jom follow....

Wednesday, 27 March 2013

aku, pak cik buta dan rezeki berganda....

bila tengah-tengah bulan, ini le rezeki orang bujang.(sekadar gambar hiasan)


Ini kisah tentang sedekah. apa yang aku nak ceritakan kat sini semuanya berlaku pada diri aku sendiri. dalam 3 hari yang lepas semasa aku dalam perjalanan balik ke rumah. nak ke stesen LRT Bandaraya, aku lalu ikut Sogo. masa lalu kat jejantas  kelihatan seorang lelaki buta yang aku jangkakan umurnya dalam lingkungan 50-an.

Diatas ribanya pula ada sebekas bakul yang diisi dengan tisu. agak banyak jugak la tisu yang aku agak harganya dalam RM 0.30 sen tu. Kalau nak diikutkan logik akal bijak pandai aku, aku bukannya nak pakai pun tisu tu. muka aku bukannya jenis berminyak sampai berkilat-kilat. tapi hati aku jadi sayu bila tengok orang tua yang dah separuh abad duduk di kaki lima dengan keadaan buta tu. Terbayang pulak aku jika orang tua yang buta itu adalah ayah aku, ataupun bapa saudara aku, ataupun pakcik aku yang mana ada bau-bau bacang sekalipun dengan aku. hakikatnya, kita ni makhluk tuhan takkan selalu berada di atas. aku berkias ni, kalau korang tak faham silalah rujuk pada insan yang lebih memahami bahasa-bahasa kiasan ni.

Aku perhatikan lama ke wajahnya mengharapkan agar dia perasan aku ada kat depan dia,  tengah dok tenung dia. sebenarnya aku dok depan dia sebab nak test dia, manalah tahu kalau-kalau dia berlakon macam orang buta. Tapi, aku silap. Manusia separuh abad yang sedang duduk atas kerusi depan aku ni memang benar-benar orang buta. Makin sayu bila melihatkan dia berzikir walaupun sedang menjual tisu sambil menerima sumbangan sedekah orang yang lalu lalang kat kawasan tu. Dia berzikir sambil duduk macam tu, biarpun suaranya agak perlahan tapi kedengaran jelas zikir memuji kebesaran illahi.

aku tak perasan entah berapa lama aku duduk kat situ memerhatikan orang tua buta tu. Terdetik dalam hati nak bersedekah pada orang tua tu. nak kata bagi banyak tu tidaklah, jadi yang ada dalam poket cuma beberapa ringgit, aku pegang tangan pakcik buta tu dan aku lafazkan akad.

duit arab 100 riyal (sekadar gambar hiasan)
"pakcik,ambiklah duit ni. Saya ikhlas.."

Kata-kata aku mati kat situ dan dalam hati aku niatkan supaya pahala sedekah tu aku hadiahkan buat arwah sanak saudara, para kengkawan dan semua muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup ataupun dah takde lagi dalam dunia ni.
duit tu dah beberapa hari ada dalam poket seluar aku ni. Dan, tak terlintas sikit pun aku nak gunakan pada hari tu. Hari tu entah kenapa ringan je tangan aku nak serahkan duit tu pada pakcik buta tu. memang rezeki dia. aku tersenyum. Alhamdulillah, hari tu aku dah bantu orang.

Teringat aku akan suatu kisah yang mana sedekahnya digandakan dengan balasan berganda dari apa yang disedekahkan. matematik makhluk sangat berbeza dengan matematik Allah SWT. Allah berjanji, sedekah adalah asbab suburnya harta. Malah sedekah juga boleh menghindarkan bala. Logik akal mengatakan sepuluh tolak satu sama dengan sembilan. namun apabila kita bersedekah kerana Allah, sepuluh tolak satu sama dengan sembilan belas. Itulah janji Allah, yang mana Dia akan menggandakan sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda. Sekali lagi aku mengukir senyum. Jauh dilubuk hati aku sangat yakin dengan  janji Allah. Allah telah membuktikan janji-janji-Nya kepada aku berulang-ulang kali. Janji Allah SWT adalah benar.

Keesokkan harinya sedang aku memandikan putera aku yang bernama Harith, tiba-tiba ada panggilan telefon. Aku tak dapat nak jawab, jadi aku minta tolong kepada isteri aku untuk menyambut panggilan telefon tu. Harith kalau dah dapat main air, asyik nak menyelam je walaupun bathtub tu kecil. Rumah aku mana ada bathtub besar macam kat hotel tu.ini cuma bathtub bayi je yang aku guna dari Harith lahir sampai la sekarang, kalau Harith dapat adik tahun ni tak payah beli bathtub lagi..jimat!haha..

okey..okey berbalik pada cerita aku tadi, masa aku tengah khusyuk layan Harith mandi dalam 'kolam' dia. Tiba-tiba isteri aku berlari menuju ke bilik air tempat aku dengan Harith tengah bersiram. Dia kata,

"Abi, Miss Hiew called tadi. Dia ada kat depan pagar rumah kita nak bagi limau mandarin sekotak.."

Pada masa tu terus aku teringatkan sedekah semalam. Rezeki seringgit yang disedekahkan  kepada pakcik buta kat jejantas menghala ke stesen LRT semalam dibalas dengan berlipat ganda oleh Allah SWT. Benar, hanya dalam tempoh 24 jam.

aku cakap kat isteri aku,

"Alhamdulillah, rezeki..ada wish happy chinese new year tak pada Miss hiew..?"

"Ada..", terang isteri aku lagi.

Aku tersenyum sambil memandang isteriku dan Harith yang tengah leka dengan buih sabun yang bertaburan dalam bathtub. Sambil tu aku ungkapkan satu ungkapan khas untuk isteri tersayang,

"i love you so much from deep of my heart." Kemudian, aku ungkapkan pula kata-kata kepada si Harith,

"abah sayang sangat anak abah ni..", Harith tersengih nampak gigi kapak seolah macam faham apa yang aku cakap.

isteri aku tersenyum kemudian berkata,

"abah kena sayang sekali dengan anak abah yang ada kat dalam perut ummi ni...", senyuman dia makin lebar.

Berita gembira yang mengejutkan aku. Alhamdulillah, rezeki itu kian bertambah dari hanya dengan melakukan sedekah. Sungguh besar rahmat-Mu. Jadi kepada kawan-kawan yang mahukan rezeki anda bertambah, melimpah-ruah perbanyakkanlah sedekah. Sedekahlah dengan seikhlas hati, insyaallah berlipat ganda ganjarannya nanti.

kredit to : Fathuri Salehuddin kerana buku penulisan beliau yang memberi inspirasi mengenai rezeki Allah SWT. pinjam ayat beliau sket..

rezeki Allah SWT bertebaran dalam dunia ni....



aku melayu....


Sempena cuti sekolah seminggu hari tu, aku, my wife and our prince Harith balik ke kampung aku kat Perak. lama jugak le aku tak balik kampung. Bila cecah je tayar kereta kat daerah Kuala Kangsar, rasa macam excited bebenor. Dengan bau getahnya, bau fresh tak macam kat kuala Lumpur. teringat dulu masa kecik-kecik kena kejor dek babi hutan masa main polis sentri dalam kebun getah milik Che Mat Puyoh. Fuhh,mencirit lari!!

Masa dah sampai kat kampung tu, aku saja la punggah-memunggah barang-barang lama dalam peti. Wife aku pun tolong sama-sama memunggah.. anak kitorang, opah ngan atuknya yang tengok-tengokkan..hi hi.. Masa memunggah tu aku terjumpa plak dengan puisi ni yang aku print out pada tahun 2005 (sebab aku selalu note kan kat paper apa-apa yang aku print out ikut tarikh paper tu di print out ~ maaf la kalau pening baca apa yang aku cakap pasal print out, sebab aku pun pening tengok banyak sangat paper print out termasuk nota-nota zaman belajar yang lecturer suruh print out ~).

- Yang tercatatkan kat paper ni ialah " dilulus terbit pada Monday, july 05 @ 12:51:23 MYT oleh CucuBavoo " -

Dan, puisinya berbunyi cenggini :

aku melayu?
mak aku kasi nama Ayu
aku rasa malu
aku tukar jadi Jen
sebab, lebih glamour
tak macam Ayu
nama melayu, aku tak sebulu

aku melayu?
misteri : siapakah penulis sebenar puisi aku melayu?
cakap aku pakai ; i-you, i-you
saya-awak. macam kampung gitu
sori, not for me, i tak mahu
kalau you hendak, up to you

aku melayu?
makan dengan tangan gelilah...
i suka pakai sudu garfu
dekat rumah bolehlah
tapi kalau kat restoren, malu
nanti semua orang tengok aku
silap-silap diorang kata,
i ni, gelojoh you....

aku melayu?
orang melayu, mata coklat gelap...
i suka mata biru
i pakai contact lense
sekarang mata i dah jadi biru
otak pun terikut, ada sikit blue
kalau ada orang ajak,
anytime i mau...

aku melayu?
of course!, i'm melayu.
i masih makan belacan
walaupun i prefer keju
i masih pakai kain sarong
walaupun i prefer tak pakai baju melayu
i masih sambut hari raya
(but that's because i don't know what else to do!)

sekali lagi, i nak kasi tahu you all tahu
i ni masih melayu
tapi bukan sebarang melayu...

p/s : Pada eksperimentasi aku, aku menganggapkan orang yang menulis puisi ni adalah budak pompuan sebab dia kata nama dia Ayu. Tapi, bila baca kat rangkap-rangkap nak akhir tu dia ada cakap pasal baju melayu. Dia ni lelaki ke..?Sampai sekarang aku tertanya-tanya sape sebenarnya yang tulis pusi aku melayu ni...?laki ke pompuan ke..? khunsa'...? Haaaa, entah-entah maknyah...hish!!

fin!!

Thursday, 21 March 2013

aku,makcik plastik Mydin dan baju batik......

Pemandangan jalan sultan ismail dari stesen LRT

Hari ni hari Khamis, sebagai seorang yang bekerja dalam sektor kerajaan adalah digalakkan untuk penjawat awam memakai baju batik. Aku pun hari ni pakai la baju batik yang baru beli hari tu. Tak sangka aku nampak kacak apabila mengenakan baju batik..ha ha.. Okey, sebenarnya cenggini, Masa nak balik dari opis tadi aku singgah kedai buku kat Bangunan Kompleks Pertama. Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku cari kat kedai buku tu. saja la tengok-tengok kalau ada buku motivasi yang terbaru buah tangan daripada Fathul Salehuddin ke..cari punya cari tapi takde jugak. Last-last aku capai majalah gila-gila, lama jugak aku tak baca majalah gila-gila ni. dah beli majalah tu, aku terus beredar ke stesen LRT Bandaraya.

Masa aku naik LRT tu, ramai la jugak orang. Maka disebabkan orang ramai, aku dengan pantas 'chop' tempat duduk kat sebelah hujung sebab kalau duduk kat sebelah hujung senang nak keluar bila dah sampai ke destinasi. Nak terjadinya pulak cerita ni, yang duduk kat sebelah aku ni sorang makcik. Kat tangan dia penuh dengan plastik Mydin. Sambil mengerling pada plastik Mydin makcik tu, aku mula membuat andaian yang makcik ni mungkin pergi shopping-shopping kat Mydin sampai tak ingat dunia. Untuk pengetahuan, barang kat Mydin ni aku rasa lebih murah daripada mana-mana shopping kompleks yang ada kat Malaysia ni. Dan, fikiran aku mula bermain dengan teka-teki kenapa makcik ni pergi shopping sorang-sorang?kenapa makcik ni tak ajak suami dia?kenapa dia tak ajak anak dia shopping sama?mungkin ke makcik ni seorang yang kedekut?ataupun dia memang sengaja tak nak susahkan ahli keluarga dia?soalan demi soalan mula berlegar dalam fikiran aku, sampailah pada suatu ketika, tiba-tiba makcik tu bukak cerita nak ajak bersembang,

"Ramai jugak orang naik ketapi LRT ni ye...?", makcik tu mula membuka plot-plot untuk bersembang.

"Haah, time orang balik kerja ni, makcik. Nak pulak budak-budak sekolah dah nak start cuti sekolah pulak minggu depan ni. Ada kot diorang yang balik awal dari asrama...", aku menutur bicara dengan penuh berhemah.

Memang pun time tu ada je budak-budak sekolah asrama yang pakai baju batik dengan beg besar nak balik ke rumah sempena cuti sekolah seminggu minggu depan.

"Anak makcik pun sekolah asrama jugak, tapi dia balik esok sebab dia ada kerja khusus yang nak dibuat..", kata makcik tu sambil mata dia tenung je mat bangla kat depan aku. Mungkin sebab bau bangla tu kot. aku memang dah standby tutup hidung dari awal lagi, sebab tu, bila bersembang dengan makcik tu suara aku macam sengau-sengau sikit.

"ooh, yeke makcik..?sekolah mana tu..?", aku buat-buat macam terperanjat dan excited nak dengar dia bercerita.

lakaran baju batik masa aku kat sekolah asrama suatu masa dulu......

"sekolah MRSM dekat Taiping tu..Tahu ke kat mana..?", Makcik tu bagitau tapi macam nak berlagak pulak anak dia belajar kat MRSM.

"ooh, Taiping...dekatlah dengan kampung saya tu...", aku layan aje makcik tu.

Selama setengah jam berada dalam LRT tu, makcik tu tak berhenti-henti bercakap. Suara dia kuat jugak la masa bersembang tu. Habis semua topik pasal sekolah asrama dia bercerita, aku banyak angguk je la daripada sampuk dia bercakap.

Bila dah nak sampai destinasi dia nak turun kat stesen sungai besi tu, makcik ni tanya aku...

"anak ni pakai baju batik ni, sekolah kat asrama mana..?", dia sengih nampak gigi jongang dua batang.

"Eh, tak..tak..saya bukan sekolah asrama. Saya keje kerajaan sebab tu pakai batik, lagipun hari ni hari khamis...",aku cuba explain kat dia.

"Hish, jangan nak tipu la..ni bawak beg, fail-fail ni kan budak sekolah je yang guna..?Baju pun bau rokok, budak sekolah mana boleh hisap rokok. Kalau ye pun nak merokok, tak payah la tipu makcik kata kamu tu dah kerja dengan kerajaan....",makcik tu membebel lagi.

Aku blur. Aku mula fikir, apasal?apasal makcik tu kata aku budak sekolah asrama..?kenapa makcik tu kata tipu dia pulak..?eh, aku memang betul-betul dah kerja la.. Baju bau rokok sebab tadi aku terpaksa berdiri dibelakang perokok masa kat kompleks Pertama tadi. Lagipun aku dah lama berhenti merokok. Baju batik aku sama ke macam baju budak asrama..?ideologi aku terus bermain-main dalam fikiran aku.

lepas tu aku tanya makcik tu,

"Makcik, muka saya ni ada macam budak asrama lagi ke...? Saya ni dah kerja la makcik, saya dah kahwin. Anak saya sorang dah. Tu lagi sorang tengah on the way dalam perut bini saya.. Makcik tak nampak ke janggut saya ni..? Budak asrama mana boleh bela janggut macam saya...", makcik tu terkulat-kulat tenung janggut aku sambil meramas-ramas beg plastik Mydin.

"laaaa, ye ke dah kerja. Makcik ingat kamu ni sekolah lagi. Tu laa sape suruh pakai baju batik..? Baju kamu tu sama je makcik tengok macam baju batik sekolah anak makcik.. Lagipun makcik mana nak cam janggut kamu yang halus tu, kalau kamu ada misai tu makcik boleh la nak agak yang kamu ni bukan budak sekolah asrama...", makcik tu bercakap sambil bangun nak keluar dari tren LRT.

"sorry ye, nak..makcik tersilap.......", dia senyum lagi menampakkan gigi jongang dua batang yang melepasi garisan bibir.

Aku senyum jugak la kat dia, tapi senyum aku senyum yang tak berapa nak senyum. Tren LRT terus berlalu meninggalkan makcik, beg plastik mydin dan ideologi batik beliau di sungai besi......









Hikmah berwudhuk

kat wadi hussein sebuah taman milik blogger dan penulis syed hussein al-attas (bapa kepada unclee seekers), janda baik.

Penyucian zahir dan batin. Ia bukan sekadar pembersihan dan penyucian tertentu anggota daripada segala kekotoran tetapi ia mengandungi hikmah lain yang memberi makna mendalam.

Berwuduk menepati kehendak ilmu kesihatan moden yang memperakui ia adalah kaedah perubatan berkesan. Ibnu Qaiyyim al-Jauzi pernah berkata:

"Mandi dan wuduk itu mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh, antaranya yang disebabkan jimak."

Justeru, wuduk adalah sebahagian rawatan kesihatan kepada umat manusia. Memetik kata pakar kesihatan dari Akademi Perubatan Daghestan, Dr Magomed Magomedov, wuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan tertentu yang dikenali sebagai 'Kawasan Aktif Biologi'.

Beliau berkata, bangsa Cina banyak mengkaji kaedah ilmu sains refleksologi dan mereka yakin kawasan aktif biologi akan merangsang sistem saraf dalam tubuh manusia. Ia mampu memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan seseorang. Dr Magomed melaporkan, apabila seseorang menyentuh muka ketika berwuduk, ia akan merangsang saraf untuk menyalurkan kekuatan baru kepada organ lain seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan. Apabila kita membasuh kaki kanan sambil menggosok, ia akan merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu serta kawasan pinggang.

Apabila membasuh kaki kiri, sains perubatan mengakui ia menyihatkan kelenjar dan kawasan otak yang mengawal sistem endoktrin. Maha Suci Allah! Ibadah yang selalu kita laksanakan selama ini sebenarnya terangkum 1001 macam manfaat. Justeru, kepentingan wuduk sebagai satu ibadah dan alternatif rawatan kesihatan sepatutnya menjadi amalan kepada kita.

Tidak semestinya kita mengambil wuduk ketika hendak menunaikan solat atau ketika hendak membaca al-Quran saja. Wuduk boleh dilakukan sebagai amalan untuk membina jiwa yang suci.

Kita dinasihatkan berwuduk apabila marah. Perasaan marah seseorang pasti menurun apabila berwuduk. Cuba kita bayangkan ketika kita menuju ke tempat berwuduk, badan kita dalam keadaan panas dan kurang bertenaga. Bagaimanapun, apabila selesai berwuduk dengan serta-merta anggota tubuh tenteram. Pada suatu hari, Junaid al-Baghdady menghidap penyakit mata. Lalu, dia berubat dengan seorang tabib Nasrani. Tabib itu menilik keadaan mata Junaid, kemudian menasihatkan supaya matanya jangan terkena air. Pada mulanya, dia tidak keberatan mengamalkan petua tabib itu. Namun, di rumahnya, Junaid teringat bahawa setiap kali bersolat, seseorang itu mestilah berwuduk sedangkan berwuduk mesti membasahi muka.

Junaid yakin Allah menjadikan setiap penyakit dan setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud: "Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali menurunkan ubatnya, maka berubatlah." (Hadis riwayat Ibnu Majah). Tanpa ragu-ragu Junaid pun berwuduk dan membasuhi mukanya. Kemudian selesai melakukan solat, dia tidur. Kejadian aneh terjadi padanya, matanya sembuh.

Tabib yang memberi petua penyembuhan pada Junaid menjadi sangat hairan apabila melihat mata Junaid kembali sembuh. Yang dia hairankan ialah mengapakah begitu cepatnya mata Junaid sembuh. Kata tabib itu,
"Mengapakah tiba-tiba sahaja matamu menjadi baik?"

Jawab Junaid: "Aku hanya berwuduk, aku membasuh muka dan mataku."

Kesan peristiwa itu tabib yang beragama Nasrani itu akhirnya memeluk Islam. Dia mengucap dua kalimah syahadah lalu berkata:

"Itu adalah ubat dari Tuhan yang menciptakan penyakit itu. Dia yang memberikan penyakit dan Dia jugalah yang menciptakan ubatnya. Aku juga sebenarnya menderita penyakit, iaitu penyakit hati (rohani), dan Junaidlah yang menjadi tabibnya."

Dengan berkat berwuduk, ia mengandungi banyak manfaat terutama menyembuhkan pelbagai penyakit. Itulah yang diperintahkan Allah pasti mempunyai hikmah dan kebaikannya kepada manusia." "Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar-sinar daripada kesan wuduk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wuduknya, maka lakukanlah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


p/s :sumber bagi artikel hikmah berwudhuk ni tak ingat plak ambik kat mana..apa-apa pun, aku cuma nak share ilmu ni dengan kawan-kawan. dapat juga pahala sebab menyampaikan ilmu yang bermanfaat. kalau kawan-kawan pun share dengan kawan-kawan yang lain bermakna ilmu ini akan terus sampai kepada kawan-kawan yang lain dan semoga ia berterusan.ilmu yang bermanfaat elok kita perhebahkan.. :)

Wednesday, 20 March 2013

ini semua internet la punya pasal..

cuba teka mana satu bangunan opis aku..?
Hari ni semangat aku berkobar-kobar nak ke tempat kerja. Semangat yang lain dari hari-hari sebelum ni. Betapa awalnya aku bangun, betapa constant nya aku memandu dan betapa patuhnya aku pada undang-undang jalan raya(yang mana sebelum ni aku cukup hilang sabar bila ada kete lain ajak aku race kat highway)..ha ha ha..

Dan, hari ini bukanlah hari yang istimewa sangat pun tapi aku tak tahu kenapa aku rasa cukup bersemangat untuk melangkah ke tempat kerja.dan aku masih tertanya-tanya mungkinkah semangat ini  tadi kian membara apabila melihat wajah isteri dan anakanda yang sedang nyenyak tidur membuatkan satu perasaan rasa tanggungjawab yang amat berat terpikul atas bahu lalu membuatkan paras hormon cikedukedu aku meningkat ke tahap yang membataskan aura seorang adiwira bernama ironman.aku start merapu dah....

Dalam perjalanan ke office tadi, aku terasa bagai banyak pasang mata memandang aku. Mungkin diorang perasan hari ni aku lebih kacak daripada biasa. Tetapi sebenarnya,diorang pandang aku sebab untuk pertama kalinya aku melangkah di waktu pagi untuk pergi kerja dengan memakai selipar sebelah lain dan sebelah lagi selipar lain ( dah nak keluar daripada LRT baru aku perasan). Tapi, itu bukan masalah besar bagi aku sebab sebelum ni aku pernah menghadapi saat yang paling tak best daripada memakai selipar lain-lain iaitu pergi kerja dengan zip seluar tak tutup!hish!!

Berbalik kepada semangat berkobar-kobar nak datang ke tempat kerja hari ni, kawan aku kata kalau pergi ke suatu tempat dengan semangat berkobar-kobar disusuli dengan keyakinan yang jitu-jitu gitu, segala kerja tu akan mendatangkan hasil.  Ini yang tengah aku buat sekarang ni. Tapi aku tak tahulah nanti, namun sedikit sebanyak jika difikirkan secara psychology aku tak ada sifat menyembunyi atau hipokrit tentang diri aku, itulah yang benar-benar aku harapkan.

Sampai kat office agak awal dari biasa. Buka je pintu office aku tengok office aku terang benderang dengan cahaya lampu pendarflour PHILIPS 16W menerjah ke alam mata. Semangat aku makin menebal, makin kuat rasanya hati ni nak bekerja dan terus menabur jasa kepada rakyat.

Dengan senyuman yang lebar, aku switch ON komputer..aku sabar menanti komputer aku beroperasi. Aku tengok pada desktop komputer tertera wajah anakanda, pergghhh..makin bersemangat aku nak mencari rezeki demi keluarga yang tercinta. Lalu aku gerakkan mouse ke kiri dan ke kanan mencari browser google chrome pada desktop lalu aku klik dengan penuh keyakinan. KLIk!KLIK!

Browser google chrome sedang beroperasi..aku tunggu…aku tunggu dengan penuh rasa hormat dan bersemangat…

sementara menunggu, aku sempat la lukis-lukis gambar merapu buat hilang bosan...

Kini dah hampir 15 minit  aku tunggu tapi browser google masih lagi mencari..aku masih lagi tersenyum tapi dah tak nampak gigi macam awal-awal tadi. Setengah jam berlalu, dari google aku klik pulak ke internet explorer, hasil natijahnya tetap sama. Loading lama…..kesabaran aku mula teruji, senyuman aku  yang meleret tadi dah bertukar menjadi senyuman mencirit. Semangat aku yang tadinya berkobar-kobar dah mula jadi suam-suam gebar.

Aku mula gelisah, aku mula pasrah kerana apa yang harapkan, apa yang aku rancangkan untuk kerja hari ni semuanya terbantut. Daripada ayat-ayat pujian perrrgghhhh kini apa yang keluar dari mulut aku cuma eerrgghhhhhh..

“krrriiingggg…krrringggg….”,telefon pejabat aku berdering

“nan, internet tak boleh masuk kan..?”, suara seorang sahabat dari tingkat 29.

“la ye ker internet tak leh masuk?adoooiiii…”, aku mengeluh sebab dari tadi aku try-try tak boleh launch internet.

“hoh laaa….moh naik tingkat 29 ni, main PS2 PES 2013.. dok depan komputer bukan boleh buat kerja pun..meh laa..ramai dah tunggu ko ni….”,ayat pancing dari dia nak ajak bertarung.

Kini aku mula kembali bersemangat. Bukan semangat nak bekerja tapi aku makin bersemangat nak main PS2 game bola sepak . Semoga perjuangan aku hari ni diberkati..amin…  hi hi hi

Tuesday, 19 March 2013

Brader cashier yang pilih kasih...

Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di kala lepas hujan.
Sebenarnya hari ni aku datang lebih awal daripada biasa memandangkan hari ni aku nak 'pekena' sarapan pagi di kedai bawah pokok ( aku tak tahu apa nama kedai ni sebab tu aku gelarkan ia dengan nama kedai di bawah pokok) yang terletak di sebelah bangunan GIATMARA, jalan medan tuanku.  

Macam biasa, sarapan nasi goreng bertemakan lauk sambal telur rebus dengan berulamkan timun dan air teh ais buat penyedap tekak dikala tercekik nasi. Macam-macam la isu negara yang keluar masa tengah sarapan tadi. Isu bila nak pilihanraya, isu pencerobohan Lahad Datu, isu orang sulu bekerja di kuala lumpur, isu kuih samosa yang dah di edit menggunakan adobe photoshop. Semua berlagak macam profesor membahaskan hujah masing-masing. Aku lebih banyak diam daripada bercakap, sambil mata aku memandang ke kiri dan ke kanan meng'ushar' spesimen perempuan melayu terakhir yang cantik untuk hari ini. Tapi, malangnya perempuan melayu terakhir yang cantik-cantik semua lebih suka makan di kedai yang ada penghawa dingin macam MacDonald, Starbucks ataupun KFC sebab kat sana pun ada sarapan pagi. murah..? Hmmm, Jadi takdelah perempuan cantik di kedai aku makan tu. persoalan yang bermain dalam benak minda aku ni, kenyang ke makan sarapan kat kedai macam MacDonald atau KFC tu? oh, mungkin perempuan cantik nak jaga standard supaya mereka nampak lebih 'kelas' bila makan kat kedai macam tu. aku terus bermain teka-teki dengan ideologi aku sendiri.

Dah habis berhujah biarpun takde keputusan, harga makanan tetap kena bayar. Sebab sumber makanan tu akan menjadi darah daging. Darah tu jugak akan mengalir ke dalam tubuh anak-anak(kalau wife mengandung la) seterusnya akan mempengaruhi anak-anak demikian dari sumber apa yang ada dalam darah kita samaada halal ke haram.

Bercakap pasal halal haram ni, teringat pulak zaman belajar dulu. Dulu aku belajar kat sebuah institusi pengajian tinggi area Shah Alam tu. selalu jugak la makan nasi bungkus. Masalahnya, aku ni kuat makan (tapi badan tak naik-naik pun) masa tu la. Makanan kat institusi tu agak mahal jugak la, dah la tu masak lauk yang sama pulak tu tiap-tiap hari, brader cashier pulak jenis yang pilih kasih pulak tu...kalau awek-awek cun, comel-comel, pakai perfume wangi-wangi dan manja ala-ala Nora Danish, bukan main lagi diorang dapat makan dengan harga murah. Tapi, kalau budak laki yang bayar dengan muka tak comel, hidung pesek, hitam-hitam manis macam aku ni bukan main melambung lagi harga nasi sebungkus!

Selepas seminggu membuat pemerhatian, esoknya, aku ubah penampilan. aku sikat rambut belah tengah, pakai minyak wangi atar (yang aku rembat kat pusat islam@masjid) dan aku cuba buat-buat muka comel + manja-manja macam Nora Danish. Tapi, masa aku buat manja-manja tu brader cashier tu pulak jerkah aku, dia kata aku nak goda dia. cilake betul! Aku bukan nak goda dia, aku cuma nak hak sama rata dapat diskaun beli nasi bungkus, macam yang budak-budak pompuan tu dapat. Sejak hari tu, aku berdendam dengan brader cashier yang pilih kasih....

Hari-hari yang berikutnya aku beli nasi bungkus macam biasa. Tapi, kali ni aku ambik lauk dulu. Lauk tu aku letak bahagian bawah, kemudian aku ambik ulam timun buat tutup lauk yang aku ambik tadi. lepas tu baru ambik nasi. Kaut nasi kaw-kaw banyak kemudian letak kuah lepas tu letak lauk (lain) lagi. Biarpun nampak membukit, brader tu tak tahu kat bawah nasi tu ada lauk lagi. Bila bayar, aku kata la,

"Nasi lebih ni..."

Seminggu sekali aku buat benda ni. Seminggu sekali baru best makan sedap-sedap. Kalau buat tiap-tiap hari nanti brader cashier dapat detect...ha ha ha

Kalau zaman study dulu, bila makan macam tu memang dah kira mewah la sangat. Sejak aku makan macam tu, aku selalu kena cirit-birit. biarpun dah makan ubat tapi cicirt-birit tetap tak reda. Sampai tengah dalam kelas, lecturer tengah dok mengajar, aku terus keluar macam tu je ke tandas sebab dah nak terkincit!

Aku mula berfikir, adakah ini balasan kat aku kerana menanam lauk dalam nasi..? aku mula menyesal..menyesal sebab tanam lauk dalam nasi, sepatutnya aku biarkan aje lauk yang aku ambik 'terapung' atas nasi supaya brader cashier boleh kira dan rezeki yang aku makan tu halal...

Atas nama kesedaran dan memikirkan tentang halal haram rezeki yang aku makan, aku pergi jumpa dengan brader cashier dengan muka sakit sambil tahan nak terkincit lagi. dengan niat nak mintak maaf supaya dihalalkan makan minum.

Mula-mula, brader cashier agak marah sebab kena klepet dengan aku. Dia kata nak report kat ketua jabatan  tempat aku study. Aku mula kecut, takut sebab nanti mesti masuk dalam rekod disiplin. Aku mula menggelabah. Kemudian, dengan tiba-tiba je brader cashier tu ketawa.....

"hahahahahahahahahaaaaaaaa...weh,ngok! ko takut eh aku nak report kat ketua jabatan?", brader cashier tanya aku.

"Takut la bang, nanti tak boleh dapat anugerah dekan.", aku menjawab sambil tahan nak terkincit.

" Dah la, aku halalkan je..dulu pun aku biasa buat macam ni masa belajar dulu. Aku paham macam mana jadi student..Dah, ko blah la masuk kelas..!", brader cashier halau aku macam aku ni kucing parsi je.

Fuhhh...!!nasib baik dia tak report kat ketua jabatan, kalau tak naya aku. Sejak hari tu, aku tak beli dah nasi bungkus kat kedai dia sebab segan dengan dia. Dan sejak hari tu jugak, aku makan kat kafe belakang hostel aku je, takpun aku beli je nasi lemak yang anak warden dok jual dari bilik ke bilik. Begitulah kisahnya tentang tanam lauk dalam nasi.

Moralnya kat sini, walaupun manusia tak tahu apa kesalahan yang kita buat. tapi, tuhan nampak apa yang kita buat. walau sekecil zarah sekalipun, setiap perkara akan tetap dihitung.


Monday, 18 March 2013

punishment and discipline children



Children is a gift from god to us.Parents play a main role in teaching children to behave.  Punishment and       discipline are common ways to teach children’s behavior. 


What is the different between punishment and discipline? Punishment is to make children suffer from their mistakes. Punishment that uses pain stops unwanted behavior for a short time cause by  fear of parents or for the punishments itself.  It builds anger and also damage self-esteem.

Discipline is teaching children to learn from their mistakes.  It teaches correct behavior and values.  Discipline develops self-control by teaching children to be responsible of their action. In discipline, we use praise and encouragement to educate children with good behavior. It build self-esteem.

Punishment focuses on the parent being responsible for controlling a child's behavior, rather than the child controlling his/her own behavior, which is the focus of discipline.


Jane Nelson has given out the guidelines for parents to use penalty in disciplining children. Parents whenever possible should reveal the penalty of misbehavior ahead of time so children will know what to expect the next time they choose to misbehave. For example, tell them to ride on the sidewalk or their bike will be put in the garage. This will teach children to be responsible to ride on the sidewalk because they don’t want their bike to be taken away from them.

The penalty should be logically related to the misbehavior.  Don’t send your child to bed for riding on the street.

Parents must speak out their comment in respectful manner to let children know they have a choice about how they behave.  Parents need not to shout in presenting their comments.  This will show children values.

Parents also need to provide reasonable solution that will allowed children to correct the behavior.

Punishment makes children hate themselves and others.  They dislike themselves and others for getting the punishment.  They may plan to get revenge when they grow older.  Children may only behave to avoid punishment not because they want to be good.  Children may learn to be sneaky in order to get away from being caught.

Art of child development is complex process.  The outcome of parents effort is influence by factor of the child, the environment, the parents and the context.  For example, different children have different strengths and weakness. When a child misbehave, it may be because he cannot do the instruction or does not understand the instruction.


According to Dean A Trumbull (pediatrician) in Parents Need Techniques For Behavioral Control,  “Young children need corrective and punishment, but this is often ignored by the opponents of physical punishment.  Time out and disapproval are effective tools but are not sufficient to control all problem behavior with all children.

children is a gift from god to us.





Thursday, 14 March 2013

penunggu di lebuhraya.


Pukul 3.30 am aku gerak dari cherating nak balik kl. Saja je nak balik malam-malam lepas lepak kat kedai ikan bakar tadi. suasana yang agak tenang, baru le rasa best sikit drive laju-laju macam initial-D..keh..keh.aku rasa takde barang apa yang aku tinggal kt chalet cherating tu.rasa sayu la pulak nak tinggalkan cherating ni. dari jalan kampung aku terus pecut kereta aku ke highway LPT.start keluar dari kuantan masuk highway aku rasa smooth.bawak pun rilex jer time tu.sampai la kat area highway karak,aku rasa kereta aku berat sangat..dah change gear pun aku rasa macam susah kereta aku nak pegi, aku dah rasa semacam.tapi aku cakap dalam hati yang tak akan ada apa perkara tak best berlaku.

Daripada dok layan hati yang makin tak sedap,aku nyanyi la lagu yang tengah on air kat radio time tu,lagu Cindai. Lepas abis lagu Cindai, diputarkannya pulak lagu Pontianak versi XPDC.aduyaii, juruhebah radio ni pasang lagu pontianak time aku tengah drive sekarang..masa tu memang aku dah kalut. bukan takut kat hantu tapi risau kalau benda tu sergah aku masa aku tengah layan corner kat highway karak tu,mesti aku terkejut punya. lagipun kat situ dah la banyak corner lipat..anyway,masa dalam beberapa kilometer nak sampai kat terowong karak, aku rasa kereta aku dah makin ringan sikit daripada awal-awal tadi,aku terus pecut la..dah berapa banyak kali tayar kereta aku menjerit masa corner pun aku dah tak perasan. tapi selalunya aku memang bangga la kalau aku layan lap sambil tayar kereta menjerit macam dalam movie initial-D.

tapi malam tu aku rasa serba tak kene,apasal kereta sebelah sana bagi high beam kat aku,aku pki lampu rendah hapa..?bila sampai dalam terowong hati aku lega sebab tengok banyak cahaya lampu terowong bersinar. tapi, hati aku rasa tak sedap..dalam cahaya terang suasana lampu filamen yang entah berapa watt dalam terowong aku nampak dari cermin pandang belakang,bias-bias kain warna putih melayang dari atas bumbung kereta aku..Makin lama kain tu makin rendah terjurai-jurai kat sebelah luar kiri aku. Aku dengan hati kering dan dengan berani(yang masih ada),aku gagahkan mata tengok kat side mirror sebelah kiri… korang tahu apa yang aku nmpak..? aku nampak pompuan cantik tgh terbang macam dalam citer smallville btul-betul lebih kurang tiga kaki dari kereta aku.

makin lama,pompuan cantik tu terbang makin ‘dekat’ dengan aku dan kali ni dia betul-betul melayang kat tepi tingkap sebelah kiri dan dia pandang aku. Dengan muka dia yang pucat tu,memang tak hilang cantik muka dia. Tapi yang buat aku rasa macam nak pitam, sebelum jalan terowong tu berakhir..dia sempat senyum kat aku dengan menyeringai taring pendek kat kiri kanan bibir dia.. entah berapa banyak air liur aku telan pun tak tahu, bukan sebab stim tengok hantu tapi sebab macam tak percaya+tak tentu arah bila ada pompuan terbang sebelah kereta..

selepas tu,perjalanan aku ke kuala lumpur terasa macam kereta aku melayang je. pikiran aku kosong mungkin sebab terkejut punye pasal kot.. nasib baik la dia tak duduk sebelah aku kat dalam kereta tu..kalau tak, entah apa pulak yang jadi nanti..

Wednesday, 13 March 2013

experience, makkah and me..


on year 2009, i was directed to go to Saudi Arabia. It was my first experience working abroad. i was so excited when i first get  there. i managed to performed my very first umrah.I am happy to share my journey from Jizan which  to Makkah Al-Mukaramah. Al-Jizan is apart of district in Saudi Arabia

This trip takes about 8 hours from Jizan. And it was attended by my friends and i. Along the way that there is only desert region. With no straight path bends, all vehicles are moving fast. If included in my observation point, i can say the speed of a moving car is an average of 140km/h!

Alhamdulillah, we arrived safely in the port city of Makkah.Here are some photos taken along the trip.

                                                     along the way there is only desert.


signboard

0530 am we arrived at makkah from jizan which take 8 hours by car.

masjidilharam from town of makkah al-mukaramah.

this photo have been taken at 0200 am which we are going back to jizan from Madinah.

masjidilharam at late night. Beautiful.

masjidilharam after Subuh prayer.

infront of kaabah.

tower of masjidilharam, makkah.

people are praying 'sunat' after tawaf.

The beautiful of kaabah, masjidilharam, makkah.
signboard of zamzam water.

take a break and snap a photo of kaabah surround by people.

with friends, from left : farrukh, keon own, me, tokwe, harizal, omar, firdaus and ijat.
Al-Fakir ila Allah.

Tuesday, 12 March 2013

tentang sawah

Ini sebuah cerita tentang beras. cerita tentang dari mana asal- usul beras yang kita makan. Macam mana beras tu dihasilkan. Siapa yang bersusah-payah membajak sampai dapat hasilnya menjadi seguni beras yang kita beli kat pasaraya. Sekadar berkongsi ideologi pemikiran stigmata yang berlegar dalam otak. Sebenarnya, aku cuma nak beritahu pada hangpa semua yang cuti sekolah bulan lepas aku pergi tangkap gambar sawah...
itu saja. sekian,terima kasih.


sawah padi dan batasnya. 
petang di sawah padi.

sawah padi dan kelapa sawit bagaikan lagu dan irama yang tak boleh dipisahkan..chewwahh..!!

sepetang bersama pokok kelapa di jelapang sawah.

ada tak nampak hantu air dalam gambar kat atas ni?cuba perati betul-betul.....




hikayat puteri syakilla



illustrasi pelukis : Pangiran Anak Orang Kaya Doyok.

Menurut yang empunya cerita Pangiran Anak Orang Kaya Doyok, pada suatu masa dahulu terdapat sebuah negeri yang bernama Burma Siam Indera Kayangan. Pemerintah di masa itu ialah Raja Karat. Ada pun Raja karat ini tidaklah macho orangnya. Ini kerana baginda Raja Karat mempunyai bibir tebal serupa negro, berperut boroi dan mempunyai sepasang lubang hidung yang besar bak serombong kapal jualah adanya. Walaupun rupa Raja Karat tidaklah sehensem Ustaz Don, tetapi baginda dikurniakan seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya ialah Puteri Syakilla. Wajah Puteri Syakilla ini mempunyai       mirip-mirip Nicole Kidman heroin filem “Batman Forever”. 

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari puteri anakanda Raja Karat telah jatuh gering. Telah ramailah dukun-dukun dan pawang-pawang mencuba nasib untuk mengubati Puteri Syakilla. Tetapi, semuanya ‘give up’. Untuk menyedapkan lagi cerita ini, pada suatu hari baginda telah menitahkan Memanda Menteri agar mengumumkan kepada rakyat jelata bahawa barangsiapa yang berjaya mengubati penyakit puteri anakanda baginda Raja Karat, maka dengan secara automatic dia akan dikahwinkan dengan Puteri Syakilla tanpa kompromi dan sekaligus menjadi pemerintah negeri Burma Siam Indera Kayangan                                              bagi menggantikan Raja Karat.

Demikian, maka ramailah yang datang berpusu-pusu untuk mendengar amanat baginda itu.
Dengan patah datang bertongkat,
Dengan buta dating berpimpin,
Dengan pekak terteleng-teleng,
Dengan kurap menyiah jalan.

Mereka semua hadir untuk mendengar amanat tersebut. Setelah mendengar amanat tersebut, maka ramailah yang hendak mencuba nasib termasuklah seorang pemuda yang masih lagi teruna  trang-tang-tang! Pada masa itu, adalah sukar untuk mencari pemuda yang masih teruna menurut Pangiran Anak Orang Kaya Doyok. Hang Ariyun, itulah nama manjanya sejak berada di tahun lima merah di Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil dekat Raub, Pahang. Untuk pengetahuan umum, Hang Ariyun memang benar-benar fasih bertutur dalam bahasa tamil!

Beberapa minit selepas amanat itu berakhir dibaca, Hang Ariyun pun terus memasang angan-angan, kalau-kalau dia berjaya mengubati Puteri Syakilla lalu berkahwin dengan Puteri Syakilla sekaligus menjadi pemerintah negeri Burma Siam Indera Kayangan.

“Pehhhh..!Married beb..married dengan puteri raja..!married..!!sapa tak nak, betul tak..?”, katanya di dalam hati.

Tanpa berlengah lagi, Hang Ariyun terus berlari-lari anak menuju ke kaunter istana bagi mengambil nombor giliran. Oleh kerana terlalu ramai, maka terpaksalah Hang Ariyun menunggu sehingga gilirannya tiba. Sementara menunggu, kesemua mereka yang hadir telah dihiburkan dengan beberapa siri tayangan video. Antaranya Ialah Pendekar Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Ibu Mertuaku, Kuch Kuch Hota Hai Dan Filem Ombak Rindu! Ada jua diantara mereka yang bermain PS2. Begitulah majunya dunia hiburan pada masa itu.

Setelah sekian lama menunggu, maka, dengan tiba-tiba giliran Hang Ariyun dipanggil….

“Hang Ariyun, masuk mengadap!!”, tempik si pemegang tombak yang seiras dengan muka Tom Cruise.

“ampun tuanku, sembah patik harap diampun. Jika tuanku izinkan, bolehkah patik merawat tuan puteri sekarang?” tutur Hang Ariyun dengan penuh sopan sambil membetulkan seluarnya yang hamper-hampir terlondeh.

Dengan nada suara yang ‘give up’, baginda Raja Karat pun berkata,

“Hmmmmm..pergilah wahai anakanda Ariyun….”

 “aiseh,anakanda? Hehehehee..ini satu peluang yang best…!!”, katanya di dalam hati.

Setelah mendapat perkenan daripada baginda, Hang Ariyun terus melangkah ke tempat pembaringan Puteri Syakilla dengan megah lagak gaya seperti The Undertaker yang mahu masuk ke gelanggang gusti WWF. Ketika berada dihadapan Puteri Syakilla, Hang Ariyun berkata lagi di dalam hati,

“amboiii…!! Cun betul la Puteri Syakilla ni. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, semuanya sempurna. Takde yang cacat cela langsung!hish, kalaulah dia ditakdirkan jadi awek bongsu aku merangkap kepada bini aku yang sulung, kan ke best? Heh..heh..heh..”

Kemudian, Hang Ariyun pun duduk bersila dan mengeluarkan beberapa helai daun pucuk abi yang ditumbuk halus bercampur dengan daun bendi untuk diperasapkan bersama-sama kemenyan. Jampi serapah juga dibacakan dengan penuh berhati-hati. Selang beberapa minit selepas membacakan amalan jampi serapah, dengan tiba-tiba Puteri Syakilla terus sedar dan bingkas bangun daripada pengsan. Sejurus setelah melihat tuan puteri sedar, hang ariyun terus berjalan keluar dari kamar beradu tuan puteri dengan muka bangga dan megah sekali.

Apabila tiba di luar kamar tuan Puteri Syakilla, Hang Ariyun pun terus mencuri dengar perbualan di antara Raja Karat dengan Panglima Batistuta.

“TUANKUUUUUUU!!!!”, pekik Panglima Batistuta memanggil baginda Raja Karat.

“apa dia??!”, jawab Raja Karat serta merta berlari pecut 100km/h menuju kearah Panglima Batistuta.

“tuan puteri dah sedar, tuanku!”, beritahu  dengan gembiranya.

“eh, iye ke??”, Raja Karat bertanya untuk mendapatkan kepastian.

“ish,tuanku ni..takkanlah patik nak tipu pulak..!!Puteri Syakilla dah sedar ni, tuanku..!tu tengok tu, terkebil-kebil biji mata tuan puteri memandang patik!”, Panglima Batistuta memberikan jawapan yang pasti.

“fuuuhhhhhhhh…syukur Alhamdulillah, pada malam ini beta akan mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda syukur beta kepada Yang Maha Esa dan malam ini juga akan beta tetapkan tarikh perkahwinan diantara Hang Ariyun dengan Puteri Syakilla, anakanda beta”, ucap Raja Karat dengan wajah yang berseri-seri seperti pengantin baru.

Maka, kembang-kempislah hidung Hang Ariyun setelah mendengar titah baginda itu. Dalam masa yang sama, tiba-tiba tuan puteri berubah menjadi tak betul. Pendek kata seperti orang gila jualah keadaannya. Maka, bertanya Raja Karat kepada Panglima Batistuta dengan perasaan hairan,

"Ayuhai Panglima Diraja, kenapa pula dengan anakanda beta ni?”, soal Raja Karat dengan penuh rasa hairan. Wajah baginda berkerut seribu.

“Entahlah tuanku, tak tahu pula patik, dengan tiba-tiba saja tuan puteri menari tango dan menyebut pasal beribu-ribu lemon ni?jangan-jangan tuan Puteri Syakilla nak basuh baju pakai sabun FAB kot..?alaaaaah, yang macam kat dalam iklan tv tu lahh…!! Takkan tuanku tak ingat kot?keh..keh..keh..”, Panglima Batistuta cuba membuat lawak.

“PANGGG!!!!”, serta-merta hinggap sekeping penampar ke pipi Panglima Batistuta.

Panglima Batistuta!!!cuba jangan buat lawak, beta tengah serius ni!! Lekas beritahu beta, apa pula penyakit yang melanda anakanda beta kali ini?!”, marah Raja Karat dalam perasaan ingin tahu.

“tuu…!tuuua…!tuaaann…!!tuan puteri dah sewel kot, tuanku?!”, jawab Panglima Batistuta sambil mengusap-usap bekas penampar di pipinya.

“HAH?!!!!? Anakanda beta dah tak betul?isskk..isskkk!!uhuk..!!uhuk..!huuuu..uhuuukkk..!!uuuuuuuuuu..!!uwaaaaaa…!!huaaaa…!!!!!”, tangis Raja Karat semakin menjadi-jadi.

“Panglimaaaaaa….!!!!!!! arahkan semua pengawal istana tangkap Hang Ariyun yang durjana itu hidup-hidup…tanpa belas kasihan!!!! Cis, derhaka sungguh Hang Ariyun itu kepada beta!!!”, titah Raja Karat dengan perasaan marah yang teramat sangat.

Serta-merta air muka Hang Ariyun bertukar warna menjadi merah, biru, hijau dan seterusnya warna kelabu asap. Setelah mukanya bertukar warna menjadi kelabu asap, Hang Ariyun terus membuka langkah seribu meninggalkan istana Raja Karat seterusnya meninggalkan kampung halamannya negeri Burma Siam Indera Kayangan ke kawasan yang berhampiran.

Khabarnya dari yang empunya cerita, sehingga ke hari ini gerakan mencari dan menjejaki Hang Ariyun masih diteruskan oleh saki-baki keturunan Raja Karat, meskipun Raja Karat kini hanya tinggal nama dan jajahannya telah dimusnahkan oleh Tentera Perikatan Selendang Merah kerana disyaki menyembunyikan mutiara naga@dragon ball. Menurut pengkaji hikayat ceritera ini, mereka tertanya-tanya dimanakah Hang Ariyun bersembunyi kerana mereka tidak menjumpai langsung jejak Hang Ariyun?persoalan demi persoalan terus membelenggu ideology para pengkaji samaada Hang  Ariyun disorok oleh hantu kopek semasa di dalam hutan..? atau dia diculik oleh makhluk asing..? wallahu'alam....

Sekian.


Monday, 11 March 2013

cerita pasal sayur bendi

  Pokok bendi? Dulu aku cukup tak suka makan bendi. bukan apa, cuma aku geli dengan biji bendi yang besar-besar tu. Kemudian terbayang-bayang bila termakan biji bendi tu lalu akan tumbuhlah pokok bendi di dalam perut hingga akarnya menembusi perut yang membulat ini. Walaupun benda tu agak karut tapi hakikatnya itulah yang aku terfikir suatu masa dulu, Al-maklumlah dulu selalu di momok-momok kan dengan kisah-kisah mistik yang tak masuk akal.

  Sekarang, pada tahun 2013 ni aku adalah penggemar sayur bendi ni. Pantang ada bendi, pasti aku akan buat sayur, takpun aku rebus bendi tu buat ulam. Disebabkan aku ni pengggemar sayur bendi, lalu aku mengusahakan tanaman bendi kecil-kecilan (cukuplah makan untuk satu family). Benihnya mak aku bawa dari kampung yang jauh sangat iaitu dari sebuah daerah di negeri perak. Bolehlah aku gelarkan bendi ni made in Aloq Pongsu.

Pokok bendi tu yang sebelah kiri tu. Sebelah kanan tu pokok pucuk ubi.
  Pokok bendi ni mak aku yang tanam, sebab tangan mak sejuk kot sebab tu pokok senang hidup. Baru-baru aku tanam jugak benih bendi tapi sampai sekarang tak tumbuh-tumbuh. Mak aku kata,

"Kalau tangan panas, tanam pokok apa pun tak hidup.."

  Disebabkan aku tak reti tanam pokok, aku pun google la pasal pokok bendi ni. Kata google, bendi ni boleh ditanam di kawasan tanah gambut, tanah gembur berpasir, tanah liat dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik. Kalau nak tanam pokok bendi ni, ambil biji bendi yang telah kering kemudian semaikan dalam tanah. Lepas semai biji benih tu terus siram dengan air.

  Lalu aku pun mengamalkan apa yang aku belajar dari dalam google tu, aku keringkan bendi. Lepas bendi tu dah kering, aku semaikan bendi tu dalam tanah (sekangkang kera) depan rumah. Lepas dua minggu setengah (lebih kurang), benih tadi dah keluar daun..alahai,comel sangat pokok bendi aku. Tiap-tiap hari aku siram walaupun baru lepas hujan pun aku siram jugak. Sebabnya, pada pendapat aku, hujan yang turun kat area kajang ni membawa bersama kesan-kesan asid asap kilang. Disebabkan aku tak nak pokok bendi aku berpenyakit lalu aku siram pokok bendi tu..amacam bijak tak aku..?ha ha..

asam pedas ikan keli...slurrppp......
 Lepas beberapa lama, pokok bendi aku mula membesar dan berbuah. Hasil tuaian pertama, bendi tu aku petik bagi pada orang rumah buat masak asam pedas ikan keli. Slurpp... meleleh air liur... Sedap.. Yang menjadi punca sedapnya masakan asam pedas ikan keli tu mungkin disebabkan bendi organik aku dicampur pula dengan kehebatan dan kepakaran chef merangkap orang rumah aku yang pakar masak asam pedas.

pokok bendi dan pucuk ubi yang dikahwinkan (ini adalah eksperimen)

  Setelah lama asyik makan sayur bendi, aku mula muak. Tapi, tanggungjawab aku kepada pokok bendi tak ku hiraukan. setiap hari pun aku siram pokok bendi supaya pokok bendi sentiasa dilimpahi kasih sayang dan tak berhenti menghasilkan buah. Masalahnya, pokok bendi tu ada sebatang je tapi berbuah lebat.

  Aku selalu berulang-alik ke rumah mertua aku kat Serdang dan kadang-kadang tidur sana. Pokok bendi ni dah tak dapat aku nak siram lagi macam biasa.

sebahagian sayur bendi yang tua.

 Pokok ni terus berbuah. Kadang-kadang sampai besar, besar sangat. Mana ada orang nak makan bendi yang besar macam tiga jari orang dewasa! Lalu aku niatkan sedekah aje lah kalau siapa-siapa nak ambil buah tu buat makan-makan.

 moral : kalau nak tanam pokok pastikan tangan anda tak panas.. hi hi

Friday, 8 March 2013

The legendary of Bruce Lee


Bruce Lee adalah sebuah nama besar dalam arena seni mempertahankan diri dan merupakan seorang aktor dalam filem bertemakan seni mempertahankan diri. Edisi mari bercerita kali ni cuma nak berkongsikan gambar-gambar mendiang Bruce Lee yang ada (dapat semasa dok belek-belek dalam internet baru-baru ni). Buat peminat-peminat Bruce Lee, boleh la cuci mata kejap tengok hero kesukaan anda. 


Gambar kanak-kanak Bruce Lee, muka manyak garang.

Bruce Lee ketika usia remajanya.

with his mommy

segak bergaya

With his son Brandon Lee.

Bruce Lee dengan gaya watchaaaa!

Mat Salleh pejuang Sabah


Sekarang ni, seluruh negara sedang menumpukan perhatian kita pada kejadian pencerobohan Lahad Datu di Sabah. seramai 8 orang anggota polis diraja malaysia telah gugur di medan pertempuran. Pencerobohan di Lahad Datu membuatkan seluruh rakyat Malaysia bersatu lalu mengenepikan ideologi politik masing-masing. Bersama-samalah kita mendoakan keselamatan pegawai-pegawai keselamatan negara kita yang sedang berjuang di medan pertempuran.

Entry mari bercerita kali ni nak cerita tentang Mat Salleh yang merupakan salah seorang pejuang Sabah yang juga berketurunan Sulu. ini adalah cerita tentang sejarah, dalam buku teks sejarah sekolah pun ada nama Mat Salleh ni dicatatkan sebagai perwira tanahair.


Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Βajau dan Ѕulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.
Perjuangan

Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.

Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.

Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh

kisah penjenayah ganas - Bentong Kali -


Bagi mereka yang lahir awal 90-an mungkin tak kenal dengan P.Kalimuthu aka Bentong Kali. Tapi, percaya atau tidak pada suatu ketika dulu semasa P.Kalimuthu ni sedang hebat bermaharajalela tak ramai orang awam yang berani keluar rumah dan balik lambat pada waktu malam kerana pada ketika itu semua orang takut kalau-kalau terserempak dengan P.Kalimuthu kerana dia adalah pembunuh tanpa sebab. Maksudnya, dia membunuh ikut suka hati dia sahaja. Dan untuk pengetahuan am anda, saya adalah antara orang yang tak berani keluar rumah malam-malam pada ketika itu.serius!!

Lagak lelaki bernama P Kalimuthu itu bagaikan negara ini tiada undang-undang dan dia bebas berbuat apa saja mengikut kehendak nafsunya termasuk membunuh seseorang. Pemikiran songsangnya itu menyebabkan Kalimuthu atau digelar Bentong Kali menjadi antara penjenayah paling berbahaya dan diburu polis pada dekad 1990-an selepas Wong Swee Chin atau Botak Chin pada 1970-an. 

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Selain rekod pembunuhan itu, Bentong Kali turut disyaki dalam banyak lagi kes jenayah termasuk mencederakan polis. Bentong Kali meninggalkan jejak jenayahnya menerusi kelongsong peluru jenis 9mm daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya sebelum itu. 

Penjenayah itu mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. Tiada lagi alam persekolahan seperti remaja lain, Kalimuthu menyertai kumpulan kongsi gelap Cina 04 dan mula mengenali dunia jenayah. Atas kesalahan tertentu, dia ditahan dan kemudian dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. 

Dipenjara pada usia muda tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang-undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut,Sungei Way dan Ampang. Dia ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah ditempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada1987 bersama sekatan kediaman terhad di Kuantan, Pahang. 

Dunia jenayah bagaikan matlamat kehidupannya. Peluang kedua untuk mengubah hidup mengikut undang-undang diabaikannya apabila lelaki itu kembali menyertai dunia jenayah. Bagaimanapun, kali ini dia tidak lagi menyertai kumpulan jenayah sedia ada sebaliknya menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Antara kegiatan kumpulan 04 yang ditubuhkannya ialah aktif mengedar dadah dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. 

Untuk kali kedua, dia dikenakan sekatan kediaman terhad di Gopeng,Perak, selama dua tahun. Kalimuthu kemudian menghilangkan diri padaNovember 1984. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Ops Buncit disertai 200 pegawai dan anggota polis termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang dan Selangor digerakan secara besar-besaran membuktikan polis serius untuk memburu Bentong Kali hingga ke lubang cacing.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Bentong Kali juga dikatakan memiliki banyak tatu dilukis pada badan dantangannya seperti tanda palang dan ungkapan Born To Die.Pada tangan kanannya terdapat gambar kepala harimau manakala di tangan kirinya terukir gambar perempuan bogel, ular dan helang. Tatu dibahagian belakang badannya pula dilukis gambar helang dan kedua-dua pahanya ada gambar perempuan bogel. Kalimuthu turut memiliki parut kesan pembedahan di perut. 

Dalam gerakan memburu penjenayah itu, poster dikehendaki polis yang antara lain memaparkan wajah Bentong Kali dan kegiatan jenayahnya mula ditampal di tempat awam. Dengan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah ganas itu, kes buruan polis itu terus menjadi berita hangat. Poster itu turut diedarkan di kawasan sempadan bagi membolehkan orangramai mengesan kehadirannya dan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan bagi mengelak Kalimuthu bolos ke negara jiran. 

Polis terus melancarkan gerakan memburu Kalimuthu selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Serbuan demi serbuan dijalankan untuk menjejak penjenayah itu antaranya di lokasi yang menjadi tumpuan jenayahnya iaitu sekitar Kuala Lumpur di Jalan Klang Lama, Brickfields, Taman Melawati, Ampang, Balakong, Kajang, Raub dan Bentong. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. 

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, KualaLumpur pada 29 Jun 1993. Subuh menjelang apabila sepasukan anggota elit polis dari Unit TindakanKhas (UTK) Bukit Aman, mengambil posisi dan mengepung kawasan perumahanitu. Turut menyertai operasi adalah unit pemusnah bom. Situasi genting itu kemudian bertukar menjadi drama tembak-menembak.Bentong Kali bersama dua pengikutnya melepaskan dua das tembakan kepada polis yang mengepung kawasan itu. 

Bagaimanapun, kedua-dua tembakan penjenayah itu tidak mengenai atau mencederakan anggota polis. Menyedari tindakan agresif penjenayah itu dan cubaan mereka untuk melarikan diri, polis mengambil tindakan pantas dengan membalas tembakan. Tembakan balas sekitar jam 6.30 pagi menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbabit terbunuh dengan satu das tembakan di kepala menamatkan riwayat P Kalimuthu. Kejayaan itu menamatkan episod das-das tembakan daripada penjenayah terbabit sepanjang era keganasannya yang membunuh kira-kira 16 mangsa.