ialah memastikan anda buang air terlebih dahulu sebelum tidur bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini contohnya kencing malam akan lebih memberi kesan (malu) pada muka anda.

Jangan mandi air panas.

Jika kulit anda kering, cuba elakkan daripada mandi air panas atau mandi menggunakan bahan mandian berharuman. Jadi, jika air panas tidak sesuai, air yang betul-betul panas yang tengah menggelegak tu lagilah tidak sesuai. Bukan setakat perlu dielakkan buat mandi tapi kena sikit pun tak boleh.. Mati melecur pulak nanti!

p/s : Sebenarnya aku merapu je ni.. jangan marah aa...hihi

Thursday, 16 May 2013

Kisah sayu dalam masjid..


" Mati itu takkan lambat dan tak akan cepat biarpun sesaat.. Sampai masa yang telah ditetapkan Allah SWT,  yang hidup pasti akan mati.... Semoga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khotimah...", Teringat aku akan pesanan Ustaz dalam satu siri kuliah maghrib masa zaman aku study kat sebuah IPTA area Shah Alam suatu masa dulu. Masa tu memang cukup liat sangat nak melakukan ibadah solat. Sekarang, alhamdulillah dah tak liat lagi macam daging ikan toman. Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.....

Aku kat Masjid Az-Zubair, Bandar Tun Razak dekat Cheras. Menunaikan kewajipan yang wajib bagi semua umat manusia yang beragama Islam. Lepas solat Zohor berjemaah tadi, imam buat pengumuman ada sorang ahli kariah kawasan situ yang meninggal dunia. Bila dengar pengumuman tu aku ambik keputusan untuk stay kat masjid, tunggu sampai jenazah tiba.

Bila dah duduk dalam masjid, lepas berniat iktikaf aku mula merangka apa aku nak buat sementara menunggu jenazah sampai ke masjid. Aku isi masa yang ada dengan melukis kat dalam masjid tu. Aku lukis cover untuk entry 'Milik Siapakah Sahur Ini?' yang akan aku publishkan pada awal Ramadhan 2013 nanti.

Dalam masjid tu pulak, ada kelas-kelas sekolah agama. Ramai la adik-adik sekolah agama yang lalu-lalang kat tempat aku melampiaskan idea-idea menconteng kat atas sketch book aku.

" Uuishhh!! Weh, cantik kan abang tu lukis? Macam fotostat aje kan..?" Kedengaran suara halus adik-adik yang belum akil baligh memuji lukisan aku.

Kalau korang nak tahu pujian dari kanak-kanak adalah yang paling ikhlas dan jujur sekali. Sebab apa? Sebab kanak-kanak mempunyai hati yang polos, tak reti nak bersikap hipokrit, tak pandai membeli jiwa dan sentiasa jujur. Jadi, aku menganggap lukisan yang aku buat tu memang cantik biarpun orang dewasa mengatakan lukisan aku tu macam cipan!

Hampir satu jam menunggu, kelihatan van jenazah mula sampai di perkarangan masjid. Aku cepat-cepat simpan tools melukis dan pergi ambik semula wudhuk.
Jenazah terus diusung ke bilik mandi mayat untuk dimandikan buat kali terakhir seterusnya dikafankan.
Saudara-mara dan kawan-kawan arwah terus ramai membanjiri kawasan masjid.

Dalam pukul 15:20 pm, ahli keluarga mula mengangkat jenazah yang dah siap dimandikan untuk diletakkan dalam keranda kemudian keranda itu diangkat dan diletakkan ke tengah-tengah masjid untuk ahli keluarga, sahabat handai serta para tetamu memberikan penghormatan terakhir buat arwah.
Diorang duduk berkumpul membuat satu lengkungan menghadap ke arah kiblat bagi membacakan surah Yaasin. Aku pun turut serta sedekahkan bacaan surah Yaasin buat arwah meskipun aku tak kenal siapa dia. Aku ikhlas..
Para tetamu sedang membacakan surah Yaasin sebagai penghormatan terakhir buat arwah..
Semasa orang ramai tengah membacakan surah Yaasin, datang seorang kanak-kanak kecil yang aku jangkakan berumur dalam linkungan 7 tahun. dia menghampiri keranda jenazah tu. Dia selak kain hijau yang membaluti keranda tu lalu meninjau-ninjau ke dalam.. Dia menangis sambil memeluk keranda jenazah tu..
Sayu.. Aku terus memerhati..

"Ayah.. Ayah.. Bangun la ayah.. Jangan tidur dalam tu.. Ayah.. Ayahh....." Dia terus peluk keranda jenazah tu. Tangisan dia makin kuat. Ahli keluarga yang lain hanya mampu memandang dengan airmata berkaca.

Aku yang memerhati dari tadi terus dihambat rasa sayu yang mendalam apabila melihat kanak-kanak sebesar dia  menangis memeluk keranda jenazah ayahnya. Kesiannya...Airmata aku mula bergenang, mata aku berkaca dengan airmata..

"Ayah.... Bangunlah...." kanak-kanak tu terus menangis. Dia mengusap-usap penutup keranda jenazah.

Maaf, aku tak dapat nak tahan airmata aku untuk terus tumpah keluar. Makin aku tahan airmata ni, makin banyak yang mencurah keluar. Suasana makin sayu pada masa tu. kemudian datang seorang lelaki yang agak berusia menenangkan kanak-kanak tu.

"Ayah dah tak boleh bangun lagi, adik...." lelaki tu dakap erat tubuh kanak-kanak tadi. Tangisan dia makin kuat, dia rindukan ayah.

Sedih tengok kanak-kanak tu bila melihat dia terus memeluk keranda jenazah ayah dia. Tangisan suara kanak-kanak tu membuatkan aku rasa sayu, rasa hiba.. terbayang di ruangan mata kalau yang 'pergi' itu aku dan yang sedang memeluk keranda itu anak aku...
Kesian aku dengan kanak-kanak (berbaju oren) ni... Entah macam mana la dia nak hadapi semua ni....
Aku tak dapat nak tahan lagi perasaan sayu bila tengok kanak-kanak tu meronta ketika ahli keluarganya mengangkat dia pergi supaya duduk jauh dari keranda jenazah. Aku terfikir, macam mana dia nak berhadapan dengan hidup dalam usia yang kecik macam tu tanpa seorang ayah..? Kesiannya.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..

Aku habiskan bacaan Yaasin dan aku ambik keputusan untuk pergi lepas abis bacakan Yaasin. Aku tak tahan la sedih tengok kanak-kanak tu terus panggil ayah dia yang dah takde berulang-ulang kali.. Budak kecik, dia tak faham.. Semasa aku nak beredar dia masih menangis dan terus memeluk keranda jenazah ayah sambil menyebut...

"Ayah..... Bangunlah.... Ayah dah janji nak bangun.........Ayah janji kata nak sihat.. Tapi, kenapa ayah mati..?"

Aku terus berlalu dengan airmata yang meniti laju.....


Friday, 10 May 2013

Bila Orang Letrik bercakap pasal filem....

Ironman
Tahun ni menyaksikan filem-filem yang diangkat dari genre adiwira tidak menghampakan, malah ada yang melebihi jangkaan. Ironman contohnya membuktikan adiwira yang dilabel kelas B tidak semestinya gagal malah ia menghiburkan dan membuatkan jualan komiknya kembali meningkat. Robert Downey Jr. berjaya mengasimilasikan dirinya sebagai Tony Stark / ironman dengan begitu berkesan hingga aku rasa tanpa dia, takdelah ironman. Sampai macam tu sekali hebatnya pembawaan watak dia.

Selain Ironman 3, yang tengah sibuk dok tayang sekarang ni kat panggung wayang, bakal menyusul pulak menempatkan diri kat panggung wayang ialah cerita Superman : Man Of Steel. Antara watak superhero yang menjadi pujaan ramai manusia diseluruh dunia.

Tapi, bagi aku dalam banyak-banyak cerita adiwira yang masuk panggung. hanya cerita Batman: The Dark Knight yang terkesan dalam hati aku. Bukan sebab watak Batman yang gagah perkasa. Tapi disebabkan watak The Joker yang jahatnya diluar kotak penalti pemikiran manusia. Entah nak kata dia jahat, macam tak jahat sangat. Tapi, rasanya seluruh dunia yang menyaksikan cerita Batman : The Dark Knight ni puas hati dengan karektor The Joker yang dilakonkan oleh mendiang Heath Ledger ni.

The Joker
The Incredible Hulk dan Hellboy II : The Golden Army pun begitu menghiburkan. Biarpun cerita-cerita ni dah bertahun ditayangkan tapi aku ada lagi softcopy movie ni dalam hard disk aku. Time tak bz aku layan le. Tapi dalam banyak-banyak filem yang diangkat dari komik ke filem tak semuanya menjadi, contohnya filem yang 'gagal' bagi aku ialah filem DragonBall. Patutnya watak Goku diberikan pada orang Jepun. Sebab hanya orang jepun je yang tahu macam mana nak realisasikan hikmat kamehameHa. KamehameHa ni adalah power yang Goku ada. Emm, bagi korang yang tak kenal sape Goku ni takpelah..lupakan je..aku cerita pun bukan korang kenal..ye tak..?hihhihihiii..

Demam teruja dengan hasil filem adaptasi komik luar negara, terfikir pulak aku, bila pulak kita nak demam ini berpindah ke layar perak kita..? Walaupun kebanyakan komik dinegara kita bukan tergolong  dalam genre adiwira tetapi itu bukanlah alasan kenapa kita tidak boleh jadikan ia sebagai filem. cuba tengok filem Ombak Rindu. Itupun adaptasi daripada novel. Drama pun dah makin banyak adaptasi daripada novel. Filem Ombak Rindu pun dapat kutipan pecah panggung hapa..? Mahsyukkk....!

Siri karya Blues Untuk Aku pelukisnya Aie.

Naskhah komik macam Aku Budak Minang, Abe, Aku hidup dalam blues, Blues Untuk Aku, Joget Cinta Hantu amat berpotensi untuk difilemkan. Kalau fantasi boleh la ambik Pendekar Mimpi. Komik  Under 18 ngan Kartini boleh difilemkan buat tatapan remaja. Kisah detektif pulak kita ada komik Jinggo, Detektif Hantu. Ah, banyak lagilah. Kalau nak sangat superhero boleh je penerbit filem kita angkat watak KluangMan ngan TiongMan jadi hero rakyat Malaysia. India pun dah ada superhero sendiri tau, Ra-One nama hero negara India tu lakonan Shahrukh Khan.
Hero India - Ra-One

Apa yang wajib adalah skrip yang kuat dan pengarah yang berminat untuk mengarahnya, tak perlu seorang fanboy sebab cuba tengok apa yang Nolan dah buat dengan filem Batman yang jauh lebih baik dari seorang fanboy.

Setakat ni seingat aku cuma ada Mat Gelap dan Mat Som hasil lukisan Imuda kalau tak silap aku, tu pun terjemahannya ke layar perak tak terlalu mengujakan. Tapi fenomena ini bukan saja terkena pada komik tapi pada karya-karya novel kita pun sama. bezanya cuma pengarah muda sekarang dah nampak dari bingkisan novel tu boleh dibuat drama / filem. Audien mesti nak tengok samaada jalan cerita dalam novel / komik sama atau tak dengan jalan cerita dalam drama / filem. Macam komik yang mana kebanyakannya pelukis mahu melukis komik sendiri, begitu juga dengan bidang pengarahan. Tak ramai yang nak menterjemahkann naskhah-naskhah yang baik tak kiralah komik, novel, cerpen ke bentuk filem.

Dan ini amat-amat menyedihkan kerana filem adalah medium yang paling mudah untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Tak ramai yang mahu membaca komik atau bukunya, jadi dengan adanya filem ia sedikit sebanyak memercikkan rasa ingin tahu dalam sanubari penonton.

Harap-harap, one day kita dapatlah menonton karya komik tempatan di layar perak suatu hari nanti.

terima kasih kerana membaca luahan hati orang yang minat seni macam aku.. :)

P/s : Bestnya tengok Gerak Khas the movie..

kreadit to : nota bene komikoo  

Thursday, 9 May 2013

Naluri lelaki seorang abah..

Dulu, aku pernah bekerja kat atas meja ni                                                                                                                                                     

Menjadi babysitter bukanlah tugas yang ringan sebenarnya. Aku ingat jaga budak kecik ni senang, mudah bagaikan menunggu air paip penuh di dalam baldi. Tapi, rupa-rupanya ia sungguh menguji kesabaran.  Patutlah anak-anak lebih rapat dengan ibu berbanding dengan abah.
Wife aku kena pergi berkursus anjuran Maktab Perguruan Kampus Ilmu Khas kat Sitiawan, Perak. Dan aku menggalas tugas sebagai ummi dan abah sekaligus untuk tempoh masa selama 3hari 2malam. Takpe, dalam hati aku cakap..

"Ah, senang je tu..."

Petang tu sebelum balik ke rumah, aku singgah stesen minyak Petron belikan anakanda chicken roaster black pepper. Anakanda suka sangat kalau masakan yang bercirikan lada hitam. Kembang-kempis hidung aku bila terhidu bau chicken roaster kat dalam kereta. Ah, tak boleh jadi ni.. lalu aku ambik dua ketul ayam buat penghilang rasa teringin. Ngap!ngap! Aku makan ayam dalam kereta. Teringat kat wife aku, dia pun suka makan chicken roaster black pepper jugak...

Sampai kat rumah, Harith berlari ke pintu pagar. Ditinggalkannya uwan ngan atuk yang tengah mengacah dia main dari tadi. Perkara pertama yang disebut bila tengok aku sampai kat pintu pagar,

"Ummi..ummi...ummi....", terkedu aku sekejap. Aku pun rindu dengan ummi anakanda. Sayu pulak jadinya sekejap naluri keabahan aku.

Cepat-cepat aku peluk Harith, aku gosok belakang dia. Aku beritahu pelan-pelan sambil pandang tepat ke anak mata anakanda,

"Harith buah hati abah.. ummi takde..ummi pegi work..Harith tinggal dengan abah ye.. Abah teman Harith ye..Abah bawak Harith jalan-jalan, nak..?", Aku gosok-gosok bahu anakanda.

Anakanda diam, kepalanya menunduk ke bawah. Aku sentuh dagu anakanda, aku dongakkan kepala dia ke atas. Jelas airmata dia bergenang. Mata dia berkaca, airmata anakanda bertakung. Aku ni berjiwa kental tapi kalau bab-bab airmata ni aku cukup lemah.. Aku tengok airmata anak aku mengalir tanpa dia mengeluarkan suara tangis. Aku pun mula rasa macam nak menangis jugak, tapi aku kan abah.. Kalau nak anak jadi kuat fizikal dan perasaan, abah tak boleh menangis depan anak-anak. Aku seka airmata aku yang bertakung, aku dukung anakanda terus bawak dia keluar jalan-jalan naik motor EX5 aku yang sezen tu.

Anak aku cukup hepy sangat kalau aku bawak dia jalan-jalan naik moto sezen tu. Dia dah tak menangis lagi. Tapi ada satu masalah lain pulak yang akan timbul. Nak terjadinya cerita, masa aku start motor kapcai tu baru aku perasan pulak yang tayar depan motor aku takde angin.

"Aiseh, ni yang tak best ni..:", kata aku kat dalam hati.

Aku tengok anak aku dah excited nak jalan-jalan naik motor. Dia pegang side mirror motor tu kemas-kemas sebab selama ni kalau dia naik motor, aku pesan kat dia,

"Selagi abah kata belum sampai Harith jangan lepas tangan pegang ni tau", merujuk kepada side mirror yang dia tengah pegang sekarang.

"Err, Harith abah rasa motor kita ni macam ada masalah la.. macam mana kalau abah bawak Harith jalan-jalan naik car aje, boleh..?", Pujuk aku kepada anakanda yang dah tak sabar nak merasa dingin angin petang yang dah nak hujan semasa naik motor.

"AAAAAaaaaaa.......No!" kata anakanda. Amboi, sejak wife aku ajar anakanda cakap omputih ni bukan main lagi dia.

"Tapi, motor ni rosak.. motor cannot move..", Aku taknak kalah dalam berbahasa inggeris, biarpun aku tahu yang anak aku cuma faham maksud perkataan yes dan no semata-mata..

"Noooooooo,,,", Harith pandang aku dengan airmata kembali bergenang. Pandai Harith cari titik kelemahan abah.

"Emmm, yela..yela....", Aku bawak jugak la Harith naik motor dengan keadaan tayar pancit tu. Senyum anakanda melebar, seronok dia dalam duka rindukan ummi.

Semoga apa yang aku buat boleh menggembirakan hati anakanda, itu dah cukup baik. Tak mau bagi dia teringat sangat kat ummi dia. Nanti ummi dia pulak yang risau pastu nangis teringat kat anakanda pulak. Masing-masing ada komitmen, ummi pergi kursus then biar abah handle Harith ye biarpun agak kelam kabut sikit..hi..hi.. Itu je lah yang mampu aku buat kalau nak dibandingkan keperitan dan kepayahan orang rumah aku ketika dia bertarung nyawa nak melahirkan anak.. Dan, suami atau lelaki yang bergelar abah/ayah janganlah jeles kalau anak-anak kita lebih rapat dengan ibu mereka..
Ingatlah anak-anak bahawa syurga itu dibawah telapak kaki ibu.......

Saja aku tulis cerita ni untuk mengucapkan selamat hari ummi buat isteri dan ummi kepada anakanda Harith. Selamat hari emak buat mak aku kat kampung dan selamat hari ibu sedunia buat kawan-kawan pembaca yang dah jadi ibu.. :)

Moral : Jangan ajar anak anda naik motor.

Wednesday, 8 May 2013

Warkah dari penjara ~ "Bukan aku, Makcik Bedah yang salah!" ~

Illustrasi : Makcik Bedah ditakik dengan garfu.
Sebenarnya aku tak pernah berniat nak jadi jahat. Masa sekolah dulu aku pernah bercita-cita nak menjadi anggota polis. Nak tangkap orang jahat. Tak sangka pulak, bila dah besar terbalik pulak jadinya. Polis nak tangkap aku. Kenapa aku jadi jahat? Jangan nak salahkan aku saja. Bukan saja-saja aku nak jadi jahat. Aku terpaksa. Keadaan memaksa aku menjadi jahat. Tapi aku tahu para pembaca yang dihormati sekalian tak percaya. Baiklah, aku akan ceritakan bagaimana watak aku yang baik hati berubah menjadi seorang yang lebih jahat daripada harimau kumbang. Aku nak semua orang tahu, apa yang telah aku lakukan bukan atas kerelaan hati. Kalau boleh aku tak mahu lakukan semua tu. Tapi, apakan daya, aku sudah terlanjur ke dunia bergelumang dengan dosa.....

Aku gagal dalam SPM menyebabkan aku menyandang title penganggur. Bukan salah aku. Aku telah cuba sedaya upaya. Apa nak buat kalau gagal juga. Bukannya aku main-main. Aku belajar bersungguh-sungguh tapi aku tak bernasib baik. Bila menganggur, masyarakat memandang serong. Bila berlaku kecurian, semua mata memandang aku. Seolah-olah aku ni bangsat sangat. Lama-kelamaan kecurigaan bertukar menjadi tuduhan, tuduhan bertukar menjadi fitnah dan umpatan keji. Nak dijadikan cerita, kesabaran aku sudah tidak dapat dibendung lagi. Di kedamaian pagi, aku dengan marahnya telah menakik kepala Makcik Bedah. Puncanya makcik Bedah menuduh aku mencuri ayam serama.

Ditohmahnya aku jual ayam serama itu untuk membeli dadah. Tak cukup dengan itu, Makcik Bedah menyebarkan dakyah kononnya selama ini aku suka mengintip dia mandi dan ketika bersenam setempat. Kemarahan tidak mampu ditahan-tahan lagi. makcik Bedah sudah melampau. Terutamanya tuduhan aku mengintipnya mandi. Hampir nak muntah aku membayangkan bagaimana keadaan Makcik Bedah bila tiada seurat benang. Masa berpakaian pun aku tengok tak berselera, apatah lagi bila dia dalam keadaan tiada seurat benang. Eeeeeiii..seram bulu roma aku.

Di kedamaian pagi itu, seluruh jiran tetangga tergamam dan tercengang melihat kemarahan aku. Selama ini aku diam saja. Bila aku marah, barulah mereka tahu siapa aku sebenarnya. Makcik Bedah berteriak tangis bila kepalanya aku takik. Puas hati aku. Jiran tetangga berkejar untuk memberikan bantuan pertolongan cemas. Tak ada sesiapa yang berani membela Makcik Bedah. Barangkali mereka semua ketakutan.

Makcik Bedah diusung ke hospital dengan garfu tercucuk diatas kepalanya. Aku puas hati. Tak sempat aku nak ambil parang, dapat takik dengan garfu pun jadilah. Ia sudah cukup untuk memuaskan hati aku.

Malamnya polis datang menangkap aku. Aku dibawa ke balai polis. Tak lama kemudian aku dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara. Bila aku masuk penjara, aku berkawan dengan orang-orang yang betul-betul jahat. Mereka memaksa aku mengikut mereka. Tapi aku tak mahu. Walaupun aku telah melanggar undang-undang tetapi tak bermakna aku seorang yang jahat.

Setelah dibebaskan, orang-orang kampung memulau aku. Tak ada sesiapa nak bertegur sapa dengan aku. Bila aku masuk kedai nak beli barang, takde siapa nak layan. Masuk warung pun begitu juga. Tak ada siapa nak tanya aku nak minum apa. Pendek kata aku bukan lagi dianggap sebagai orang tapi menyamai seekor kambing.

Begitulah taraf aku dimata mereka. Untuk menghilangkan kesunyian terpaksalah aku berkawan dengan lembu dan kambing. Berbual-bual dengan mereka tentang pelbagai topik termasuk isu pilihanraya ke-13 yang berlangsung dengan sengitnya.

Makcik Bedah masih berdendam dengan aku. Propaganda disebarkan kononnya aku melakukan sumbang mahram dengan lembu dan kambing. Patutlah bila berselisih dengan orang kampung, ada yang meludah, ada yang ketawa geli, ada yang cepat-cepat cabut lari. Nampaknya Makcik bedah belum serik. dah kena takik pun masih nak mencari pasal. sekali lagi aku marah. Kali ini kemarahan aku jadi lebih parah.

Garfu tidak dapat menginsafkan Makcik Bedah. Barangkali garfu kecik sangat. Jadi aku bawak lembing pusaka arwah datuk yang berbalut kain kuning. Datuk aku bekas pengawal istana. Dan lembing itu ialah pusaka buat waris dari turun-temurun. Sewaktu sampai di rumah Makcik Bedah, hari dah nak malam. Aku terus menyerbu masuk ke rumah Makcik Bedah tanpa memberi salam.

Ketika itu, Makcik Bedah sedang bergurau senda dengan suaminya. Tanpa memberi amaran terlebih dahulu, aku terus menakik kepala Makcik Bedah sekali lagi.

"Aduh! sakitnya kepala aku..!", jerit Makcik Bedah sebelum pengsan.

Suami Makcik Bedah pulak terus pitam. Apalah punya jantan. Aku pun blah. Malas nak tunggu lama-lama. Waktu tu barulah aku takut. Aku dah bunuh orang. Dalam fikiran aku, kepala otak ligat berfikir. Kalau aku kena tangkap, aku akan dijatuhkan hukuman mati mandatori. Aku belum nak mati. Aku nak hidup lagi.

Tak ada jalan lain. Aku kena lari. Sebelum polis datang cekup, adalah lebih baik aku melarikan diri. Tapi nak pergi ke mana?Dimana-mana pun ada polis. Disana polis, di sini polis. Tak ada tempat yang tak ada polis kecuali dalam hutan. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menjadi seperti orang utan. Aku duduk dalam hutan. Masalahnya pulak aku tak dapat makan nasik. roti canai jauh sekali. Dua bulan saja aku dapat bertahan. Akhirnya aku keluar dari hutan.

Dalam hutan tak payah pakai duit. Bila dah keluar, nak makan. Nak beli makanan bukannya boleh pakai daun pisang. nak cari kerja bukan senang. Last-last aku mencuri. Mula-mula aku mencuri secara kecil-kecilan. sekadar untuk mengisi perut. lama kelamaan aku semakin berani. aku merompak pulak.

Yelah, aku nak jugak merasa hidup senang. Nak enjoy, nak masuk dangdut ke karaoke ke apa ke...Sekarang aku bergelar perompak yang dihormati oleh perompak lain. Sebabnya aku selalu bertindak seorang diri. Macam Zorro. Kira aku ni dahsyat la. Duit aku banyak, aku beli pistol untuk merompak dan menjaga keselamatan diri. Nasib baik kereta kebal tak ada jual, kalau tidak dah tentu aku beli dua tiga bijik.

Menjadi perompak bukannya mudah. Aku kena berwaspada selalu. Silap haribulan kena tembak dek polis. Tapi aku cekap. Bila aku dah terkenal, ramai perompak nak join aku. mereka lantik aku jadi ketua. Ketua perompak. Bangganya aku. Aku pun makin ganaslah.
Surat-surat khabar memuatkan cerita bagaimana ganasnya kumpulan aku. Aku dikehendaki polis samaada hidup atau mati. kalau ditangkap hidup-hidup pun hujungnya nanti aku tentu dikenakan hukuman mati. Sama je.

Kata orang-orang tua, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Seterer-terer aku akhirnya polis dapat menghidu jejak aku. Suatu hari kumpulan aku kena ambush. Aku tak mengaku kalah. Aku tembak, polis pun tembak. Lama kami saling tembak-menembak. Ngeri sungguh adegan tu, sengeri adegan tembak-menembak dalam cerita Labu Labi. Bezanya Labu dan Labi pakai pistol tangan sedangkan aku pakai pistol betul-betul.

Last-last aku kena tembak kat kepala lutut. Sakit bukan main. Tak dapat la aku main bola lepas ni. Polis pun tangkap aku. nak buat macam mana lagi. terpaksalah aku menyerah diri. Setelah lutut aku ok, aku dihadapkan ke mahkamah. Sepanjang perbicaraan hanya sekali bapak datang. Itupun sekejap je. Menurut bapak aku, makcik Bedah masih hidup. Liat betul nyawa orang tua tu.

Sewaktu membela diri, tuan hakim memberi peluang untuk aku membuat rayuan. Aku tak mengaku salah. mati-mati aku membangkang bila aku dituduh melakukan kejahatan dengan sengaja.

"Habis kalau bukan kamu yang salah. salah siapa pulak?" tanya Tuan Hakim.

"Salah Makcik Bedah!" jawab aku tegas.

Mahkamah menjadi hingar-bingar. Nama Makcik Bedah tidak pernah disebut sepanjang perbicaraan. Bila aku menyebut nama itu, semua orang menjadi terperanjat.

"Makcik Bedah yang patut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atau lebih lagi hukuman mati. Kalau Makcik Bedah tak mengata saya macam-macam, saya tak jadi orang jahat. Dalam hal ni, Makcik Bedah yang bersalah. Saya minta Tuan Hakim mendakwa Makcik Bedah."

Kemudian orang ramai ketawa. Tuan Hakim ikut sama tersenyum. Tak ada siapa yang percaya cakap aku. Tak ada siapa yang sependapat dengan aku.

Mereka tidak menyalahkan Makcik Bedah, padahal Makcik Bedah la yang bersalah.
Kemudian aku dijatuhkan hukuman mati. Subuh-subuh esok aku akan digantung. Tamatlah riwayat aku. Semua kerana makcik Bedah.

Aku berharap kepada pembaca yang bersimpati, tolonglah aku. Tolonglah aku balas dendam pada Makcik Bedah. Kalau korang jumpa, takiklah kepala dia dengan sauh kapal sebab kalau senjata kecik-kecik Makcik Bedah tak mati punya..!

kreadit to : Mr Lane

Tuesday, 7 May 2013

Abah bukan Ultraman..

Balik dari kerja semalam anakanda meluru kat pintu grill rumah,

"Abah, men..men...", ditunjuknya kat aku buku mewarna gambar Ultraman. Aku senyum je sambil bukak stokin.

"Abah, baca.. baca..men..", faham la aku yang anakanda nak aku bacakan kat dia perihal Ultraman yang ada dalam buku mewarna tu. Dan, aku pun mereka-reka cerita kononnya Ultraman yang sedang beraksi dalam buku tu ialah aku yang sedang berlawan dengan raksasa. Anakanda terhibur dengan cerita rekaan yang agak poyo daripada abahnya..

Lepas mandikan anakanda, aku teman anakanda minum susu sambil tengok astro ceria channel 611. Aku pun macam biasa la, apa yang anak aku tengok, aku pun terpaksa la tengok sama. Isteri aku memang dah tak terdaya nak melayan anakanda Harith sebab tengah mabuk pregnant anoy junior II. Kesian aku tengok wife aku, makan pun tak lalu dah.

Start dengan cerita Upin Ipin, Geng Bas Sekolah, hinggalah ke acara kemuncak bagi budak-budak kecik macam anak aku iaitu Siri televisyen Ultraman Max! Bila dengar je lagu intro Ultraman Max kat tv, anak aku bingkas bangun. Botol susu terlepas dari mulut dia bergolek-golek berpusing atas karpet.

Ultraman max

Anakanda berdiri. Kaki terkangkang sedikit dan tangannya disilangkan lagak gaya macam Ultraman tengah 'fire' raksasa. Aku gelak terkekeh, teringat pulak zaman aku kecik-kecik dulu yang mana time tu agaknya umur dalam 7- 8 tahun. Kemaruk dengan cerita manusia kostum bertopeng macam Maskman, Jetman, Flashman, Gaban, Satria Baja Hitam, Ultraman Ace, Ultraman Taro.. Ahhh, semua tu antara kenangan-kenangan lama yang segar dalam ingatan.

Dari kiri Ultra 7, ultraman Ace, Ultraman, Ultraman Taro dan Ultraman Zoffy.
Satria Baja Hitam

Dan, atas sebab perbezaan pendapat tentang siapa yang paling kuat di antara Ultraman Taro dan Satria Baja Hitam jugak la yang mencetuskan persengketaan dan pergaduhan aku dengan kawan-kawan yang Pro - Satria Baja Hitam. Masa tu aku golongan yang Pro - Ultraman.

Rasanya ramai kawan-kawan kat luar sana yang lahir tahun 80-an, mungkin ada tersemat dalam ingatan diorang siri-siri penuh fantastik(pada masa itu) dengan kewujudan makhluk boleh terbang, boleh jadi robot, ada tendangan padu maut untuk berlawan dengan kuasa makhluk asing. Perkara paling best kalau dalam siri Ultraman tu ialah bila ultraman dah nak mati tiba-tiba muncul abang-abang ultraman yang lain datang membantu contohnya Ultraman Zoffy yang pernah tolong Ultraman Ace berlawan dengan raksasa Alien Baltan.

Berlangsungnya cerita Ultraman, rumah jadi senyap.. Anakanda melopong tengok Ultraman Max. Aku senyum. Hari ni, bila aku tengok anak aku.. aku nampak diri aku sendiri masa kecik-kecik dulu. Aku cakap dalam hati,

"Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...", Aku peluk anakanda, aku genggam tangan isteri tercinta sambil layan siri Ultraman yang sedang ditayangkan di Astro Ceria channel 611....

Kemuncak bagi siri Ultraman ialah Ultraman akan mem'fire' raksasa dengan tangan bersilang bentuk 'L'. Anak aku teruja bila melihat Ultraman Max 'fire' raksasa..

"Tengok tu Harith, tu abah la tu tengah 'fire' raksasa tu.."

Lantas dia tarik tangan aku suruh bangun. kemudian dia kata,

" Nak.. nak men...nak...api..nak api men...", sambil dia suruh aku silangkan tangan bentuk 'L' supaya keluar 'fire' dari tangan aku macam cerita Ultraman tu.

"Ah, sudah.. karut nih.. tangan abah mana ada 'fire'", cakap aku kat dalam hati.

"Harith, tangan abah mana boleh buat macam men.. abah kan kuat.. takde lampu merah macam men..Kalau lampu merah baru boleh keluarkan 'fire' macam men..", Aku try pujuk anak aku.

Anak aku mula meleleh airmata sebab abah dia takde 'fire' macam Ultraman. Aduyaiii, kacau camni... Anak aku terus mencebik bibir, airmata dia terus mengalir deras. Masak aku kali ni, mana nak cari 'fire' macam Ultraman? Lama jugak dia merajuk sebab abah dia takde kuasa 'fire' macam Ultraman..

Sejak kejadian tu, bila scene Ultraman nak 'fire' je aku bukak channel lain. Takde la permintaan daripada anakanda mintak 'fire' macam Ultraman. Hehe...

scene 'fire' oleh Ultraman.

Moral : Jangan cakap kat anak anda bahawa anda mempunyai kuasa seperti Ultraman.


Monday, 6 May 2013

Najis di hati...


Ada satu kisah menarik mengenai seorang alim ulama' yang dalam perjalanan untuk pergi ke masjid. Beliau terpaksa melalui jalan yang ada lopak air dan ketika berjalan inilah beliau ternampak seekor anjing di sebelahnya.

Dengan serta-merta beliau mengangkat jubahnya kerana merasa jijik dan risau kalau kalau jubahnya tersentuh dengan anjing berkenaan .

Dengan izin Allah , anjing itu berkata kata,

"Wahai manusia,najis dibadan ku boleh disucikan seandainya menyentuh jubah mu,akan tetapi mampukah engkau menyucikan hatimu yang sombong kerana memandang hina dan jijik pada seekor anjing seperti aku ?

Kemudiannya ,alim ulama ini terkejut dan sedar kesilapannya dengan memandang hina jijik pada makhluk ciptaan Allah itu. Beliau lantas menangis dan bertaubat.

Dengan kisah ini memberi penjelasan betapa dalam islam sendiri meletakkan kedudukan haiwan yang sewajarnya kita hormati. Adalah berdosa besar kalau kita mendera binatang ,apatah lagi membunuhnya .
Berikut dibawah ini saya nukilkan pengajaran yang boleh kita dapat

Memelihara haiwan adalah satu amal yang besar pahalanya disisi Allah SWT, setiap makanan yang diberi kepada haiwan ada pahalanya.

Belajarlah untuk mengasihi haiwan, dan janganlah sesekali kita bertindak zalim serta menafikan pergerakkan dan kehidupan haiwan dimuka bumi ini. Haiwan juga ingin hidup bersama-sama manusia juga. Adalah berdosa besar bagi mereka yang menyeksa dan menyakiti haiwan dengan memukul dan membunuh.mereka mereka yang bertindak sedemikian akan dimasukkan ke neraka.

Dalam islam dibolehkan mengurung haiwan seperti kucing ,anjing untuk perkebunan (ladang) dan sebagainya . Tetapi dengan syarat kita wajib memberi makanan dan juga memberi minum pada haiwan yang kita kurung. Jika tidak mampu. Maka lepaskanlah saja haiwan tersebut agar haiwan-haiwan ini mencari makan dan minumnya sendiri.

Moral : Sayangilah semua makhluk tuhan di atas muka bumi ni.

"Sen gua bila lu nak bayar...?!"

"Nasib baik bawak dompet", Kata aku kat dalam hati.


"Pegi mana, bang?" Lamunan aku terhenti.

"C.M," Jawabku ringkas. Aku meraba-raba poket 'jeans' yang dah seminggu tak dibasuh.

Alamak!!Baru aku teringat, aku dah lupa nak jahit poket depan yang koyak. Nasib baik bawak dompet. Dalam dompet pun ada le RM 40.00. Aku hulurkan not dua puluh kepada konduktor tu. Rambutnya panjang bukan main.

"Aiseyy...Takde duit kecik ke, bang? Gua mana ada tukar ni!" Tiket dihulurkan pada aku.

"Eh, mana balancenya, bro?" Aku mula bengang bila brader tu buat dek je. Dah la kad ATM aku kena telan, ni ada orang nak kebas duit pulak.. Mana boleyy....!!

"Kejap ye bang. Tunggu dua tiga orang naik lagi.", balas konduktor tu dengan suara yang agak kuat. Semua penumpang menoleh ke arah aku.

Aku buat-buat pandang ke luar. Hampeh punya konduktor. Pandangan malam di ibu kota yang indah menyejukkan hati aku yang panas seperti teh tarik pagi tadi. Tambahan pulak ada awek cun duduk di depan aku. Apa lagi... layan perasaan la. Hai...bertuahlah kalau aku dapat isteri cun macam ni. Ketika aku asyik menikmati keindahan malam, sampai di satu bus stop, bas berhenti. Konduktor tadi turun. Kemudian naik pulak konduktor lain. Seorang 'akak'.

"Eh, camne ni?" Tetiba aku menggelabah. Aku mesti ke depan. Baru nak berdiri, bas pun bergerak dengan laju. Aku jatuh terduduk. Tak boleh jadi ni. Aku meluru ke depan.

"Apa ni,kak! Duit balance belum bagi lagi ni..!" Aku mula naik angin.

"Laa, apasal tak bagitau tadi. Brader tu start cuti seminggu mulai esok." Balas 'akak' tu dengan suara yang agak garau.

"Turunkan saya kat sini!" Bentakku garang. Saja nak bagi 'akak' tu kecut perut. Nasib baik dia diam, kalau ditengkingnya aku balik tadi sure herot rahang dia aku siku dengan lutut.

Bas berhenti. Aku bergegas ke tempat brader tadi turun. Ada pasar malam rupanya kat situ. Tekakku terasa haus pulak. Sedang aku menikmati kelazatan air jagung di sebuah gerai, tiba-tiba aku ternampak brader tadi kat sebuah gerai CD. Baju T-shirt hitam Metallica nya aku cam benar. Rambut panjang pulak tuh. Sah dia!!

Setelah membayar duit air jagung tu, aku menuju ke arahnya. Tiba di belakangnya, aku tepuk bahunya dengan agak kuat.

"Mana mau lari, brader!Duit gua mana?!"Bentakku yakin.

Brader tu berpaling ke arahku. Alamak, silap orang rupanya. Yang aku tepuk tu bukan konduktor bas yang songlap duit aku tadi, tapi rupa-rupanya member aku yang selama ini aku cuba melarikan diri darinya.

"Oiii.. Nan.. Lu bila nak bayar sen gua?Hah!Puas gua cari lu.. Tapi lu selalu mengelak dari jumpa gua. Sekarang gua dah tak boleh tolak ansur lagi dengan lu. La ni jugak gua mau lu bayaq hutang lu kat gua, kalau tidak gua hentak tulang rusuk lu!" Dengan bengisnya member aku menggertak.

Dengan terketar-ketar ketakutan aku pun menghulurkan duit RM 20.00 kepadanya. Yang problemnya hanya itu aje lah duit yang tinggal dalam dompet aku. Dan, malam tu jugak aku terpaksa balik ke rumah dengan berjalan kaki sejauh sebatu lebih. Betullah pesan mak aku, kalau sekali tuhan nak tarik rezeki daripada kita,sekelip mata je Dia boleh tarik.

Oleh itu, janganlah kita membangga diri jika dapat rezeki yang banyak dan janganlah kita mengeluh kalau mendapat rezeki yang sedikit ataupun rezeki yang hilang dari simpanan kita.

Jadi, aku redhalah dengan apa yang terjadi.. lagipun aku rasa ini semua kesilapan aku jugak. Inilah akibatnya kalau saja-saja nak mengelakkan diri daripada membayar hutang kepada orang yang sepatutnya. Dah la hutang dipaksa bayar, duit aku pulak disonglap orang.

Malam tu bila sampai kat depan rumah, aku duduk, mendongak tengok langit. Banyak bintang-bintang bergemerlapan. Dan, fikiran aku terus melayang berfikir macam mana nak topup balik duit yang 'melayang' tadi.....

Moral : Bayarlah hutang meskipun hutang PTPTN!


Friday, 3 May 2013

"Mana saya tahu makcik ni datin..."


Petang semalam aku terserempak dengan member lama aku kat KL. dia ajak aku lepak-lepak, nak berborak sebab lama sangat tak jumpa katanya. member aku ni dulu satu batch dengan aku kerja kat Arab Saudi.
Member aku suggest nak lepak kat sebuah coffee house yang terkemuka kat kota batu Kuala Lumpur ni. Kitorang duduk kat meja yang paling hujung kat belakang sana.

' Cantek!Tempat yang ko pilih ni memang strategik la, anoy..", Kata member aku sambil mata dia melilau tengok awek-awek cun kerja bank CIMB yang lalu-lalang kat situ.
Aku senyum je. Dah masak sangat dengan perangai dia yang sukakan benda yang lawa-lawa, comel-comel.

Banyak isu yang kitorang bualkan. Bermula dengan isu macam mana nak masak nasi beriyani pakistan yang pernah kitorang makan time kat arab dulu, kisah perjalanan kitorang menunaikan umrah, kejadian kereta kena tarik dengan polis arab masa kat Mekah, hinggalah ke isu terkini politik di tanahair. 2 jam lebih jugak la kitorang duduk kat coffee house tu.

"Noy, aku ingat nak gerak diri dulu la.. lagipun hujan ni..", Member aku menyusun ayat nak minta diri.

"Lah... ye ke? Okay..okay.. takde hal.. bila-bila jumpa lagi eh..!", Aku bangun sambil menghulur tangan bersalam dengan dia.

Member aku senyum. Dia bergerak keluar dari coffee house dengan tangan menekup kepala. Hujan katanya, sambung member aku lagi..

"Tak mahu bagi rambut basah. Nanti orang ingat aku baru lepas mandi wajib pulak..."

Aku sambut kata-kata dia dengan ketawa. Sengal betul mamat ni. Tapi, apa kaitan rambut basah dengan mandi wajib? Aku terus berfikir sambil menyenyumkan muka melihat member aku terus berlari dalam hujan sambil menekup kepala.

Aku masih lagi kat coffee house tu. Menghirup kopi yang dah suam-suam kuku. kat meja sebelah aku ada dua orang wanita yang aku jangkakan dalam pertengahan umur 40-an.

"I kalau boleh taknak la bela anak ikan ni. Susah nak jaga.."

Aik, macam menarik je topik diorang ni. Cerita pasal anak ikan atau lebih tepat diorang mungkin tengah bercerita pasal nak bela gigolo agaknya. Aku pusatkan kepala aku betul-betul 75 darjah ke arah timur laut. telinga aku bergerak-gerak bagi memberikan fokus yang maksima terhadap perbualan diorang.

"Alaa, you ni Datin Sarah... bela anak ikan la yang paling senang..Boleh cari yang fresh-fresh lagipun diorang jenis tak melawan apatah lagi agresif..", Perempuan yang bernama Datin Sarah tu mengangguk.

"Tapi, I takut kalau husband I, dato' Harun tu dapat tahu.. Mati I nanti... Dia bukan suka I ada anak ikan!", kata Datin Sarah kepada kawan dia yang aku tak tahu nama tu lagi.

"You pandai-pandai simpan la, Datin...", Pujuk kawan datin Sarah.

"Hish! Takut la I..! Lagipun I dah tua, malas la I nak fikir pasal anak-anak ikan ni semua..!"datin Sarah berkata lagi lalu menggelengkan kepala.

"you tengok I ye Datin. Sebelah I ni ada anak ikan yang boleh I bela.. comel..cute..", Kata kawan datin tu.

Sebelah?Aku pandang keliling. Yang ada berdekatan diorang, yang dekat bersebelahan dengan diorang takde orang lain. Cuma aku je yang ada kat situ.

"Aisehmen, diorang cakap pasal aku ke..?", aku mula cuak.

Tapi, aku ni dah kawen. Aku kan dah ada anak. Kalau wife aku tahu aku jadi gigolo nanti macam mana? Kalau mak ayah dapat tahu pulak macam mana..?Apa pulak tanggapan kawan-kawan seterusnya masyarakat kalau diorang tahu aku bergelar anak ikan? Dan sebagai penjawat awam, aku kena bagi contoh sisipan yang berguna dalam modal insan. Yang paling penting sekali, agama aku melarang keras perkara-perkara maksiat!

Ini tak boleh jadi! Aku mesti bertindak membetulkan dua orang wanita 40-an kat sebelah aku ni.

"Datin Sarah, you nak tak anak ikan yang ada kat sebelah I ni..I boleh tolong you adjust..auummmm..Hehee..", suara kawan Datin sarah terus memujuk dengan gaya manja.

Hati aku mula panas. Telinga aku berdesing bila diorang menggelarkan aku anak ikan yang cuba nak dipancing..
Aku bingkas bangun, menolak kerusi yang aku duduk dengan kasar ke belakang.

"Saya tak tahu la nak cakap apa!Awak berdua ni sedar tak yang awak berdua ni dah tua! Dah boleh panggil nenek dah pun. Buat apa la nak bela gigolo, anak ikan la bagai?!Tak takut mati ke?Ingatlah, jangan curang dengan suami. Syurga dibawah tapak kaki suami...!!"

Entah dari mana aku dapat kudrat + keberanian untuk cakap macam tu pun aku tak tau. Diorang terkejut. Aku sambung cakap lagi,

"Baliklah ke pangkal jalan, makcik-makcik.. tak kesian ke dengan suami kat opis yang bertungkus-lumus cari rezeki?" Ayat aku tergantung kat situ....

"Ewah-ewah...sedapnya mulut dia bercakap...?", Kawan datin Sarah bangun bercekak pinggang menghadap aku.

Kemudian dia sambung lagi...

"You ingat kitorang ni kebulur sangat ke nak ambik lelaki muda buat gigolo? You ingat we all ni apa?", Kawan datin Sarah mula berhujah.

"Tadi tu makcik cakap pasal anak ikan..lepas tu kata kat sebelah ada anak ikan nak adjust..?yang ada kat sebelah makcik cuma saya je..saya bukan anak ikan yang boleh makcik adjust-adjust..!", Aku mula bersuara tegas.

"Hoi, you ni perasan sangat kenapa?we all bercakap pasal anak ikan arowana ni..!", Sambil dia menunjukkan  ikan Arowana dalam plastik yang dia letakkan kat atas kerusi yang berhadapan dengan aku. kemudian kawan Datin tu sambung lagi,

"You kalau tak tahu apa-apa jangan nak menyampuk je cakap orang.. lagi satu, we all ni bukan makcik you tau..we all ni Datin..I Datin Sapiah and she is Datin Sarah...", Datin Sarah tersengih tengok aku yang dah tersalah 'tembak'. Datin Sapiah kembali duduk berbual dengan datin Sarah sambil menjeling kat aku.

Aku berdiri lama.. aku pandang muka dua orang datin tu. Aku jadi segan, malu sebab tersalah faham. Aku tak tunggu lama lagi dah. Aku masukkan kamera DSLR aku ke dalam beg. Lepas tu aku pegi kat cashier nak bayar minuman yang aku minum tadi. Dari tempat cashier, aku curi-curi pandang kat datin-datin tu, diorang pandang aku sambil senyum sinis..lepas tu kedengaran diorang gelak besar. Konfem diorang tengah kutuk aku la tu.

Aku keluar dari coffee house tu dalam keadaan tergesa-gesa dengan tangan menekup kepala sekaligus menekup muka. Bukan kerana takut orang kata rambut aku basah sebab mandi wajib, tapi nak cover malu daripada muka aku terus jadi bahan gelak ketawa datin-datin dan ikan arowana saat-saat hujan gerimis petang tu..

Moral : Jangan perasan!