jom follow....

Tuesday, 2 April 2013

aku, penjawat awam dan budak training.

Fail kursus 
Aku ingat lagi, masa aku mula-mula lapor diri kat Jabatan Kerja Raya dulu.. aku pakai kemeja biru, seluar slack dengan beg galas kaler pink. Sebelum join masuk kerja dengan JKR, aku kerja dengan sebuah syarikat swasta kat Shah Alam. Dan sebelum ni jugak, mana pernah aku pakai baju kemeja, seluar slack la bagai macam sekarang ni. Dulu rileks je pergi kerja pakai t-shirt, jeans maklumlah kerja kat project site TNB, buat kerja-kerja testing and maintenance.

So, pada hari kedua aku datang kat opis JKR masa mula-mula masuk dulu, member kat meja sebelah aku, nama dia Erre. Dia tanya...

"Kamu pernah tengok lambang JKR?"

"Pernah, kat lampu isyarat. Signboard untuk buat aduan kalau traffic light rosak..", aku jawab confident.

"Kamu tak apa maksud disebalik lambang JKR tu?", erre tanya lagi.

Aku diam, fikir apa nak jawab.

"Aiseh, masa interview dengan SPA dulu diorang tak tanya pun..masuk sini kena tanya la plak.....", aku cakap dalam hati.

"Saya tak tahu la, encik. lagipun saya baru lagi..", jujur jawapan aku.

"Kalau dah kerja dengan kerajaan semua kena ambik tahu. Sebab dulu, pernah budak training tanya kat kitorang apa makna kaler kuning kat lambang JKR. Haa, masa tu masing-masing tak tahu nak jawab. Last-last refer dengan orang lama, baru la budak training tu dapat jawapan...Start hari tu, semua ada kesedaran untuk perbaiki diri sebagai penjawat awam...", kata Erre dengan panjang lebar.

Aku banyak menggangguk dari geleng sambil senyum-senyum manis.

"Nah, ini description tentang logo JKR. Baca dan ingat, bila orang tanya takde la tergagap kamu nak jawab...", Erre bagi aku kertas A4 tertera lambang JKR dan maknanya.

Jadi, aku fikir...rasanya masih ada jugak dikalangan korang yang orang awam mahupun penjawat awam(orang-orang JKR amnya) yang masih tak tahu apa makna yang tersirat disebalik logo JKR ni kan..? Jom, aku share ilmu ni dengan korang.....



Description

Secara umumnya, logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya.

Bermula dari bawah, garisan melengkung berwarna hitam memberi simbol kerja membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang dinamik.

Garisan berbentuk arch berwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan.

Garisan lurus berwarna hitam berbentuk arch melambangkan penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara.

Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja bangunan meliputi negeri dan wilayah persekutuan Malaysia.

Warna

Kuning melambangkan kedewasaan jenam JKR sebagai salah sebuah organisasi yang tertua diwujudkan dan mencerminkan imej matang dalam mencapai objektifnya.

Hitam melambangkan kekuatan/kesatuan yang berkualiti dari cawangan-cawangan didalam organisasi JKR yang diamanahkan untuk melaksana projek pembangunan.

Kelabu melambangkan wujudnya nilai-nilai murni modal insan di dalam memberi perkhidmatan.

Haa, amacam..? ada tertambah sikit tak ilmu di dada bila baca entry cerita merapu kali ni..?Moga selepas kengkawan semua yang baca cerita pasal lambang JKR ni bertambahlah ilmu di dada dan ada la jawapan untuk dijawab kalau-kalau orang awam atau budak training yang tanya kat korang apa maksud warna dan logo JKR ni.

Share le buat kawan-kawan kita yang tak tahu, even penolong pengarah sendiri pun kalau ditanya apa makna dan kaler disebalik logo JKR ni tercirit diorang nak menjawab.. hi hi...

kreadit to : Aizatun

2 comments:

  1. mmm sy pun xthu gak.. hehe

    ReplyDelete
  2. arap-arap lepas ni tahu la hendaknya..boleh le jugak kita sampaikan pada orang lain.. :)

    ReplyDelete